Thursday, June 25, 2009

Pengasuh cinta 1



Akil merebahkan badannya ke atas sofa.Dia buntu.Buntu dalam mencari penyelesaian kepada masalahnya.Masalahnya bukan sekecil zarah.Terasa kedua-dua bahunya begitu berat memikul beban yang ditanggung.Dia meletakkan tangan ke atas dahi.Memikirkan penyelesaian kepada kekusutannya.Kekusutan yang melandanya seminggu lepas masih setia membelit dirinya.Ingin sekali dia leraikan kekusutan itu namun dia gagal.Sudah seminggu juga dia tidak ke pejabat.Masalah yang dialaminya bagaikan kuat merantai kakinya daripada melangkah keluar dari rumah besarnya.Otaknya sudah tepu sehingga tidak dapat lagi mencerna idea-idea yang logic sebagai penyelesaian kepada kebuntuannya.

Dia memejamkan mata.Terbayang-bayang kereta proton waja yang remuk di bahu jalan.Masih jelas di ruang matanya dua tubuh terbujur kaku di atas jalan raya.Saat itu lututnya longlai.Kakinya tidak dapat menampung berat tubuhnya.Dia terduduk di sisi dua jasad yang telah terpisah dari rohnya.Air mata lelakinya deras mengalir.Diselak kain putih yang menutupi wajah-wajah jasad di hadapannya kini.Dia meraung sekuat hati.

“Abang Im..bangun abang Im..”dia mengoncangkan tubuh abangnya yang kaku.Sebu hatinya apabila abangnya langsung tidak memberikan reaksi.

“Kak Ana,bangun..akak..”dia menepuk-nepuk pula jasad seorang wanita di sebelah jasad abangnya.Seperti abangnya,kakak iparnya juga tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

Semakin kuat raungannya.Tahulah dia kini dia telah kehilangan dua insan penting dalam hidupnya,dua insan yang amat disayanginya.Abang Imran dan Kak Ana bagaikan ayah dan ibu kepadanya.Ayah dan ibunya sudah lama meninggal dunia.Dia hanya mempunyai seorang abang sahaja.Kini abangnya juga telah mengikut jejak ayah dan ibunya.Dia merintih pilu di dalam hati.

Bunyi tangisan menyedarkan dia dari terus mengingati peristiwa pilu seminggu yang lalu.Dia membuka matanya.Air mata yang hampir menitis di tubir mata diseka pantas.Akil bingkas bangun.Kakinya diayun laju ke sebuah bilik di tepi tangga.

“Hana,kenapa nangis ni?”Ditariknya Hana yang baru berusia 5 tahun ke dalam pelukan.

“Hana nak mama,nak papa..”Hana meraung kuat.

Akil tersentak.Sebak mula bertandang di tangkai hatinya.Apakah yang harus dilakukannya? Dia bukanlah jenis yang pandai memujuk kanak-kanak.

“Hana..papa dan mama Hana pergi jauh..lambat lagi mereka balik.Kita tunggu papa dan mama Hana balik sama –sama ya?”Dia mengelus perlahan rambut ikal Hana.Berdosakah dia berbohong pada si kecil itu?

“Hana nak papa dan mama jugak..”Hana bersuara tersekat-sekat.Esak tangisnya jelas kedengaran.

“Sayang..Pak Su,abang Ikram dengan Kak Husna kan ada.”Akil terus memujuk.Dipandangnya Ikram dan Husna yang setia berdiri di hadapannya.Wajah sayu anak-anak saudaranya menambahkan lagi kesedihan dihatinya.

Hana terus menangis.Kata-kata bapa saudaranya tidak dihiraukan.

“Sudah jangan menangis.Esok Pak Su belikan coklat ya.Sekarang sudah waktu tidur.”Akil mendukung Hana lalu dibaringkan si kecil itu ke atas katil.Hana masih dengan sisa tangisannya.

“Ikram dan Husna pun tidurlah.Esok nak sekolahkan.”Akil memandang wajah Ikram dan Husna silih berganti.

