Tuesday, June 16, 2009

Sehangat cinta 7

“Mal..boleh tolong abang tak?”Ikhwan melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Ikhmal.

“Apa bang?”Matanya tidak berganjak dari skrin tv.

“Tolong temankan Kak Ika pergi klinik.Ada appointment dengan doktor, nak periksa kandungannya.”Ikhwan menerangkan.

“Abang ada hal ke?” Ikhmal menoleh ke arah abangnya.

“Abang Ikhwan kamu tu kan busy memanjang.Sampai abaikan isterinya ni.”Ika datang dari ruang dapur.Perbualan Ikhmal dan Ikhwan dapat ditangkap oleh telinganya.

Ikhwan tersengih.Pantas dia berdiri lalu mendekati Ika.Lengan isterinya itu dipaut kemas.Dipimpin isterinya ke sofa.

“Abang ada meeting.Meeting tu urgent.”Ikhwan mengusap perut isterinya.Kandungan isterinya baru memasuki bulan keempat tetapi perut Ika yang memboyot jelas kelihatan.

“Abang Wan ni tak patutlah.Kalau Mal kan,Mal akan temankan isteri Mal tau untuk buat check-up baby.”Ikhmal mencelah.

“Aii dah berangan nak kahwin ke Mal?”Ika mengusik adik iparnya.

“Berangan tu taklah.Tapi hajat tu ada.”Ikhmal tersenyum.Dia membayangkan wajah Lin.Dia rindukan gadis itu.

“Nasib baik hajat ada.Cepat-cepatlah kenalkan calon kamu tu pada kami.Nak tahu juga siapalah gadis yang berjaya curi hati keras Mal tu.”Ikhwan membalas kata-kata Ikhmal.

“Tunggulah dulu abang.Nanti-nanti Mal kenalkan.Dia stok isteri yang terbagus.Cayalah kat Mal.”Ikhmal memetik jarikannya.Mukanya berseri-seri.

“Bang,kalau abang nak tahu adik abang tu tengah di lamun cinta.”Ika mencuit lengan suaminya.

“Ooo patutlah sekarang ni Mal asyik senyum sorang-sorang je.Tengah angau rupanya.”Ikhwan berseloroh.

“Pandai je lah abang dengan akak ni.”Ikhmal malu sendiri.

“Tak mengakulah tu.So Mal,boleh tak temankan Kak Ika?”Ikhwan menunggu persetujuan Ikhmal.

“Boleh.Untuk kakak ipar kesayangan Mal ni,semua boleh.”

“Thanks Mal.Mal pergilah bersiap.Akak dah siap ni.”

“Okey.Tunggu kejap ya kak.”Ikhmal berlari-lari menuju ke biliknya di tingkat atas.

---------------------------

Lin memusingkan badannya ke kiri dan kanan.Dia cuba memujuk matanya untuk tidur.Entah mengapa kantuknya tidak kunjung jua.Dia melihat jam di dinding biliknya.Sudah jam 2.30 pagi.Dia bingkas bangun dari katil lalu mara ke pintu biliknya.Dia mahu ke dapur.Tekaknya tiba-tiba terasa kering.

Dia membuka peti sejuk.Sekotak besar jus oren dicapai lalu dituang ke dalam gelas kemudian dia terus ke ruang tamu.Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa.Diteguknya jus oren perlahan.Terasa segar tekaknya.Dia merebahkan badannya.Tangannya diletakkan ke atas kepala seperti berfikir sesuatu.Ingatannya mengimbau kembali apa yang dilihatnya petang tadi.Hatinya terasa sakit.

Petang tadi dia terserempak dengan Ikmal.Dari jauh dia melihat Ikhmal memimpin seorang wanita dan dia tahu wanita itu adalah isteri Ikhmal.Matanya melihat Ikhmal mesra memimpin isterinya yang sedang mengandung.Kemesraan dan kebahagiaan jelas terpancar pada wajah mereka.Entah mengapa hatinya cemburu melihat kebahagiaan itu.Ternyata Ikhmal gembira bersama isterinya.Namun mengapa lelaki itu bersungguh-sungguh memikatnya.Hatinya menjerit kecil.Terasa dirinya dipermainkan.Perasaannya yang baru berputik terhadap Ikhmal cuba di usir jauh.Sayangnya yang baru hendak membunga juga cuba dipadamnya.Dia mengeluh dan terus mengeluh.

