Wednesday, June 24, 2009

Sehangat cinta 10

Lin membaringkan dirinya di atas sofa.Penatnya tidak terkata.Seharian dia di pejabat menyiapkan proposal yang dikehendaki oleh En.Ahmad.Bosnya itu kalau bab kerja memang sedikit pun tidak boleh bertolak ansur.Terpaksalah dia duduk berteleku di hadapan laptopnya sepanjang waktu pejabat untuk menyiapkan proposal sehingga matanya berpinar-pinar.Sehingga saat itu huruf-huruf taipannya di laptop seakan-akan menari-nari di tubir matanya.Dia memejamkan mata seketika,mengusir jauh penat yang membaluti dirinya.Bunyi sms membuatkan dia mencelikkan kembali matanya.Digapainya telefon bimbit di sisi.

‘I miss you darLINg..’

Lin senyum.Sms dari Ikhmal membuatkan bibirnya membunga senyum.Terasa penatnya hilang serta merta.Terasa dirinya segar tiba-tiba.

“Oit sengih-sengih je memanjang.”Su muncul tiba-tiba.Dia duduk bersila di atas lantai.

“Aku sengih pun tak boleh.Masam pun tak boleh.”Lin mengomel membidas kata-kata sahabatnya.

“Tak adalah.Sejak kau bercintan cintun ni aku tengok kau dah lain macamlah.Tengah makan pun senyum,drive kereta pun senyum,nak tidur pun senyum.Kuat betul penangan cinta si Ikhmal ni.”Su tersenyum menyakat.

“Nak buat macam mana Su..hati tengah bahagia kenalah selalu senyum.”Bibir Lin masih tersenyum malah makin lebar senyumannya.

“Hati tengah bahagia ye.Dulu bukan main lagi sedih.Ikhmal suami oranglah apalah.”Su memperli.

“Alahh aku manalah tahu yang dia tak kahwin lagi.”

“Haa tulah kau.Bukan nak siasat betul-betul dulu.Ini tak,main tuduh melulu je.Kasihan si Ikhmal tu nak pujuk-pujuk kau.”

“Salah dia juga siapa suruh dia tak terus terang awal-awal dengan aku.Makin besarlah jadinya salah faham aku tu.”Lin membalas.

“Sama-sama salah.Yang sorang tak nak terus terang,yang sorang main tuduh je.”Kata Su.

“Yelah-yelah Cik Suhaiza.Yang penting aku bahagia dengan Ikhmal sekarang.Kalau boleh aku tak nak gaduh-gaduh dengan dia.”

“Baguslah macam tu Lin.Nampaknya tak lama lagi aku makan nasi minyak kaulah.”Su mengekek ketawa dengan kata-katanya.

“Insyaallah kalau aku ada jodoh dengan Ikhmal.”Sambut Lin pantas.

“Ni aku nak tanya kau.Aril dah tau kau dengan Ikhmal?”

“Entahlah.Kalau kau bagitau dia tahulah.”Lin memandang wajah Su.

“Err sebenarnya aku nak cakap aku terlepas cakap kat Aril pasal kau dengan Ikhmal.”Lambat-lambat Su berkata.

“Maknanya dia dah tahulah tu.Yang kau pergi tanya aku lagi ni kenapa?”Lin membuntangkan matanya.

“Saja.Kot-kotlah Aril tanya kau pasal kau dengan Ikhmal.”

“Isshh setakat ni tak ada pula dia tanya aku.”Lin mengerutkan dahinya.

“Kadang-kadang kasihan juga aku kat dia.Dia tu betul-betul sukakan kau.”

“Nak buat macam mana aku tak ada hati dengan dia.”Perlahan Lin bersuara.Entah mengapa rasa simpati buat Aril muncul dari celah hatinya.

“Hati tak boleh paksakan.Dia ada rupa,ada gaya takkan hati kau tak tercuit pun untuk Aril?”Su menduga ingin tahu.

Lin diam.Hatinya memang tiada buat Aril.Bukan dia tidak pernah cuba untuk cuba mencintai Aril,malah berkali-kali.Namun sebanyak kali pun dia mencuba,hatinya ternyata bukan untuk lelaki itu.Baginya dia lebih selesa berkawan dengan Aril.

“Sedikit pun tak tercuit.”Lin mengelengkan kepalanya.

“Jadi dengan Ikhmal jelah hati kau tercuit ya?”Su tersengih nakal.

“Dengan Ikhmal bukan setakat tercuit malah tercubit,terpaut..”Lin sengih menampakkan barisan giginya yang tersusun elok.

“Ada-ada jelah kau ni.Sah memang angau.”Su mencebik.

“Apa salahnya sekali-sekala angau.Aku masuk tidur dulu ye.Good night.”Lin bingkas bangun menuju ke biliknya.Kantuknya sudah terasa.

