Monday, April 4, 2011

Sahabat jadi kekasih??? Bolehkahh??



Assalamualaikum..
Pernah dengar tak pasal tajuk n3 ni? Mesti pernahkan.Sahabat jadi kekasih,boleh ker? Serasi ke? Mesti banyak pertanyaan pasal isu ni.Ada yang kata ok dan ada juga yang kata ko hehee..Dan saya termasuk dalam golongan yang berkata ok.Kenapa?Kerana raja di hati saya sekarang ini pernah menjadi sahabat baik saya.Bagi saya tak ada salahnya dari hubungan kawan bertukar kepada cinta.Sebab kita dah tahu hatinya,kita dah paham sifatnya.Bukankah itu lebih mudah.Tak perlulah kita mencari masa untuk mencipta keserasian yang sememangnya sudah tercipta.Seperti kisah saya,(bukan nak promote kisah cinta sendiri ye..sekadar berkongsi rasa ceewahhh).Saya dan Mr.A bermula sebagai kawan.Kami bergurau bersama,meluahkan masalah dan saling mengutuk antara satu sama lain.Dia panggil saya kambing (mungkin di matanya saya macam kambing kottt kui3) dan saya panggil die biri-biri sebab rambut die kerinting hik3..Lama kelamaan hubungan kami menjadi istimewa dan saya senang berada di sampingnya.Dia sangat memahami,mengambil berat dan menyayangi saya..Baikkan Mr.A saya hihii..sorila kalo termeluat.Sapee yang tak puji pakwe sendirikan huuu..Sekarang dialah cinta saya,dialah sahabat saya.
Mungkin setiap orang ada pendapat masing-masing.Ramai yang mengatakan perempuan dan lelaki tidak boleh bersahabat baik kerana mungkin akan jatuh cinta.Memang pun!!!Tapi tak semuanya.Ada juga yang mengatakan bercinta dengan sahabat sendiri berisiko besar kerana apabila hubungan istimewa itu putus,ikatan persahabatan juga akan terlerai.Untuk apa difikirkan semua itu,ajal maut dan jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah.Jika brcinta,tanamkan niat di hati bahawa pasangan kita itulah yang akan menjadi suami atau isteri kita kelak.Buat apa bercinta jika matlamat bukan untuk kahwin.Buat apa berjanji sehidup semati jika sekadar bermain rasa (ayat jiwang lakkk...da lama tak menulis novel niihh heee).Buat Mr.A yang dicintai..kamulah sahabat,kamulah cintaku..wawawaaaaahhhh!! Siapa2 yang ada pendapat yang lagi bernas boleh sharing..sharing is lovinggg =)..


Semoga kasih kekal abadi..

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

2 org yg baik hati suda komen..anda? hee:

zieyra sulley said...

heee, saye pon macam tuh juge :)
after 6year bff

Aimie Lieyana said...

really?? msti bahagiakan.. =)

Post a Comment