Sunday, May 29, 2011

Dinner~~

Assalamualaikum..

Hai hai..Dah lama tak update blog.Sebabnya wireless kat hostel tetiba je block blog.Dan broadband saya teramatlahhhhhhhhhh slow giler.So dah lama tak blogging hehe..Sekarang kat rumah jadi guna wireless kat rumah jelah.Laju lagi you..Okeylah,dua hari lepas batch saya mengadakan dinner atau makan malam perpisahan..yelah semua dah habis belajar.Pasni masing-masing dah berpisah.Mungkin jumpa lagi atau mungkin tak.Dinner kitaorang kat KL International Hotel.Hurmm okeylah hotel tu punya servis.Makanan pun okeh!Oh ya dinner kitaorang tak ada tema so kitaorang bebas nak pakai baju fesyen ape atau warna apa pun.Warna warni macam pelangi tu pon okey hee.Nak tahu saya pakai baju warna apa? Jomlah layan gambar..tak nak merepek meraban dah huhu..

Korang nampak saya dan afif pakai baju sama kaler tak?

Kitaorang semua duduk satu meja..


Terserlah kegemukanku ahakss..


Kat toilet pun jadilah..


I love him (@_@)..Italic

Purple..

Sisa-sisa makanan..kenyang!..


Bersama si cantik manis..

Dengan shima..

Ni cenderamata yang kitaorang dapat..


KAMI..alaa gambar kabur..

In love..

Ok sekian..Sorilah gambar kabur.Almaklumlah guna hp cabuk je.Banyak lagi gambar sebenarnya tapi takkan nak upload semuanya kat sini kan.Semoga dinner ni menjadi kenangan terindah kami sepanjang tiga tahun menempuh suka dan duka.Beshnya dah habis belajar.Tapi tak tahulah alam pekerjaan nanti macam mana.Segala memori sepanjang 3 tahun belajar di KTMP KL akan disemat kemas di hati..

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Sunday, May 15, 2011

Jalan-Jalan KL


Baca tajuk pon da tahu entry ni pasal apa kan.Ye,jalan-jalan di KL.Biasalah exam dah abes so habeskan masa dengan jalan-jalan.Sangat bosan kalau asyik terperap kat hostel.Minda tak berkembang hehe.Study kat kl ni banyak tempat sebenarnya boleh pergi.Tapi aku (tukar guna aku lah untuk entry ni) dah ketandusan idea nak gi jalan-jalan kat mane.Setelah tiga hari dua malam pikir dan pikir,nak tahu kitaorang gi mana? Kitaorang tu merujuk aku dengan incik Afif ya.Sebab dia driver setiaku hik..kitaorang gi Tugu Negara? Yea,Tugu Negara.Betul,siyes tak tipu.Dah tak tahu nak gi mana sangat kan.Sebelum ni pernah pergi Tugu Negara,tapi tu zaman duk tengah berpimpin tangan dengan umi abah lagi.Boleh bayang tak dah berapa belas tahun tak jenguk Tugu Negara sampai bentuk patung tu aku dah lupa berapa orang yang baring berapa orang yang berdiri.Yang aku masih ingat patung tu semua ada 7 orang.Tipulah kalau tak tahu patung tu ada 7 orang kan kan kan.

Jadi petang semalam aku ngan Afif ke Tugu Negara.Berdua je lah sebab member lain ramai yang balik kampung.Aku kampung kat Kelantan nun jauh disana rasa cam tak puas kalau balik cuti weekend dua hari je.Pagi tu kitaorang lepak kat Jalan Tar dulu.Usha-usha baju,shawl.TERbeli lah jugak beberapa helai shawl.Takkan nak balik tangan kosong je kan.Walaupun aku perasan muka tak puas hati Afif time aku duk tengah syok pilih shawl.Ahh do i care?? Hehe kejam betul.Then petang tu baru ke Tugu Negara.Kitaorang pilih gi Tugu Negara sebab boleh save bajet.Kira berjalan dengan bajet yang kurenglah ni.Yelah kan tengah bulan ni.Duit masuk hujung bulan.Jadi jadi jadi kenalah pandai reducekan penggunaan duet walaupon mood jalan-jalan tu memang amat berkobar-kobar.