----------------------

Lin mengerling jam di tangannya.Sudah jam 5.30 petang tetapi Ikhmal masih belum muncul.Dia sabar menunggu di hadapan bangunan pejabatnya.Kalaulah dia tahu Ikhmal datang lambat untuk menjemputnya hari ini,sudah tentu dia akan menumpang Su tadi.Sahabatnya itu sudah lama pulang ke rumah.

“Lin,kau tak balik lagi?” Satu suara yang amat dikenalinya menegur dari belakang.

“Belum..”Pendek sahaja jawapannya.

“Tunggu Ikhmal?” Aril bertanya.

“Ya,tunggu Ikhmal.Kau kenapa lambat balik?”Lin kekok tiba-tiba bila berdua dengan Aril.

“Aku siapkan kerja sikit tadi.Malas nak bawa balik kerja ke rumah.Tu yang terus siapkan kat pejabat.”Aril senyum.Matanya liar meratah setiap inci wajah Lin.

“Ooo..” Hanya itu yang mampu dikeluarkan oleh bibir Lin.Dia kehilangan kata-kata.Renungan Aril membuatkan hatinya resah.

“Kau bahagia dengan Ikhmal?”Aril bertanya ingin tahu.

Lin tunduk.Dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Aril.Sebolehnya dia tidak mahu melukakan hati lelaki itu.

“Answer me..please..”

“Ya,aku bahagia.”Dia menjawab jujur.Memang dia bahagia dengan Ikhmal.Ikhmal sangat bijak menambah bahagia di jiwanya.

“Kenapa kau pilih dia? Kenapa bukan aku?” Aril bertanya.Mukanya serius.Matanya tepat menikam anak mata Lin.

Lin terpinga.Dia tidak menyangka Aril akan bertanyakan soalan itu.Soalan yang dia sendiri tidak ada jawapannya.

“Kenapa kau tanya macam tu?”Lin tidak sedap hati.

“Sebab aku nak tahu.Aku kecewa Lin.”Aril meluahkan rasa kecewanya.

“Terimalah hakikat kita tak ada jodoh.”Lin bersuara perlahan.

“Senanglah kau cakap sebab kau tengah bahagia sekarang.Tapi aku? Aku sakit hati Lin..”Aril meradang mendengar kata-kata Lin.

“Janganlah macam ni Aril.Aku yakin kau akan dapat wanita yang lebih baik dari aku.”

“Aku cuma nak kau.Tak boleh ke kau terima aku? Tinggalkan Ikhmal.”Aril memegang kuat kedua-dua tangan Lin.

“Kau sedar tak apa kau cakap ni? Kita tak mungkin bersama.”Lin meronta cuba melepaskan tangannya daripada pegangan tangan Aril.Tapi ternyata kudrat wanitanya tidak cukup kuat.

……

Ikhmal memberhentikan keretanya di hadapan bangunan pejabat Lin.Dia tahu dia sudah terlewat.Kesesakan lalu lintas menyebabkannya terlewat untuk menjemput Lin.Tiba-tiba matanya melihat sesuatu.Pantas diakeluar daripada kereta.Langkahnya diayun selaju boleh.

“Heii apa kau buat ni?”Jerkah Ikhmal.Tangan Lin dileraikan daripada genggaman Aril.

Lin menghampiri Ikhmal.Lengan Ikhmal dipeluk erat.Mujur Ikhmal sampai pada saat itu.Kalau tidak dia tidak tahu apa yang akan terjadi seterusnya.

“Awak okey?”Ikhmal menoleh kepada Lin di sebelahnya.

Lin mengangguk cuma.Lidahnya kelu untuk berkata-kata.Dia masih rasa terkejut dengan perlakuan Aril tadi.Selama ini Aril tidak pernah bersikap biadab begitu dengannya.

“Kau ada nak explain apa-apa?”Ikhmal bertanya garang.Wajah Aril ditenungnya tajam.

“Aku sukakan Lin.”Aril bersuara lancar.

“Sebanyak mana pun kau sukakan Lin,mustahil Lin akan jadi milik kau.She’s mine.”Ikhmal bersuara lantang.Kata-kata Aril seolah mencabarnya.

“Dia belum jadi milik kau sepenuhnya.Kalau dia jadi milik kau pun aku boleh rampasnya dari kau.”Aril membalas tegas.

“Kau jangan nak merepek.Lain kali kau jangan ganggu Lin lagi.”Ikhmal memberi amaran.Hatinya yang gelegak mendidih dibiarkan.

“Suka hati akulah.”Sinis kata-kata Aril.

“Kau!” Ikhmal mara ke depan.Penumbuknya dihayun laju ke muka Aril.

Aril tersungkur ke lantai.Cecair merah pekat meleleh dari tepi bibirnya.Dia bangun perlahan.Bibirnya tersenyum sinis.