Husna dan Ikram akur dengan kata-kata Akil.Mereka berdua serentak menuju ke katil.Katil besar itu sudah cukup memuatkan tubuh mereka bertiga.

“Tidur elok-elok ya.Kalau nak apa-apa panggil Pak Su.”Akil menyelimuti ketiga-tiga anak saudaranya.Kasihnya tumpah pada mereka.Dipandangnya wajah Husna.Wajah itu tenang sahaja.Husna yang berusia 11 tahun sudah mengenal erti ketabahan,sudah mengenal erti peritnya perpisahan.Matanya beralih pula pada Ikram.Kanak-kanak lelaki yang berusia 9 tahun itu telah diuji dengan dugaan yang maha hebat.Sebelum dia beredar ke ruang tamu,dia mengucup lembut pipi ketiga-tiga anak buahnya.

Dia menutup pintu bilik.Dia sudah berjanji dengan dirinya sendiri dia akan menumpahkan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak saudaranya itu.Dia akan menjaga permata hati abangnya sebaik mungkin.Tapi mampukah dia? Berdayakah dia?

--------------

“Pak Su,stoking Ikram Pak Su letak kat mana?” Ikram tiba-tiba muncul di ruang dapur.

Ada dalam laci almari dalam bilik.Cuba Ikram cari elok-elok.”Tangan Akil lincah menyediakan nasi goreng untuk sarapan.

“Okey..”Ikram beredar kembali ke biliknya.

Akil mengeleng perlahan.Sejak seminggu yang lalu dialah yang menjadi ayah dan ibu kepada anak-anak saudaranya.Akil mengambil sedikit nasi goreng di dalam kuali.Mukanya dikerutkan.Masin! Sudah berkali-kali dia cuba memasak nasi goreng tetapi setiap kali itulah nasi gorengnya tidak menjadi.Sudahnya dia mengeluarkan nugget dari peti ais lalu digorengnya.

Akil menuang air susu segar ke dalam gelas.Kemudian sepinggan nugget diletakkan ke atas meja makan.Roti yang sememangnya ada di atas meja disapu dengan planta.Sarapan itu sahaja yang mamu disediakannya.Dia langsung tidak reti memasak.

“Ikram duduklah.Husna dan Hana mana?”Akil bertanya apabila dia melihat Ikram seorang sahaja yang muncul di ruang makan.

“Kak Husna dalam bilik lagi.Hana pula belum bangun lagi.”Ikram menjawab sambil tangannya menarik kerusi untuk duduk.

“Ikram makan dulu.Pak Su pergi panggil Husna jap.”

Akil melangkah ke bilik anak saudaranya.Dikuaknya pintu bilik perlahan.Dilihatnya Husna sedang duduk di birai katil.Wajah Husna tunduk memandang lantai.

“Husna..mari makan.Nanti lambat pula ke sekolah.”Akil meghampiri Husna.Dia perasan bahu Husna terhenjut-henjut.Perlahan-lahan dia mendongakkan wajah Husna.Air mata Husna yang berlinang dapat dilihatnya dengan jelas.Simpatinya mencurah-mencurah.

“Husna..sudahlah,jangan menangis.Pak Su tahu Husna kuat.Husna kena jadi contoh pada adik-adik.Husna tak boleh tunjuk sedih Husna tu.”Akil berkata perlahan berharap kata-katanya itu meresap jauh ke dalam hati Husna.

“Husna sedih..Husna teringat kat papa dan mama.”Tangisannya cuba dihentikan.

“Pak Su faham..tapi Husna kena kuat.Banyak-banyakkan berdoa ya.”Akil berkata lagi.

Husna mengangguk.Air matanya disapu pantas.Kemudian dia tersenyum kepada Akil.

“Good girl.Jom sarapan.”Akil menarik tangan Husna perlahan.

--------------

“Macam mana Akil? Dah dapat cari pengasuh budak-budak tu?” Mak Ngah Lijah bertanya.

“Saya dah cari Mak Ngah,tapi tak jumpa.Kalau yang jumpa pun,tak ada yang sanggup nak jadi pengasuh selama 24 jam.”Akil mengeluh.Bukan sedikit usahanya untuk mencari pengasuh kepada anak-anak buahnya.

