Saturday, April 30, 2011

Pemakai Contact Lens: Sila berhati-hati..


Still tak berani cuba lens warna macam ni..

Hai korang..dapat agak tak apa yang saya cuba sampaikan berdasarkan tajuk entri ni??? Ok saya just nak share info pasal lens..korang tahu tak pakai contact lens ada risikonya..apakah risikonya??? Meh nak bercerita sket..

Satu hari tu waktu kelas Parasitologi Perubatan,lecturer saya bagi lecture pasal ameba hidup bebas..Kitaorang belajar dua jenis iaitu Acanthamoeba sp dan Naegleria sp.Mula-mula bukan main lagi mengantuk pastu dengar lecturer tu bagitau Acanthamoeba sp tu boleh menjangkiti mata terutamanya kepada PEMAKAI CONTACT LENS terus segar je mata..kenapa?? kerana saya adalah salah seorang pemakai lens..terus datang takut..Acanthamoeba ni boleh menyebabkan keratitis iaitu inflamasi pada mata,jadi merah-merah.Bahaya tuuu..Selain tu cara transmisi amoeba ni melalui inhalasi,ingesi dan luka..Parasit ni boleh ade dalam air,tanah dan persekitaran sebab dia hidup bebas hehe..

Antara faktor yang boleh menyebabkan jangkitan Acanthamoeba ni adalah mandi,berenang tanpa menanggalkan lens dulu..manalah tahu kan air yang korang guna tu terkontaminasi ke,tak bersih ke..manalah tahu kan kan..so kalau boleh elakkan mandi dengan lens ni..even saya sendiri malas nak tanggal lens time nak mandi =P..Lens yang kotor pun boleh menyebabkan jangkitan ni..

Ni ada beberapa cara nak kurangkan risiko jangkitan Acanthamoeba.Yang penting adalah tingkatkan kebersihan dan penjagaan lens korang..lepas tanggal lens tu cuci lens dengan solution..rub pas tu bilas dengan solution juga.. dan INGAT!! jangan cuci lens dengan saline sebab saline bukan disinfectant ok,cuma salt solution je..rendam lens pun dengan solution macam renu,BUKAN saline..tukar solution dalam bekas lens setiap kali korang mahu simpan lens dan bukan re-use solution..lagi satu kalo nak basuh bekas lens tu jangan guna air paip,kalau guna air paip pun bilas balik dengan solution sebab takut air tu terkontaminasi.Selain tu yang basic semua mesti dah tahu kan,macam cuci tangan sebelum 'handle' lens..


Renu-salah satu solution disinfectant untuk lens..

Kesimpulannya,tingkatkanlah kebersihan penjagaan lens korang (peringatan untuk diri sendiri jugak)..Mencegah lebih elok kan..Jangan takut pulak nak pakai lens pasni tau tau..Harap entri ni memberikan info yang berguna untuk korang..

Nak tahu lebih lanjut klik SINI..



Inilah dia Acanthamoeba..pseudopodia dia bentuk spiky..kalau tengok bawah mikroskop biasa kena main fine adjustment baru boleh nampak spiky-spiky tuh..



Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Friday, April 29, 2011

Doa Mudah Faham dan Mudah Hafal..

doamudahfahamhafal

“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

Assalamualaikum..
Sekarang adalah musim final exam,tidak terkecuali saya juga..Final exam saya akan bermula pada 5 Mei ini..dah dekat kan..sangat berdebar-debar rasanya sebab ini adalah final sem saya,yang menentukan hala tuju saya selepas ini.Harapnya saya dapat buat yang terbaik sehabis daya.Insyaallah..

Disini saya ingin kongsikan doa mudah faham dan mudah hafal seperti di atas.Sebelum study,bacalah doa ini dulu..Insyaallah kita akan lebih mudah faham dan hafal dengan izin Allah..Kita cuma boleh berusaha dan Allah SWT yang tentukan segalanya..

Kepada korang yang akan menempuhi final exam..saya ucapkan GOOD LUCK..semoga berjaya okeh~~Dan INGATT usaha adalah tangga kejayaan.Jangan menyesal di kemudian hari..Jom2 fighting!! Chayokkk2!

Banyak lagi doa untuk pelajar di SINI..

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Thursday, April 28, 2011

Pesta Buku Antarabangsa di PWTC..



Hai korang!! Tadi saya pergi ke pesta buku antarabangsa di PWTC.Sebenarnya ni kali KEDUA..beberapa hari lepas dah pergi tapi sekadar menjamu mata jelah kan.Sebab dah lewat time tu,tak sempat nak memilih NOVEL..saya ulang,NOVEL..bukan buku ilmiah hehe..

