Monday, June 27, 2011

Jatuh Cinta dan Curang~~


Hai..

Bukan jatuh cinta dengan sesaper.Saya tak curang tau,tetap setia ngan Afif (Wekkk,sila muntah).Tapi betul tak curang k.Sebenarnya jatuh cinta dengan lagu kat video atas nih.Dah dengar belum.Dengarlah,best tau.LAgu dia sangat menenangkan jiwa.Tau-taulah saya kan minat bab-bab hindustan ni.Kepada yang tak suka hindustan jangan ngada-ngada nak dengar nanti bernanah pulak telinga korang hee.Ok gurau jek.Lagu ni daripada filem Thank You lakonan mantopp Akshay Kumar,Bobby Deol,Sonan Kapoor dan ramai lagilah.

Sedihkan video klip lagu ni.Punya lah wife dia sayang sangat kat dia tapi boleh pulak dia curang kan.Kadang-kadang pelik jugak apa yang seorang lelaki ni mahukan.Tapi tak semua lelaki macam tu.Bercakap pasal curang ni perempuan pun tak terkecualikan.Entahlah harap-harap kes curang ni tak terjadi pada saya dan korangkan.Saya pun nak tetapkan hati TAK NAK curang!!

Berbalik pada movie Thank You ni cerita dia pun pasal curang.Si suami curang dengan si isteri.Memang tersentuhlah tengok movie ni.Rasa macam 'eeii kalolah benda ni jadi kat aku macam mana ek'.Yelah kita dah sepenuhnya caya kat suami dan tup-tup dapat tau suami curang.Bukan sorang,bukan dua,bukan tiga tapi rraamaaii..Movie ni takdelah sepanjang masa je sedih.Jangan risau korang tak perlu setiap masa duk pegang tisu kot-kot air mata keluar.Movie ni semua elemen ada sedih+komedi+serius.Keseluruhannya movie ni okey.Dan yang penting lagu dalam video diatas buatkan saya jatuh cinta beberapa kali.Tak puas dengar.(Bagi sayalah,tak paksa korang suka jugak lagu tu huhuu..).



Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Ku Merindu Part 1~~


Assalamualaikum..

Hai..dah lama sangat tak update blog..Tetiba rasa gian nak menaip.Banyak sebenarnya nak cite dalam blog ni tapi satu-satulah.Takkan nak sumbat semua cerita dalam satu entrykan.Nanti jadi novel bersiri pulak.KU MERINDU..haaa kali ni nak cakap pasal tajuk tu dulu.

Alhamdulillah..saya dah pun tamat belajar dengan jayanya di Kolej Teknologi Makmal Perubatan.Serius masa hari terakhir di kolej memang sangat sedih.Bercucuran air mata ni masa bersalam-salamna dengan kawan-kawan dan pengajar.Kalau ditadah boleh dapat seploh baldi kot.Overkan.Banyak memori indah sepanjang tiga tahun saya menumpang di kolej tersebut.Dah habis belajar ni tetiba rasa rindu kat zaman kolej.Padahal masa belajar dulu memang berharap nak cepat abes.Dah jemu dah nak study.Dah muak tengok nota-nota yang bertambun.Tapi sekarang rasa rindu.Mana lagi nak dapat kenangan pada masa lalu? Saya ingat lagi sebelum saya daftar di kolej tu saya sedang belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) then dapat tawaran kolej tu.Kolej tu bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Kira tamat belajar tunggu posting jelah,tak payah nak susah-susah pergi cari kerja,interview semua.Jadi dengan separuh hati saya pilih kolej tu (bila dah kena kaunseling dengan famili).Mula-mula memang tak suka lah belajar kat situ.Tapi betullah orang cakap tak kenal maka tak cinta.Lama-lama memang suka sangat belajar kat situ.Sekarang semua tinggal kenangan...


Tudung biru ni masa kitaorang sem 3..

Ni masa minggu orientasi..Kejapnya mase berlalu..

Rumates terbaik dalam hidupku..


Sahabat selamanya..

Sem 1..

Tudung maroon ni sem 6..last sem..

Huwaaaa ntah bila pulak nak jumpa dengan dorang semua ni..Pasni bila masing-masing dah kerja lagi susah kot nak jumpa.Semoga semua kenangan yang tercipta ditanam rapat di sudut hati.Suka duka sepanjang kita lalui 3 tahun ni tak boleh di'rewind' kembali..Ku merindu..

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Sunday, May 29, 2011

Dinner~~

Assalamualaikum..