“Selama ni siapa yang jaga budak-budak tu?”Mak Ngah Lijah bertanya lagi.

“Siapa lagi Mak Ngah,sayalah.Dah seminggu saya tak pergi pejabat.Kalau Ikram dan Husna saya tak risau sangat sebab mereka dah sekolah.Hana yang saya risau sangat.Tak sanggup saya tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah.”Akil mengeluh perlahan melepaskan sedikit beban yang menghimpit hatinya.

“Mak Ngah nak tolong pun tak boleh.Kalau Mak Ngah tak kerja memang Mak Ngah dah tolong kamu jaga budak-budak tu.”

“Tak apalah Mak Ngah saya faham.Mak Ngah pun sibuk dengan kerja,dengan anak-anak Mak Ngah lagi.”Akil memandang sekilas wajah ibu saudaranya.

Susah susah sangat kamu kahwin jelah.”Mak Ngah Lijah memberi cadangan.

Kahwin? Benar juga kata-kata Mak Ngahnya itu.Kalau dia kahwin sudah pasti isterinya boleh menjaga anak-anak buahnya.Tapi nak ke Sofea berkahwin secara mendadak dengannya? Bukan dia tidak pernah membincangkan soal kahwin dengan Sofea.Tetapi gadis kesayangannya itu masih belum bersedia untuk berkahwin.

“Betul juga kata Mak Ngah tu..”Kata-katanya dileretkan.

“Kamu dah ada calon ke? Kalau belum ada,Mak Ngah ada kenal dengan seorang gadis ni,baik budaknya.”

“Tak apalah Mak Ngah.Calonnya sudah ada tetapi tak tahulah dia nak kahwin ke tak buat masa sekarang ni.”

“Kamu tanyalah dia dulu.Bincang secara baik dengan dia.Mesti dia faham keadaan Akil sekarang ni.”

“Harap-haraplah Mak Ngah.”Lemah kata-katanya.

“Semua yang berlaku ni ada hikmah Kil..Kamu sabar ya..”Mak Ngah Lijah menepuk-nepuk perlahan bahu Akil.Da tahu kesedihan masih bersarang di hati Akil.

Akil mengangguk lemah.Ya,dia harus sabar.Sabar dengan ketentuan takdir yang sudah tertulis buatnya.

“Mak Ngah balik dulu ya Akil.Nak balik masak untuk anak-anak.”Mak Ngah Lijah bingkas bangun.

Akil turut bangun.Dia menyalami tangan Mak Ngahnya.Cadangan Mak Ngahnya terngiang-ngiang di benaknya.Kahwin..

-----------------

“Please Sofea..I merayu pada you..”Dari tadi Akil merayu memohon pengertian Sofea.

“No sayang..you tahu kan I tak akan kahwin awal.”Sofea mengelengkan kepalanya berkali-kali.Permintaan Akil untuk mengahwininya ditolaknya mentah-mentah.

“I terdesak Sofea..please kahwin dengan I..tolong I jaga anak-anak buah I.”Akil mengenggam erat tangan Sofea.

“You nak suruh I jaga budak-budak tu? No..no..I ada banyak benda lagi nak buat.Ada photoshot sana sini.”Sofea menjawab pantas.

“Takkan you tak boleh tolong I..”Akil sedikit kecil hati.

“Bukan I tak nak tolong you.Tapi ini bukan masa yang sesuai untuk I kahwin.Kerjaya I tengah berada di kemuncak sekarang ni.Kalau I kahwin,habislah jatuh merudum kerjaya I.”Sofea bersuara manja.

“You lebih pentingkan kerjaya you daripada I?”Akil bertanya tegas.

“You pun penting pada I.Tapi buat masa sekarang memang I tak boleh kahwin dengan you.”Kata Sofea.Dia tidak sanggup kerjayanya sebagai model hancur jika dia berkahwin dengan Akil.Yang dia lebih tidak sanggup adalah menjaga anak-anak buah Akil.Dia langsung tidak sukakan budak-budak.

“I thougt you love me..”Akil kecewa saat itu.

