Monday, June 27, 2011

Jatuh Cinta dan Curang~~


Hai..

Bukan jatuh cinta dengan sesaper.Saya tak curang tau,tetap setia ngan Afif (Wekkk,sila muntah).Tapi betul tak curang k.Sebenarnya jatuh cinta dengan lagu kat video atas nih.Dah dengar belum.Dengarlah,best tau.LAgu dia sangat menenangkan jiwa.Tau-taulah saya kan minat bab-bab hindustan ni.Kepada yang tak suka hindustan jangan ngada-ngada nak dengar nanti bernanah pulak telinga korang hee.Ok gurau jek.Lagu ni daripada filem Thank You lakonan mantopp Akshay Kumar,Bobby Deol,Sonan Kapoor dan ramai lagilah.

Sedihkan video klip lagu ni.Punya lah wife dia sayang sangat kat dia tapi boleh pulak dia curang kan.Kadang-kadang pelik jugak apa yang seorang lelaki ni mahukan.Tapi tak semua lelaki macam tu.Bercakap pasal curang ni perempuan pun tak terkecualikan.Entahlah harap-harap kes curang ni tak terjadi pada saya dan korangkan.Saya pun nak tetapkan hati TAK NAK curang!!

Berbalik pada movie Thank You ni cerita dia pun pasal curang.Si suami curang dengan si isteri.Memang tersentuhlah tengok movie ni.Rasa macam 'eeii kalolah benda ni jadi kat aku macam mana ek'.Yelah kita dah sepenuhnya caya kat suami dan tup-tup dapat tau suami curang.Bukan sorang,bukan dua,bukan tiga tapi rraamaaii..Movie ni takdelah sepanjang masa je sedih.Jangan risau korang tak perlu setiap masa duk pegang tisu kot-kot air mata keluar.Movie ni semua elemen ada sedih+komedi+serius.Keseluruhannya movie ni okey.Dan yang penting lagu dalam video diatas buatkan saya jatuh cinta beberapa kali.Tak puas dengar.(Bagi sayalah,tak paksa korang suka jugak lagu tu huhuu..).



Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Ku Merindu Part 1~~


Assalamualaikum..

Hai..dah lama sangat tak update blog..Tetiba rasa gian nak menaip.Banyak sebenarnya nak cite dalam blog ni tapi satu-satulah.Takkan nak sumbat semua cerita dalam satu entrykan.Nanti jadi novel bersiri pulak.KU MERINDU..haaa kali ni nak cakap pasal tajuk tu dulu.

Alhamdulillah..saya dah pun tamat belajar dengan jayanya di Kolej Teknologi Makmal Perubatan.Serius masa hari terakhir di kolej memang sangat sedih.Bercucuran air mata ni masa bersalam-salamna dengan kawan-kawan dan pengajar.Kalau ditadah boleh dapat seploh baldi kot.Overkan.Banyak memori indah sepanjang tiga tahun saya menumpang di kolej tersebut.Dah habis belajar ni tetiba rasa rindu kat zaman kolej.Padahal masa belajar dulu memang berharap nak cepat abes.Dah jemu dah nak study.Dah muak tengok nota-nota yang bertambun.Tapi sekarang rasa rindu.Mana lagi nak dapat kenangan pada masa lalu? Saya ingat lagi sebelum saya daftar di kolej tu saya sedang belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) then dapat tawaran kolej tu.Kolej tu bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Kira tamat belajar tunggu posting jelah,tak payah nak susah-susah pergi cari kerja,interview semua.Jadi dengan separuh hati saya pilih kolej tu (bila dah kena kaunseling dengan famili).Mula-mula memang tak suka lah belajar kat situ.Tapi betullah orang cakap tak kenal maka tak cinta.Lama-lama memang suka sangat belajar kat situ.Sekarang semua tinggal kenangan...


Tudung biru ni masa kitaorang sem 3..

Ni masa minggu orientasi..Kejapnya mase berlalu..

Rumates terbaik dalam hidupku..


Sahabat selamanya..

Sem 1..

Tudung maroon ni sem 6..last sem..

Huwaaaa ntah bila pulak nak jumpa dengan dorang semua ni..Pasni bila masing-masing dah kerja lagi susah kot nak jumpa.Semoga semua kenangan yang tercipta ditanam rapat di sudut hati.Suka duka sepanjang kita lalui 3 tahun ni tak boleh di'rewind' kembali..Ku merindu..

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..