Okey apa pergi sana.Barulah nampak macam ada jiwa patriotik sikit kan.Macam je ye sebab aku ni takdelah patriotik mana pon.Semangat amik gambar je lebih hihi.Tapi pergi sana memang rasa sayu.Terimbau pengorbanan parajurit-parajurit negara yang rebah ke bumi untuk mempertahankan negara.Jasa mereka amat dihargai dan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang disayangi oleh-Nya..Ok sila layan beberapa gambar.Sori sangat gambar tak berapa clear.



Ni aku tak tahu dipanggil apa.Kubu peringatan kot..Dekat dengan pintu masuk Tugu Negara.


Ce kira ce kira berapa orang yang berdiri berapa yang duduk hee..


May the blessing of Allah be upon them..



Muka kontrol tak berapa nak ayu..



Ok..tata..

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Saturday, May 14, 2011

Review: PRIEST

Assalamualaikum..

Hai hai hai..Alhamdulillah akhirnya dah habes exam..hoorayy!! Dalam 7 paper ada satu paper yang agak mebuatkan jiwa kitaorang kacau bilau iaitu paper BLOOD BANK...memang susah sangat paper ni padahal subjek ni senang je..harap-harap semua luluslah..eh eh sebenarnya nak cakap pasal movie Priest hehe..Ok semalam saya,Ana,Afif dan Geof tengok movie ni..dah tak tahu nak tengok cite apa..

Filem Priest baru je release 12 Mei lepas kalau tak silap saya.Cerita dia mengisahkan seorang priest yang mahu menyelamatkan anak perempuannya.So dia langgar peraturan gereja dan keluar dari bandar gereja untuk mencari anaknya yang telah diculik oleh pontianak.Dia dibantu oleh seorang sherif dan seorang priest wanita.Last-last dia memang jumpa anak dia.Dan menariknya dia kenal dengan ketua puak pontianak tu..Nak tahu kenapa pontianak tu culik anak dia? Nak tahu siapa ketua pontianak tu? Banyak lagi yang nak tahu? Bolehlah ke pawagam berhampiran hehe..

Overall cerita ni menarik sebab kitaorang disajikan dengan babak aksi yang memang woowwww giler..Nak-nak motor priest tu memang dasyat wooo..Cerita dia tak bosan dan mudah difahami.Siapa yang minat filem aksi bolehlah tengok filem ni..Gerenti tak sempat nak kelip mata takut miss hehe..Nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI..Hermm saya bagi filem ni 3.5 star..



Haaa ni buktinya saya da tengok cite priest..caya tak?

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Saturday, May 7, 2011

3 Paper Done,4 More Paper Left..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..3 paper dah lepas.Parasit,Biochem dan Sitology..Akhirnya satu subjek killer da lepas iaitu BIOCHEM.Se'killer' mana? Sampai tahap boleh membunuh segala jiwa raga tau.Tapi syukur boleh jawab jugak akhirnya. Yeayy dah boleh simpan nota-nota dalam kotak untuk dihumban ke laut.Haha gelak kejam.Takdelah nota-nota tu nak simpan,senang kalau kerja nanti nak rujuk balik kan.Ketiga-tiga paper tu boleh buat, ok lah.Tak nak lah over confident sangat nanti frust menonggeng pulak.Tujuh tolak tiga berapa kawan-kawan? Ye betul,empat!! Empat paper lagi tinggal.Hematologi,Blood Bank,Histologi dan Mikrobiologi.Tapi keempat paper ni pun agak berat jugakla.Esok takde exam,so malam ni sempatlah nak update blog jap hehe.Otak dah penat study,dah tepu lagi kaku.Haisshh impak study ni teruk jugak.

Siyes tak sabar giler nak habis exam.Nak menyambut 'merdeka' dengan member-member dan juga incik Afif.Banyak plan lepas exam dah dirangka hehe sebab lepas exam kitaorang tak boleh balik rumah lagi.Kena stay sampai result keluar.So untuk mengurangkan kebosanan dan kegabraan menunggu result kenalah buat benda yang happy ye dak.Antara list yang kitaorang plan lepas exam:

  1. 1. Pergi genting.
  2. 2. Marathon tengok movie.Yelah bulan ni kn banyak movie best kat wayang.Nak tengokk KONGSI!!!!!!!
  3. 3. Habiskan novel yang beli kat book fair hari tu.
  4. 4. Tengok movie yang bersepah dalam lappy ni.Sampai lappy dah overload.
  5. 5. Blogwalking puas-puas heheee..
  6. 6. Nanti banyak lagi kot list yang akan menyusul.

