Monday, April 25, 2011

Red Riding Hood..

Assalamualaikum..

Hai semua..korang da tengok movie Red Riding Hood? Saya baru tengok movie ni semalam kat Times Square.Ramai jugak orang tengok movie ni..Hurmm not bad lah movie ni..Cite die pasal serigala jadian yang mengganas di kawasan perkampungan ni.So penduduk-penduduk kampung sepakat nak cari dan bunuh serigala jadian tu.Serigala jadian ni nak Valarie (Amanda Seyfried) ikut die tinggalkan kampung kalau tak dia akan musnahkan kampung tu.Tapi Valarie tak nak.Kalau nak tahu kenapa serigala tu suka suka sangat kat Valarie tu jeng jeng jeng kena tengoklah hehe..Cite ni pada awalnya akan membuatkan penonton tertanya-tanya siapa sebenarnya serigala jadian.Mula-mula saya ingat nenek Valarie serigala jadian,pastu bukan kot..ingat Peter lak si pakwe Valeria..pastu eh bukan kot..duk asyik tuduh orang ni orang tu..last-last semua yang disangka tu bukan serigala jadian..haaa nak tahu siapa serigala jadian tu bolehlah ke pawagam tengok movie ni atau tunggu je keluar dvd nanti.Saya pon tak tahu macam mana nak summarize kan cite ni dengan terperinci.Tahu tengok je ye dakk..Kalau nak tahu sinopsis lebih lanjut boleh klik SINI..

Hermm saya bagi movie ni 3.5 star over 5..Apa yang tak beshnya part serigala jadian tak banyak sangat..Baru keluar kejap tengok-tengok dah tak de..Movie ni sesuai untuk orang yang suka tonton movie jenis serius..sebab movie ni tak ada komedi langsung..Overall ok lah movie ni..



Semangat tu amik pic ngan poster movie ni hee..





Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Wednesday, April 20, 2011

Menguap Jangan Bunyi..

Assalamualaikum..

Hai semua..kali ni just nak share satu info yang baru saya tahu.Tadi rumate saya pergi ceramah kat dewan hostel (saya tak join sebab keluar makan hee),penceramah tu cakap MENGUAP JANGAN BUNYI.Korang paham tak maksudnya?Maksudnya time tengah menguap ke lepas menguap jangan keluarkan bunyi pelik-pelik macam hooohh,haaahhh,aaahhh dan macam-macam bunyi yang pelik lagi la kan.Tutup mulut masa menguap apatah lagi, haruslah kan.

Nak tau kenapa tak boleh menguap bersama bunyi? Sebab ustaz tu cakap syaitan ni suka 2 benda.First,bila orang alim meninggal dan satu lagi bila menguap dengan bunyik ni.Ada jugak orang cakap kalau menguap tak tutup mulut nanti syaitan masuk mulut.Yang tu wallahualam lah,saya pun kurang pasti betul ke tak.

So kalau tak nak disukai oleh syaitan sila jangan mengeluarkan sebarang bunyi bila menguap yeee..dan tutup mulut anda,barulah sopan sikit.Ni tak,ada sesetengah orang menguap bukak mulut luas-luas depan orang.Siap ada bau lagi tu.Tak reti-reti nk tutup sikit mulut tu??? Aishh terEMO lak kan..

Kesimpulannya buatlah benda yang disukai oleh Allah SWT dan elakkan perkara yang disukai syaitan..Pas ni sila menguap dengan sopan ye cayang-cayang semua..



Alololo tomei-tomeinya die menguap..nanti besar tutup mulut ye..=)



Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Tuesday, April 19, 2011

Sehangat Cinta dan Pengasuh Cinta

Assalamualaikum..

Hai korunk-korunk.Tengah buat apa tu.Dah tido keee? Relaks dulu,awal lagi ni hehe..Macam tajuk di atas saya nak bagitahu sikitlah pasal novel-novel saya ni sebab ramai yang bertanya bila saya nak sambung kedua novel ni.No worry k..memang saya akan sambung.Mesti korunk bengang kan dari ari tu lagi asyik cakap nak sambung je TAPI tak sambung-sambung sampai sekarang.Macam yang pernah saya bagitahu kat entri sebelum ni saya akan sambung novel selepas final exam.Bulan 6 nanti baru saya free sepenuhnya.Tanam anggur 3 bulan sebelum memulakan kerja.Time tu lah saya akan sambung novel-novel tersebut.