Hai hai..Dah lama tak update blog.Sebabnya wireless kat hostel tetiba je block blog.Dan broadband saya teramatlahhhhhhhhhh slow giler.So dah lama tak blogging hehe..Sekarang kat rumah jadi guna wireless kat rumah jelah.Laju lagi you..Okeylah,dua hari lepas batch saya mengadakan dinner atau makan malam perpisahan..yelah semua dah habis belajar.Pasni masing-masing dah berpisah.Mungkin jumpa lagi atau mungkin tak.Dinner kitaorang kat KL International Hotel.Hurmm okeylah hotel tu punya servis.Makanan pun okeh!Oh ya dinner kitaorang tak ada tema so kitaorang bebas nak pakai baju fesyen ape atau warna apa pun.Warna warni macam pelangi tu pon okey hee.Nak tahu saya pakai baju warna apa? Jomlah layan gambar..tak nak merepek meraban dah huhu..

Korang nampak saya dan afif pakai baju sama kaler tak?

Kitaorang semua duduk satu meja..


Terserlah kegemukanku ahakss..


Kat toilet pun jadilah..


I love him (@_@)..Italic

Purple..

Sisa-sisa makanan..kenyang!..


Bersama si cantik manis..

Dengan shima..

Ni cenderamata yang kitaorang dapat..


KAMI..alaa gambar kabur..

In love..

Ok sekian..Sorilah gambar kabur.Almaklumlah guna hp cabuk je.Banyak lagi gambar sebenarnya tapi takkan nak upload semuanya kat sini kan.Semoga dinner ni menjadi kenangan terindah kami sepanjang tiga tahun menempuh suka dan duka.Beshnya dah habis belajar.Tapi tak tahulah alam pekerjaan nanti macam mana.Segala memori sepanjang 3 tahun belajar di KTMP KL akan disemat kemas di hati..

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Sunday, May 15, 2011

Jalan-Jalan KL


Baca tajuk pon da tahu entry ni pasal apa kan.Ye,jalan-jalan di KL.Biasalah exam dah abes so habeskan masa dengan jalan-jalan.Sangat bosan kalau asyik terperap kat hostel.Minda tak berkembang hehe.Study kat kl ni banyak tempat sebenarnya boleh pergi.Tapi aku (tukar guna aku lah untuk entry ni) dah ketandusan idea nak gi jalan-jalan kat mane.Setelah tiga hari dua malam pikir dan pikir,nak tahu kitaorang gi mana? Kitaorang tu merujuk aku dengan incik Afif ya.Sebab dia driver setiaku hik..kitaorang gi Tugu Negara? Yea,Tugu Negara.Betul,siyes tak tipu.Dah tak tahu nak gi mana sangat kan.Sebelum ni pernah pergi Tugu Negara,tapi tu zaman duk tengah berpimpin tangan dengan umi abah lagi.Boleh bayang tak dah berapa belas tahun tak jenguk Tugu Negara sampai bentuk patung tu aku dah lupa berapa orang yang baring berapa orang yang berdiri.Yang aku masih ingat patung tu semua ada 7 orang.Tipulah kalau tak tahu patung tu ada 7 orang kan kan kan.

Jadi petang semalam aku ngan Afif ke Tugu Negara.Berdua je lah sebab member lain ramai yang balik kampung.Aku kampung kat Kelantan nun jauh disana rasa cam tak puas kalau balik cuti weekend dua hari je.Pagi tu kitaorang lepak kat Jalan Tar dulu.Usha-usha baju,shawl.TERbeli lah jugak beberapa helai shawl.Takkan nak balik tangan kosong je kan.Walaupun aku perasan muka tak puas hati Afif time aku duk tengah syok pilih shawl.Ahh do i care?? Hehe kejam betul.Then petang tu baru ke Tugu Negara.Kitaorang pilih gi Tugu Negara sebab boleh save bajet.Kira berjalan dengan bajet yang kurenglah ni.Yelah kan tengah bulan ni.Duit masuk hujung bulan.Jadi jadi jadi kenalah pandai reducekan penggunaan duet walaupon mood jalan-jalan tu memang amat berkobar-kobar.

Okey apa pergi sana.Barulah nampak macam ada jiwa patriotik sikit kan.Macam je ye sebab aku ni takdelah patriotik mana pon.Semangat amik gambar je lebih hihi.Tapi pergi sana memang rasa sayu.Terimbau pengorbanan parajurit-parajurit negara yang rebah ke bumi untuk mempertahankan negara.Jasa mereka amat dihargai dan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang disayangi oleh-Nya..Ok sila layan beberapa gambar.Sori sangat gambar tak berapa clear.



Ni aku tak tahu dipanggil apa.Kubu peringatan kot..Dekat dengan pintu masuk Tugu Negara.


Ce kira ce kira berapa orang yang berdiri berapa yang duduk hee..


May the blessing of Allah be upon them..



