Monday, July 4, 2011

Ku Merindu Part 2..

Assalamualaikum..

Fuyoohh punyala dah beberapa hari baru nak update pasal tajuk ni yang part 2.Dalam entry part 1 aku (nak guna aku lah pulak,lagi mesra kot ngeee) cakap pasal rindu kolej dan kawan-kawan.Part 2 ni nak bagitau pasal rindu Afif pulak (blushhhingg).Sori kepada yang tak suka entry geli-geli macam ni.Sekadar luahan perasaan sahaja tau.

Aku dengan Afif kenal dekat kolej tempat kitaorang belajar.Kami bermula dari kawan.Aku ada cerita serba sedikit pasal macam mana kitaorang boleh berkapel kat entry ni.Hurm dah dekat sebulan aku dah abes belajar jadi dah dekat sebulan jugaklah aku dah tak jumpa dia.Sangat rinduuu.Nak jerit kuat-kuat boleh tak?Agak-agak dia kat JB boleh dengar tak aku jerit dari KB ni?See JB dan KB punyalah jauh.Pantai Timur ke Selatan memanglah jauhkan.So start dari kitaorang habes belajar kitaorang startlah bercinta jarak jauh ni.Ceewahh.Dulu pergi mana-mana pun bersama.Pergi kolej,sarapan,lunch,dinner,study.Tidur je tak sama.Melampaulah kan kalau tidur pun sama.Mati aku kena bedal dengan umi abah.Tak kawen lagi ok.Sampai member kitaorang cakap dimana ada Aimie disitu ada Afif.Ahh tak kisahla orang nak cakap apa pun.Yang penting kitaorang tak buat benda salah.

Sebenarnya aku bertuah jadi insan yang menghuni dihatinya(skemanya ayat).Dia tak pernah cuba untuk mengubah diri aku.Maknanya dia terima aku seadanya.Tak pernahlah dia cakap macam ni kat aku:

Kenapa pakai baju tu? Tak sesuailah,nampak gemok.

Kenapa tak makeup? Pucat je muka.

Taknak lah pergi tempat tu.Buang masa je.

Pergi sendirilah.Abang nak tidur je kat bilik.

Haa kalau dia cakap macam tu memang hati ni rasa ditoreh-torehlah.Dia tak pernah hampakan permintaan aku.Aku nak pergi mana je dia turutkan.Tak kiralah time tu dia penat ke ngantuk ke.Aku ni ada satu tabiat mula-mula ajak gi makan je tapi lepas makan mulalah nak ajak gi berjalan pulak.Nasib baik dia ikutkan je.Biasalah awek dia ni kuat berjalan.

Aku: Abang,tetiba rasa nak minum coolblog la..
Afif: Jom kita gi Times Square..(kat area aku belajar kat ts dan sg.wang je tempat terdekat yang ada coolblog)

Aku: Abang,bosanlah.Jom pergi karaoke.
Afif: Okey.Nak karaoke kat mana?

Aku: Nak makan MCD hari ni boleh?
Afif: Lunch nanti kita pergi ye.

Aku: Weekend ni nak pergi mana?
Afif: Abang ikut ayang je.Saya kan driver awak

Aku: Jom tengok wayang nak?
Afif: Jom.Ayang nak tengok cite apa?


Waaaaa i mish that moment.Dialog di atas tak tipu tau.Kalaulah masa boleh diputar kembali.Taknak rasanya saat itu berlalu.Serius ku merindu~~

Time ni panas..patutlah muka macam tu ngee..




Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

6 org yg baik hati suda komen..anda? hee:

themalin said...

alololo sweeeeeeeeeett nye pakcik..
ppakcik syg aimiee sgt2 tu, tu psl tak pernah hampakan aimie.. hehhehe tak sabar nyew nak mkn nasi minyak pakcik dgn aimie!!!

Aimie Lieyana said...

amal!! maluuuu ngee.,
tggu jemputan ek..
insyaallah ada jodoh adela..

asfira aminuddin said...

sweetnya babe! i pun suka berkepit dgn bf i jugak smpai org sekeliling rimas. tp if kite selesa, so why not kan? hope u selalu berbahagia bersamanya babe :))

Aimie Diyanna said...

Sis aimie liyana?
Saya aimie diyanna.. Hik2 nme nk sme je :)

sis, saya nak mntak tlg awk blh? Tolong komen Entri saya yang ni>>
http://imedianna.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

sebab saya masuk GA Contest yng memerlukan komen yg byk dr blogger2 :) tq ye.

teyn teyn said...

so sweet ..

baeknya dia.

Anonymous said...

suweeetnye..~ suweeetttttnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~

Post a Comment