Dan mesti korang geram jugak kan kenapa saya boleh je buat entri-entri lain tapi tidak mengupdate novel.Sayangs-sayangs sekalian,menulis novel bukan main tulis je,kena banyak berfikir untuk kembangkan plot dan menyedapkan jalan cerita.Saya tak nak lah tulis novel dengan tergesa-gesa takut tak ada feel nanti..ecececeewaahhh..Lainla kalo tulis entri lain,main taip ikut sedap hati je kan.

Kepada supporter SC dan PC saya amat berterima kasih kepada korang semua.Tanpa korang sape lah saya (bajet artis lakk..wekkk).Tenkiu muchy-muchy k..Saya harap korang dapat menanti dengan sabar..Saya minta maaf jika membuatkan anda tertunggu-tunggu..Muuahhh! Nah flying kish kui2..



Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Monday, April 18, 2011

Jom Belajar Hindi.


Assalamualaikum..

Hai semua.Macam pelik je entry ni kan.Belajar bahasa hindi? Biar betul saya neh.Biasa orang belajar bahasa jepun ke,mandarin ke.Tapi siyes saya minat la hindi ni.Tapi kalau nak masuk kelas bahasa hindi macam buang tebiatlah pulak kan.Dari kecik sampai sekarang saya suka tengok cite nustan.Part yang paling suka time menari keliling pokok dengan baju yang berlainan tu hehe.Dulu memang saya layan gile la nustan ni.Sekarang je kureng sket sebab cite nustan sekarang da tak sebest dulu.Setuju tak? Setujula,pleasee..=P

Sebenarnya saya tak reti sangat bahasa ni.Belajar slow-slow time tengok cite nustan je.Kadang-kadang bleh gak paham sket-sket bila tengok cite nustan.Ni saya nak share beberapa patah perkataan yang saya tahu.

1. Cinta - Pyar,mohabbat
2. Gila - Pagal
3. Kawan - Dosti
4. Kahwin - Shaadi
5. Hati - Dil
6. Mana - Kaha
7. Apa - Kya
8. Hari ini - Aaj
9. Hubungan - Rishta
10. Orang asing - Ajnabee
11. Air - Pani
12. Cantik - Khobsurat
13. Saya - Main
14. Awak - Tum
15. Lelaki - Ladka
16. Perempuan - Ladki
17. Menantu - Bahu
18. Kakak - Didi
19. Abang - Bhaiyya
20. Ayah - Babuji

Setakat itu sahaja ya.Kalau ada salah dan silap sila betulkan.Al maklumlah saya ni bukanlah terer sangat hindi ni sekadar mahu berkongsi apa yang saya tahu je hihi..



Ni la hero yang saya suka.Shahid Kapoor..cute kan kan kan?




Ni pulak heroin yang saya suka,si cantik Rani Mukherjee.Soo gorgeous..jerrriitt u!























Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Sunday, April 17, 2011

Happy Birthday to Me!!


Assalamualaikum..

Hai..korang buat apa tu? Ok entri ni saya just nak share pasal besday saya pada hari ini bersamaan 17 April 2011.Dah 23 tahun..Tua suda kan.Saya sebenarnya tak tahu ada parti (parti ke? Actually bukan parti just makan-makan kek je kot).Pagi tadi saya breakfast dengan Mr.A.Tengok-tengok dia tade buat surprise ape pon.Rasa frust sangat.Rasa sedih je..Makan nasi lemak pun rasa susah nak telan.Hehe over kannn..

Thennnnnnn masa dia hantar saya balik hostel dia pesan pukul 1.30pm nanti turun kat dewan belakang hostel.Zapppp terus rasa excited sangat.Terus senyum sampai telinga.Jeng-jeng kul 1.30pm saya pergi la dewan tu.Sangat teruja tengok kek chocolate indulgence bersama lilin yang menyala-nyala.Saya pun apa lagi fuhhhhhhhh.Abes semua lilin terpadam.Sangat rakus kan.My rumate pun ada skali time tu..Takde hadiah pon tapi dia bagi saya bunga dan kad.Itu pun dah memadai.Soo sweet macam gula tau..Time kaceh cayangs..



Bunga dan kad pemberian si dia..


Aku dan bunga hee..

