Sunday, July 3, 2011

Dah nak kerja?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah pagi tadi saya dah dapat surat tawaran bekerja tetap daripada suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA).Mula-mula cuak jugak sebab kawan-kawan yang lain dah dapat surat dari 3 hari lepas lagi.Pagi tadi tengok dalam peti surat ada surat tu.Time kaseh abang posmen.Surat tu just suruh terima perlantikan,buat medical check up dan buat sumpah je.Bab medical check up ni tak berapa gemar sangat sebab saya ni penakut sikit hehe.Nak x-ray semua tu ahhhh susahnya.Tapi nak buat macam mana kena buat jugak sebab tu syarat lantikan.

3 tahun belajar akhirnya berbaloi juga walaupun jawatan saya ni taklah segah mana pun.Tapi saya bersyukur dengan rezeki dariNya dan yang penting kerja ni halal dan membantu orang lain.Rasa gementar pun ada untuk melangah setapak ke hadapan.Rasa tak puas lagi menikmati kehidupan sebagai seorang pelajar.Dan yang paling tak besh dah tak boleh gunakan kad matriks pelajar lagi.Yelah dengan kad matriks kan pelajar banyak dapat kemudahan ye tak? Terutama diskaun hehe..

Sekarang ni tengah tunggu satu lagi surat.Surat posting kot.Saya tak tahu lagi bila tarikh lapor diri dan kat mana saya akan bekerja nanti.Alahaiii memang cuak takut dicampak jauh di pedalaman.Tak caya pulak da nak kerja.Rasa macam budak-budak lagi hehe.Padahal umur dah tuakan.Saya kerja apa? Nantilah saya cerita kemudian.Tunggu surat satu lagi sampai dulu.


Siyes rindu time belajar dulu ngan kawan-kawan.

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

0 org yg baik hati suda komen..anda? hee:

Post a Comment