Hisshh tak patot kan.Exam belum habes lagi dah plan macam-macam.Sebenarnya kitaorang plan ni dari bulan tiga lagi.Advance tak? Tak salah merancangkan.Apa-apa pun sekarang study lagi PENTING.Ok lah nak gi belek-belek nota sampai tertidur.
Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Wednesday, May 4, 2011

Exam Mode: Berdebar-debar..

Assalamualaikum..

Esok dah start final..paper Parasitologi Perubatan..sangat takot dan berdebar.Parasit-parasit sekalian silalah berbuat baik denganku huhu..Harap dapat kenal parasit dengan baik time spot test..Esok dua paper teori dan amali..siyes rasa tak bersedia lagi even da khatam semua nota..Ya Allah,janganlah blank esok..dan semoga ingat apa yang dibaca dan dihafal selama ini..amin..Ok tu je..nak sambung study hehe..




Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Tuesday, May 3, 2011

Study Sambil Santai..


Hai..hujan-hujan ni besh kan tido.Tapi dah nak maghrib tak elok pulak kalo nak tido kan.So update blog dulula sementara nak tunggu azan maghrib ni.Sekarang tengah demam exam kan.Mesti ramai students tengah struggle giler studykan.Sama la kita tapi saya takde la struggle sangat-sangat.Tak tahu kenapa rasa macam takde mood nak study.Rasa malas sangat.Rasa otak dah tepu nak cerna ilmu.Nak-nak bila bukak blog lagila terus tutup nota hehe..Pemalas betul haku nih..

Korang suka suasana study macam mana? Kebanyakan suka suasana sunyi sepi kan sampai bunyi nafas orang sebelah boleh dengar.Alahh macam dalam library tu senyap sunyi lagi sepi.Tapi saya tak suka suasana senyap time study..Rasa STRESS sangat..Saya suka suasana tenang dan damai serta santai.Tenang dan damai tak semestinya senyapkan.Contohnya saya suka study kat taman.Sebab tu weekend lepas dan cuti umum hari pekerja (semalam) saya dan encik Afif study kat Taman Tasik Titiwangsa.Besh study kat situ.Agak-agak bosan stop jap study,gi jalan-jalan tengok tasik jap hikhik.Lagi satu saya suka dengar lagu time study.Tak kisahlah orang cakap lagu tu mengganggu time study.So kat titiwangsa kitaorang bukak radio kuat-kuat.Takde sape pon nak marah.Kalau buat macam tu kat library kompem kena baling dengan buku hehe..

Pikir-pikir nak study ke tak hehe..

Tapi sebenarnya study kat mana-mana pun sama asalkan niat study tu tak lari.Hei hei hei kitaorang study tau kat titiwangsa,BUKANN dating tau tau..Lusa dah final exam.Harap dapat buat yang terbaik dan dapat result yang ok..amin..



Senyum kambeng =P



Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Sunday, May 1, 2011

Kisah Hantu Yang Macam-Macam..


Selamat pagi semua..Dah mandi belum?? Kalo belum silalah mandi ye sebelum bau 'wangi' merebak hehe..ok gurau jer..Pagi ni nak bercerita kisah hantu sebab tiba-tiba teringat time borak-borak pasal kisah hantu dalam kelas hari tu.Saya tinggal di asrama dari form 1 sampai sekarang..boleh dikatakan membesar bersama kisah-kisah hantu di asrama lah..Meh nak share kisah hantu yang mungkin korang dah pernah dengar.Yang belum pernah dengar bolehlah tambah koleksi kisah hantu kan hihii..

1. Dulu time duduk asrama mrsm memang femes lah dengan kisah budak perempuan yang beranak kat toilet pastu meninggal.Bila masuk toilet je dengar ada perempuan nyanyi..'mama carry baby..baby penuh darah..' Ish tetiba meremang bulu roma..

2. Kat asrama mrsm jugak ada dengar pasal nenek yang mencangkung atas almari pastu dia bilang "satu dah tidur,dua dah tidur,haa tiga belum tidur"..paham tak? Kalau kat asrama kan ada yang katil susun-susun memanjang kan.So nenek tu bilang sampai la kat budak yang belum tidur lagi.Yang buat-buat tidur pun dia tahu..Ishh kelakar pon ade =)

3. Kisah hantu jepun pun femes..rasanya mana-mana sekolah pun tak terlepas dari cerita ni.Kononnya tapak sekolah tu dulu bekas kubur jepun..Dengar askar jepun tengah kawadlah,aa yang takde kepala la..Wallahualam lah..

