Saturday, May 14, 2011

Review: PRIEST

Assalamualaikum..

Hai hai hai..Alhamdulillah akhirnya dah habes exam..hoorayy!! Dalam 7 paper ada satu paper yang agak mebuatkan jiwa kitaorang kacau bilau iaitu paper BLOOD BANK...memang susah sangat paper ni padahal subjek ni senang je..harap-harap semua luluslah..eh eh sebenarnya nak cakap pasal movie Priest hehe..Ok semalam saya,Ana,Afif dan Geof tengok movie ni..dah tak tahu nak tengok cite apa..

Filem Priest baru je release 12 Mei lepas kalau tak silap saya.Cerita dia mengisahkan seorang priest yang mahu menyelamatkan anak perempuannya.So dia langgar peraturan gereja dan keluar dari bandar gereja untuk mencari anaknya yang telah diculik oleh pontianak.Dia dibantu oleh seorang sherif dan seorang priest wanita.Last-last dia memang jumpa anak dia.Dan menariknya dia kenal dengan ketua puak pontianak tu..Nak tahu kenapa pontianak tu culik anak dia? Nak tahu siapa ketua pontianak tu? Banyak lagi yang nak tahu? Bolehlah ke pawagam berhampiran hehe..

Overall cerita ni menarik sebab kitaorang disajikan dengan babak aksi yang memang woowwww giler..Nak-nak motor priest tu memang dasyat wooo..Cerita dia tak bosan dan mudah difahami.Siapa yang minat filem aksi bolehlah tengok filem ni..Gerenti tak sempat nak kelip mata takut miss hehe..Nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI..Hermm saya bagi filem ni 3.5 star..



Haaa ni buktinya saya da tengok cite priest..caya tak?

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

3 org yg baik hati suda komen..anda? hee:

cik teyn teyn said...

mak aih .. kena ada bukti segala eh ?

hehe ..

nnt nak tengok jugaklah.hehe

Aimie Lieyana said...

cik teyn: mestilah kena ada buk ti kui3..okeh nanti g tgk tau tau tau..

diana said...

akak kurang ambik tau pasal filem2 ni..
lg2 filem omputih..
ni sapa hero dia ni??

Post a Comment