Sunday, June 21, 2009

Sehangat cinta 9

“Hai Lin..”Ika menyapa lalu mengambil tempat di sebelah Lin

Lin mendongak.Sapaan Ika seolah mata panah yang tepat menembusi jantungnya.Hatinya kembali berirama tidak menentu.Dia hanya mengangguk bersama senyuman yang cuba diukir semanis mungkin.

“Nama penuh Lin apa ya? Nak juga akak tahu.”Ika bertanya lembut.

“Noorul Hazlin.”Jawabnya ringkas.Dia menyorot wajah Ika sekilas.Dia akui wanita itu memang cantik.Tidak bersyukurkah Ikhmal mempunyai seorang isteri seperti wanita di sebelahnya itu?

“Nice name.Akak nak tanya sikit boleh?”

Lin berasa peluhnya memercik keluar.Apakah yang ingin ditanya oleh wanita itu? Tentang hubungannya dengan Ikhmal atau apa?

“Tanyalah kak.”Lirih suaranya menahan getar yang hebat berkocak di dada.

“Apa pendapat Lin tentang Ikhmal?”Lancar Ika bertanya

Lin terkedu.Wanita itu bertanya tentang pendapatnya tentang Ikhmal.Tapi untuk apa? Dia resah.Dia takut wanita itu mengetahui hubungannya dengan Ikhmal sebelum ini.

“Ikhmal okey je.Dia baik.”Dia menjawab ikhlas.

“Lin suka dia?”

“Maksud akak?”Jantungnya semakin berlari rancak.

“Akak nak tahu Lin suka dia?”Ika mengulangi soalannya buat kali kedua.

Soalan apakah itu? Haruskah dia menjawab soalan itu? Gelisah semakin hebat memalit dirinya.

“Err..”Kata-katanya mati disitu.

Ika tergelak kecil.Wajah serba salah Lin menerbitkan rasa lucu di hatinya.Dia tahu soalannya itu terlalu berterus terang.

“Akak nak sampaikan hajat Ikhmal.Dia nak Lin jadi teman wanita dia.Lin setuju tak?”Ika sudah malas mahu berkias-kias.

Mata Lin terbeliak besar mendengar kata-kata Ika.Dia seakan tidak percaya dengan apa yang didengari oleh telinganya.Yang lebih dia tidak percaya apa yang didengarinya adalah dari mulut isteri Ikhmal sendiri.Waraskah wanita itu kerana rela berkongsi suami dengannya? Waraskah wanita itu kerana sanggup menyuntingnya untuk dijadikan teman wanita suaminya?

“Haa kan saya dah cakap isteri saya sporting.Sekarang awak percaya?”Ikhmal datang mencelah.Dia duduk di atas sofa berhadapan dengan Lin.Dari tadi dia menjadi pemerhati perbualan antara Lin dengan kakak iparnya.

“Mal..”Ika menekankan suaranya.Dia tahu adik iparnya itu masih mahu main-main.

Ikhmal mengenyitkan matanya kepada Ika memohon kerjasama daripada kakak iparnya itu.Dia belum puas lagi menyakat Lin.

“Saya tak sangka…”Lin kehilangan kata-kata.Sungguh dia tidak menyangka isteri Ikhmal begitu sporting.

“Sayang,Daniel merengek nak mama dia ni.”Abang Ikhwan tiba-tiba muncul.Dia menyerahkan Daniel dalam rangkulannya kepada Ika.

Lin terlopong.Adegan apa pula yang dilihatnya kali ini? Lelaki yang mendukung anak kecil itu memanggil isteri Ikhmal sayang? Fikirannya benar-benar buntu.

Ikhmal tepuk dahi.Abang Ikhwan telah membantutkan sandiwaranya.Pembohongannya sudah terbongkar kini.Dia meghalakan pandangannya kepada Lin di hadapannya.Dia tahu Lin bingung saat itu.

“Okeylah Lin.Saya tak boleh nak tipu awak dah.Biar saya terangkan semuanya ya.Sebenarnya awak dah salah faham terhadap saya.Saya bukan suami orang.Yang awak sangka isteri saya ni sebenarnya kakak ipar saya,isteri abang Ikhwan.”Ikhmal menerangkan semuanya.Dia tidak mahu ada lagi salah faham antara dia dengan Lin.

Lin terpinga mendengar penjelasan Ikhmal.Malunya dia hanya tuhan saja yang tahu.Rupanya selama ini dia telah salah faham.Perasannya bercampur baur.Gembirakah dia? Marahkah dia? Lelaki yang semakin mendapat tempat di hatinya itu ternyata bukan milik siapa-siapa.

“Tapi kenapa awak tak bagitau saya awal-awal?”Lin membalas renungan Ikhmal.

“Saya cuma main-main.Saya nak selami hati awak dulu.Dan ternyata awak bukan orang yang pentingkan diri sendiri.Awak rela korbankan cinta awak demi kebahagiaan orang lain.”Wajah Lin ditatap penuh kasih.

Main-main? Sedarkah Ikhmal yang lelaki itu sedang bermain dengan perasannya? Sedarkah Ikhmal betapa pedih hatinya mengusir cinta yang sedang bersemi di hati? Sedarkah Ikhmal betapa pilu jiwanya menahan rindu yang tidak jemu bertenggek di tangkai hatinya? Sedarkah Ikhmal betapa sukar dirinya mengikis sayang yang semakin rakus menodai hatinya? Sedarlah Ikhmal tentang semua itu? Perlukah dia marah dengan lelaki itu sedangkan dia ingin sekali Ikhmal menjadi pemilik mutlak hatinya.

“Lin..maafkan Ikhmal ya.Akak tahu dia sangat cintakan Lin.Bagi Ikhmal peluang ye?”Ika menyampuk.

“Dia tak patut tipu saya kak..”Lin bersuara perlahan.

“Saya tak sengaja Lin.Bukan niat saya nak tipu awak.Please..maafkan saya.”Ikhmal merayu.Dia tidak mahu kehilangan Lin.

“Bagilah Ikhmal peluang Lin.”Giliran Ikhwan menyampuk walaupun dia tidak tahu sangat apa yang terjadi sebenarnya.

Lin tunduk memandang kakinya sendiri.Perlukah dia memaafkan Ikhmal? Perlukah dia memberi peluang kepada lelaki itu?

“Lin..please..awak pun tahu kan betapa banyak saya cintakan awak.”Ikhmal bangun mengatur langkah beberapa tapak.Kemudian dia duduk melutut di hadapan Lin.

Lin merenung jauh ke dalam mata Ikhmal.Mencari kejujuran dan keihlasan lelaki itu.Sinar mata Ikhmal tampak tulus.Wajah mengharap Ikhmal ditatap lama.Hatinya berirama perlahan.Kata-kata Ikhmal tadi seolah-olah membelai lembut hatinya.

“Saya boleh maafkan awak.Tapi ada satu syarat..”Sengaja Lin meleretkan kata-katanya.

“Apa dia wak?” Ikhmal bertanya tidak sabar.

“Awak kena jadi driver saya selama sebulan.”Bersahaja dia menuturkan kata-katanya.

“Seumur hidup pun saya sanggup jadi driver awak.”Ikhmal senyum.Ternyata syarat Lin itu mampu diturutinya dengan mudah.

“Dan..sudi ke awak terima saya jadi pasangan awak?” Ikhmal bertanya lagi.

Lin mengangguk perlahan.Egonya ditolak sejauh mungkin.Dia sudah malas mahu menahan perasaannya.Selama ini perit hatinya menahan rasa cinta yang berkumpul di dada.Dia ingin menjadi permaisuri hati lelaki itu.Ingin sekali.

Ikhmal menjerit gembira.Dia melompat kegembiraan.Ternyata cintanya bersambut.Ternyata penantiannya selama ini tidak sia-sia.

“Apa yang seronok sangat tu?” Pn.Ana muncul menatang dulang.Cawan diaturnya ke atas meja.Lalu air kopi di dalam teko dituangkan ke dalam cawan.

“Kalau mama nak tahu,Lin nilah orang yang Ikhmal duk angaukan.”Ika menjawab.

“Betul Mal?”Pn.Ana seperti tidak percaya.Matanya terus mencari wajah Ikhmal.

“Betul ma..dialah orang yang Mal cerita kat mama kat kolam renang hari tu.”Ikhmal menghampiri mamanya.Lengan mamanya dipeluk mesra.

“Jadi Lin lah bakal menantu mama ya?”Pn.Ana senyum.Gembira hatinya bukan kepalang.Ternyata hajatnya untuk bermenantukan Lin akan tercapai jua.

“Tak lama lagi makan nasi minyaklah kita ma..”Ikhwan mengusik.

“Ma pinangkan Lin cepat-cepat boleh? Kahwin terus je senang.”Ikhmal menyampuk.

Lin tersentak mendengar kata-kata Ikhmal.Dia perasan wajahnya memerah saat itu.Kahwin? Terasa bahagia menerobos masuk ke dalam hatinya.

“Isshh tak sabar pula budak ni.Dulu masa orang suruh kahwin tak nak pula.Sabarlah dulu.Kita buat satu-satu.Bertunang dulu.”Pn.Ana tergelak.Ikhmal sudah tidak sabar-sabar hendak kahwin.

“Alah mama ni.Dulu Mal tak jumpa Lin.Mal nak kahwin cepat sebab nak bagi cucu kat mama..Mama kan tak sabar nak tengok baby Mal.”Ikhmal tersengih.Dia mengenyitkan mata kepada Lin.

Lin merasakan wajahnya semakin membahang.Kata-kata nakal Ikhmal tadi membuatkannya tidak senang duduk.

“Mal ni banyak pula alasannya.Tengok Lin dah malu.Tapis la sikit mulut tu.”Pn.Ana melihat wajah bakal menantunya.Wajah merah Lin sudah cukup membuktikan gadis itu malu dengan kata-kata Ikhmal tadi.

“Mal nak cakap dengan Lin kat luar kejap.”Ikhmal terus menarik tangan Lin mengikut langkahnya.

--------------

Ikhmal dan Lin duduk di tepi kolam renang.Hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa mendamaikan hati mereka.Lama mereka diam melayan perasaan masing-masing.Lidah seakan kelu untuk berbicara.

“Awak..”Ikhmal memanggil lembut memecahkan ruang sunyi yang tercipta.

“Ye wak..”Lin menjawab lembut.

“Saya nak tanya boleh?”

“Tanyalah..apa dia?”

“Sejak bila awak jadi anak angkat mama saya ya?”Ikhmal meluahkan soalannya.Dari tadi soalan itu berlari-lari di benaknya.

“Baru saja.Minggu lepas.Masa tu saya tengah tengok-tengok baju kat butik D’Bayu.Lepas tu mama awak datang pada saya minta dia jadi anak angkat dia.Mama awak cakap dia tak ada anak perempuan.”Lin merungkai jawapan untuk persoalan Ikhmal.

“Kenapa tak bagitau saya?”

“Buat apa saya nak bagitau awak.Kalau awak nak tahu berat hati saya nak terima pelawaan mama awak untuk makan kat rumah awak tau.”

“Kenapa?”Ikhmal bertanya ingin tahu.

“Sebab saya takut terserempak dengan awak.”Ringkas jawapan Lin.

