Wednesday, June 24, 2009

Kurelakan Cinta Ini Pergi



“Abang..”Sarah memanggil suaminya lembut.Ditenung suaminya yang sedang sibuk dengan kerja di meja komputer.

Ada apa sayang?” Idzwan menoleh ke arah isterinya yang duduk di birai katil.Senyuman dilemparkan kepada Sarah.

Ada benda Sarah nak cakap dengan abang.”Sarah berkata perlahan.

“Sarah nak cakap apa?”Idzwan meninggalkan meja komputer lalu mendekati Sarah.Dia turut melabuhkan punggungnya disisi isterinya itu.

“Erm Sarah..”Dia tidak menghabiskan kata-katanya.Mukanya sengaja dikerutkan.

“Sayang ada masalah ke?” Idzwan hairan melihat muka isterinya yang berkerut.Bagaikan ada sesuatu beban yang ditanggung oleh isterinya itu.

“Bukan masalah..”Sarah meleretkan kata-katanya membiarkan suaminya terus berteka-teki.

“Habis tu? Kenapa ni sayang?”Idzwan gusar.Wajah Sarah direnung sayang.

Sarah hampir tergelak melihat riak risau suaminya.Niat untuk meneruskan lakonannya tidak menjadi.Perlahan-lahan dia mencapai tangan kanan Idzwan lalu dilekapkan ke perutnya.

Idzwan terpana dengan kelakuan Sarah.Namun maksud Sarah dapat ditangkap dengan pantas.Serta merta bibirnya mengukir senyum.

“Maksud Sarah..”Dia tidak menghabiskan ayatnya.Wajah Sarah dipandang lama.

“Ya bang.Tak lama lagi abang akan jadi papa.”Hatinya gembira menuturkan ayat itu.

“Ya Allah syukur..abang gembira sangat.” Wajah sarah dicumbuinya berkali-kali.Kegembiraannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Sarah hanya tersenyum.Dia tahu suaminya gembira.Akhirnya cinta antara dia dan Idzwan menghasilkan benih.Dan benih cinta itu akan disemai dengan sebaik mungkin.

“Terima kasih sayang..dah berapa bulan?” Idzwan mengusap-usap lembut pipi isterinya.

“Dua bulan bang..”Jawab Sarah.

“Kenapa tak ajak abang pergi klinik?Soal Idzwan.

“Abang kerja kan.Lagipun Sarah boleh pergi sendiri.”Lembut Sarah menuturkan katanya.

Idzwan senyum.Itulah yang paling dikagumi tentang isterinya.Isterinya itu tidak pernah mahu menyusahkannya.Baginya Sarah sempurna segalanya.

“Sarah..abang sayangkan Sarah..”Idzwan berbisik perlahan di telinga Sarah.

“Sarah pun sayangkan abang..”Hatinya terasa damai mengungkapkan kata-kata itu.Kasih terhadap suaminya itu semakin menggunung di hatinya.

“Mulai hari ni,Sarah kena jaga kesihatan Sarah.Jangan stress-stress.Dan kalau Sarah perlukan apa-apa jangan ragu-ragu untuk bagitahu abang ya?”Idzwan memeluk erat isterinya.

“Okey bang..”Dia membalas pelukan Idzwan.

“Anak papa jangan nakal-nakal tau.Jangan susahkan mama.”Idzwan mengusap perlahan perut Sarah.Dia berbicara seolah bayi dalam kandungan Sarah bisa mendengar suaranya.

“Papa pun jangan nakal-nakal.”Sarah mengusik suaminya.

“Papa baby tak nakal pun.Papa baby nakal dengan mama baby je.”Dia mengucup lama dahi Sarah.

Sarah bersyukur dengan kebahagiaan yang menjadi miliknya.Dia berharap kebahagiaan akan kekal menjadi milik mereka.Wajah berseri-seri Idzwan ditatapnya lama.Wajah tampan Idzwan masih boleh mengugat hatinya,masih boleh menggetarkan rasanya.

-------------------------------

“Wan..aku ada berita buruk.”Halim masuk meluru ke dalam bilik Idzwan.

“Berita buruk apa ni Halim?”Wajah rakan kongsinya itu dipandang.Kehadiran Halim secara tiba-tiba membuatkannya sedikit terkejut.

“Model yang tandatangan kontrak dengan kita tu tarik diri.”Termengah-mengah Halim berkata.Ditariknya kerusi lalu duduk berhadapan dengan Idzwan.

“Hah? Maksudnya kita tak ada model untuk produk Inner Beauty tu?”Idzwan bertanya meminta kepastian Halim.

“Ya..ni yang buat aku pening ni.Bukan senang nak cari model.Nak kena ujibakat lagi.Lagipun iklan produk kosmetik Inner Beauty tu akan disiarkan dua minggu lagikan.Mana nak cari model dalam masa sesingkat tu.”Halim menggaru-garu kepalanya tidak tenang.

“Ni aku bengang ni.Dah elok tandatangan kontrak nak tarik diri pula.”Idzwan mengeluh keras.

Telefon di atas meja Idzwan berbunyi nyaring.Idzwan dan Halim saling berbalas pandang.Idzwan mengangkat gagang.

“Really? Okey suruh dia masuk.”Idzwan mengarah.

“Siapa Wan?”Halim bertanya ingin tahu.

“Setiausaha aku cakap ada orang nak jumpa kita.”

Seketika kemudian pintu bilik Idzwan diketuk perlahan.Idzwan membetulkan duduknya.

“Masuk..”Suaranya dikuatkan.

Mata Idzwan dan Halim serentak memandang seorang gadis yang berdiri di hadapan mereka.

“Yes,may I help you?”Idzwan bertanya.Dia tidak mengenali gadis itu.

“Saya Edora,sepupu Azura.Model yang tarik diri tu.”Gadis itu kelihatan yakin bersuara.

“So?”Halim menyoal ringkas.

“Dia cakap syarikat ni perlukan model untuk gantikan dia.Jadi saya datang nak mencuba nasib.”Mata Edora tepat memanah mata Idzwan.Entah kenapa lelaki itu amat menarik minatnya.

“Awak ada pengalaman sebelum ni?”Tanya Idzwan tanpa memandang Edora.Dia perasan mata gadis itu kaku di wajahnya.

“Ada.Saya pernah jadi model produk kesihatan ‘Be Well’.Selain itu saya buat part-time modeling.”Edora tersenyum manis.

Idzwan mengangguk-angguk.Senyuman Edora tadi seakan menarik hatinya.Kemudian dia memandang Halim.