“Jangan terlampau yakin Ikhmal.Tak semestinya kau kekal dengan Lin.”Aril mengesat darah di bibir dengan hujung baju kemeja yang dipakainya.

“Kau memang nak kena..”Ikhmal mengepal penumpuknya bersedia untuk dihayunkan sekali lagi.Namun Lin pantas memaut lengannya.

“Awak..dahlah.Kita balik ya..”Lin yang dari tadi menjadi pemerhati bersuara.

“Ingat jangan kacau Lin lagi.”Buat kali kedua Ikhmal memberi amaran.Kemudian ditaril lembut tangan Lin untuk beredar dari situ.

….

Suasana sepi mengisi ruang di dalam kereta.Kesepian yang tercipta itu membuatkan hati Lin diombak resah.Dari tadi Ikhmal diam.Sepatah perkataan pun tidak terlontar dari bibir Ikhmal.Marahlah lelaki itu?

“Awak..”Lin memanggil lembut.Ditoleh wajah Ikhmal sekilas.

“Ermm..”Ikhmal tidak mengalihkan pandangannya.Matanya tetap focus ke arah depan.Stereng kereta dipegang kemas.

“Awak marah saya ke?” Taku-takut Lin bertanya.Wajah Ikhmal masam mencuka.Jarang sekali dia melihat Ikhmal bertukar karektor sebegitu.

“Saya tak marah awak.Saya marah kat lelaki tadi.Siapa dia?”Ikhmal ingin tahu.Dari tadi dia menahan dirinya bertanyakan soalan itu kepada Lin.

“Aril..kawan pejabat saya.”

“Dah lama dia sukakan awak?”Dia bertanya lagi.

“Agak lama juga.”Lin tunduk.

“Kenapa awak tak bagitau saya? Kalau perkara tadi tak jadi sampai bila-bila pun awak tak akan bagitau sayakan?”Ikhmal memandang wajah Lin sepintas lalu.

“Saya tak tahu macam mana nak bagitau awak.”Lin serba salah.

“Awak tak perlu rahsiakan apa-apa dari saya.Dan saya pun tak akan rahsiakan apa-apa dari awak.”Ikhmal melembutkan suaranya.Dia tahu Lin serba salah dengannya saat itu.

“Saya minta maaf..”

“Awak tak perlu minta maaf.Saya tak suka dia buat macam tu kat awak.Saya sendiri pun tak pernah berkasar macam tu dengan awak.”

Lin senyum.Ikhmal begitu prihatin terhadapnya.Lelaki itu terlalu mengambil berat tentangnya.

“Yang awak senyum-senyum ni kenapa?”Ikhmal pelik melihat senyuman Lin.Setahunya dia tidak membuat lawak pun ketika itu.

“Sayang juga awak kat saya ya..”Lin mengusik.

“Ya,saya terlalu sayangkan awak.Dan saya tak nak orang yang saya sayang kena ganggu.Kalau dia ganggu awak lagi bagitau saya ye.”Ikhmal turut senyum.Marah hatinya sudah beransur-ansur menghilang.

“Banyak mana ya awak sayangkan saya?”Lin cuba menduga hati Ikhmal.Terlalu sayangkah Ikhmal kepadanya?

“Tanya hati awak.Kalau hati awak benar-benar dapat rasakan cinta saya,mesti awak tahu sebanyak mana saya cinta kan awakkan? I love you more than you love me dear..”

“Betul ke? Ada bukti?”Lin bertanya nakal.

“Nak bukti? Buktinya saya sanggup jadi driver awak sebulan,saya sanggup temankan awak balik kampung.”Ikhmal tersengih.

Lin ketawa mendengar kata-kata Ikhmal.Ya,semua yang Ikhmal lakukan terhadapnya sudah cukup membuktikan bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.

“Cinta saya tak perlukan bukti wak.Cinta saya saja dah cukup untuk membuktikan semuanya.”Ikhmal kembali menyambung kata.

“Terima kasih.Saya janji saya tak akan sia-siakan cinta awak ini.”Lin senyum bahagia

“Lagi satu,bila kita nak kahwin?”Ikhmal bertanya tiba-tiba.

“Kita baru je bercinta.Awak tak rasa awal sangat ke nak kahwin?”

“Tak apalah,kita boleh bercinta lepas kahwin.Lagi manis dan halal.”Ikhmal mengenyitkan matanya.

“Awak dah bersedia ke nak jadi suami saya?”

“Saya bila-bila masa saja bersedia.Tunggu akad nikah je.Malam ni pun boleh.Awak pula da bersedia ke nak jadi isteri saya?”Ikhmal bertanya kembali.

“Saya belum bersedia lagi.”Cepat-cepat Lin menjawab.

“Kenapa?”

“Sebab banyak lagi resipi yang saya belum belajar dari ibu saya.Tak kan saya nak masak lauk sama je untuk awak.”