“Awak takut dengan perasaan awak sendirikan? Saya tak sangka awak betul-betul ingat saya ni suami orang.Awak ingat tak kat butik dulu masa saya tegur awak.Lepas tu mama datang menyampuk.Kalau awak fikir logic,takkan mama nak tolong pikat awak untuk saya kalau saya ni dah kahwin.”Ikhmal mengangkat keningnya.

Lin terdiam.Dia mengeluh.Mengapalah dia tidak teringatkan hal itu.Betul juga kata Ikhmal.Ternyata salah faham itu berpunca dari dia.

“Saya langsung tak terfikir pasal tu wak..”Lin tunduk.

“Tak apalah awak.Yang dah lepas tu lepaslah.Sekarang ni saya nak tahu awak masih nak buang cinta saya ke?”Ikhmal menyakat.

“Tak nak..”Lin tersipu malu.Wajah Ikhmal langsung tidak dipandangnya.

“So awak nak semai cinta kita ye?”Ikhmal masih mahu mengusik.Wajah memerah Lin mencuit hati lelakinya.

“Kalau itu yang awak nak.”Lin membalas.

“Memang itu yang saya nak.Dari dulu lagi.”Ikhmal bersuara pantas.Tangannya mendongakkan wajah Lin supaya memandangnya.Kasihnya tumpah pada wajah itu.Gadis yang dirinduinya saban hari itu telah menjadi miliknya kini.

“Maafkan saya atas salah faham yang berlaku.”Lin cuba melawan panahan mata Ikhmal.

“Bukan salah awak.Saya yang salah kerana tak berterus terang dari awal.Lupakan semua tu ya.Lagi satu saya nak tanya..”

“Tanyalah.”

“Awak nak lahirkan anak untuk saya tak?”Ikhmal masih mahu menyakat.Dia tersengih-sengih.

“Awak ni..”Pantas Lin mencubit lengan Ikhmal sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.

“Sakitlah sayang..”Ikhmal menggosok-gosok lembut lengannya.

“Haa tulah gatal lagi.Kahwin belum lagi dah fikir pasal anak.”Lin mengomel geram.

“Issh nak bergurau pun tak boleh.Nasib sayalah dapat bakal bini tangan ketam.Asyik kena cubit je.”Ikhmal tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri.

Lin tersenyum bahagia.Lelaki di hadapannya kini telah menjadi raja hatinya.Dan dia berharap semoga kebahagiannya bersama Ikhmal akan kekal.Dia tidak rela kehilangan lelaki itu.Ternyata cinta yang semakin bertambah dihatiya sukar untuk dicantas.

----------------------

Ikhmal tersenyum-senyum seorang diri.Hatinya berbunga-bunga.Ingatannya tidak pernah putus terhadap Lin.Dia selalu angaukan gadis itu.Saban hari dia merindu.

“Oiitt..”

“Ya Allah terkejut aku.Kenapa tak ketuk bilik dulu?”Ikhmal melurut dadanya.Sergahan Haris tadi menyedarkan dia dari lamunan.

“Naik kebas tangan aku ni ketuk tau.Kau tengah mengelamun ya? Senyum sorang-sorang ni kenapa?”Haris bertanya.Sebaik sahaja dia melangkah ke dalam bilik Ikhmal,dia lihat lelaki itu sedang tersenyum-senyum.Entah apa yang difikirkan oleh Ikhmal dia tidak tahu.

“Biasalah orang angau..”Ikhmal meleretkan kata-kata.Bibirnya masih mengukir senyum.

“Tengah tangkap cintan lah ni..”Haris menduga.

“Lebih kurang macam tu lah.Eh kau masuk bilik aku ni kenapa?”Ikhmal bertanya serius.

“Kau dah tahu ke Kak Mah,setiausaha kau tu nak pindah tempat lain?”Haris mengetuk-ngetuk meja Ikhmal perlahan.

“Hah? Aku tak tahu pun.”Ikhmal tersentak.

“Haa tu lah kau angau lagi sampai setiausaha nak pindah pun tak tahu.”Haris mengeleng-gelengkan kepala.

“Dah tu siapa yang gantikan dia?”Ikhmal tidak mempedulikan kata-kata Haris tadi.

“Aku dengar-dengar gadis muda yang gantikan tempat dia.”

“Alahh ni yang aku tak suka.Aku nak orang yang berpengalaman.”Ikhmal mengeluh.

“Apa salahnya bagi peluang dekat orang muda.Lama-lama akan ada pengalamanlah.”Haris meyakinkan.

“Lecehlah kalau macam tu.Kena terangkan dulu nak buat apa.Malas tahu tak.”Ikhmal membidas.

“Leceh tak leceh dah terpaksa Mal.Manalah tahu kot-kot nanti kau tangkap cintan dengan dia pula.”Haris berseloroh.

“Tak ada maknanya.Aku sayangkan awek aku sorang je.”Ikhmal senyum.Wajah Lin menari-nari di tubir matanya.

“Kita tengik jelah nanti.Okeylah aku pun banyak kerja ni.Jumpa lagi.”Haris bingkas bangun.

Ikhmal hanya mengangguk.Dia menghantar langkah Haris dengan pandangan matanya.Dia mengeluh lemah.Dia sudah biasa dengan Kak Mah.Wanita separuh usia itu sudah terlebih memahami akan kehendaknya.Tapi sekarang tiba-tiba orang baru akan menggantikan setiausaha lamanya itu.Tentu kerjanya nanti tidak akan berjalan dengan lancar.Akhirnya dia terus mengeluh dan mengeluh.


Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Friday, June 19, 2009

Sehangat cinta 8

Ikhmal memandang lama telefon bimbitnya.Sudah berkali-kali dia menghubungi Lin tetapi satu pun panggilannya tidak dijawab oleh gadis itu.Resah membelit hatinya.Dilemparkan pula pandangannya ke arah kolam renang di hadapannya.Air kolam yang jernih itu tidak sejernih hatinya.Rawan dihatinya hanya dia saja yang tahu.Dia mendail sekali lagi nombor Lin.Lama dia menunggu panggilannya dijawab namun sekali lagi dia hampa.Dia bangun menghampiri kolam renang.Dia melabuhkan duduknya di birai kolam renang tersebut.Kakinya dicecahkan ke dalam kolam.Dia mengeluh dan terus mengeluh gusar memikirkan apa yang terjadi antara dia dengan Lin.Salah dirinya tidak berterus-terang dengan Lin.Salah dirinya juga kerana cuba menguji hati Lin.Akhirnya hatinya sendiri yang teruji.Dia memandang air di dalam kolam renang.Wajah Lin seakan muncul terapung di atas air.Wajah yang tiap saat dirinduinya itu bagaikan tersenyum kepadanya.

“Apa yang dimenungkan tu? Jauh benar mama nampak lamunan kamu ni Mal.”Pn.Ana menyusul di belakang Ikhmal.Dari tadi dia melihat anak bongsunya itu asyik melayan perasaan di tepi kolam renang.

“Tak ada apalah mama.”Ikhmal menghadiahkan senyuman kepada mamanya menutup kemuraman di wajahnya.

“Mama tahu kamu ada masalah.Kongsi dengan mama ya?” Pn.Ana turut duduk di birai kolam seperti Ikhmal.Bezanya kakinya tidak dicecahkan ke dalam air kolam.

“Benda kecik je ma..tak ada apalah.”Ikhmal menyembunyikan resahnya.

“Tak kisahla benda kecik ke besar.Ceritalah kat mama.Mana tahu mama boleh tolong.”Pn.Ana ingin menyelami hati anaknya itu.

“Mama..”Ikhmal tidak meneruskan kata-katanya.Perlukah dia meluahkan masalahnya kepada mamanya?

“Ya..Mal cakap je.”Pn.Ana mengusap lembut bahu anaknya.

“I’m in love ma.”Lambat-lambat Ikhml bersuara.

“Oo anak mama ni sudah jatuh cinta.Apa masalahnya? Takut nak bercinta?”

“Bukan.Mal rasa Mal dah kehilangan dia.Semua tu salah Mal.Mal tak jujur dengan dia.”

“Kalau Mal betul-betul cintakan dia,Mal berusahalah jangan kehilangan dia.Yang penting lepas ni Mal kena jujur dengan dia.Kejujuran penting dalam sesebuah hubungan Mal.Tidak kiralah hubungan Mal dengan dia ke,dengan kawan-kawan Mal ke..”Pn.Ana tersenyum.Anaknya itu sudah jatuh cinta.Hatinya cukup senang.Impiannya untuk melihat Ikhmal berkahwin semakin hampir.

“Mal akan cuba tawan hati dia.Mal akan dapatkan dia untuk jadikan menantu mama.”Dia berazam nekad.

“Baguslah.Boleh mama tahu siapa calon menantu mama tu?”

“Buat masa ni rahsia.Nanti Mal bawa dia jumpa mama dan keluarga kita ya.”Hatinya sedikit lega setelah berkongsi perasaan dengan mamanya.

“Dengan mama pun nak berahsia.Okey,mama akan tunggu Mal kenalkan dia pada mama.”Pn.Ana tidak mahu mendesak Ikhmal.

“Thanks mama..”Tubuh Pn.Ana dipeluk erat.

“Manja betul anak bongsu mama ni.Mama masuk dulu ya,nak masak”Pn.Ana bangun lalu mara ke dalam rumah.

Ikhmal memandang sepi telefon bimbit di tangannya.Nombor Lin didail buat sekian kali.

“Lin,please pick up the phone..”Ayat itu bagaikan pita rakaman yang berulang kali tercetus dari bibirnya.Dia terus menanti dan menanti panggilannya itu dijawab.

-------------------------------

Lin membiarkan telefonnya berbunyi.Dia tahu Ikhmal yang menghubunginya.Dari tadi telefonnya itu tidak berhenti berbunyi.Ditahan hatinya agar tidak menjawab panggilan itu.Dia tidak ingin mendengar suara Ikhmal.Dia takut hatinya akan tewas.Matanya dipakukan menonton rancangan di tv tetapi hatinya entah melayang ke mana.

“Angkatlah telefon tu.Kasihan Ikhmal.”Su muncul dari ruang dapur.Dia membawa dua mug berisi air nescafe.

“Tak naklah aku.”Lin membalas pantas.

“Apa salahnya kau angkat sekejap.”Bunyi deringan telefon bimbit Lin dari tadi lagi membingit di gegendang pendengarannya.Mug berisi neskafe dihulurkan kepada Lin.

“Aku tak ada apa nak cakap dengan dia.”Lin menghirup air neskafe yang disediakan oleh Su tadi.

“Tak kan kau nak biarkan telefon kau tu sampai esok pagi.Kalau kau angkat sekali,dia dah tak ganggu kau lah lepas ni.”

“Kalau kau nak jawab,kau jawablah.Aku malas..”Lin mengangkat punggung dari sofa.Dia mengambil mug di atas meja sofa lalu terus menuju ke dalam biliknya.Telefonnya dibiarkan menjerit di atas meja di ruang tamu.

“Isshhh degil betul..”Hendak tak nak Su mencapai telefon Lin di atas meja.

“Hello awak..”Ikhmal lega panggilannya dijawab.

“Sori Ikhmal..ni Su.Lin tak nak jawab panggilan kau.”Suara lesu Ikhmal seolah mengundang simpatinya.