Muka kontrol tak berapa nak ayu..



Ok..tata..

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Saturday, May 14, 2011

Review: PRIEST

Assalamualaikum..

Hai hai hai..Alhamdulillah akhirnya dah habes exam..hoorayy!! Dalam 7 paper ada satu paper yang agak mebuatkan jiwa kitaorang kacau bilau iaitu paper BLOOD BANK...memang susah sangat paper ni padahal subjek ni senang je..harap-harap semua luluslah..eh eh sebenarnya nak cakap pasal movie Priest hehe..Ok semalam saya,Ana,Afif dan Geof tengok movie ni..dah tak tahu nak tengok cite apa..

Filem Priest baru je release 12 Mei lepas kalau tak silap saya.Cerita dia mengisahkan seorang priest yang mahu menyelamatkan anak perempuannya.So dia langgar peraturan gereja dan keluar dari bandar gereja untuk mencari anaknya yang telah diculik oleh pontianak.Dia dibantu oleh seorang sherif dan seorang priest wanita.Last-last dia memang jumpa anak dia.Dan menariknya dia kenal dengan ketua puak pontianak tu..Nak tahu kenapa pontianak tu culik anak dia? Nak tahu siapa ketua pontianak tu? Banyak lagi yang nak tahu? Bolehlah ke pawagam berhampiran hehe..

Overall cerita ni menarik sebab kitaorang disajikan dengan babak aksi yang memang woowwww giler..Nak-nak motor priest tu memang dasyat wooo..Cerita dia tak bosan dan mudah difahami.Siapa yang minat filem aksi bolehlah tengok filem ni..Gerenti tak sempat nak kelip mata takut miss hehe..Nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI..Hermm saya bagi filem ni 3.5 star..



Haaa ni buktinya saya da tengok cite priest..caya tak?

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Saturday, May 7, 2011

3 Paper Done,4 More Paper Left..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..3 paper dah lepas.Parasit,Biochem dan Sitology..Akhirnya satu subjek killer da lepas iaitu BIOCHEM.Se'killer' mana? Sampai tahap boleh membunuh segala jiwa raga tau.Tapi syukur boleh jawab jugak akhirnya. Yeayy dah boleh simpan nota-nota dalam kotak untuk dihumban ke laut.Haha gelak kejam.Takdelah nota-nota tu nak simpan,senang kalau kerja nanti nak rujuk balik kan.Ketiga-tiga paper tu boleh buat, ok lah.Tak nak lah over confident sangat nanti frust menonggeng pulak.Tujuh tolak tiga berapa kawan-kawan? Ye betul,empat!! Empat paper lagi tinggal.Hematologi,Blood Bank,Histologi dan Mikrobiologi.Tapi keempat paper ni pun agak berat jugakla.Esok takde exam,so malam ni sempatlah nak update blog jap hehe.Otak dah penat study,dah tepu lagi kaku.Haisshh impak study ni teruk jugak.

Siyes tak sabar giler nak habis exam.Nak menyambut 'merdeka' dengan member-member dan juga incik Afif.Banyak plan lepas exam dah dirangka hehe sebab lepas exam kitaorang tak boleh balik rumah lagi.Kena stay sampai result keluar.So untuk mengurangkan kebosanan dan kegabraan menunggu result kenalah buat benda yang happy ye dak.Antara list yang kitaorang plan lepas exam:

  1. 1. Pergi genting.
  2. 2. Marathon tengok movie.Yelah bulan ni kn banyak movie best kat wayang.Nak tengokk KONGSI!!!!!!!
  3. 3. Habiskan novel yang beli kat book fair hari tu.
  4. 4. Tengok movie yang bersepah dalam lappy ni.Sampai lappy dah overload.
  5. 5. Blogwalking puas-puas heheee..
  6. 6. Nanti banyak lagi kot list yang akan menyusul.

Hisshh tak patot kan.Exam belum habes lagi dah plan macam-macam.Sebenarnya kitaorang plan ni dari bulan tiga lagi.Advance tak? Tak salah merancangkan.Apa-apa pun sekarang study lagi PENTING.Ok lah nak gi belek-belek nota sampai tertidur.
Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Wednesday, May 4, 2011

Exam Mode: Berdebar-debar..

Assalamualaikum..

Esok dah start final..paper Parasitologi Perubatan..sangat takot dan berdebar.Parasit-parasit sekalian silalah berbuat baik denganku huhu..Harap dapat kenal parasit dengan baik time spot test..Esok dua paper teori dan amali..siyes rasa tak bersedia lagi even da khatam semua nota..Ya Allah,janganlah blank esok..dan semoga ingat apa yang dibaca dan dihafal selama ini..amin..Ok tu je..nak sambung study hehe..




Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..