“Halim,apa pendapat kau?”Idzwan mengangkat keningnya.

“Aku rasa kita ambil dia dululah sebagai model produk ni.Lagipun kita dah terdesak sangat ni.Lagipun dia ada pakej.”Halim berkata perlahan.

Idzwan diam memikirkan kata-kata Halim.Matanya kembali memandang Edora.Ditiliknya gadis itu.Benar kata Halim,Edora mempunya pakej yang lengkap.Wajah Edora jelita memukau.Dan susuk tubuh Edora juga menggiurkan.Hati lelakinya sedikit bergoyah.

“Kalau kau dah cakap macam tu aku okey je.Tapi kita kena cari seorang lagi model.Manalah tahu kot yang ni ada masalah lain pula.”Idzwan mengingatkan.

Halim mengangguk.“Okey Edora.You’re accepted.Awak tunggu kat luar.Nanti setiausaha kami akan bagi awak kontrak.”

“Terima kasih encik.”Edora tersenyum gembira.Kakinya diatur ke luar bilik pejabat.

“She’s beauty right?”Halim senyum nakal.

“Ya.”Idzwan menjawab pendek mengakui kata-kata Halim.

“Tapi dia tak boleh lawan isteri kau.Isteri kau bukan saja cantik malah hati baik.Perfect!”Halim memuji Sarah,juga sahabat seuniversitinya.

“Tengoklah siapa suami dia.”Idzwan tersengih.Bangga dirinya apabila isterinya dipuji begitu.

“How’s Sarah?”Dia sudah lama tidak mendengar khabar sahabatnya yang seorang itu.

“Haa lupa pula nak bagitau.Sarah dah mengandung dua bulan.”Idzwan senyum bahagia.

“Wahh tahniah Wan.Aku akan bagitau isteri aku.Mesti dia pun turut gembira dengar berita ni.”Halim menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Idzwan.Dia gembira dengan berita yang didengarinya dari Idzwan.

------------------------------

Idzwan menapak masuk ke dalam rumah.Dia melonggarkan tali lehernya.Kunci kereta diletakkan di atas meja di tepi pintu utama.Matanya mencari-cari kelibat Sarah namun kelibat isterinya itu tidak kelihatan.Diatur langkahnya ke dapur.Dia berdiri kaku di pintu masuk ke ruang dapur.Dia tersenyum memandang Sarah yang asyik memasak.Perlahan-lahan dia mendekati isterinya itu.Dia memeluk erat pinggang Sarah.

“Abang..terkejut Sarah tau.”Dia sedikit tersentak.

“Khusyuknya sayang masak.Masak apa ni ermm?”Satu kucupan singgah di pipi kanan Sarah.

“Ni tengah masak sayur kailan.”Sarah tersenyum.Tingkah Idzwan yang romantik memberi damai di hatinya.

“Tak kan nak bagi abang makan sayur je..”Idzwan merengek di telinga Sarah.

“Ayam masak merah kegemaran abang tu Sarah dah siap masak tadi.Ikan bakar pun Sarah dah siapkan.Tunggu nak buat pencicah air asam je.”

“Sedapnya lauk hari ni.Dah kecur liur abang ni.”Pelukannya dikemaskan.Dia akui isterinya itu memang pakar memasak.Sebab itulah dia jarang makan di luar.

“Abang..janganlah kacau Sarah masak.”Suaranya dilenggokkan.Dia sedikit lemas dalam pelukan Idzwan.

“Alolo abang nak kacau sikit pun tak boleh.Abang kacau baby la.Mama baby tak nak papa kacau.Anak papa hari ni ok? Ada susahkan mama tak?”Idzwan bersuara sambil tangannya dilekapkan ke perut Sarah.

Sarah tergelak mendengar kata-kata suaminya.Suaminya itu memang pandai bergurau.Gurauan Idzwanlah yang menjadi penemannya saban hari.

“Anak kita hari ni baik saja.Papa baby je yang asyik kacau mama.”Sarah membalas kata-kata Idzwan tadi.

“Kalau tak kacau Sarah,abang nak kacau siapa lagi?”Idzwan membenamkan dagunya di bahu Sarah.

“Abang ni ada-ada je.Cuba rasa ni okey tak?”Sarah mengambil sedikit sayur kailan dari dalam kuali lalu disuapkan ke mulut Idzwan.

“Sedap sangat.”Idzwan berkata sambil mulutnya mengunyah-ngunyah lambat.

“Sarah dah siap masak.Sarah nak buat air asam lepas tu Sarah hidangkan untuk bang.Abang pergi mandi dulu ya.”Sarah mencuit manja hidung Idzwan.

“Baiklah sayang..”Idzwan melagakan hidungnya dengan hidung Sarah Kemudian dia terus berlalu ke bilik.

--------------------------------

Idzwan menaip sesuatu di laptop.Sesekali dahinya berkerut seolah tidak memahami sesuatu.Sesekali dia menggaru-garu kepalanya.Ketukan di pintu bilik sedikit sebanyak mencuri tumpuannya.

“Come in..”Dia menjerit lantang.

Edora melangkah masuk.Dia menghampiri Idzwan lalu mengukirkan senyuman untuk lelaki itu.

“Saya ganggu En.Idzwan ke?”Sebuah pertanyaan terlontar dari bibir mungilnya.

“Tak..ada apa-apa saya boleh bantu?”Entah mengapa dirasakan jantungnya berdegup laju tatkala memandang wajah Edora.Panahan mata bundar Edora seakan tepat menikam jantungnya.

“Saya nak ucapkan terima kasih sebab bagi saya peluang jayakan iklan Inner Beauty tu.”Edora berkata lancar.

“My pleasure..lagipun iklan tu berjaya sebab awak juga.Awak sudah lakukan yang terbaik.”Dia senyum.

“Dan saya harap hubungan kita tak putus sampai di sini saja.”Dalam makna kata-kata Edora.Raut tampan Idzwan ditatap lama.

“Semestinya.Kalau ada projek lagi syarikat kami akan hubungi awak.”Dia membalas renungan Edora.Dia tidak tahu mengapa hatinya goyah saat itu.Renungan mata Edora seolah air yang memadamkan api ingatannya terhadap Sarah.

“Bukan itu maksud saya..”Dia mara mendekati Idzwan yang resah di kerusi.Tangannya mengusap lembut tangan Idzwan.

“Please..apa maksud awak sebenarnya?”Idzwan tidak senang duduk.Namun tindakan berani Edora tidak pula ditepisnya.

“Saya sukakan En.Idzwan.”Edora berterus terang.Dia memang angau terhadap lelaki itu.Hatinya mula memainkan lagu rindu sejak dia mula berjumpa Idzwan.