--------------------------

“Kau ni kenapa monyok semacam?”Su hairan melihat wajah Lin yang muram.Sepatah yang ditanya sepatah itulah juga yang dijawab.

“Nothing.”Jawab Lin ringkas.Matanya memandang ke luar balkoni rumah.

“Nothing? Kalau tak ada apa-apa takkan kau monyok macam ni.Come on tell me..”Su cuba mengorek isi hati Lin.Dia tahu sahabatnya itu ada masalah.

“Ermm entahlah Su.Aku pun tak tahu kenapa dengan diri aku ni.”Dia resah.Kemesraan Ikhmal dan isterinya sering bermain-main di tubir matanya seolah-olah mengejeknya.

“Pasal Ikhmalkan?”Su meneka rambang.

Lin diam.Dipandangnya wajah Su sekilas.Kemudian pandangannya kembali dilemparkan ke luar balkoni rumah.

“Aku dah agak dah.Apa yang dia dah buat kat kau.”

“Tak ada buat apa-apalah.”

“Dah tu?”Su mengerutkan dahinya hairan.

“Semalam..aku ternampak dia dengan isteri dia.Isteri dia mengandung.”Lin berterus terang.Dia sudah malas mahu menyembunyikan perasaannya.

“Ooo kawan aku ni cemburu rupanya.”Su tergelak kecil.

“Ni aku malas bagitahu kau.Gelakkan aku je kerja kau.”Lin seolah berjauh hati.

“Okey..okey I’m serious.Kau sukakan dia?”

“Aku tak tahu Su..aku keliru dengan perasaan aku.Tapi hati aku ni asyik ingat dia.Hati aku ni macam tak tenang.Cinta ke tu Su?” Lin memegang bahu Su.

“Itu maknanya kau dah jatuh cinta.Kalau hati kau asyik rindu dia,kalau kau asyik teringat dia,tu tandanya kau dah jatuh cinta dengan Ikhmal.Kau ada tak simptom-simptom tu?” Su menyoal nakal.

Lin diam berfikir.Adakah dia mengalami simptom-simptom yang disebutkan oleh Su tadi? Tapi yang pasti saat itu hatinya teringat kepada Ikhmal.

“I guess so..”Lin meleretkan kata-katanya teragak untuk mengakui kebenaran.

“Hah,tu tandanya you’re falling in love my dear friend..”Su mencuit dagu Lin.

Benarkah dia sudah jatuh dengan Ikhmal? Hatinya ragu-ragu untuk mengakui kebenaran itu.Dia kesal tiba-tiba.Dia kesal kerana membenarkan Ikhmal singgah di hatinya.Dia tewas kepada cinta Ikhmal walaupun dia telah mencuba sedaya mungkin untuk mengelak dari cinta itu.

“Tapi dia suami orang..”Lambat-lambat dia berkata.

“Cinta itu buta Lin.Tak salah kau cintakan suami orang.”Ujar Su serius.

“Su,aku tak nak jadi orang ketiga.Aku tak nak jadi perampas.Aku tak nak jadi pemusnah rumahtangga orang.Aku tak nak Su..”Lin mengelengkan kepalanya berkali-kali.Perkara yang yang ingin dielakkannya seakan akan hampir terjadi.

“Ini takdir Su.Dah ditakdirkan kau jatuh cinta dengan Ikhmal.”Su kasihan melihat wajah resah Lin.Hati Lin sedang menderita.

Lin bisu tidak bersuara membalas kata-kata Su.Apa yang dikatakan oleh Su ada benarnya.Dia mengeluh mengurangkan keraguan di Hati.

“Relakslah Lin.Pasal cinta pun kau nak jadi jiwang macam ni.Be strong ok.Aku akan sentiasa sokong kau.”Su memeluk Lin,meredakan kegusaran hati sahabat baiknya itu.