Dan malam tadi kitaorang sekali lagi celebrate besday saya di Flaming Steamboat.Hanya kami berdua sahaja.Kat situ menyediakan hidangan buffet.Macam-macam ada steamboat,seafood dan banyak lagi lah.Kitaorang makan punyala banyak sampai nak pecah perut..2 jam kitaorang menjamu perut di flaming sampai perut jadi bulat macam bola hehe..Melampaukan..Tenks abang sebab belanja..




Senyum je dapat makan hehe..




Love u till the end..Insyaallah...

Kesimpulannya saya sangat hepi hari ni..Tenkiu to all my rumate Aliaa,Faz,Bella and my love Afif..Saya sayangkan anda semua.. =)

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Friday, April 15, 2011

Saya sukeeee movie Just Go With It.. =)


Macam tak bley blaa je kan tajuk entry ni..tp itulah hakikatnya kui2..mesti cakap saya ketinggalan zaman kan sebab movie ni da lama release tapi saya baru tengok hehee..actually semalam baru berkesempatan tengok movie ni..cite die memang tersangat BEST dan KELAKAR tak hengat..Bergegar satu panggung tu orang gelak..

Sebenarnya masa tengok movie ni saya dengan my love gaduh,then kitaorang senyap tak bercakap.Masa part kelakar kitaorang try wat-wat serius,yelah tengah majuk mestilah seriuskn kn.You'll guess wat..berderai gelak kitaorang tau..tak boleh nak tahan-tahan..tak boleh nak serius-serius dah..rasa nak gelang guling-guling kat situ..cite ni langsung tak bosan.Rasanya nilah movie yang paling besh kitaorang tengok tahun ni (bagi pandangan sayalah)..

Bagi sesape yang belum tengok bolehla tengok movie ni..kalau nak tahu lebih lanjut pasal movie ni boleh klik SINI..movie ni saya bagi 4.5 star.. (@_@)






Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Monday, April 4, 2011

Sahabat jadi kekasih??? Bolehkahh??



Assalamualaikum..
Pernah dengar tak pasal tajuk n3 ni? Mesti pernahkan.Sahabat jadi kekasih,boleh ker? Serasi ke? Mesti banyak pertanyaan pasal isu ni.Ada yang kata ok dan ada juga yang kata ko hehee..Dan saya termasuk dalam golongan yang berkata ok.Kenapa?Kerana raja di hati saya sekarang ini pernah menjadi sahabat baik saya.Bagi saya tak ada salahnya dari hubungan kawan bertukar kepada cinta.Sebab kita dah tahu hatinya,kita dah paham sifatnya.Bukankah itu lebih mudah.Tak perlulah kita mencari masa untuk mencipta keserasian yang sememangnya sudah tercipta.Seperti kisah saya,(bukan nak promote kisah cinta sendiri ye..sekadar berkongsi rasa ceewahhh).Saya dan Mr.A bermula sebagai kawan.Kami bergurau bersama,meluahkan masalah dan saling mengutuk antara satu sama lain.Dia panggil saya kambing (mungkin di matanya saya macam kambing kottt kui3) dan saya panggil die biri-biri sebab rambut die kerinting hik3..Lama kelamaan hubungan kami menjadi istimewa dan saya senang berada di sampingnya.Dia sangat memahami,mengambil berat dan menyayangi saya..Baikkan Mr.A saya hihii..sorila kalo termeluat.Sapee yang tak puji pakwe sendirikan huuu..Sekarang dialah cinta saya,dialah sahabat saya.
Mungkin setiap orang ada pendapat masing-masing.Ramai yang mengatakan perempuan dan lelaki tidak boleh bersahabat baik kerana mungkin akan jatuh cinta.Memang pun!!!Tapi tak semuanya.Ada juga yang mengatakan bercinta dengan sahabat sendiri berisiko besar kerana apabila hubungan istimewa itu putus,ikatan persahabatan juga akan terlerai.Untuk apa difikirkan semua itu,ajal maut dan jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah.Jika brcinta,tanamkan niat di hati bahawa pasangan kita itulah yang akan menjadi suami atau isteri kita kelak.Buat apa bercinta jika matlamat bukan untuk kahwin.Buat apa berjanji sehidup semati jika sekadar bermain rasa (ayat jiwang lakkk...da lama tak menulis novel niihh heee).Buat Mr.A yang dicintai..kamulah sahabat,kamulah cintaku..wawawaaaaahhhh!! Siapa2 yang ada pendapat yang lagi bernas boleh sharing..sharing is lovinggg =)..


Semoga kasih kekal abadi..

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..