“Alahh itu perkara kecil je.Saya tak kisah makan lauk sama hari-hari asalkan saya dapat hidup dengan awak.Janji dapat kahwin dengan awak sudahlah.”

“Awak ni banyak pula alasannya ya.Sabar dulu..”

“Tengah sabarlah ni sayang..kalau tak saya dah bawa awak jumpa tok kadi sekarang juga.”Ikhmal mengangkat keningnya.

Lin ketawa lagi.Bersama Ikhmal hatinya lapang.Bersama Ikhmal hatinya damai.Lelaki itu cerdik membuatkan hatinya mengalunkan lagu indah.Seindah cinta yang dirasainya bersama Ikhmal saat itu.

--------------------

Ikhmal mengemas meja.Fail-fail berselerakan di atas meja.Kebelakangan ini dia sibuk sehingga dibiarkan sahaja mejanya bersepah.Disusunnya fail-fail tersebut ke dalam almari di sudut bilik pejabatnya.Kemudian kertas-kertas kerja yang berselerakan disusunnya teratur.Setelah puas hati dia melabuhkan punggung ke atas kerusi.Lapang matanya melihat mejanya yang sudah dikemas.Dia duduk menyandar enak di kerusi.Hari ini tidak banyak kerja yang perlu dilakukannya.Bolehlah dia bermalas-malasan.Ketukan di pintu bilik sedikit menganggunya.

“Masuk..”Dia bersuara lantang.

“Hai Mal.”Ikhwan masuk dan terus menarik kerusi di hadapan Ikhmal.

“Hai abang Wan.Mimpi apa masuk bilik Mal ni?”Ikhmal hairan.Jarang benar abangnya menjejakkan kaki ke dalam biliknya.

“Saja abang lalu tadi.Singgahlah kejap.Dah lama tak masuk dalam bilik pejabat Mal ni.Kemas..”Mata Ikhwan melilau ke seluruh bilik.

“Baru tadi Mal kemas bang.Sebelum ni tak ada masa.Hari ni baru lapang sikit.Yelah sejak Kak Mah pindah dan setiausaha baru tak masuk kerja lagi sibuklah sikit.Semua benda Mal nak kena buat sendiri.”Ikhmal mengeluh perlahan.

“Cakap pasal setiausaha ni,Mal dah jumpa setiausaha baru Mal?”

“Dia dah masuk kerja ke bang?”

“Laa Mal tak tahu ke? Hari ni dia mula kerja.”

“Mal tak tahu pun.”Ikhmal sengih.

“Mal ni..nanti ayah kenalkan kat Mal.”Ikhwan membalas.

“Dia okey tak? Boleh buat kerja?”

“Manalah abang tahu.Dia baru mula kerja hari ni.Dia kan kerja bawah Mal.Nanti Mal tahulah macam mana dia kerja.Satu je abang boleh cakap.She’s so beautiful.”

“Abang ni..itu je tau.”Ikhmal mencebik.Dia langsung tidak berminat untuk bercakap mengenai setiausaha barunya itu.

“Mal belum tengok lagi.Kot-kot bila Mal dah tengok terus jatuh hati.”Ikhwan berseloroh.

“Tak mungkin lah bang.Hati Mal tetap pada Lin.”Ikmal menepuk-nepuk lembut dadanya.Mustahil dia akan berpaling dari cinta Lin.Mustahil sekali.

“Hati manusia akan berubah Mal.Tapi abang percaya dengan Mal.Hati Mal hanya untuk Lin kan?”

“Haa tau pun.Datanglah ratu cantik sekali pun,hati Mal tak kan goyah.”Dia tahu hatinya untuk Lin.Dia tahu cintanya hanya untuk Lin.Dia sudah tetapkan hatinya hanya untuk Lin seorang.Wajah Lin tiba-tiba muncul di ruang matanya.Ahh Lin..gadis itu selalu sahaja membuatkannya rindu..

P/S: Sori pendek..da ngantuk ni.. hee da pukul 3.40am..tggu next n3 ekk..thanks!


Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

4 org yg baik hati suda komen..anda? hee:

Anonymous said...

alamak... jgn la ikhmal jatuh hati ngan setiausaha baru dia tuh.... jgn eh?? x sanggupppp huhuhuh

sepatu biru said...

abes la kalau ikhmal suke kat setiausaha tu n aril masuk line ngan lin..
abes2...
huhu...
sian ngan lin n ikhmal...

cepat2 sambung taw!

Anonymous said...

xnakkk...tp msti s/u br tu cantik..gatal n menggoda..abes la ikhmal..xnk la ceni..

::cHeeSeCaKe:: said...

erm, xmo la ikhmal jatuh cinte kt setiausaha die..nk die ngn lin..
xsuke aril..huhu..

Post a Comment