Lin tersenyum kelat.Dia membalas pelukan Su.Dia amat berterima kasih dengan Su.Berbicara dengan Su sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban di hatinya.

“Terima kasih Su..”Ucap Lin perlahan.

----------------------------------

Lin enak berbaring di atas katil sambil membaca novel.Sesekali bibirnya menguntum senyum.Sesekali dahinya berkerut.Novel yang dibacanya itu dihayati sepenuh hati.

“Lin!!!” Terdengar suara Su memanggilnya dari luar bilik.

Hisshh..dia mengeluh.Dia cukup tidak suka jika dia diganggu ketika membaca novel.Novel diletakkannya di sisi.

Ada apa?” Dia menjerit membalas panggilan Su.

“Keluar bilik jap.”Su menyuruh.

Ada apa ni sampai nak suruh aku keluar bilik?”Lin sudah berdiri di muka pintu biliknya.Dipandangnya Su yang statik berdiri di muka pintu rumah.

“Ikhmal ada kat luar tu.Dia nak jumpa kau.”

“Hah? Tak naklah aku.Kau cakap kat dia aku tak ada.”Lin sudah mula mahu mengatur langkah kembali ke biliknya.Perasaannya bercampur aduk.

“Eh kejap-kejap.Kereta kau tu terang-terang ada kat luar.Mesti dia tak percaya kalau aku cakap kau tak ada.”Su menghampiri Lin.

“Pandai-pandailah kau kelentong dia.Yang penting aku tak nak jumpa dia.”

“Pergilah jumpa dia kejap.Kau luahkan apa kau nak cakap kat dia.Kalau kau tak nak dia ganggu kau lagi kau beritahu dia terus.”Su memegang bahu Lin lembut.

Lin diam.Dia memikirkan kata-kata Su.Kata-kata Su ada benarnya.

“Erm okey..”Dia akan selesaikan halnya dengan Ikhmal hari itu juga.Dia tidak mahu Ikhmal mengganggu hidupnya lagi.Dia masuk ke dalam bilik untuk mengambil selendang.Setelah selendang diletakkan kemas menutupi rambutnya dia mara ke luar rumah.Dilihatnya Ikhmal sedang merenungnya dari jauh.

“Hai awak..”sapa Ikhmal setelah Lin berdiri di hadapannya.Gadis itu direnungnya lama.Kerinduannya terhadap Lin beransur-ansur sirna setelah dia menatap raut wajah manis Lin.

“Awak nak apa sampai datang rumah saya?”Lin bertanya garang.

“Saya rindukan awak..”Ikhmal berkata jujur.

“Awak boleh tak jangan nak main-mainkan perasaan saya?”Lin terasa hatinya panas mendengar ungkapan rindu Ikhmal sebentar tadi.

“Apa maksud awak? Saya tak pernah main-mainkan awak.”Kata-kata Lin membuatkan dia terpinga.

“Awak dah ada isteri kenapa awak datang pada saya? Lelaki macam awak ni memang tak boleh dipercayai langsung.”Lin meninggikan suaranya.

“Saya cintakan awak..betul-betul cintakan awak.”Ikhmal merenung jauh ke dalam anak mata Lin berharap gadis itu dapat melihat sinar keikhlasan cintanya.

“Sudahlah awak.Cinta konon.Saya nampak hari tu awak bahagia dengan isteri awak.Apa lagi yang awak mahu? Hidup awak telah lengkap Ikhmal.”Suara Lin mulai mengendur.

“Hidup saya tak lengkap tanpa awak.”

“Cukup awak.Cukup..saya tak nak dengar apa-apa dari awak.Baik awak balik sekarang.”

“Kenapa dengan awak ni? Biasa awak tak macam ni.”Ikhmal pelik melihat tingkah Lin.Biasanya gadis itu akan melayan karenahnya.Tapi hari ini Lin mudah sahaja melenting.

“Sebab awak menyeksa jiwa saya.”Pantas Lin menjawab.

“Saya seksa jiwa awak? Maksudnya awak pun cintakan saya?”Ikhmal dapat menangkap maksud kata-kata Lin.

Lin tunduk.Dia sedar dia terlepas kata sebentar tadi.