“I’m a married man Edora.”Idzwan pantas bersuara.Gembirakah dia dengan kata-kata Edora tadi? Gadis seseksi Edora sukakannya? Gadis sejelita Edora mendambakannya? Perasannya seolah digaul-gaul bercampur aduk.Dia keliru.

“Saya tahu dan saya tak kisah.I just need you..”Tangannya mendarat di bahu Idzwan.Dia memicit-micit lembut bahu Idzwan.

Idzwan terpana.Dia membiarkan tangan Edora lincah di bahunya.Sudah tergodakah dia? Apa yang pasti dia berasa aman saat itu.Wajah Sarah seolah sudah pudar dari mindanya.Apakah yang sedang dilalui oleh hatinya saat itu? Apa yang dia tahu dia beruntung kerana gadis muda seperti Edora tertawan padanya.

-------------------------------

“Abang..”Sarah memanggil lembut.Secawan neskafe diletakkan di atas meja di hadapan suaminya.Kemudian dia melabuhkan duduknya ke atas sofa di sisi Idzwan.

“Thanks sayang..”Matanya memandang isterinya sekilas kemudian kembali menonton drama di tv.

“Tengok drama apa bang?”Dari tadi dia melihat suaminya asyik menonton tv.

“Drama kat astro ria ni.Abang lupa tajuknya.Alahh yang Rita Rudaini berlakon tu.”Idzwan menjawab.Tangannya mencapai cawan di atas meja.Air neskafe yang masih berasap dihirupnya perlahan.

“Ooo..”Sarah dapat menangkap drama apa yang dimaksudkan oleh suaminya.Dia pun kadang-kadang ada juga menonton drama tersebut.

“Sarah tak minum sekali?”Soal Idzwan.

Sarah memandang matanya.Keningnya diangkat-angkat.Suaminya seolah lupa sesuatu.

“Oppss..abang lupa.Kafein tak elok untuk ibu mengandung.Sori sayang.”Dia mengambil tangan Sarah lalu dikucupnya berkali-kali.

“Haa tau pun.”Sarah tergelak.

“Abang ni kadang-kadang nyanyuk juga.Sarah pun kena selalu ingatkan abang apa yang Sarah tak boleh makan semasa mengandung ni.Nanti kang abang terbeli pula.”Tangan Sarah kekal dalam genggamannya.

“Yelah bang.”Sarah membalas ringkas.

“Anak abang ada buat hal tak hari ni?”Idzwan bertanya.

“Aucchhh..”Sarah mengaduh sambil memegang perutnya.

“Kenapa ni?”Idzwan risau melihat kerutan di dahi Sarah.

“Abang,cuba rasa.Baby tengah menendang..”Tangannya yang bersatu dengan tangan suaminya dibawa ke perutnya.

Idzwan diam.Tangannya melekap kemas di perut sarah.Dia dapat merasa sedikit gerakan di dalam perut Sarah.Kemudian bibirnya mengukir senyum.

“Nakal juga ya anak papa ni tendang-tendang mama.”Idzwan tunduk.Bibirnya didekatkan ke perut Sarah.

Sarah hanya tersenyum melihat kelakuan suaminya.Wajah Idzwan ditenung lama.Terasa cintanya terhadap suaminya itu semakin mekar membunga.Dia berdoa agar ikatan hati antara dia dan suaminya akan terus berkekalan.

“Eh abang.Tu kan produk syarikat abang.Dah keluar iklan ye.”Mata Sarah melekat di tv.Iklan produk Inner Beauty menarik minatnya.

“Ya..dah keluar 3 hari lepas.”Mata Idzwan turut dipakukan ke tv.

“Cantik model tu ya bang.”Sarah memuji ikhlas.

Idzwan hanya diam mengakui.Memang Edora cantik.dan kecantikan Edora itulah yang membuatkan hatinya bergetar.Membuatkan jiwanya terpesona.Wajah jelita Edora seakan menari-nari di ruang matanya.Entah mengapa dia rasakan dia sudah jatuh cinta sekali lagi.Dipandang isterinya di sebelah.Sarah,maafkan abang..

---------------------------

Idzwan merenung jauh ke dalam anak mata Edora.Mata Edora juga kaku di wajahnya.Dia berasa seperti di awang-awangan.Cintanya yang baru ini seakan indah membalut jiwanya.

“You tengok apa ni?”Edora bertanya manja.

“Tengok youlah.Cantik..”Idzwan memuji.

“You ni saja je.”Edora tersenyum simpul.Hatinya bahagia kerana Idzwan memberikan sedikit tempat buatnya di hati lelaki tiu.

“Betullah I cakap.Patutlah you ramai peminat.”Suaranya dikendurkan.

“You jeles ya..”Edora bangun menghampiri Idzwan.Pipi Idzwan dielusnya lembut.

“Siapalah I nak jeles.I tak ada hak pun.”Ujar Idzwan.Dibiarkan tangan Edora bermain-main di pipinya.Dia senang dimanjakan begitu.

“You ada hak sebab I kan hak you.”Sarah mencuit dagu Idzwan.

“Ni yang buat I sayang kat you.”Idzwan senyum.Tangannya membelai rambut Edora.Dia hanyut dibawa arus cinta Edora.Dia karam dalam kapal kasih Edora.Saat itu jiwanya terasa dekat dengan Edora.Wajah Sarah beransur-ansur hilang pergi dari hatinya.

“Wan..kau dah..”Kata-kata Halim mati di situ.Kemesraan antara Idzwan dan Edora menyakitkan matanya.

“Kau tak reti ketuk pintu dulu ke?”Idzwan sedikit meradang.

“Sejak bila aku kena ketuk pintu nak masuk bilik kau ni?”Halim bersuara tidak puas hati.Selama ini dia tidak pernah mengetuk pintu bilik Izwan,lelaki itu tidak kisah pun.Tetapi mengapa hari Ini Idzwan seolah marah dengan tindakannya?

“Idz,I keluar dulu.See you.”Edora melangkah keluar.Dia tak nak masuk campur hal antara Idzwan dan Halim.Dia perasan pandangan mata Halim seolah tidak menyukainya.

“Kau ada hubungan dengan dia?” Halim bertanya inginkan kepastian.Apa yang dilihatnya tadi dapat membuktikan sesuatu.

“Kau pun dah lihat kan.Apa aku nak cakap lagi.”Idzwan berkata acuh tak acuh.