Petang tadi pergi lagi sekali ke pesta buku tu.Ya Allah ramainya orang..budak-budak sekolah pun ramai.Rasa macam rambang mata jap tadi sebab tak tahu nak pilih novel apa.Saya masuk ke bilik atau booth karangkraf sebab kat situ ada jual novel alaf 21.Saya suka baca terbitan alaf 21 sebab tu laju je menuju ke booth karangkraf.Siyes memang tak tahu nak pilih novel apa sebab sangat murah selepas didiskaun (betul ke ayat haku nihh) 15-20%.Dahlah semuanya novel baru-baru.Memang rasa tekanan jiwalah kejap disitu huhu.

Tujuan utamanya saya mahu mencari atau membeli novel Cinta 3 Suku karya Herna Diana.Ramai cakap novel ni best dan kelakar.Masa pergi kali pertama novel ni memang ada.Tapi tadi cari punya cari sampai sudah tak jumpa.Aisshh takkan dah habis kot.Pastu pergilah tanya abang yang jaga booth tu,dia cakap stok baru tak dikeluarkan lagi dari kotak.Mak aihh kira laku lah kan buku tu sebab cepat je habis.Dia suruh datang lagi nanti Sabtu atau Ahad.Agak frust disitu.Terus datang perasaan menyesal sebab tak beli novel tu hari tu.Nak buat macam mana kan..Jadi jadi jadi..untuk menghilangkan 'keFRUSTsan,saya sempat lah menyambar 3 buah novel dan dua buku yang lain.Baca sinopsis yang macam agak-agak menarik terus beli.Tengoklah kalau rajin saya pergi lagi ke pwtc untuk beli Cinta 3 Suku heheee..

Kepada yang belum pergi,bolehlah ke pesta buku antarabangsa di pwtc.Memang menariklah sebab disitu korang akan dapat buku dengan harga yang murah dari harga asal.Bukan novel je,semua jenis buku ada.Komik dan majalah pun ada..Lagi banyak korang beli,lagi murah harganya..Oh ya pesta buku ni dari 22April hingga 2 Mei kalo tak silap saya..sempat lagi untuk korang menyerbu pwtc..Ok..papai..


Booth gempak starz pon ade..


Ni pulak novel karya Aisya Sofea..siyes saya suka gaya penulisan beliau..


Smile!!


Novel dan buku yang dibeli..



Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Monday, April 25, 2011

Red Riding Hood..

Assalamualaikum..

Hai semua..korang da tengok movie Red Riding Hood? Saya baru tengok movie ni semalam kat Times Square.Ramai jugak orang tengok movie ni..Hurmm not bad lah movie ni..Cite die pasal serigala jadian yang mengganas di kawasan perkampungan ni.So penduduk-penduduk kampung sepakat nak cari dan bunuh serigala jadian tu.Serigala jadian ni nak Valarie (Amanda Seyfried) ikut die tinggalkan kampung kalau tak dia akan musnahkan kampung tu.Tapi Valarie tak nak.Kalau nak tahu kenapa serigala tu suka suka sangat kat Valarie tu jeng jeng jeng kena tengoklah hehe..Cite ni pada awalnya akan membuatkan penonton tertanya-tanya siapa sebenarnya serigala jadian.Mula-mula saya ingat nenek Valarie serigala jadian,pastu bukan kot..ingat Peter lak si pakwe Valeria..pastu eh bukan kot..duk asyik tuduh orang ni orang tu..last-last semua yang disangka tu bukan serigala jadian..haaa nak tahu siapa serigala jadian tu bolehlah ke pawagam tengok movie ni atau tunggu je keluar dvd nanti.Saya pon tak tahu macam mana nak summarize kan cite ni dengan terperinci.Tahu tengok je ye dakk..Kalau nak tahu sinopsis lebih lanjut boleh klik SINI..

Hermm saya bagi movie ni 3.5 star over 5..Apa yang tak beshnya part serigala jadian tak banyak sangat..Baru keluar kejap tengok-tengok dah tak de..Movie ni sesuai untuk orang yang suka tonton movie jenis serius..sebab movie ni tak ada komedi langsung..Overall ok lah movie ni..



Semangat tu amik pic ngan poster movie ni hee..





Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Wednesday, April 20, 2011

Menguap Jangan Bunyi..

Assalamualaikum..

Hai semua..kali ni just nak share satu info yang baru saya tahu.Tadi rumate saya pergi ceramah kat dewan hostel (saya tak join sebab keluar makan hee),penceramah tu cakap MENGUAP JANGAN BUNYI.Korang paham tak maksudnya?Maksudnya time tengah menguap ke lepas menguap jangan keluarkan bunyi pelik-pelik macam hooohh,haaahhh,aaahhh dan macam-macam bunyi yang pelik lagi la kan.Tutup mulut masa menguap apatah lagi, haruslah kan.