“Cakap dengan saya.Awak pun cintakan saya?”Ikhmal sudah tidak sabar menunggu jawapan Lin.

“Jangan nak merepek.Mana mungkin saya cintakan awak.Sudahlah,awak baliklah.”

“Awak tipu.Saya tahu awak cintakan saya.Kenapa susah sangat awak nak mengaku?”Mata Ikhmal kaku di wajah Lin.Dia dapat merasakan cinta Lin terhadapnya.Pandangan mata dan bahasa tubuh Lin sudah cukup untuk membuktikan kesemuanya.

“Ya,saya cintakan awak.Tapi saya akan buang cinta ni jauh-jauh sebab saya tak nak cinta awak ni.”Sekali lagi Lin meninggikan suaranya.

“Awak tak perlu buang cinta saya.Kita semai cinta kita ya?”

“Sudahlah Ikhmal.Cinta ni takkan ke mana.Awak suami orang.Saya tak nak jadi perampas.”

“Lin,dengar dulu apa saya nak cakap.Lepas awak dengar apa saya cakap ni,saya pasti hati awak akan lega.”Ikhmal cuba memujuk.Dia rasa itulah saat yang sesuai untuk dia berterus terang.Berterus terang kepada Lin yang dia bukan suami orang.

“Saya tak nak dengar apa-apa.”Lin menutup kedua-dua belah telinganya dengan tangan.

“Please..dengar sekali ni saja.”Ikhmal merayu.Kedua-dua bahu Lin dipegangnya kemas.

“Awak pergilah.Saya tak nak tengok muka awak lagi.Pergi dari hidup saya.”Lin menjerit kecil.Hatinya pedih saat dia menuturkan kata-kata itu.Tegarkah dia kehilangan Ikhmal? Pantas dia menepis pegangan tangan Ikhmal di bahunya lalu terus berlari masuk ke dalam rumah.

“Lin!!” Ikhmal terpana dengan kelakuan Lin.Adakah hari ini pengakhiran hubungannya dengan Lin.Ikhmal menendang kuat tayar keretanya.Dia kesal sekali.Kesal kerana tidak berterus terang dengan Lin dari awal.Dia merintih di dalam hati.Dia tidak mahu kehilangan gadis kesayangannya itu.Dia hilang arah.Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam kereta.Stereng kerta dihentaknya berkali-kali.Bibirnya berulang kali menyebut nama Lin.


Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

8 org yg baik hati suda komen..anda? hee:

syah said...

haa kn dh kne sbijik c ikhml nih..
awl2 xmo lk de brtrs trg..
bengang gk sbnrnye ngn ikhml ni..
heee..emosi lk..sowy la yer..
pape pn...ct nih besh..
cpt2 smbg ye..=)

niktaufik said...

ikhmal tntu suh family dia g pinang lin kan???

pastu dia akn trus trg kat lin pasal kak ipar dia tue...

:D

pandai gak ikhmal ni nk wat lin jeles...ad je idea dia

♥corcraze♥ said...

hahah..dpn muke kamo ikhmal..
rasekan tipo lagi laa..
serve you right..
nak lagii.ape jd pasni..
jgn la hbungn dorg pts..huhu..

keSENGALan teserlah.. said...

haaaa..
kan da susa..
bknnye nk trus trg dri awl..
huhu..
suh kak ika yg terngkan la..
jgn la kasi dorang pisah..
smbung2..

sepatu biru said...

ha.. kan da susah..
pe la salahnya bagitau awal2..
aduhai.. sj je tempah susah..
ish.. geram2...

mesti ikhmal bawak kak ika pi jumpe lin tok explain sgalanye..
cepat2 sambung taw.. best sangat cite ni..

Lieza said...

hihihi... best sgt... padan muke ikhmal.. saje carik susah... suke2 je seksa lin.. sambung cepat eh?

Anonymous said...

Pakcik bertinta:

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Iera said...

crite ni lbih kurang apa yg terjdi dlm hdp k.iera..
mmg sdih bila cinta kita dkhianati sehingga kita tak sanggup lg utk bersama dia lg..
hnya kita yg tahu betapa pedihnya rs terluka itu..

Post a Comment