“I do love you dear..”Sofea mengelus lembut pipi Akil.Dia memang cintakan lelaki itu.Sangat cinta.Rugilah dia jika dia melepaskan cinta lelaki itu.Akil lengkap segalanya.Lelaki itu mempunyai raut wajah yang memikat.Lelaki itu juga mempunyai kerjaya yang hebat.

“Kalau macam tu tak apalah.I tak akan paksa you.Tapi I ada satu syarat.”Dia mengalah akhirnya.Dia tahu tidak guna dia mendesak Sofea untuk berkahwin dengannya.

“Apa dia?”Sofea mengangkat keningnya yang elok terbentuk.

“Apa pun keputusan yang I buat lepas ni,I nak you terima.I buat apa-apa keputusan bukan untuk I tapi untuk anak-anak buah I.”

“Keputusan apa?”Sofea tidak senang duduk.

“Apa-apa keputusan je.Boleh?”

“Okey dear..”Sofea membalas manja.Dia rela menurut apa jua keputusan Akil asalkan dia tidak disuruh berkahwin dengan Akil secara mendadak.

“Thanks sayang..I love you..”Akil senyum.Direnungnya wajah jelita Sofea.Tangan Sofea yang berada dalam genggamannya dibawa ke bibir.

--------------------

Akil tegak berdiri di balkoni rumahnya.Angin petang yang bertiup lembut menyapa mesra wajahnya.Dikuak rambutnya yang sedikit terjuntai di dahi.Mindanya jauh berfikir.Betulkah keputusan yang diambilnya itu? Jika itu jalan terakhir dia rela.Jika itu akan dapat menyelesaikan masalahnya dia sanggup.Lebih dari sanggup sebenarnya.Dia menoleh kea rah Husna dan Ikram yang khusyuk menonton tv.Kemudian matanya beralih kepada Hana.Anak kecil itu sedang leka dengan patung Barbienya.Dia senyum kelat.Anak-anak itu langsung tidak berdosa tetapi mereka telah diuji dengan ujian yang sungguh besar.Dia memenarik nafas perlahan mengumpul ketabahan yang semakin hari semakin menipis.Dia nekad dengan keputusannya.Dia tidak akan berpaling dari keputusannya.Dia menyeluk poket seluar lalu telefon bimbitnya dikeluarkan.

“Hello Mak Ngah..kenalkan saya dengan gadis yang Mak Ngah cakap tempoh hari..”


Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

13 org yg baik hati suda komen..anda? hee:

miza said...

wah...akil nk kwin ngn gadis yg mak ngah dia nk kenalkan ke?hehehe
syok ...
jln cite pada permulaan dh buat saya rasa terpikat..
teruskan... love it!

ShAh said...

menarik...buat sy tertunggu2 ape kisah seterusnya....love it..

syah said...

whoaaa...
cnfirm msty akil kwin gn dk gurl 2 kn???
permulaan yg brjy mimikat ati ak..
cpt2 smbg yer..

my_za2l said...

wa~
best,cpt-cpt smbg,
tasababa
(:

hana_shoyru said...

waa sgt bes...cpt2 smbungg!!
name sdp..kmpem ensem..dh la baik.. haha

fauziah said...

tahniah...
akak dh jatuh cinta dgn novel ni..
best sgt2..
bile baca, akak seolah2 sedang menonton tv..jalan penceritaannye sgt berkesan..dan akak dh x sabar nk tunggu sambungannye..hehe

miz ruha said...

hehe...
menarik...
akil kwen ngan gurl 2 ker...??
xsbr nk tau...

aqilah said...

dik, bila nak sambung ni? akak dah tak sabar dah ni......

Anonymous said...

smbung lah cepat....huuhuh...
waitg 4 da next n3...

in_wired88 said...

sambung2x

aqilah said...

bila nak sambung ni dik?

bidadari cinta said...

wow..
first bab saja dah buat sy teruja nak baca novel ni.seolah2 sy menonton drama di tv.

Anonymous said...

Asking questions are really nice thing if you are not understanding something completely, except this piece of writing provides fastidious understanding even.
My blog playing online

Post a Comment