“Baik kau putuskan hubungan kau dengan dia.Sedarlah sikit Wan.Kau dah ada isteri.”Halim menasihati.Dia tahu mata hati Idzwan telah buta dek kerana cinta palsu Edora.

“Salah ke? Memang aku ada isteri.Tapi aku boleh kahwin tiga lagi.”Idzwan berkata angkuh.Nasihat Halim bagaikan angin lalu menjengah telinganya.

“Kau tak kasihankan Sarah ke? Dia tengah mengandung tu.Kalau dia dapat tahu macam mana? Lagipun dia isteri yang baik.”Terbit rasa simpatinya buat Sarah.

“Kalau kau tak bagitahu dia tak akan tahu.”Idzwan berkata selamba.

“Kalau kau nak menyesal baik kau menyesal sekarang Wan.”Halim berkata lagi.

“Aku tak akan menyesal..”Angkuh dia menjawab.

“Kau dah berubah Wan.Aku tahu Edora yang pengaruh kau.Sebagai sahabat aku dah nasihatkan kau.Terpulanglah pada kau.”Halim kecewa.Kecewa dengan sikap ‘baru’ Idzwan itu.

“Terima kasih sebab nasihatkan aku.”Idzwan seakan memperli.

“Ini fail yang kau nak tadi.”Halim mencampakkan fail biru yang dipegangnya ke atas meja Idzwan.Dia terus melangkah keluar.Hatinya berasa panas.Simpatinya pada Sarah semakin merimbun berlonggok di hatinya.

--------------------------

“Abang..nak pergi mana?”Sarah memandang suaminya yang sedang menyikat rambut.

“Abang nak keluar kejap.”Pendek dia menjawab.Hatinya tidak sabar-sabar untuk bertemu Edora.

“Abang makan kat luar?”

“Ya..Sarah tak perlu tunggu abang balik ya.Abang takut abang balik lewat.”Idzwan memandang isterinya sekilas.

“Baiklah bang.”Wajah Idzwan dipandang lama.Suaminya begitu sibuk sejak akhir-akhir ni.Jarang suaminya itu ada di rumah.Suaminya juga sudah jarang mahu bermanja dengannya.Rasa hairan berkumpul di hatinya.

“Abang pergi dulu.Jaga diri baik-baik.”Idzwan tunduk mengucup dahi sarah.Isterinya itu masih menjadi penghuni tetap di hatinya.

Sarah menghantar langkah Idzwan dengan pandangan matanya.Sungguh hatinya tidak senang.Suaminya itu seakan menyembunyikan sesuatu darinya.Dan sesuatu yang disorokkan oleh suaminya itu seperti akan mengguris hatinya.Dia nekad,dia mahu menyelongkar kebenaran di sebalik sikap aneh suaminya.Pantas dia menghampiri telefon di sudut bilik.Ganggang telefon diangkat dan nombor seseorang didailnya.

Sarah meletakkan ganggang.Dia terduduk di lantai.Kebenaran yang diketahuinya amat menyakitkan.Kebenaran itu seakan menggigit-gigit kuat hatinya.Air mata wanitanya mengalir deras.Kata-kata Halim tadi seperti terngiang-ngiang ditelinganya.Idzwan sedang hagat bermain cinta dengan seorang model.Mujur dia menghubungi Halim.Puas dia mendesak akhirnya sahabatnya itu meluahkan jua kecurangan suaminya.Dia mengusap lesu perutnya.Benih cintanya dengan Idzwan semakin membesar di dalam rahimnya.Dan mengapa di saat dia bahagia menantikan kehadiran insan baru di dalam hidupnya dia diuji dengan perkara yang amat melukakan hatinya.Perlahan-lahan dia bangun menuju ke katil.Gambar perkahwinan dia dan Idzwan yang terletak elok di atas meja kecil di tepi katil dicapainya.Ditatap wajah suaminya.Abang..sampai hati abang.Hatinya merintih pilu.Direbahkan badannya ke katil.Gambar perkahwinan diletakkan di atas dada.Akhirnya dia lena bersama deraian air mata,bersama kekecewaan jiwanya.

-------------------------

Idzwan melangkah perlahan masuk ke dalam rumah.Matanya melilau mencari Sarah.Matanya terhenti pada susuk tubuh sarah yang enak menyandar di sofa.Dia mendekati isterinya itu.

“Hai sayang..”Idzwan membelai mesra rambut Sarah.

Sarah diam.Perkataan sayang yang diucapkan oleh Idzwan seakan memijak-mijak lumat hatinya.Sayangkah Idzwan padanya? Kalau sayang mengapa suaminya itu sanggup bermain kayu tiga dengannya.

“Kenapa diam je ni?”Idzwan duduk di sebelah Sarah.Wajah polos Sarah ditilik lama.Wajah itu masih mampu memikat hatinya.

“Sarah okey je.Lambat abang balik hari ni.”Lemah suaranya.Dia mengerling jam di dinding.Sudah jam satu setengah pagi.

“Banyak kerja kat pejabat tadi.”Bohong Idzwan.Masanya banyak dihabiskan bersama Edora sebaik sahaja habis waktu pejabat.Bukan dia tidak mahu pulang awal tetapi Edora melarangnya.Dan kehendak Edora terpaksa diturutinya.

Sarah hanya mengangguk.Dia tidak mempercayai kata-kata Idzwan.Sebelum ini pun suaminya sibuk tetapi tidaklah sampai balik sehingga lewat malam begini.

“Sayang ada masalah ke ni? Muram saja.”Idzwan mengelus lembut pipi Sarah.Sayangnya pada Sarah masih tetap tidak berubah.

Sarah tiba-tiba berasa sebak.Suaminya masih peduli akan dirinya.Suaminya masih mengambil berat terhadap dirinya.Mengenangkan kasih suaminya terhadapnya telah dibahagi dua hatinya terasa seperti ditoreh kejam.

“Abang..ada sesuatu yang abang sembunyikan dari Sarah?”Dia bertanya lembut.

Idzwan tersentak.Sudah tahukah Sarah akan hubungannya dengan Edora? Memang dia menyembunyikan sesuatu daripada Sarah.Menyembunyikan cintanya yang baru berputik terhadap Edora.Terasa jantungnya semakin laju mengepam darah ke seluruh sel-sel dalam tubuhnya.

“Sembunyikan apa ni sayang?”Pertanyaan Sarah dijawab dengan pertanyaan juga.

“Kalau ada apa-apa abang nak berterus terang dengan Sarah,abang cakaplah.Sarah dengar dan tak akan marah.”Lembut kata-kata itu keluar dari bibirnya.