“Please Su..tolong panggilkan dia kejap.”Ikhmal merayu lemah.

“Tak guna Ikhmal.dia memang tak nak cakap dengan kau.Sudahlah Ikhmal.Jangan ganggu dia lagi.”

“Aku ada hal nak bincang dengan dia.Kau pujuklah dia.”Ikhmal resah di hujung talian.

“Dah berbuih mulut aku ni pujuk dia.Terima kenyataan kau tak ada jodoh dengan dia.Okey,bye.”Su terus mematikan panggilan.Dihalakan langkahnya ke bilik Lin.

“Nah ambik telefon kau ni.Kasihan Ikhmal kau buat dia macam tu.”Su menghulurkan telefon ke tangan Lin.

“Habis kat aku ni kau tak kasihanlah?”Lin menyoal.

“Adus..tak tahulah aku nak cakap macam mana.Pening aku tau tak.Sorang merajuk,sorang nak pujuk.”Su mengeleng-ngelengkan kepalanya.Dia terus mengorak langkah ke ruang tamu.

Lin mencebik.Kalau Su pening dia lagi pening.Dia pening dengan perasaannya.Cintanya terhadap Ikhmal sukar diusir jauh.Entah mengapa saban hari hatinya mengalunkan lagu rindu bersulamkan melodi kasih.

--------------------

Ikhmal berlegar-legar dalam biliknya.Sekejap dia baring di atas katil.Sekejap dia bertenggek di tepi jendela biliknya.Sekejap dia menyandar di dinding.Hatinya benar-benar tak keruan.Tak keruan kerana seorang gadis.Dan semestinya gadis itu adalah Lin.Mengapa begitu sukar dirasakan untuk memujuk hati Lin.Dia seolah-olah hilang punca.Penangan cinta yang dilaluinya itu betul-betul menguji hebat perasaannya.

“Ayah Cu!!” Panggilan Daniel bersama ketukan di pintu biliknya mematikan lamunannya.

“Daniel..”Daniel tersengih sebaik sahaja Ikhmal membuka pintu.

“Bila Daniel datang ni?”Ikhmal bertanya ramah.

“Baru aje.”Daniel menjawab pendek.

“Rindunya Ayah Cu kat Daniel.”Dia terus mendukung Daniel.Kehadiran anak buahnya itu menceriakan hatinya yang rawan.

“Ayah Cu,nak coklat.”Daniel tiba-tiba meminta.

“Daniel tak cakap nak datang..Ayah Cu tak beli coklat.Esok Ayah Cu belikan ya?”Dia mencium pipi tembam Daniel sambil kakinya lincah menuruni tangga.Dia tersenyum apabila Daniel mengangguk,akur dengan kata-katanya.

“Hai hensem..”Ika menegur sebaik sahaja kelibat Ikhmal tiba di ruang tamu.

“Hai beauty..”Ikhmal membalas sambil mengenyitkan matanya kepada kakak iparnya.

“Ika dan Mal ni saja je nak buat abang jeles.”Ikhwan berseloroh.

“Alah abang ni,dengan adik sendiri pun nak jeles.”Ika mencuit manja hidung suaminya.

“Haa sekarang Kak Ika dengan Abang Wan jangan nak buat Mal jeles pula.Jangan nak buat adegan romantik depan Mal”Katanya bergurau.Daniel dalam dukungannya di letakkan ke atas sofa.

“Itulah orang suruh kahwin cepat-cepat tak nak.”Ika menyampuk kata-kata Ikhmal tadi.

“Tak ada jodohlah kak.Akak doa-doakanlah ye.Kenapa tak call Mal bagitau nak balik hari ni?”Mal memandang Ika menanti jawapan kepada soalannya.

“Sebenarnya kami tak rancang pun nak balik hari ni.Tapi semalam mama call suruh balik.Dia nak kenalkan dengan anak angkatnya.”Ika menjelaskan.

“Anak angkat mama? Siapa bang? Abang tahu?”Matanya dialihkan ke arah Ikhwan yang sedang membaca majalah di hadapannya.

“Manalah abang tahu.Abang ingat Mal kenal.”Jawab Ikhwan tanpa memandang wajah Ikhmal.

“Mal tak tahu pun.Kalau kak Ika tak cakap tadi memang Mal tak tahu.Ish ni yang musykil ni.”Ikhmal tidak puas hati.Kenapa mamanya tidak memberitahunya?

“Tak apalah Mal.Nanti kita kenallah siapa anak angkat mama tu.”Ika membalas.

“Mama mana kak?”soal Ikhmal.

Ada kat dapur tu.Tengah sibuk memasak.”Ika memuncungkan bibirnya ke arah dapur.

“Mal pergi dapur jap.”Ikhmal terus meluru ke dapur.Sesampainya dia di dapur,hidungnya menangkap bau yang menyelerakan.Terasa kecur liurnya.

“Sedapnya bau..banyaknya mama masak.Siapa nak datang ni?”Dia ingin memancing jawapan mamanya.

“Anak angkat mama..”Selamba Pn.Ana menjawab.

“Siapa anak angkat mama?” Dia bertanya tidak sabar.

“Adalah..”Pn.Ana meleretkan kata-katanya meninggalkan tanda tanya di benak Ikhmal.

“Mama ni nak ambil-ambil anak angkat pula.Mal kan ada.”Nadanya dibuat seperti merajuk.

“Memanglah Mal ada.Tapi Mal kan asyik sibuk sampai tak ada masa nak temankan mama pergi shopping.”Pn.Ana membalas kata-kata anaknya.

“Alah mama ni.So mama tak nak bagitau la siapa anak angkat mama tu?”

“Nanti dia datang Mal tahula.Kita tunggu dia datang ya.”Pn.Ana sibuk memotong tembikai.

“Issh mama ni..nak rahsia-rahsia pula dengan Mal.”Diambilnya buah tembikai yang telah siap dipotong oleh mamanya lalu disuapkan ke dalam mulut.

“Bukan mama nak berahsia.Mal,macam mana masalah hati hari tu? Dah selesai?Dah pujuk dia?”Pn.Ana bertanya ingin tahu.

“Ermm rahsia ma..”Ikhmal mengusik mamanya.Dia terus keluar dari dapur.

-------------------------

Ikhmal berlari-lari anak menuruni tangga.Dia tahu anak angkat mamanya telah sampai.Dia dapat mendengar bunyi enjin kereta di luar rumah.Dan hatinya meronta-ronta ingin tahu siapakah anak angkat mamanya itu.Setibanya di ruang tamu dia melihat mamanya bersalaman dengan seorang gadis di muka pintu utama.Dia hampa kerana wajah gadis itu tidak dapat dilihat kerana gadis tersebut membelakanginya.Dia mengeluh.Dia seakan dapat menghidu agenda mamanya.Mama..janganlah kenenkan Mal dengan gadis tu..Mal nak Lin je.Hatinya berdesis resah.Kemudian dia menghempaskan duduknya ke atas sofa.Remote tv dicapainya.Dia malas untuk menyertai makan tengahari yang diatur oleh mamanya itu.

“Mal..mari makan..”Pn.Ana menjerit dari ruang makan.

“Makanlah dulu ma..Mal kenyang lagi.”Dia menolak mentah.

“Marilah makan sekali.Tak baik macam tu.Kita kan ada tetamu ni.”Pn.Ana masih lagi mengajak.

Ikhmal bangun.Dia terpaksa beralah dengan mamanya.Langkahnya diatur malas ke ruang makan.Tidak lama kemudian langkahnya terhenti.Matanya melekat pada wajah anak angkat mamanya.Wajah itu memang dikenalinya walaupun matanya tidak menjamah keseluruhan wajah itu.Hatinya tiba-tiba berbunga riang.

“Hai semua..”Ikhmal menyapa girang.

Lin tersentak.Dia terus menunduk.Suara itu bagaikan sudah biasa di telinganya.Ikhmalkah itu? Dia mengeluh perlahan.Disangkanya lelaki itu tiada di rumah.Dari tadi dia berdoa agar dia tidak dipertemukan dengan Ikhmal di rumah Pn.Ana.Nampaknya kali ini dia tidak boleh mengelak dari Ikhmal.

Ikhmal menarik kerusi berhadapan dengan Lin.Dipandang wajah Lin lama.Dia begitu rindukan gadis itu.Lin menyebabkannya menjadi perindu yang setia,perindu yang rawan..

“Lin..ingat lagi tak Ikhmal?”Pn.Ana menyoal.

“Err ingat makcik.”Lambat-lambat dia menjawab.Hatinya berirama rancak.Wajah Ikhmal langsung tidak dipandangnya.

“Ikhmal ni nakal sikit.Anak bongsu,biasalah.”Sampuk Ikhwan yang duduk di sebelah Ikhmal.

Lin memandang Ikhwan sambil tersenyum.Siapakah lelaki itu? Abang Ikhmalkah atau saudaranya? Pn.Ana tidak pula memperkenalkan dia kepada lelaki itu.Dan mulutnya juga berat untuk bertanya.

“Tetamu dah sampai ya.”Ika senyum.Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Lin.Dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah Lin.

Lin cemas tiba-tiba.Itukah isteri Ikhmal? Wanita mengandung itulah yang dilihatnya bersama Ikhmal tempoh hari.Berdosanya dia kerana mempunyai perasaan cinta terhadap suami wanita itu.

“Kenapa lambat turun?”Ikhmal bertanya.Pertanyaan itu ditujukan kepada kakak iparnya.Perkataan ‘akak’ sengaja tidak disebutnya.

“Tidurkan Daniel tadi.”Ika menjawab ringkas.

Lin menelan liur.Entah mengapa hatinya berdetik cemburu.Tapi untuk apa? Cemburunya tidak bertempat.Ikhmal bukan miliknya dan tidak akan menjadi miliknya.

“Makanlah Lin.”Pn.Ana menjemput.Bibirnya menguntum senyum.

“Banyaknya lauk.Datin masak semua ni?”Lin bertanya ramah.Rasa gelisahnya cuba disorok sebaik mungkin.

“Jangan panggil datin.Panggil mama.”Pn.Ana tidak selesa jika dia dipanggil datin.Walaupun suaminya berpangkat dato’,dia tidak berapa gemar jika dirinya digelar datin.

Lin mengangguk.Nasi di dalam pinggan ditilik lama.Dia berasa tidak selesa saat itu.Dia perasan mata Ikhmal tepat memanah wajahnya.Tiba-tiba timbul rasa menyesal menerima pelawaan Pn.Ana.

“Makanlah.Mama saya masak sedap.”Ikhmal meletakkan seketul ayam masak merah ke pinggan Lin.Dia perasan riak resah pada wajah Lin.

Lin cuma mengangguk sambil tersenyum kelat.Disuapnya nasi perlahan-lahan ke mulutnya.Seleranya mati ketika itu.

“Sayur kailan ni pun sedap.”Ikhmal menceduk sayur kailan daripada mangkuk lalu diletakkan ke pinggan Lin.

Lin rimas tiba-tiba dengan sikap Ikhmal namun ditahan hatinya.Lelaki itu menunjukkan sikap mesra dengannya walaupun isterinyal turut berada di situ.Ditoleh sekilas pada Ika di sebelahnya.Wanita itu hanya berlagak biasa sahaja.Hatinya berdetik hairan berkali-kali.