Nak tau kenapa tak boleh menguap bersama bunyi? Sebab ustaz tu cakap syaitan ni suka 2 benda.First,bila orang alim meninggal dan satu lagi bila menguap dengan bunyik ni.Ada jugak orang cakap kalau menguap tak tutup mulut nanti syaitan masuk mulut.Yang tu wallahualam lah,saya pun kurang pasti betul ke tak.

So kalau tak nak disukai oleh syaitan sila jangan mengeluarkan sebarang bunyi bila menguap yeee..dan tutup mulut anda,barulah sopan sikit.Ni tak,ada sesetengah orang menguap bukak mulut luas-luas depan orang.Siap ada bau lagi tu.Tak reti-reti nk tutup sikit mulut tu??? Aishh terEMO lak kan..

Kesimpulannya buatlah benda yang disukai oleh Allah SWT dan elakkan perkara yang disukai syaitan..Pas ni sila menguap dengan sopan ye cayang-cayang semua..



Alololo tomei-tomeinya die menguap..nanti besar tutup mulut ye..=)



Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Tuesday, April 19, 2011

Sehangat Cinta dan Pengasuh Cinta

Assalamualaikum..

Hai korunk-korunk.Tengah buat apa tu.Dah tido keee? Relaks dulu,awal lagi ni hehe..Macam tajuk di atas saya nak bagitahu sikitlah pasal novel-novel saya ni sebab ramai yang bertanya bila saya nak sambung kedua novel ni.No worry k..memang saya akan sambung.Mesti korunk bengang kan dari ari tu lagi asyik cakap nak sambung je TAPI tak sambung-sambung sampai sekarang.Macam yang pernah saya bagitahu kat entri sebelum ni saya akan sambung novel selepas final exam.Bulan 6 nanti baru saya free sepenuhnya.Tanam anggur 3 bulan sebelum memulakan kerja.Time tu lah saya akan sambung novel-novel tersebut.

Dan mesti korang geram jugak kan kenapa saya boleh je buat entri-entri lain tapi tidak mengupdate novel.Sayangs-sayangs sekalian,menulis novel bukan main tulis je,kena banyak berfikir untuk kembangkan plot dan menyedapkan jalan cerita.Saya tak nak lah tulis novel dengan tergesa-gesa takut tak ada feel nanti..ecececeewaahhh..Lainla kalo tulis entri lain,main taip ikut sedap hati je kan.

Kepada supporter SC dan PC saya amat berterima kasih kepada korang semua.Tanpa korang sape lah saya (bajet artis lakk..wekkk).Tenkiu muchy-muchy k..Saya harap korang dapat menanti dengan sabar..Saya minta maaf jika membuatkan anda tertunggu-tunggu..Muuahhh! Nah flying kish kui2..



Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Monday, April 18, 2011

Jom Belajar Hindi.


Assalamualaikum..

Hai semua.Macam pelik je entry ni kan.Belajar bahasa hindi? Biar betul saya neh.Biasa orang belajar bahasa jepun ke,mandarin ke.Tapi siyes saya minat la hindi ni.Tapi kalau nak masuk kelas bahasa hindi macam buang tebiatlah pulak kan.Dari kecik sampai sekarang saya suka tengok cite nustan.Part yang paling suka time menari keliling pokok dengan baju yang berlainan tu hehe.Dulu memang saya layan gile la nustan ni.Sekarang je kureng sket sebab cite nustan sekarang da tak sebest dulu.Setuju tak? Setujula,pleasee..=P

Sebenarnya saya tak reti sangat bahasa ni.Belajar slow-slow time tengok cite nustan je.Kadang-kadang bleh gak paham sket-sket bila tengok cite nustan.Ni saya nak share beberapa patah perkataan yang saya tahu.

1. Cinta - Pyar,mohabbat
2. Gila - Pagal
3. Kawan - Dosti
4. Kahwin - Shaadi
5. Hati - Dil
6. Mana - Kaha
7. Apa - Kya
8. Hari ini - Aaj
9. Hubungan - Rishta
10. Orang asing - Ajnabee
11. Air - Pani
12. Cantik - Khobsurat
13. Saya - Main
14. Awak - Tum
15. Lelaki - Ladka
16. Perempuan - Ladki
17. Menantu - Bahu
18. Kakak - Didi
19. Abang - Bhaiyya
20. Ayah - Babuji

Setakat itu sahaja ya.Kalau ada salah dan silap sila betulkan.Al maklumlah saya ni bukanlah terer sangat hindi ni sekadar mahu berkongsi apa yang saya tahu je hihi..



Ni la hero yang saya suka.Shahid Kapoor..cute kan kan kan?




Ni pulak heroin yang saya suka,si cantik Rani Mukherjee.Soo gorgeous..jerrriitt u!























Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..