Idzwan terkedu.Kata-kata Sarah sebentar tadi mempunyai maksud yang seakan dapat ditafsir olehnya.

“Sayang..”Ditariknya Sarah ke dalam pelukan.

Sarah menahan air matanya daripada tumpah.Kenapa saat itu dia tidak berasa bahagia berada dalam pelukan suaminya? Kenapa saat itu dia tidak berasa selamat berada dalam dakapan suaminya?

“Abang..Sarah sudah tahu semuanya.Sarah nak dengar dari mulut abang sendiri.”Dia meleraikan pelukan Idzwan.

“Apa yang Sarah tahu ni?”Idzwan tidak senang duduk.Wajah tenang sarah direnungnya lama.

“Pasal abang dan Edora.”Lambat-lambat Sarah berkata.Dia perasan riak cemas pada wajah Idzwan.

“Sarah tahu daripada Halim?”Hatinya mendidih.Halim memang tidak boleh menyimpan rahsia.

“Sarah yang tanya dia.Sarah perasan kebelakangan ni abang berubah.Puas Sarah desak dia barulah dia ceritakan semuanya pada Sarah.Betul ke bang?” Dia bertanya ingin tahu.Dia amat berharap apa yang diceritakan oleh Halim adalah tidak benar.Dia amat berharap suaminya akan menidakkan hubungan cinta dengan Edora.

“Betul Sarah..”Idzwan berkata perlahan mengakui hubungannya dengan Edora.Berat hatinya untuk mengaku.

Kata-kata Idzwan bagaikan pisau tajam yang menghiris hatinya.Bagaikan cemati yang melibas jiwanya.Air matanya gugur ke pipi.

“Maafkan abang Sarah.Abang tak dapat kawal hati abang.”Idzwan rasa bersalah yang amat.Melihat air mata Sarah mengalir kerananya hatinya tiba-tiba terasa pedih.

“Apa kekurangan Sarah bang? Apa lebihnya dia?” Suaranya bersulamkan esakan.Hiba dihatinya cuba ditahan.

Idzwan mencapai tangan Sarah lalu digenggamnya erat.Dibawa tangan Sarah ke bibirnya.

“Sarah tak ada apa-apa kekurangan.Sarah sempurna segalanya.Abang yang banyak kekurangan.”Dikucup tangan isterinya lembut.

“Kalau Sarah tak ada kekurangan kenapa hati abang berpaling pada dia? Kenapa bang..”Bahunya terhenjut-henjut bersama esakan yang tiada berpenghujung.

“Abang tak tahu Sarah..abang sendiri pun buntu.”Idzwan keliru dengan perasaannya.Dia cintakan Sarah dalam masa yang sama juga dia inginkan Edora.

“Abang cakaplah apa yang abang tak suka tentang Sarah..Sarah akan ubah semuanya untuk abang.”Sarah memegang bahu suaminya lembut.

“Abang suka semuanya tentang Sarah.Dalam hal ni Sarah tak salah.Abang yang salah.”Idwan menyeka air mata yang mengalir laju di pipi isterinya.

“Abang,apa yang perlu Sarah buat?Sarah nak jadi wanita yang abang cintai seperti empat tahun dulu.Wanita yang abang gila-gilakan seperti empat tahun dulu..”Kisah cinta dia dengan Idzwan empat tahun lalu amat indah.Idzwan amat mencintainya dan lelaki itu berusaha untuk menjadikan dia sebagai milik mutlak. Tapi sekarang? Adakah cinta suaminya terhadap dia tetap tidak berubah seperti empat tahun lalu? Atau cinta itu telah berlalu seiring dengan masa?

Kata-kata Sarah perlahan-lahan menyentuh hati lelakinya.Dia berasa sebak.Dia akui cintanya pada Sarah tidak pernah berubah walaupun cinta baru Edora telah mencuit hatinya.

“Sarah tak perlu buat apa-apa.Sarah tetap abang cintai.”Dia memegang wajah Sarah yang basah dengan air mata.Beratnya penderitaan isterinya itu.Air mata lelakinya bergenang.

“Abang..Sarah sayangkan abang..”Sarah merintih.Lengan suaminya dipeluk erat.Dia tidak mahu kehilangan suaminya.

“Abang pun..Sarah jangan fikir sangat hal ni.Abang masuk bilik dulu.”Idzwan bangun.Dia tidak sanggup lagi berlama-lama dengan isterinya.Hatinya sedih,hatinya perit melihat air mata Sarah yang tumpah kerananya.

Jangan fikir? Mudahnya Idzwan berkata-kata.Sarah memandang sayu langkah Idzwan.Air mata yang setia mengalir di pipinya dibiarkan.Dia tidak menyangka begini jadinya.Bahtera cinta yang dibina bersama Idzwan yang baru hendak meniti usia dua tahun telah dilanda badai hingga hancur berkecai.Namun digagahkan jua hatinya mengutip sisa kepingan-kepingan bahtera cintanya.Kepingan-kepingan itu akan cuba dicantumkannya semula supaya dia dan Idzwan akhirnya dapat belayar ke pulau bahagia.

Sarah memandang Idzwan yang telah lena di atas katil.Bibirnya mengukir senyum hambar.Dia menuju ke bilik air.Dengan tertib,dia mengambil wudhu’.Selepas itu dia berjalan ke sudut bilik.Tikar sejadah dibentangkannya.Dia mahu menunaikan solat hajat.Dia ingin berdoa untuk kebahagiaan rumahtangganya.

Usai memberi salam,dia bersimpuh di atas tikar sejadah.Tangannya diangkat untuk berdoa.

“Ya Allah,tabahkanlah hatiku,kuatkanlah imanku menerima dugaan hidupMu.Aku akur dengan qada dan qadarMu.Ya Allah kembalikanlah kebahagiaan rumahtanggaku.Kembalikanlah suamiku yang dulu.Suami yang sempurna segalanya di mataku.Janganlah cintaku terhadap suamiku semakin menjauh dari hati.Ya Alllah berilah jalan penyelesaian yang terbaik pada kebuntuanku ini..”Dia mengadu kepada yang Esa.Air matanya sekali lagi mengalir.Kegelapan malam menambahkan lagi syahdu dihatinya.

-----------------------------------

Sarah berdiri lama di luar rumah bercat kuning itu.Hatinya sedikit ragu-ragu.Betulkah tindakannya ini? Dia menarik nafas panjang lalu dihembus mengusir rawan yang bertenggek di sudut hatinya.Loceng ditekannya berkali-kali berselang seli dengan salam.Beberapa minit kemudian pintu dibuka dari dalam.