“Ni lagi sedap.”Diambil pula udang masak sambal dan ditambahkan ke dalam pinggan Lin.Ikhmal menyembunyikan tawanya.Dia perasan jelingan mata Lin kepadanya.

“Mal..dah penuh pinggan Lin tu.Tak payahlah Mal baik sangat nak tolong ambilkan.”Ikhwan mencelah.Dari tadi dia melihat perlakuan Ikhmal.

Ika hanya tersenyum.Sikap nakal Ikhmal memang tidak pernah berubah.Dari pandangannya dia dapat melihat Ikhmal seperti sukakan Lin.Tetapi bukankah Ikhmal sudah mempunyai pilihan hatinya?

“Dato’ mana puan?”Dia bertanya lembut sekadar untuk menutup resah di hati.Dia kekok untuk memanggil Pn.Ana ‘mama’.

“Ayah saya mesyuarat kat Langkawi.”Ikhmal cepat-cepat menjawab bagi pihak mamanya.Dia tersengih-sengih.

Lin mengerling Ikhmal sekilas.Ramah sahaja lelaki itu menjawab.Dia berasa geram.Ingin sahaja ditenyeh-tenyehnya mulut Ikhmal dengan sambal belacan yang terletak elok di hadapannya.

--------------------------------

Ikhmal mengintai Lin di sebalik dinding.Gadis itu sedang rancak berbual dengan mamanya di ruang tamu.Dia mengeluh.Dia ingin mencuri peluang untuk berbicara dengan Lin.Laju langkahnya menuju ke dapur.

“Akak,tolong Mal boleh?”Ikhmal bertanya Ika yang sedang asyik mencuci pinggan.

“Tolong apa? Mal yang patut tolong akak cuci pinggan ni.”Ika memandang Ikhmal sekilas.

“Kak,Lin tu lah gadis yang Mal cerita kat akak hari tu.Dialah gadis yang Mal cintai.”Dia berterus terang.

“Ooo dialah orangnya.Cantik,patutlah Mal berkenan sangat.”Ika tersenyum kecil.

“Boleh tak tolong Mal ni?”Ikhmal bertanya buat kali kedua.

“Tolong apa?”Ika mendongak memandang Ikhmal.

“Tolong lamar dia jadi kekasih Mal boleh?”

“Apa pulak akak.Mal nak dia lamarlah sendiri.Suruh akak pulak..”Ika mengelengkan kepalanya.Tangannya masih mencuci pinggan.

“Alah akak..please please..Mal tahulah apa nak buat lepas ni.”Ikhmal menarik-narik baju Ika.Dia merengek bagaikan anak kecil.

“Isshh perangai sebijik macam Daniel.Awak tu dah tua.”Ika memperli.Rengekan adik iparnya mencuit hatinya.

“Sesekali jadi Daniel apa salahnya.Boleh ya kak?”Dia tersengih menanti jawapan Ika.

“Mal lamar sendiri ye.Barulah gentleman sikit.”Ika mengenyitkan matanya.

“Akak..tolonglah..akak lamar je.Lepas tu Mal tahulah apa nak buat.”Ikhmal merayu.

Ada upah tak?”Ika mengangkat kening.

“Akak ni tak ikhlas betul.Akak nak upah apa?”

“Akak nak katil baby,baju baby..lagi apa ya?”Mukanya dikerutkan memikirkan sesuatu.’

“Eii tamaknya akak ni.Nanti baby dalam perut akak tu jadi tamak tau.”Ikhmal mencebik geram.

“Akak gurau jelah.Yelah-yelah akak tolong.Masalah cinta dia nk libatkan akak pula.”Ika mengomel.

“Saaaayang akak.Muuahhh mmuaahh.”Ikhmal ketawa gembira.

“Ika,Mal..temankan Lin kat luar tu.Mama nak bancuh kopi jap.”Pn.Ana tiba-tiba muncul di dapur.

Yes! Hati Ikhmal menjerit.Peluangnya sudah tiba.Disiku kakak iparnya di sebelah.

“Akak pergilah.Dia sorang tu..”Ikhmal berbisik perlahan.

“Mal?”Ika menyoal.

“Mal mengintai di sebalik dinding je.”Bersahaja dia bersuara.

“Ada-ada je Mal ni.”Ika mengorak langkah ke ruang tamu.Mindanya menyusun ayat yang sesuai untuk dibicarakan dengan Lin nanti.

Ikhmal membuntuti Ika.Tapi dia berhenti di satu sudut.Dari situ dia dapat melihat Lin dengan jelas.Hatinya tiba-tiba berdebar.Apakah penerimaan Lin nanti?


Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Tuesday, June 16, 2009

Sehangat cinta 7

“Mal..boleh tolong abang tak?”Ikhwan melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Ikhmal.

“Apa bang?”Matanya tidak berganjak dari skrin tv.

“Tolong temankan Kak Ika pergi klinik.Ada appointment dengan doktor, nak periksa kandungannya.”Ikhwan menerangkan.

“Abang ada hal ke?” Ikhmal menoleh ke arah abangnya.

“Abang Ikhwan kamu tu kan busy memanjang.Sampai abaikan isterinya ni.”Ika datang dari ruang dapur.Perbualan Ikhmal dan Ikhwan dapat ditangkap oleh telinganya.

Ikhwan tersengih.Pantas dia berdiri lalu mendekati Ika.Lengan isterinya itu dipaut kemas.Dipimpin isterinya ke sofa.

“Abang ada meeting.Meeting tu urgent.”Ikhwan mengusap perut isterinya.Kandungan isterinya baru memasuki bulan keempat tetapi perut Ika yang memboyot jelas kelihatan.

“Abang Wan ni tak patutlah.Kalau Mal kan,Mal akan temankan isteri Mal tau untuk buat check-up baby.”Ikhmal mencelah.

“Aii dah berangan nak kahwin ke Mal?”Ika mengusik adik iparnya.

“Berangan tu taklah.Tapi hajat tu ada.”Ikhmal tersenyum.Dia membayangkan wajah Lin.Dia rindukan gadis itu.

“Nasib baik hajat ada.Cepat-cepatlah kenalkan calon kamu tu pada kami.Nak tahu juga siapalah gadis yang berjaya curi hati keras Mal tu.”Ikhwan membalas kata-kata Ikhmal.

“Tunggulah dulu abang.Nanti-nanti Mal kenalkan.Dia stok isteri yang terbagus.Cayalah kat Mal.”Ikhmal memetik jarikannya.Mukanya berseri-seri.

“Bang,kalau abang nak tahu adik abang tu tengah di lamun cinta.”Ika mencuit lengan suaminya.

“Ooo patutlah sekarang ni Mal asyik senyum sorang-sorang je.Tengah angau rupanya.”Ikhwan berseloroh.

“Pandai je lah abang dengan akak ni.”Ikhmal malu sendiri.

“Tak mengakulah tu.So Mal,boleh tak temankan Kak Ika?”Ikhwan menunggu persetujuan Ikhmal.

“Boleh.Untuk kakak ipar kesayangan Mal ni,semua boleh.”

“Thanks Mal.Mal pergilah bersiap.Akak dah siap ni.”

“Okey.Tunggu kejap ya kak.”Ikhmal berlari-lari menuju ke biliknya di tingkat atas.

---------------------------

Lin memusingkan badannya ke kiri dan kanan.Dia cuba memujuk matanya untuk tidur.Entah mengapa kantuknya tidak kunjung jua.Dia melihat jam di dinding biliknya.Sudah jam 2.30 pagi.Dia bingkas bangun dari katil lalu mara ke pintu biliknya.Dia mahu ke dapur.Tekaknya tiba-tiba terasa kering.

Dia membuka peti sejuk.Sekotak besar jus oren dicapai lalu dituang ke dalam gelas kemudian dia terus ke ruang tamu.Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa.Diteguknya jus oren perlahan.Terasa segar tekaknya.Dia merebahkan badannya.Tangannya diletakkan ke atas kepala seperti berfikir sesuatu.Ingatannya mengimbau kembali apa yang dilihatnya petang tadi.Hatinya terasa sakit.

Petang tadi dia terserempak dengan Ikmal.Dari jauh dia melihat Ikhmal memimpin seorang wanita dan dia tahu wanita itu adalah isteri Ikhmal.Matanya melihat Ikhmal mesra memimpin isterinya yang sedang mengandung.Kemesraan dan kebahagiaan jelas terpancar pada wajah mereka.Entah mengapa hatinya cemburu melihat kebahagiaan itu.Ternyata Ikhmal gembira bersama isterinya.Namun mengapa lelaki itu bersungguh-sungguh memikatnya.Hatinya menjerit kecil.Terasa dirinya dipermainkan.Perasaannya yang baru berputik terhadap Ikhmal cuba di usir jauh.Sayangnya yang baru hendak membunga juga cuba dipadamnya.Dia mengeluh dan terus mengeluh.

--------------------------

“Kau ni kenapa monyok semacam?”Su hairan melihat wajah Lin yang muram.Sepatah yang ditanya sepatah itulah juga yang dijawab.

“Nothing.”Jawab Lin ringkas.Matanya memandang ke luar balkoni rumah.

“Nothing? Kalau tak ada apa-apa takkan kau monyok macam ni.Come on tell me..”Su cuba mengorek isi hati Lin.Dia tahu sahabatnya itu ada masalah.

“Ermm entahlah Su.Aku pun tak tahu kenapa dengan diri aku ni.”Dia resah.Kemesraan Ikhmal dan isterinya sering bermain-main di tubir matanya seolah-olah mengejeknya.

“Pasal Ikhmalkan?”Su meneka rambang.

Lin diam.Dipandangnya wajah Su sekilas.Kemudian pandangannya kembali dilemparkan ke luar balkoni rumah.

“Aku dah agak dah.Apa yang dia dah buat kat kau.”

“Tak ada buat apa-apalah.”

“Dah tu?”Su mengerutkan dahinya hairan.

“Semalam..aku ternampak dia dengan isteri dia.Isteri dia mengandung.”Lin berterus terang.Dia sudah malas mahu menyembunyikan perasaannya.

“Ooo kawan aku ni cemburu rupanya.”Su tergelak kecil.

“Ni aku malas bagitahu kau.Gelakkan aku je kerja kau.”Lin seolah berjauh hati.

“Okey..okey I’m serious.Kau sukakan dia?”

“Aku tak tahu Su..aku keliru dengan perasaan aku.Tapi hati aku ni asyik ingat dia.Hati aku ni macam tak tenang.Cinta ke tu Su?” Lin memegang bahu Su.

“Itu maknanya kau dah jatuh cinta.Kalau hati kau asyik rindu dia,kalau kau asyik teringat dia,tu tandanya kau dah jatuh cinta dengan Ikhmal.Kau ada tak simptom-simptom tu?” Su menyoal nakal.

Lin diam berfikir.Adakah dia mengalami simptom-simptom yang disebutkan oleh Su tadi? Tapi yang pasti saat itu hatinya teringat kepada Ikhmal.

“I guess so..”Lin meleretkan kata-katanya teragak untuk mengakui kebenaran.

“Hah,tu tandanya you’re falling in love my dear friend..”Su mencuit dagu Lin.