4. Seterusnya kisah hantu yang menjelma jadi kawan kita.Kat tempat saya belajar sekarang ni heboh kejap pasal ni.Ada seorang kawan saya ni kejut la member dia nak gi toilet.Member dia temankanlah.Pagi esoknya,kawan saya ni bercerita pasal gi toilet semalam tapi member dia dengan pelik bin ajaibya cakap die takde temankan pun..Haaa amik ko..Tapi manalah tahu kot-kot member dia tengah mamai ke apakan..

4. Haa kisah ni femes time saya belajar kat matriks.Mesti korang dah selalu dengar kan.Alkisahnya ada sorang makcik ni yang datang jual karipap melalui tingkap.Kalau ground floor tak apa jugak.Ni tingkat yang atas-atas.Maknanya makcik tu terbanglah ye heheee..Tak tahu nak caya ke tak.Punyalah femes kisah ni sampai kumpulan BALAS dalam maharaja lawak buat persembahan pasal makcik karipap ni..

5. Kat matriks juga saya ade dengar sorang student ni tengah stay up,pastu pintu bilik dia diketuk..Bukak-bukak tengok ada makhluk kepala botak.Toyollllll..Tapi peliknya toyol tu mintak baju.Apa kelas mintak baju..mintaklah duit ke lappy ke kan..Mungkin toyol tu sejuk kot malam-malam hehe.

Ok sampai sinilah kisah hantu.Banyak lagi sebenarnya tapi tak nak la cerita banyak-banyak.Dalam hati ada seram hehe..Saya tak tahulah cerita ni semua betul ke tak.Ada yang macam dah ditokok tambahkan.Macam-macam versi ada..Tapi tak mustahil benda ni ada kan.Orang cakap benda ni suka kacau time nak exam.Betul ke? Wallahualam..Alhamdulillah sepanjang saya duk hostel tak pernah lagi lah kena kacau..Korang lak macam mane? Ada cerita hantu menarik yang nak dikongsi? Sila-sila..


Hantu Kak Limah ni hantu paling femes kot.Kalau jumpa tak takutkan,mesti nak gelak je..





Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Nak Beli Nasi Bungkus Pun Kena Ambil Nombor Giliran.


Hai semua..pagi tadi saya pergi pasar pagi dekat Greenwood.Actually bukan nak ke sana pun,tapi kedai yang kitaorang nak gi makan kat batu caves tak bukak lak.Sebab hari pekerja kot.Dah alang-alang lalu kat pasar pagi tu singgahlah jap nak beli nasi tuk sarapan.Pagi-pagi dah makan nasik kan patotlah temban (merujuk kepada diri sendiri ye)..haha..

Kitaorang (saya dan Afif) singgahlah kat satu gerai yang jual nasi berlauk,nasi dagang,nasi kerabu dan banyak lagilah.Memang ramai gilerlah orang.Terus je lah menyelinap masuk kat celah-celah orang ramai tu.Tapi makcik tu buat dekk je,tak tanya pun nak beli apa.Pastu tengok customer yang lain bagi nombor kat makcik tu,terus makcik tu bungkuskan nasi untuk customer tu.Saya terpinga-pinga jap.Aihh kena amik nombor ke?? Macam tak caya pon ada kan.First time ni beli nasi kat pasar pagi kena amik nombor.Biasa hospital ke kan kan.Tak tahulah kot-kot korang dah jumpa gerai yang mempraktikkan sistem nombor giliran ni.Disebabkan teruja nak rasa sedap ke tak nasi kat situ saya pon amiklah nombor giliran.Bila makcik tu panggil nombor 35 barulah order saya diambil huhhh..Saya beli nasi dagang lauk ayam.Dan dan dan...memang sedap pon nasi dagang tu.Nasi dahlah banyak,2 orang makan pun cukup.Patutlah gerai tu ramai gilak orang.Memang puas hatilah,terbaeekk!!

Bagus juga buat sistem nombor giliran macam tu.Teratur je dan tak ada yang berebut-rebut nak order.Taklah ada yang tak puas hatikan datang awal,tapi orang yang datang lambat dapat beli nasi dulu.Yelah penjual tu bukan perasan sangatkan sape datang awal,sape datang lambat sebab tengah busy membungkus nasi hehe..Pasni bolehlah penjual-penjual lain yang kedainya macam goreng pisang panas amalkan nombor giliran ni..Takdelah pening kepala layan kerenah customer yang macam-macam..


Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..