“Ya,cari siapa?” Seorang gadis menyoalnya.

Dia menilik gadis tersebut lama.Adakah gadis itu adalah Edora? Jika benar gadis itu adalah Edora,memang benar kata Halim.Gadis itu memang cantik.Tidak mustahil mana-mana lelaki boleh jatuh cinta kepada gadis itu termasuk suaminya.

“Saya Maisarah.Isteri Idzwan.Awak Edora kan?”Tenang dia berkata.

Edora terpempam.Yang berdiri di depannya adalah isteri lelaki yang dicintainya? Tiba-tiba timbul rasa cemburunya.Sarah seorang wanita yang menawan sehingga dia sendiri terpesona melihat wajah mulus Sarah.

“You nak apa?” Dia bertanya gentar.

“Saya nak cakap sikit dengan awak boleh?”Dia senyum.

“Errm masuklah.”Hatinya sedikit tenang melihat senyuman Sarah.Ternyata Sarah bukan jenis wanita yang melulu menyerang apabila haknya dirampas.

Sarah membuntuti Edora ke dalam rumah.Dia duduk di atas sofa berhadapan dengan Edora.

“Boleh tak awak lepaskan suami saya?”Dia bertanya perlahan.

“Why should I?”Edora mengetap bibirnya menahan marah.Kata-kata Sarah bagaikan halilintar di telinganya

“Sebab awak rampas hak saya.”Kata-kata Edora tadi membakar hatinya.

“You yang tak pandai jaga hak you.”Lantang Edora berkata-kata.

“Apa perasaan awak kalau hak awak dirampas.Awak pun perempuan Edora.Awak seharusnya lebih faham hati perempuan.”Dia berkata lembut.Dia tidak mahu marah-marah.Baginya kemarahan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

“I tak akan membenarkan hak I dirampas.I akan jaga hak I sebaiknya.I tak akan sesekali cuai seperti you.You jangan nak salahkan I.”Edora meninggikan suaranya.Wajah Sarah dipandang benci.

“Saya merayu pada awak,tinggalkan suami saya..saya perlukan dia.Anak dalam kandungan saya ni pun perlukan dia.”Lirih suara Sarah memohon pengertian Edora.Dia tidak kisah jika dia perlu merayu.Dia akan berusaha mempertahankan istana cintanya dengan Idzwan.Dia akan mempertahankan haknya sebagai seorang isteri.

“You suruhlah suami you tinggalkan I.Pergi merayu dengan suami you.Dan I percaya dia tak akan tinggalkan I.”Edora menjeling Sarah.Rayuan wanita itu tidak diendahkannya.

“Tolonglah Edora..”Sarah mengawal getar suaranya.Masakan seorang perempuan seperti Edora tidak memahami derita hatinya.

“I rasa baik you balik sekarang.Tak ada apa nak dicakapkan lagi.”Edora bangun lalu membuka pintu rumahnya.

Sarah turut bangun menghampiri Edora.Tiada guna dia merayu lagi pada Edora.Gadis itu berhati batu.Hatinya beralun lagu sayu.Usahanya untuk memujuk Edora ternyata sia-sia.

“Edora..saya nak awak sedar awak sudah jadi perampas kebahagiaan saya.Tinggalkan Idzwan.Masih ramai lagi lelaki di luar sana yang inginkan awak.”Sarah bersuara tegas.Kakinya di atur ke keretanya.

Edora menjerit kecil.Hatinya geram dengan kata-kata Sarah.Dia tidak kisah menjadi perampas asalkan dia bahagia dengan Idzwan,asalkan lelaki itu selalu berada disampingnya.Dia mengambil telefon di atas mejanya.Nombor Idzwan pantas didailnya.

--------------------

“Sarahh!!”Idzwan berteriak memanggil nama isterinya.

“Abang dah balik ya..”Terkocoh-kocoh Sarah datang dari ruang dapur.

“Sarah pergi jumpa Edora pagi tadi?” Idzwan bertanya garang.

“Ya bang..”Sarah teragak-agak menjawab.Hatinya kecut melihat riak tegang pada wajah suaminya.

“Kenapa Sarah pergi jumpa dia?”Wajah tulus Sarah dipandang.

“Sarah nak dia tinggalkan abang.”Takut-takut dia bersuara.

“Apa hak Sarah nak suruh dia tinggalkan abang?”Idzwan melangkah ke tingkap rumah yang sememangnya luas terbuka.Dia melomparkan pandanganya ke luar tingkap.Bunyi cengkerik malam seakan menambahkan keserabutan di hatinya.Dia meradang dengan jawapan yang diberikan oleh Sarah tadi.

“Abang tanya apa hak Sarah? Hak sebagai isteri bang..Sarah isteri abang.Salahkah seorang isteri meminta dia kembalikan suami yang sudah jauh terpesong?”Sarah bertanya.Dia menghampiri Idzwan.

“Sarah tak patut pergi jumpa Edora dan marah-marah dia.”Esak tangis Edora di dalam telefon tadi seakan-akan terngiang-ngiang di telinganya.

“Sarah tak marah dia bang.Sarah cakap secara baik dengan dia.”Sarah mempertahankan dirinya.”

“Sarah bohong.”Idzwan menjerit kecil.

Sarah terkedu.Suaminya menuduh dia berbohong? Hatinya bagai ditarik-tarik kuat.Air mata yang bergenang di tubir akhirnya jatuh menodai pipi mulusnya.

“Sarah tak bohong.Pernahkah selama ini Sarah bohong pada abang?”Dia memegang tangan suaminya.

“Edora menangis mengadu kat abang.Dia cakap Sarah pergi serang dia.”Suaranya mula dikendurkan.Hatinya berbaur rasa saat itu.

“Sarah tak pergi serang dia.Sarah pergi dengan cara baik.Abang pun kenal Sarah macam mana kan.”Dia memandang sayu wajah suaminya.

“Apa-apa pun Sarah tak patut pergi jumpa Edora.Sarah juga tak patut suruh dia tinggalkan abang.Mesti dia sakit hati,sedih..”Idzwan membela Edora.Dia sudah buta dengan cinta Edora.Dia lupa akan cintanya terhadap Sarah.

Air matanya lebih deras mengalir mendengar kata-kata Idzwan.Adakah Edora lebih penting daripada dirinya?

“Abang ingat Sarah tak sakit hati? Sarah tak sedih? Abang,kalau nak diikutkan logik,Sarah lagi sakit hati daripada dia bang..Sarah lagi sedih..Suami Sarah dah tak meletakkan Sarah pada tempat teratas di dalam hatinya.”Pilu dia bersuara.Buat pertama kali suaminya mementingkan wanita lain daripada dirinya.