Benarkah dia sudah jatuh dengan Ikhmal? Hatinya ragu-ragu untuk mengakui kebenaran itu.Dia kesal tiba-tiba.Dia kesal kerana membenarkan Ikhmal singgah di hatinya.Dia tewas kepada cinta Ikhmal walaupun dia telah mencuba sedaya mungkin untuk mengelak dari cinta itu.

“Tapi dia suami orang..”Lambat-lambat dia berkata.

“Cinta itu buta Lin.Tak salah kau cintakan suami orang.”Ujar Su serius.

“Su,aku tak nak jadi orang ketiga.Aku tak nak jadi perampas.Aku tak nak jadi pemusnah rumahtangga orang.Aku tak nak Su..”Lin mengelengkan kepalanya berkali-kali.Perkara yang yang ingin dielakkannya seakan akan hampir terjadi.

“Ini takdir Su.Dah ditakdirkan kau jatuh cinta dengan Ikhmal.”Su kasihan melihat wajah resah Lin.Hati Lin sedang menderita.

Lin bisu tidak bersuara membalas kata-kata Su.Apa yang dikatakan oleh Su ada benarnya.Dia mengeluh mengurangkan keraguan di Hati.

“Relakslah Lin.Pasal cinta pun kau nak jadi jiwang macam ni.Be strong ok.Aku akan sentiasa sokong kau.”Su memeluk Lin,meredakan kegusaran hati sahabat baiknya itu.

Lin tersenyum kelat.Dia membalas pelukan Su.Dia amat berterima kasih dengan Su.Berbicara dengan Su sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban di hatinya.

“Terima kasih Su..”Ucap Lin perlahan.

----------------------------------

Lin enak berbaring di atas katil sambil membaca novel.Sesekali bibirnya menguntum senyum.Sesekali dahinya berkerut.Novel yang dibacanya itu dihayati sepenuh hati.

“Lin!!!” Terdengar suara Su memanggilnya dari luar bilik.

Hisshh..dia mengeluh.Dia cukup tidak suka jika dia diganggu ketika membaca novel.Novel diletakkannya di sisi.

Ada apa?” Dia menjerit membalas panggilan Su.

“Keluar bilik jap.”Su menyuruh.

Ada apa ni sampai nak suruh aku keluar bilik?”Lin sudah berdiri di muka pintu biliknya.Dipandangnya Su yang statik berdiri di muka pintu rumah.

“Ikhmal ada kat luar tu.Dia nak jumpa kau.”

“Hah? Tak naklah aku.Kau cakap kat dia aku tak ada.”Lin sudah mula mahu mengatur langkah kembali ke biliknya.Perasaannya bercampur aduk.

“Eh kejap-kejap.Kereta kau tu terang-terang ada kat luar.Mesti dia tak percaya kalau aku cakap kau tak ada.”Su menghampiri Lin.

“Pandai-pandailah kau kelentong dia.Yang penting aku tak nak jumpa dia.”

“Pergilah jumpa dia kejap.Kau luahkan apa kau nak cakap kat dia.Kalau kau tak nak dia ganggu kau lagi kau beritahu dia terus.”Su memegang bahu Lin lembut.

Lin diam.Dia memikirkan kata-kata Su.Kata-kata Su ada benarnya.

“Erm okey..”Dia akan selesaikan halnya dengan Ikhmal hari itu juga.Dia tidak mahu Ikhmal mengganggu hidupnya lagi.Dia masuk ke dalam bilik untuk mengambil selendang.Setelah selendang diletakkan kemas menutupi rambutnya dia mara ke luar rumah.Dilihatnya Ikhmal sedang merenungnya dari jauh.

“Hai awak..”sapa Ikhmal setelah Lin berdiri di hadapannya.Gadis itu direnungnya lama.Kerinduannya terhadap Lin beransur-ansur sirna setelah dia menatap raut wajah manis Lin.

“Awak nak apa sampai datang rumah saya?”Lin bertanya garang.

“Saya rindukan awak..”Ikhmal berkata jujur.

“Awak boleh tak jangan nak main-mainkan perasaan saya?”Lin terasa hatinya panas mendengar ungkapan rindu Ikhmal sebentar tadi.

“Apa maksud awak? Saya tak pernah main-mainkan awak.”Kata-kata Lin membuatkan dia terpinga.

“Awak dah ada isteri kenapa awak datang pada saya? Lelaki macam awak ni memang tak boleh dipercayai langsung.”Lin meninggikan suaranya.

“Saya cintakan awak..betul-betul cintakan awak.”Ikhmal merenung jauh ke dalam anak mata Lin berharap gadis itu dapat melihat sinar keikhlasan cintanya.

“Sudahlah awak.Cinta konon.Saya nampak hari tu awak bahagia dengan isteri awak.Apa lagi yang awak mahu? Hidup awak telah lengkap Ikhmal.”Suara Lin mulai mengendur.

“Hidup saya tak lengkap tanpa awak.”

“Cukup awak.Cukup..saya tak nak dengar apa-apa dari awak.Baik awak balik sekarang.”

“Kenapa dengan awak ni? Biasa awak tak macam ni.”Ikhmal pelik melihat tingkah Lin.Biasanya gadis itu akan melayan karenahnya.Tapi hari ini Lin mudah sahaja melenting.

“Sebab awak menyeksa jiwa saya.”Pantas Lin menjawab.

“Saya seksa jiwa awak? Maksudnya awak pun cintakan saya?”Ikhmal dapat menangkap maksud kata-kata Lin.

Lin tunduk.Dia sedar dia terlepas kata sebentar tadi.

“Cakap dengan saya.Awak pun cintakan saya?”Ikhmal sudah tidak sabar menunggu jawapan Lin.

“Jangan nak merepek.Mana mungkin saya cintakan awak.Sudahlah,awak baliklah.”

“Awak tipu.Saya tahu awak cintakan saya.Kenapa susah sangat awak nak mengaku?”Mata Ikhmal kaku di wajah Lin.Dia dapat merasakan cinta Lin terhadapnya.Pandangan mata dan bahasa tubuh Lin sudah cukup untuk membuktikan kesemuanya.

“Ya,saya cintakan awak.Tapi saya akan buang cinta ni jauh-jauh sebab saya tak nak cinta awak ni.”Sekali lagi Lin meninggikan suaranya.

“Awak tak perlu buang cinta saya.Kita semai cinta kita ya?”

“Sudahlah Ikhmal.Cinta ni takkan ke mana.Awak suami orang.Saya tak nak jadi perampas.”

“Lin,dengar dulu apa saya nak cakap.Lepas awak dengar apa saya cakap ni,saya pasti hati awak akan lega.”Ikhmal cuba memujuk.Dia rasa itulah saat yang sesuai untuk dia berterus terang.Berterus terang kepada Lin yang dia bukan suami orang.

“Saya tak nak dengar apa-apa.”Lin menutup kedua-dua belah telinganya dengan tangan.

“Please..dengar sekali ni saja.”Ikhmal merayu.Kedua-dua bahu Lin dipegangnya kemas.

“Awak pergilah.Saya tak nak tengok muka awak lagi.Pergi dari hidup saya.”Lin menjerit kecil.Hatinya pedih saat dia menuturkan kata-kata itu.Tegarkah dia kehilangan Ikhmal? Pantas dia menepis pegangan tangan Ikhmal di bahunya lalu terus berlari masuk ke dalam rumah.

“Lin!!” Ikhmal terpana dengan kelakuan Lin.Adakah hari ini pengakhiran hubungannya dengan Lin.Ikhmal menendang kuat tayar keretanya.Dia kesal sekali.Kesal kerana tidak berterus terang dengan Lin dari awal.Dia merintih di dalam hati.Dia tidak mahu kehilangan gadis kesayangannya itu.Dia hilang arah.Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam kereta.Stereng kerta dihentaknya berkali-kali.Bibirnya berulang kali menyebut nama Lin.


Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Sehangat cinta 6

Ikhmal duduk bersila di sebelah Haji Husin.Matanya memandang satu persatu tetamu yang datang.Matanya terhenti pada satu wajah.Rizal? Lelaki itukah yang akan meminang Lin?

“Macam mana Pak Haji,dah tanya tuan punya badan?” Tanya seorang lelaki yang berkopiah.

Haji Husin dan Hajah Murni berbalas pandang.Apa yang harus mereka katakan pada En.Mustafa? Perlukah mereka berterus-terang bahawa Lin sudah mempunyai pilihan hati sendiri?

“Saya harap Lin setujulah.Lagipun Rizal ni memang berkenan sangat pada Lin.”Kata Pn.Muna.

“Maafkan saya..sebenarnya Lin tu teman wanita saya.”Sampuk Ikhmal selamba.Dia terpaksa berbohong buat kesekian kali.

Rizal ternganga mendengar kata-kata Ikhmal.Dia tidak tahu pula Lin sudah mempunyai teman lelaki.

“Macam ni En.Mustafa.Sewaktu En.Mustafa bagitau kami hendak datang merisik,kami tidak tahu yang Lin tu dah ada pilihan hatinya sendiri.Tiga hari lepas dia balik sekali dengan Ikhmal ni.Barulah kami tahu dia dah ada pilihan sendiri.”Jelas Haji Husin panjang lebar.Dia berasa bersalah terhadap keluarga En.Mustafa.

“Maafkan kami.Kami tidak tahu pula begini jadinya.”Dengan penuh rendah hati Hajah Murni meminta maaf.

“Makcik..saya pergi tolong Lin kat dapur ya.”Bisik Ikhmal di telinga Hajah Murni.Ikhmal berlalu ke dapur apabila Hajah Murni hanya mengangguk.

………

Ikhmal berdiri memerhatikan Lin yang sedang leka memotong kek.Kehadirannya di dapur tidak disedari oleh Lin.Matanya memandang seteko teh di atas meja.Dia tahu teh itu akan dihidangkan untuk tetamu.

“Lin,awak dah masukkan gula ke dalam air teh ni?”Tanya Ikhmal.Air teh di dalam teko ditiliknya lama.

“Belum.Awak tolong masukkan gula boleh? Saya tengah potong kek ni.”Lin meminta bantuan Ikhmal.Kek buah yang dipotong disusun ke dalam pinggan satu persatu.

“Boleh..untuk awak semua saya sanggup lakukan.”Ikhmal tersengih.Kalau Lin tidak meminta bantuannya pun dia tetap akan merajinkan dirinya.Dia bersiul-siul riang.

“Kenapa awak gembira sangat ni?”Lin pelik melihat Ikhmal yang asyik tersengih.

“Saja..tiap kali ada dekat dengan awak saya gembira.”Ikhmal mengusik.Tangannya lincah mengacau-ngacau air teh di dalam teko.

“Merepek aje..”

“Betullah saya cakap ni.Awak,saya angkat air ni ke depan ya.Atau awak nak pergi hidangkan?”Ikhmal menanti jawapan Lin.

“Tak naklah saya.Awak hidangkan ye.”Lin meletakkan pinggan yang berisi kek buah ke atas dulang.

“Okey..”Ikhmal mula menatang dulang.Dia mengorak langkah.Seketika kemudian dia berhenti melangkah.

“Lin..”Panggilnya lembut.

Ada apa?”Lin mengangkat kening.

“Jangan harap lelaki tu dapat pinang awak.”Dia tersenyum-senyum.Dia menyambung langkahnya.