Idzwan diam memikirkan kata-kata Sarah.Dia tidak tahu mengapa hatinya memberontak bila bersama Sarah ketika itu.Pengaruh cinta Edora begitu kuat membelit hatinya,mencengkam jiwanya.

“Abang tak kasihankan Sarah ke? Tak kasihankan anak dalam rahim Sarah ni? Sarah tertekan bang..”Dia merintih bersama esakannya.

Idzwan mengeluh.Dia tidak tahu permainan apakah yang sedang dimainkan oleh hatinya saat itu.Kejamkah dia? Sarah langsung tidak berdosa padanya.

“Abang..tinggalkan Edora..”rayu Sarah.

“Abang tak boleh..”Lemah dia bersuara.Suara itu seakan hanya keluar dari bibirnya,bukan tulus dari hati.

“Tolonglah bang..”

“Sudahlah Sarah.Abang tidur luar malam ni.”Idzwan terus mengorak langkah ke pintu utama.Pintu dihempasnya kuat.

“Abang..jangan tinggalkan Sarah sorang-sorang..”Dia teresak-esak.Laju kakinya menuju ke pintu sehinggakan kakinya tersadung meja.Tubuhnya terhempas ke lantai.Dia memejamkan matanya menahan sakit bersama juraian air mata yang dari tadi tidak berhenti.

“Abang..abang..”Dia merintih dan terus merintih.Terasa lelehan di celah-celah pahanya.Akhirnya dia tidak sedarkan diri.

-------------------------------

Idzwan berlari-lari anak.Dia mencari-cari bilik Melor seperti yang diberitahu oleh Halim.Dia terhenti pada satu bilik.Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu.Sayu hatinya melihat Sarah terbaring lesu di atas katil hospital.Kelihatan Halim dan isterinya,Intan duduk di sisi Sarah.Dia mengorak langkah mendekati katil.

“Kenapa dengan kau ni Wan? Kau tinggalkan Sarah sorang-sorang semalam.Nasib baik Intan pergi nak jenguk Sarah.Kalau tak aku dah tak tahu apa dah jadi kat isteri kau tu.”Halim yang menyedari kehadiran Idzwan bersuara.

“Sarah okey tak? Anak kita okey?”Idzwan tidak mempedulikan kata-kata Halim.Matanya merenung wajah isterinya.

Sarah hanya diam.Bibirnya seolah sudah beku untuk berkata-kata.Air matanya terus-terusan mengalir.

“Sarah dan anak kau okey.Nasib baik tak apa-apa.Kesan jatuh tu tak menyebabkan keguguran.Doktor cakap Sarah alami tekanan,depression.Dan kau tahu penyebabnya kan.”Intan menjawab bagi pihak Sarah.

Idzwan bisu tidak bersuara.Dia seperti baru tersedar dari mimpi.Dia tahu,dialah punca segalanya.

“Bang..jom kita tunggu kat luar.”Intan memberi ruang kepada Idzwan dan sarah berbincang.

“Aku dah nasihatkan kau dulu Wan.Nasihat seorang kawan kadang-kadang berguna juga.”Halim menepuk-nepuk bahu Idzwan sebelum melangkah keluar.

“Sayang..maafkan abang..abang tak patut buat Sarah macam ni.”Idzwan duduk di birai katil.Wajah Sarah ditenung lama.Perasaan bersalahnya merimbun di hati.

“Sarah dah lama maafkan abang.Sarah langsung tak berdendam pada abang.”Dia berkata perlahan.

“Terima kasih sayang..”Idzwan mengucup dahi Sarah.Dia sedar dia amat mengasihi Sarah daripada Edora.Entah mengapa saat itu wajah Edora terus hilang dari hatinya.Rindu dan cinta buat Edora juga telah sirna.

“Tapi Sarah minta abang lepaskan Sarah..”Getar suaranya dikawal sebaik mungin.

“Apa Sarah cakap ni?”Idzwan terkejut dengan permintaan Sarah.

“Hati Sarah dah tawar untuk hidup dengan abang.Sarah serik bang..”

“Please sayang..bagi abang peluang betulkan kesilapan abang.”Sungguh dia tidak sengaja membiarkan hatinya dibelai oleh cinta Edora.Tangannya mengenggam erat tangan isterinya.

“Sarah dah banyak kali bagi peluang kat abang.Sarah dah cuba pertahankan cinta kita,tapi abang sebaliknya.Abang lebih pentingkan Edora daripada Sarah.”Ujar Sarah bersama esakannya.

“Abang tak sengaja Sarah.Abang tak tahu kenapa abang terpaut pada dia.Abang sangat cintakan Sarah.Bagi abang peluang ya.”Idzwan merayu.Ditatapnya wajah wanita kesayangannya itu.

“Lepaskan Sarah bang..”Lemah Sarah bersuara.

“Macam mana abang nak hidup tanpa Sarah..abang perlukan Sarah dalam hidup abang.”Air mata lelakinya menitis.

“Abang dah tak perlukan Sarah.Abang lebih perlukan Edora.Abang pergilah pada dia..”

“Sarah..abang sedar sekarang.Abang hanya cintakan Sarah seorang.Abang minta maaf sebab hanyut dengan cinta Edora.”Sungguh dia menyesal.Dia menyesal kerana dia tidak menggunakan kewarasan akalnya sewaktu memulakan hubungan dengan Edora.Dia terlalu mengikut kata hatinya.Dan ternyata kata hatinya itu salah.

“Kalau abang cintakan Sarah,lepaskan Sarah..”Ayat itu diulangnya berkali-kali.Bukan mudah bibirnya melontarkan kata-kata itu.Kata-katanya itu seakan mencantas tangkai hatinya.

“Sarah..fikirlah tentang anak kita.”Idzwan cuba memancing hati Sarah.

“Sarah boleh besarkan dia tanpa abang.Abang hampir menyebabkan Sarah kehilangan anak kita.Nasib baik Intan cepat hantar Sarah ke hospital.”Pilu hatinya mengingati peristiwa semalam.Peristiwa yang hampir meragut nyawanya dan nyawa anak dalam kandungannya.

“Abang minta maaf..bagi abang peluang ya?”Dia tahu Sarah menderita.Dia tahu Sarah sedih dengan tindakannya semalam.

“Pergilah bang..”

“Dah tak ada peluang ke untuk abang sayang?”

“Buat masa ini hati Sarah dah tertutup buat abang.Pada masa akan datang,hanya tuhan saja yang tahu.”Hatinya sudah tiada buat lelaki yang bernama Mohd Alif Idzwan.Segunung cintanya terhadap Idzwan telah runtuh berkecai.Selaut sayangnya pada Idzwan sudah kering kontang.Semarak api kasih terhadap Idzwan telah padam bisu.

“Sarah..please..”Idzwan terus merayu.

“Pergilah bang..tak guna abang merayu lagi.”

“Abang akan tunggu saat Sarah akan kembali pada abang.”

Sarah diam.Akan tibakah saat yang ditunggu oleh suaminya itu? Dia sendiri pun tak pasti.Luka hatinya bukan sekecil kuman.Dan masa untuk dia mengubati luka itu sehingga sembuh bukannya singkat.

“Abang pergi Sarah..tapi abang akan tetap tunggu Sarah.Jaga diri baik-baik sayang.”Idzwan mengucup lembut pipi isterinya.Terasa kasihnya segar buat Sarah.Idzwan mengorak langkah ke pintu.Air mata di pipinya diseka.

“Abang..”Sarah memanggil.

Idzwan berpaling.“Ya sayang?”

“Bila anak kita lahir,abang datanglah.Sarah nak abang azankan anak kita nanti.Hidup baik-baik abang..”Kata-katanya diiringi sendu yang pilu menghimpit hatinya.

Idzwan hanya mengangguk.Kata-kata Sarah menjemput sayu di hatinya.Betapa berdosanya dia pada Sarah.Wanita yang dinikahinya dua tahun lalu itu terlalu baik untuk dilukakan.Dia sedar dia yang kejam.Dia menyesal.Mengapalah hatinya mudah jatuh cinta kepada Edora.Mengapalah hatinya begitu rapuh.

Sarah sayu memandang langkah suaminya.Dia menarik nafas mengumpul kekuatan.Pergilah cinta..dia rela cintanya pergi dari hidupnya.Dia rela mengusir jauh cintanya buat Idzwan.Dia rela hidup sendiri tanpa suaminya.Idzwan telah merobek rakus segala isi hatinya.Moga dia akan bahagia tanpa cinta Idzwan..

-----------------------

Idzwan melangkah ke dalam bilik.Hatinya kosong.Sarah sudah tiada disisinya.Dia menyesal tak sudah.Tegarnya dia melukakan hati Sarah.Tegarnya dia menduakan Sarah.Dia juga tahu tiada guna dia menyesal sekarang.Sarah..abang akan tunggu Sarah kembali pada abang..hati lelakinya merintih.Dia duduk di birai katil.Tiba-tiba matanya terpandang gitar di sudut bilik.Dia senyum kelat.Gitar itu adalah hadiah Sarah buatnya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.Dia mengimbau kembali sejarh percintaannya dengan Sarah.Sewaktu mereka bercinta dulu,dia selalu memetik gitar mengalunkan lagu cinta buat Sarah.Dia bangun mengambil gitar yang sudah lama tidak disentuhnya itu.Kemudian dia kembali duduk di birai katil.

“Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi..membuatku terpuruk rasa ingin mati..derita yang mendera kapan akan berakhir..hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku..”Dia mengalunkan lagu sambil jarinya memetik perlahan gitar.Dia teresak sendirian.Kesal di hatinya hanya tuhan saja yang tahu.Deringan telefon bimbit mengganggu emosinya.Pantas dia meyeluk poket.Nama Edora yang tertera pada skrin telefon membuatkan hatinya mendidih tiba-tiba.Dengan satu ayunan tangan dia melontar telefon bimbitnya ke dinding sehingga pecah berderai.Dibiarkan air matanya mengalir.Hari ini dia tewas dengan perasaannya sendiri.Hari ini adalah hari penyesalan yang sudah tidak mempunyai apa-apa makna baginya.Dia kehilangan wanita yang amat dicintainya.Dia kehilangan isteri yang sempurna padanya.Andai masa dapat diputar kembali,akan ditatang Sarah dengan sepenuh kasih sayang.Akan ditetapkan hatinya hanya untuk Sarah seorang.Sarah..dia merintih hiba,sehiba hatinya yang memainkan irama sendu..

P/S: Sori coz cerpen ni x hepi ending..sedikit kata dari saya..hargai insan yang menyayangi diri anda..terima kasih kerana sudi membaca..


Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

11 org yg baik hati suda komen..anda? hee:

keSENGALan teserlah.. said...

huhu..
besh3..
npe la laki cpt berpaling tadah ye..
isk2..
tpkan..xkan cmtuh je kesudahan sarah n idzwan??
gantung xbertali??
huhu..besh2..

syah said...

waa sedey..
evn bru bc skit then jump 2 ending part..
sdeynye..
npe la lki bg2 mudh brubah ??
xsuke nye laki cm2..huuu
xnk smbg ke?kikikik

gurl_88 said...

syah..
cerpen ni mmg boley kalo nk dsmbg lg..
tp xtau la akan disambung ke x..
tgkla mcm mana nati ekk heee..

gurl_88 said...

to kesengalan terserlah..
hehe mmg gantung x brkali..
sbb nak cerai x bley sarah tgh pregnant..
hoho..

my_za2l said...

eh,crita ni best klu sambung.
tasabasaba nak bce.
cpt sambung!
(:

Admin said...

kalau dlm realiti..
mmg wujud laki mcm ni..
tak reti nk hargai harga sebuah cinta...
cite ni mmg best...

atiqah saffiyyah said...

sambung la lagi.. setuju ngan pendapat ramai.. rasa tak puas baca.. hahaha..

Anonymous said...

sambung arr agy cite nih...uat hepy ending antre dorg...

farah nur athirah said...

ader smbgan x...k'lau boley ader lah smbgan..biar best

Anonymous said...

buat sambungan yer...
tp kalo bole xnak lah sarah kembali kpd idzwan...xske hepi ending for someone yg xsetia cm idzwan tuh...

kalo die cube habis2an dan at the end die gagal dapatkan cinta sarah semula lagi bagossss...biar sadis sket..jz sebagai hukuman utk sum1 yg xreti menghargai sesuatu yg ade depan mate...

Anonymous said...

komen anonymous atas nih pasal x hepi ending utk izwan tuh sounds soooo interesting! it really suits the title...kurelakan cinta ini pergi...so it shouldn't end with happiness....

idzwan tuh kene diajar betol2 baru padan muke die..lemah sangat ker die tuh smpaikan dah ade isteri yg sempurna mcm tuh still bole cari pompuan lain? kalo dah dasar x setia tuh mmg cmtuh la jadinye...

-mazidah sha'ari-

Post a Comment