Lin tergamam dengan kata-kata Ikhmal sebentar tadi.Apakah maksud lelaki itu?Ikhmal..tolonglah jangan buat hal.Dia tahu tingkah Ikhmal sukar diduga.

……

“Jemput minum ya semua..”Ikhmal menghidangkan air di hadapan tetamu.Senyuman tak lekang dari bibirnya.

“Betul ke dia teman lelaki Lin?”Rizal bertanya kepada Haji Husin.Hatinya sedikit curiga.

“Betul Rizal.Pakcik dan makcik pun baru tahu.Kalau pakcik tahu awal-awal Lin dah ada si Ikhmal ni,memang pakcik bagitau kamu semasa kamu cakap nak datang meminang Lin hari tu.Tak sangka pula jadi macam ni..Haji Husin meluahkan rasa kesalnya.

“Tak apalah..nak buat macam manakan.Dah tak ada rezeki kita nak berbesan.”En.Mustafa mencapai secawan teh lalu dihirupnya perlahan.Dahinya berkerut.Hampir tersembur air teh dari mulutnya.Dipandang isterinya yang meneguk air teh di sebelah.Isterinya terbatuk kecil.

“Kenapa? Air teh tu manis sangat ke?” Hajah Murni bertanya.Dia perasan riak kerutan di muka En.Mustafa.

“Err..bukan manis kak..tapi masin..”Pn.Muna menjawab bagi pihak suaminya.

Air teh masin? Hajah Murni memandang Ikhmal meminta pengertian.

“Saya tak tahu.Lin yang buat air tu.”Ikhmal berkata serius.

“Minta maaf ya..nanti saya suruh Lin buat lain.”Hajah Murni bangkit tapi ditahan oleh Pn.Muna.

“Tak apa..kami pun dah nak balik ni.”Pn.Muna cuma tersenyum.

Ikhmal menyembunyikan senyumnya.Dia harap helahnya menjadi.

“Rizal..kamu nak ke kahwin dengan Lin tu? Buat air pun tak reti.Mak rasa baik kamu cari orang lain.”Bisik Pn.Muna pada Rizal.Dia tak nak bermenantukan Lin.Kalau air pun tak reti buat apatah lagi memasak?

“Mak..Rizal suka sangat kat dia..”Rizal merayu.

“Kamu cari orang lainlah.Lagipun dia dah ada Ikhmal.”Pn.Muna memujuk anaknya.

“Pakcik..boleh tak saya nak bercakap dengan Lin sekejap?” Kata-kata Pn.Muna tidak diendahkan.

“Saya rasa tak perlu kot.Sebagai bakal suaminya saya tak izinkan.”Ikhmal buat muka selamba.Dia tidak kisah jika kata-katanya itu kedengaran agak keterlaluan.

Rizal menjeling Ikhmal geram.Ditiliknya Ikhmal lama.Dia akui lelaki itu tampan.Ikhmal mempunyai gaya dan karektor yang mempesona.Tapi dia? Hanyalah lelaki biasa yang sering kecewa dalam cinta.

“Rizal..sabarlah.Lin bukan untuk kamu..”En.Mustafa memeluk bahu Rizal.Dia tahu anaknya itu patah hati.

“Kami minta maaf sangat-sangat..”Ikhlas kata-kata Haji Husin.

“Saya harap,jangan pendam dalam hati ya.”Hajah Murni mengukir senyum.Dia tidak mahu keluarga Rizal berdendam dengan keluarganya.

“Tak apa..Dah tak ada jodoh Rizal dengan Lin.Jodoh tak boleh nak paksa.”Sahut Pn.Muna.Sekarang dia sudah tidak kisah jika Lin tidak menjadi menantunya.Atau lebih tepat lagi dia tidak rela bermenantukan Lin.

“Kami balik dululah.”En.Mustafa bangkit diikuti isterinya.

Ikhmal menarik nafas lega.Hampir-hampir gadis kesayangannya dipinang orang.Kalaulah dia tidak ikut Lin balik kampung sudah pasti Lin akan menjadi tunangan Rizal.Di dalam hatinya,dia mengucap syukur..

…………

“Ibu..kenapa tak bagitau Lin pasal peminangan tu?”Soal Lin.Dia menerpa ke arah ibunya sebaik sahaja tetamu sudah pulang.

“Kalau ibu bagitau mesti Lin tak nak balik kampung kan? Yang Lin pula kenapa tak bagitau awal-awal dah ada pasangan? Kalau Lin bagitau ibu dan ayah memang akan tolak lamaran Rizal dulu.”Hajah Murni memandang wajah anaknya.

Ibu..macam mana Lin nak bagitau.Ikhmal tak ada apa-apa hubungan dengan anak ibu ni.Hendak sahaja kata-kata itu diluahkan,namun ditahan dalam hatinya.

“Lin,kenapa air teh tadi masin? Tertukar garam dengan gula ke?”Haji Husin bertanya inginkan kepastian.

“Masin?” Lin sedikit terjerit.Spontan matanya mencari wajah Ikhmal.Lelaki itu sedang tersengih-sengih.Patutlah Ikhmal ke dapur tadi,ada agenda rupanya.Dia menjegilkan matanya saat mata Ikhmal bertembung dengan matanya.

“Ye,masin.Berkerut-kerut muka diaorang minum”Sampuk Hajah Murni.

“Err..tertukar gula dengan garamlah tu kot.”Tergagap-gagap Lin bersuara.

“Ya Allah..gula dengan garam pun tertukar.Macam manalah nak jadi isteri Ikhmal nanti.”Balas Hajah Murni.

“Tak apalah makcik.Saya tak kisah kalau minum air teh masin pun.Asalkan Lin yang buat,air tangan Lin.”Ikhmal tergelak kecil.Wajah Lin yang memerah dikerling sekilas.Dia tahu Lin tengah marah.

Ikhmal!! Lelaki itu memang sengaja hendak menguji kesabarannya.Lin melepaskan nafasnya perlahan-lahan cuba mengawal kesabaran yang semakin menipis.Nasib baik ibu dan ayahnya ada bersama kalau tidak sudah lama mulut Ikhmal ditenyehnya.

“Ikhmal,jangan tunggu lama-lama sangat.Cepat-cepatl pinang Lin ni.Kamu berdua bukannya muda lagi.Daripada kamu ke hulu ke hilir berdua baik kahwin je.”Haji Husin mengutarakan pendapatnya.

“Insyaallah pakcik.Nanti saya akan bincang dengan keluarga saya.Tak lama lagi sampailah rombongan meminang dari saya.”Ikhmal senyum,bahagia dengan kata-katanya sendiri.

“Baguslah kalau macam tu.Kahwin ni tak elok dilambat-lambatkan.Murni,marilah bersiap ke masjid.Dah nak masuk asar ni.”Haji Husin bangun menuju ke bilik.

“Yalah bang..Lin,kamu boraklah dengan Ikhmal dulu.”Hajah Murni menuruti langkah suaminya.

“Awak yang masukkan garam ke dalam air teh tu kan?”Pantas Lin menyoal apabila ibu dan ayahnya menghilang ke bilik.

“Dah tu siapa lagi..”Ikhmal menahan gelaknya.

“Eeeii awak ni memang melampau.”Lin mengetap bibirnya.

“Saya buat macam tu sebab tak nak awak dipinang oleh Rizal tu.”Ikhmal berterus terang.

“Biarlah dia nak pinang saya ke nak apa ke.Awak tak ada hak nak masuk campur dalam hidup saya tau tak?”Amarahnya diledakkan saat itu.

“Siapa cakap saya tak ada hak? Suatu hari nanti saya akan ada hak ke atas awak.”

“Hak apa Ikhmal? Awak jangan nak cakap tentang hak dengan saya sedangkan hak awak kat Kuala Lumpur tu awak abaikan.Isteri dan anak awak tinggalkan macam tu saja.Macam tu ke awak jaga hak awak?”Lin bertanya garang.

“You look very beautiful when you are mad dear..”Ikhmal menatap wajah marah Lin.

“Please Ikhmal..ni bukan masanya nak bergurau.”

“Saya tak bergurau.Saya akan pastikan awak menjadi hak saya suatu hari nanti.”Ikhmal nekad.

“Dan saya akan pastikan saya tak akan menjadi hak awak.”Lin berkata tegas.

Ikhmal meratah setiap penjuru wajah Lin.Kata Lin tidak dipedulikan.Mengapa Lin sukar faham akan perasaannya.Tak nampakkah Lin bahawa hatinya hanya untuk Lin?

“Awak tengok apa?”Lin bertanya tidak senang.Mata Ikhmal merayau di wajahnya.

“Tengok tahi lalat atas bibir awak.Tengah marah pun nampak sweet..”Ikhmal berseloroh.Cuba mengusir amarah Lin terhadap dirinya.

“Geramnya saya.Awak ni kan memang suka main-main.Malaslah saya cakap dengan awak.”Lin terus bangun menuju kebiliknya.Berlama-lama dengan Ikhmal cukup menguji kesabarannya.Entah kenapa kata-kata Ikhmal tadi meresap masuk ke dalam jiwanya.Ikhmal akan menjadikan dia sebagai haknya?Benarkah?

---------------------------------

Lin memandang Ikhmal yang leka bercakap melalui telefon bimbitnya.Dia mengangkat beg bajunya lalu diletakkan di depan muka pintu.Kemudian dia menghampiri Ikhmal.Lelaki itu sudah usai berborak melalui telefonnya.

“Isteri saya call tadi.Rindu katanya..”

“Saya tak tanya pun.Ada saya kisah?”Balas Lin geram.Hatinya tiba-tiba berdetik cemburu.Tapi untuk apakah cemburu itu? Dia sendiri keliru dengan perasaannya.

“Saja nak bagitau awak yang saya ambil kisah dengan hak saya.”Ikhmal memperli.

“Dahlah.Jomlah,nanti terlepas bas.”Ujar Lin.Dia malas mahu berbalas kata dengan Ikhmal.

“Mana ayah dan ibu awak?”

Ada kat halaman rumah.”Lin sudah mula menuruni anak tangga rumah.

“Ibu..ayah..Lin balik dulu.”Lin memeluk erat ibunya.Kemudian dia menyalami tangan ayahnya.Berat hatinya hendak pulang semula ke Kuala Lumpur.

“Hati-hati ya.Ikhmal,tolong tengok-tengokkan si Lin ni.”Pinta Hajah Murni.

“Jangan risau makcik.Saya akan jaga Lin sebaik mungkin.”Ikhmal berjanji.

“Jaga tingkah laku.Jangan selalu sangat keluar berdua.”Haji Husin berpesan.

“Baiklah pakcik.”Ikhmal menyalami tangan Haji Husin.Kemudian lelaki tua itu dipeluk erat.

Lin tersentuh melihat perlakuan Ikhmal.Lelaki itu tampak ikhlas.Dia tersenyum tanpa sedar.

“Ibu,ayah..kami pergi dulu..”Lin melambai mesra orang tuanya.Sebak di dada di tahan seboleh mungkin.

“Jangan menangis..”Ikhmal berkata setelah mereka sudah jauh dari rumah Lin.

“Siapa yang menangis? Saya tak menangis pun.”Lin membela dirinya.

“Yelah tu..Awak,jauh lagi ke bus stop?”Kakinya sudah penat melangkah.

“Depan tu je..”

“Kalau naik teksi kan senang.”

“Membazir duit je naik teksi.Bukannya jauh pun.Jalan kaki tak sampai 10 minit.”

“Penatlah.Awak,agak-agak kereta saya selamat lagi tak kat Hentian Putra tu?”Ikhmal tiba-tiba teringat akan keretanya yang ditinggalkan di Hentian Putra.Risau juga kalau-kalau keretanya itu hilang.

“Aii baru teringat kereta ke? Kalau hilang padanlah muka awak.”

“Sampai hati awak..”Ikhmal mencebik.

Lin tersenyum.Siapa suruh Ikhmal tinggalkan keretanya macam tu je? Hari tu cakap tak kisah kalau keretanya hilang.Tapi hari ni tiba-tiba nak risau pula.Dipandangnya wajah Ikhmal sekilas.Wajah cuak Ikhmal menggeletek hatinya.

-----------------

Lin leka dengan tugasannya.Tangannya lincah menari-nari di atas papan kekunci laptopnya.Banyak kerjanya yang perlu dia selesaikan.Sesekali tangannya memicit tengkuk,melegakan lenguh yang terasa.

“Rajinnya orang tu..”Su menyakat.

“Aku banyak kerjalah.Aku cuti balik kampung kejap je kerja dah berlambak atas meja.Eh.Ahmad nak dera aku ke apa ni.”Lin merungut.Dia sampai je di pejabat pagi tadi,terus En.Ahmad menyerahkan 3 buah fail kepadanya.Dan dia harus siapkan kerjanya itu dalam masa seminggu.

“Nasib kaulah Lin.Aku datang ni nak bergosip dengan kau.”

“Gosip apa?”Lin bertanya hendak tahu.

“Pasal kaulah.Ceritalah sikit pengalaman balik kampung dengan Ikhmal.Semalam kau tak habis lagi cerita kat aku.”

“Tak ada apa yang menarik.Menyakitkan hati adalah.”Lin berkata tanpa memandang wajah Su.Matanya tetap melekat di skrin laptopnya.

“Menyakitkan hati ke..atau kau dah jatuh hati?”Su tersengih-sengih.Hati sahabatnya itu mahu dikorek sedalam mungkin.

“Menyakitkan hatilah.Nasib baik aku ada kesabaran yang tinggi.Kalau tidak tak tahulah macam mana aku nak brdepan dengan Ikhmal tu.”Lin mendengus.

“Kau dah mula sukakan Ikhmal kan?”Su menduga.

“Ikhmal..teman lelaki kau ke Lin?”Aril datang menyampuk.Dari tadi dia mencuri dengar perbualan antara Su dan Lin.Dan hatinya meronta-ronta ingin mengetahui siapakah Ikhmal yang dimaksudkan oleh Su tadi.

“Ye..bakal teman lelaki Lin.Kenapa? Kau cemburu?”Su mengangkat-angkat keningnya menanti reaksi Aril.

“Mestilah aku cemburu.”Bersahaja Aril berkata.Memang dia cemburu dengan insan yang bernama Ikhmal.Lelaki itu berjaya mencuri hati Lin tapi dia?

“Kau cari orang lainlah Aril.Hati Lin ni dah nak jadi milik orang lain.”Su sengaja membakar perasaan Aril.

“Kenapa pulak nak cari orang lain? Lin belum jadi milik mutlak sesiapa lagi.Kalau dia dah kahwin sekali pun,tak semestinya aku tak boleh memiliki dia.”Dalam maksud kata-kata Aril.Jiwanya berasa terbakar dengan kata-kata Su sebentar tadi.Memang sekarang hati Lin bukan untuknya,tapi pada masa akan datang tak siapa yang tahu.Dan entah mengapa hatinya berasa kurang senang mendengar nama Ikhmal.

“Sudahlah korang.Jangan nak membebel depan aku boleh tak?”Lin yang diam dari tadi bersuara.Dia berasa rimas tiba-tiba.

“Lin,boleh aku tahu siapa Ikhmal?”Aril bertanya.Hatinya benar-benar ingin mengetahui siapakah Ikhmal.

“Ikhmal tu manager syarikat Berjaya Holding.Kau pun mesti kenal kan.”Su menjawab bagi pihak Lin.

“Ooo..”Ail berfikir sejenak.Dia pernah berurusan dengan Ikhmal sebelum ni.Ikhmal..nama itu bagaikan menjerit-jerit di telinganya.

“Excuse me..boleh tak kau orang berdua pergi ke tempat masing-masing.Bagi aku buat kerja dengan aman boleh?”Lin memandang Aril dan Su silih berganti.

“Yelah aku pergi ni.Lin,cinta aku tak pernah berubah.”Aril sempat meluahkan apa yang dirasanya.Kemudian dia melangkah ke mejanya.Ikhmal..mindanya mencongak-congak sesuatu.

“Su,silakan balik ke jabatan anda di tingkat atas..”Ayatnya sengaja diskemakan.

“Before that..”Su tersenyum-senyum.

“Apa? Macam orang tak betul dah aku tengok kau.”

“Kau dah mula jatuh cinta pada Ikhmal kan kan?”

“Merepeklah kau.Berapa kali nak cakap aku takkan jatuh cinta dengan suami orang.”Kata-katanya itu tidak ikhlas lahir dari hatinya.Tapi mengapa?

“Jatuh cinta lagi..lagi-lagi ku jatuh cinta..”Su bernyanyi kecil sambil melangkah ke arah lif.Dia sengaja mahu mengusik Lin,tahu hati sahabatnya itu telah dicuit oleh Ikhmal.

Lin tersenyum mendengar nyanyian Su.Sudah jatuh cintakah dia? Kotak ingatannya dipenuhi oleh wajah tampan Ikhmal.Mengapa lelaki itu yang singgah di hatinya? Berat baginya untuk mengakui yang dia sudah jatuh sayang kepada Ikhmal.Ikhmal bijak mencuri hatinya.Ikhmal pandai mewujudkan cinta di hatinya.Lelaki itu juga cerdik menjemput bahagia di jiwanya.Tetapi mengapa saat itu hatinya pedih? Terasa hatinya dicucuk-cucuk dengan duri cinta sedangkan keindahan bunga cinta belum dikecapinya.Ikhmal..dia cuba mengusir wajah Ikhmal yang sering bertandang di mindanya.Dia mengeluh perlahan membuang segala rasa yang bercampur yang bertamu di hatinya.Bunyi sms mematikan lamunannya.Dicapainya telefon bimbit di atas meja.

‘Saya rindukan awak..rindu sangat-sangat..’

Lin mengeluh untuk kesekian kali.Sms dari Ikhmal menggetarkan perasaannya.Mengapa lelaki itu hadir dalam hidupnya? Mengapa lelaki itu tidak jemu mengejarnya?


Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Saturday, June 13, 2009

Sehangat cinta 5

Lin leka memerhatikan Ikhmal makan.Berselera sungguh lelaki itu makan.Memang benarlah Ikhmal tidak main-main.Lelaki itu betul-betul lapar.Lin bangun untuk menyambung tidurnya.Namun lengannya pantas dipaut oleh Ikhmal.

“Nak apa lagi?”Lin membulatkan matanya.

“Temankanlah saya makan.”Ikhmal tersengih.Dia tahu Lin akan marah dengan permintaannya itu.Namun belum cuba belum tahu.

“Awak jangan nak mengada-ngada.Nak berteman-teman pulak.”Lin melepaskan pautan tangan Ikhmal di lengannya.

“Saya tak biasa kat kampung awak ni.Sekarang belumsubuh lagi.Saya takutttt..”Ikhmal memancing perhatian Lin.

“Awak tu dah jadi bapak orang pun penakut lagi?”

“Bapak orang pun ada rasa takutlah.Awak,tolong tambahkan.Nasi goreng awak ni sedap sangat.”Ikhmal menghulurkan pinggannya kepada Lin.

“Nak tambah lagi? Kuat betul makan.”Lin mengambil pinggan Ikhmal.Nasi goreng yang tinggal separuh dalam kuali diletakkan ke dalam pinggan Ikhmal.

“Terima kasih.Awak duduklah.”Ikhmal menyambung suapannya.

Lin tiada pilihan.Dia kembali duduk.Tidak lama selepas itu dia bangun semula.Dia mengambil gelas di rak.Kemudian dia membuka peti.Dia menuangkan air sejuk ke dalam gelas.Gelas itu diletakkan di atas meja di hadapan Ikhmal.Dia kemudiaannya duduk di sebelah Ikhmal.

Ikhmal senyum.“Thanks..”

“Saya takut awak tercekik je.Makan macam tak makan seminggu.”Lin memperli.

“Awak tak makan sekali?”

“Tak naklah.Perut saya kecik je.Bukan macam perut awak.Perut dinasour.”Sekali lagi Lin memperli Ikhmal.

Ikhmal tersedak mendengar kata-kata Lin.Dia cepat-cepat meneguk air yang diberikan oleh Lin tadi.Perut dinasour? Mak aaiii sedapnya mulut mengata orang.

“Perut dinasour ya? Sedapnya mengata saya.Cium mulut tu karang bengkak seminggu tau.”Ikhmal mengugut.

“Suka hati je nak cium orang.Memang sah awak gatal.”Lin menjeling.

“Kalau awak dah kahwin dengan saya nanti siaplah awak.”

“Siapa nak kahwin dengan awak? Saya kasihan kat isteri awak mesti asyik makan hati je dapat suami gatal.”

“Siapa cakap asyik makan hati? I give her everything..”Balas Ikhmal.

“Tapi awak ni suka main kayu tiga.”Lin tidak puas hati dengan ayat Ikhmal tadi.

“Ni semua sebab awak.Sebab saya tergoda dengan awaklah saya jadi macam ni.”Ikhmal memandang Lin dengan ekor matanya.

“Silap sendiri salahkan orang pula.Dahlah malas saya nak bertekak dengan awak pagi-pagi buta ni.Dah habis makan kan? Saya masuk tidur dulu ya.”Lin memandang pinggan Ikhmal yang sudah kosong,licin.Lin bangun dan terus melangkah.

“Jangan lupa mimpikan saya tau.”Ikhmal sempat berpesan.

Lin berhenti melangkah.Dia berpaling semula ke belakang.“Tak kuasa.Lagi satu awak jangan ketuk bilik saya lagi tau.Jangan ganggu saya tidur.Awak dah bazirkan masa tidur saya tau tak.”

“Saya tak janji…”Ikhmal sengaja mahu mengenakan Lin.

“Isshhh..susah cakap dengan orang tak faham bahasa melayu ni.”Lin meneruskan langkahnya.Dia malas membalas kata-kata Ikhmal.Nanti banyak pula omelan lelaki itu.

--------------------------

Lin mengatur langkah ke ruang tamu.Kelihatan ibu dan ayahnya rancak berbual dengan Lin.Dia mengambil tempat di sebelah ibunya.Matanya memandang Ikhmal sekilas.Lelaki itu sedang tersengih-sengih melihatnya.

“Lin..dah dua hari Ikhmal kat sini.Kamu bawalah dia jalan-jalan tengok kampung ni.”Haji Husin bersuara.

“Dia nak ke ayah.Dia kan orang bandar.Apa sangatlah ada kat kampung kita ni.”Sinis kata-kata Lin.

“Mestilah saya nak.Lagipun saya dah bosan asyik tengok bangunan.Nak juga saya tengok sungai ke,pantai ke.”Ikhmal menyampuk.

“Petang nanti kamu bawalah dia pusing-pusing kampung.Ambil angin petang.Kasihan pula ibu tengok dia duk kat rumah je tak keluar pergi mana-mana.”Hajah Murni juga memihak kepada Ikhmal.

“Iyelah bu..petang ni Lin bawa dia pergi jalan-jalan.”Lin mengalah.

Ikhmal senyum dalam hati.Dia tahu Lin menolak di dalam hati.Namun dia tidak kisah.Apa yang dia kisah,peluang untuk dia bersama gadis itu tidak akan sesekali ditolaknya.Itu pasti.

“Bila Ikhmal nak masuk meminang Lin ni?”Tiba-tiba Hajah Murni bertanya.

Lin tersentak.Pertanyaan ibunya membuatkan jantungnya berlari laju.Dia mengerling Ikhmal..Lelaki itu tenang sahaja.Apakah maksud di sebalik ketenangan lelaki itu?

“Bila sampai masanya,saya akan hantar rombongan makcik.”Ikhlas kata-kata Ikhmal.Bibirnya mengukir senyum bahagia walaupun bahagia itu belum pasti menjadi miliknya.

“Bu..janganlah tanya pasal tu.”Lin tidak senang dengan topik yang dikeluarkan oleh ibunya.Dia tak nak ibunya menaruh harapan yang tinggi kepada Ikhmal sedangkan dia tidak mempunyai sebarang pertalian hati dengan Ikhmal.

“Malulah tu..”Ikhmal mengusik.

“Apa nak malunya Lin.Kamu tu dah besar,dah boleh kahwin pun.”Ujar Haji Husin.

Lin diam.Ikhmal..kenapalah lelaki itu hadir dalam hidupnya.Ketenangannya berkocak sejak lelaki itu dikenalinya.Kalaulah Ikhmal bukan suami orang sudah tentu hatinya menyambut senang kehadiran Ikhmal.Dia lemas dalam perasaannya sendiri.

----------------------------

“Naik motor?” Ikhmal memandang motorsikal Honda berwarna hitam di hadapannya.

“Yalah.Ayah saya guna kereta.Motor ni je ada.Kalau awak tak nak tak apalah.Kita tak payah keluar,duduk rumah je.”Ujar Lin.Dia pun bukannya rajin sangat nak keluar jalan-jalan.

“Eh tak apa.Motor pun motorla.”Cepat-cepat Ikhmal bersuara.Dia menghampiri motor Honda tersebut.Dia menelan liur.Bolehkah dia menunggang motor? Sudah bertahun-tahun dia tidak menunggang motorsikal.

“Awak tenung apa lagi tu? Cepatlah nanti hari gelap.”Lin menggesa.

“Yelah,sabarlah..”Perlahan-lahan Ikhmal membetulkan duduknya di atas motor.Enjin motor dihidupkan.

“Saya naik ye.”Lin memaut bahu Ikhmal.

“Dah boleh pergi?”Soal Ikhmal.

“Boleh.Cepatlah gerak..”

Ikhmal memulas pedal.Terasa imbangannya tidak betul.Sesekali motor bergerak ke kiri dan ke kanan jalan.

“Awak,berhenti-berhenti.”Arah Lin.Dia menepuk kuat belakang Ikhmal.

“Kenapa awak?”Ikhmal memberhentikan motor di bahu jalan.

“Awak ni tahu ke tak tahu bawak motor?” Lin bertanya lurus.Dia sudah turun dari motor.

“Err..tau.Tapi dah lama sangat saya tak bawak motor.Kekok sikit.”Ikhmal menjawab serba salah.

“Kenapa tak cakap tadi? Turun,awak duduk belakang.Biar saya je yang bawak.”

“Betul ke awak nak bawak?”Tanya Ikhmal tidak percaya.

“Betullah.Daripada saya korbankan nyawa saya,baik saya yang bawak.”

“Okey..”Ikhmal tersengih mendengar kata-kata Lin.

“Tapi awak kena janji.Awak jangan pegang-pegang saya.Duduk diam-diam aje boleh?”

“Saya janji..”Ikhmal mengangkat tangannya berjanji.

“Cepat naik.”Lin sudah bersedia di atas motor.

Ikhmal melabuhkan punggungnya di atas motor perlahan-lahan.Dia menahan tawanya.Gadis ini lasak juga orangnya walaupun luarannya nampak lembut.

Ikhmal memandang lama air sungai yang mengalir di hadapannya.Terasa tenang jiwanya saat itu.Dia melangkah ke hadapan lalu duduk bertenggek di atas batu besar.Kakinya dicecahkan ke dalam air sungai yang sejuk.Tangannya bermain-main dengan air sungai yang mengalir perlahan.Kemudian dia memandang Lin yang berada tidak jauh darinya.Gadis itu sedang asyik membaling batu ke dalam sungai.

“Awak,marilah duduk sini.”Ikhmal mengajak.Batu besar tempat yang didudukinya itu masih boleh memuatkan tubuh kecil Lin.

Lin hanya menurut.Dia sudah lenguh berdiri.Dia mendekati Ikhmal lalu turut sama bertenggek di atas batu besar tersebut.

Ikhmal menoleh memandang wajah Lin.Wajah itu ditenungnya lama.Matanya tidak puas merayap di seluruh wajah Lin.Matanya terhenti di bibir Lin.Tahi lalat kecil di atas bibir Lin amat menarik minatnya.

“Awak..nak tanya boleh?”Ikhmal bersuara memecahkan kesunyian.

“Apa?”

“Erm sejak bila awak ada tahi lalat kat atas bibir tu?”

Lin menoleh melihat wajah Ikhmal.Tahi lalat? Tak ada soalan lainkah yang hendak ditanya oleh lelaki itu?

“Manalah saya tahu.”Lin menjawab ringkas.

“Comel..manis..”Gumam Ikhmal sambil tersenyum.

Kata-kata Ikhmal tidak diendahkan.Lin melontarkan pandangan ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang mandi manda di dalam sungai.Petang-petang begitu ramai orang beriadah di sungai tersebut.

“Lin..”

Lin berpaling ke belakang apabila terdengar namanya dipanggil.Dan yang memanggilnya itu bukan Ikhmal.

“Eh Rizal.Tak sangka boleh jumpa kat sini.”Lin berdiri.

“Dari jauh Zal nampak Lin.Tu yang datang tegur ni.”Ramah Rizal berkata.Wajah Lin dipandangnya tidak berkelip.

Ikhmal turut bangun.Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Rizal.Pandangan mata Rizal yang melekat di wajah Lin tidak menyenangkan hatinya.

“Rizal..ni kawan Lin,Ikhmal.”Lin memperkenalkan Ikhmal kepada Rizal.

Rizal mengangguk sambil senyum kepada Ikhmal.

“Lin makin cantik..”Rizal memuji.

“Biasa saja..”Entah mengapa pujian Rizal tadi membuatkannya tidak senang.

“Betul,makin cantik.”Rizal mengulangi pujiannya.Gadis yang menjadi pujaannya selama 3 tahun itu masih tetap cantik dimatanya.

“Lin,jom balik.Dah lewat ni.”Ikhmal menyampuk.Dia tidak senang dengan kehadiran Rizal.Yang membuatkan dia lebih tidak senang adalah pandangan mata Rizal yang meliar di wajah Lin.

“Balik dulu ya.Ada masa jumpa lagi”Lin meminta diri.Dalam hati dia berterima kasih kepada Ikhmal yang menyelamatkan keadaan.

“Siapa Rizal tu?”Tanya Ikhmal.

“Kawan lama.”Lin sedikit menjerit.Bunyi motor lebih kuat daripada suaranya.

“Dia suka awak?”Mulutnya dirapatkan di telinga Lin.

“Mana ada.”Lin menjawab pantas.

“Yalah tu..”

“Awak..duduk diam-diam tau.Kita nak lalu kat sawah padi ni.Jalan sempit,saya takut tak boleh imbang motor ni kalau awak bergerak.Awak tu berat.”Lin sempat berpesan.Dia memperlahankan kelajuan motor.

“Yalah..”Ikhmal memandang kiri dan kanan.Sawah padi yang menghijau menarik perhatiannya.Tiba-tiba die terasa punggungnya kebas.Dia mengangkat sedikit punggungnya untuk membetulkan duduk.

“Ikhmalll!!!”Lin menjerit kuat.Dia hilang kawalan.Motor terus terjunam ke dalam sawah padi.

“Awak okey?”Dia menghampiri Lin.Habis basah kuyup bajunya.

Kan saya dah pesan tadi.Eii awak ni degil.Tengok,kita dah basah kuyup.”Marah Lin.

“Sorilah wak.Saya tak sengaja.”Ikhmal mengangkat motorsikal yang tersungkur elok di dalam sawah padi.

“Sakit pinggang saya ni tau tak.”Lin bingkas bangun.Dia mengebas-ngebas belakangnya yang dipenuhi lumpur.

“Motor ni macam mana?”Soal Ikhmal bodoh.

“Awak tolaklah motor tu sampai rumah.”Lin berjalan meninggalkan Ikhmal yang terkial-kial menolak motor.

“Kenapa kamu berdua basah kuyup ni?”Maria pelik melihat Ikhmal dan Lin yang pulang dalam keadaan basah lencun.Wajah Lin masam mencuka.Ikhmal pula asyik tersengih.

“Ikhmal ni akak..teringin sangat nak berendam dalam sawah padi.”Lin berkata geram.

“Betul ke Ikhmal?”Maria bertanya tidak percaya.”

“Tak adalah kak.Kami terjatuh dalam sawah padi tadi.”Jawab Ikhmal.

“Ya Allah..macam mana boleh jatuh?Nasib baik ibu dengan ayah tak ada kat rumah.”Maria terkejut dengan jawapan Ikhmal.

“Tanyalah Ikhmal.Ni semua salah dia.Lin nak masuk mandi.Badan ni dah gatal-gatal.”Lin terus menuju ke biliknya.

Maria memandang Ikhmal.Keningnya diangkat meminta penjelasan Ikhmal.

Ada kesilapan teknikal sikit kak.”Ikhmal senyum sendiri.

--------------------------------------

Bunyi kereta di luar rumahnya menarik perhatian Lin.Dia mengintai di sebalik jendela.Dilihatnya 3 buah kereta tersusun elok di hadapan rumahnya

“Siapa datang?”Ikhmal menyusul di belakangnya.

Lin mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Ibu,ayah siapa yang datang tu?”Tanya Lin sebaik sahaja melihat ibu dan ayahnya menuju ke pintu utama.

“Rombongan datang meminang kamu.”Hajah Murni memegang lembut bahu Lin.

“Meminang?” Lin dan Ikhmal berkata serentak.

Lin tersentak.Ibu dan ayahnya tidak pernah pula memberitahunya yang ada rombongan meminang untuknya.Nadinya berdenyut lebih laju daripada biasa.

Ikhmal tidak senang duduk.Lin akan dipinang? Mindanya mencongak-congak apa yang akan dilakukannya.Dia tidak mahu Lin dipinang oleh orang lain.Tidak lama kemudian dia tersenyum..


Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..