Sunday, July 5, 2009

Sehangat cinta 11

Ikhmal melangkah perlahan menuju ke bilik papanya.Dia tahu papanya memanggil dia untuk memperkenalkannya dengan setiausaha baru.Dia mengetuk pintu bilik sebelum memulas tombol pintu.
“Hai pa..”Dia menegur sejurus sahaja menapak masuk ke dalam bilik pejabat papanya.Dia mengerling sekilas kepada seorang gadis yang duduk di atas kerusi berhadapan dengan Dato’Shuib.Wajah gadis tersebut tidak dapat dilihatnya dengan jelas.
“Hai Mal..papa rasa Mal tahu kenapa papa panggil Mal ni kan?”Dato’Shuib bertanya.
“Ye papa.”Ikhmal membalas pendek.
“Good.Okey kenalkan setiausaha baru Mal,Mira Eliza.”Dato;Shuib senyum sambil tangan kanannya mengarah kepada Mira.
Ikhmal sedikit tersentak.Nama itu bagaikan dekat dengan dirinya.Dia menoleh kea rah Mira.Gadis itu sedang tersenyum manis kepadanya.Senyuman itu seperti biasa dilihatnya.Benarlah kata abang Ikhwan,Mira memang cantik.
“Salam kenal En.Azam Ikhmal.”Mira bangun sambil menghulurkan tangannya kepada Ikhmal.
Ikhmal cuma tersenyum.Huluran tangan Mira disambut lembut.Matanya tidak lepas dari meratah setiap inci wajah Mira.Sudah lama dia tidak menatap wajah itu.
“Mal,papa ada meeting sekarang.Mal terangkan pada Mira apa yang patut ya.”Dato’Shuib mengambil fail kuning di atas mejanya lalu langkahnya di atur keluar bilik.
“Kecilnya dunia ni kan.Tak sangka kita berjumpa kat sini.”Ikhmal bersuara setelah papanya beredar.Bibirnya menguntumkan senyuman.
“Ya,sangat tak sangka.Yang lebih tak sangka saya akan kerja dengan En.Ikhmal.”Mira membalas kata-kata Ikhmal.Dia merenung wajah Ikhmal.Lelaki itu tetap kacak seperti tiga tahun dahulu.Lelaki yang tidak jemu mengejarnya tiga tahun lalu.Lelaki yang tidak putus-putus meluahkan kata cinta kepadanya tiga tahun lalu.
“Awak dengan Kamal dah kahwin?”Ikhmal bertanya ingin tahu.Gadis yang digilainya tiga tahun lalu kini muncul kembali dalam hidupnya.Dia teringat kembali betapa hancur hatinya apabila Mira memilih Kamal sebagai teman lelaki,bukan dirinya.
“Kami dah putus.”Mira tunduk.Kisah lama antara dia dengan kamal telah lama disimpan rapi di sudut hatinya.
“I’m sorry..”Ikhmal berkata lembut.Wajah Mira tidak lepas dari matanya.
“Tak apa.”Mira mambalas pantas.Entah mengapa tiba-tiba dia berasa kekok dengan Ikhmal.Renungan mata Ikhmal seolah-olah menembusi hatinya.Seolah-olah meragut ketengangan jiwanya.
“So,ada berhubung lagi tak dengan kawan-kawan kita masa universiti dulu?”Ikhmal kembali mengimbau kenangan sewaktu dia belajar di Universiti Malaya.Kenangan pahit dan manis masih tersimpan elok dalam kotak ingatannya.
“Ada juga kadang-kadang.Mereka sibuk dengan urusan masing-masing.Ada yang dah kahwin,beranak pinak.”Mira senyum.
“Saya gembira jumpa awak kembali.Dan saya harap kita dapat berkerjasama dengan baik.”Ikhmal turut tersenyum.Gembira? Tapi untuk apa? Hatinya telah tertutup rapat untuk Mira.
“Saya akan cuba yang terbaik.Kalau saya ada buat salah,tegur-tegurlah ya.”Mira merendah diri.Terasa kerdil dirinya apabila berhadapan dengan Ikhmal saat itu.
“Insyaallah..”Ikhmal mengangguk.Bibirnya tidak putus mengukirkan senyuman.
------------------------
Ikhmal setia berdiri di balkoni biliknya.Pertemuannya dengan Mira petang tadi sedikit sebanyak mengganggu emosinya.Dia sudah melupakan gadis yang bernama Mira Eliza.Malah hatinya kini sudah mempunyai penghuni.Noorul Hazlin..telah menjadi penghuni tetap di hatinya.Tapi megapa ketika itu wajah Mira kembali menerpa di ruang mindanya?
“Awak tahukan perasaan saya terhadap awak?”Ikhmal menatap raut wajah gadis di hadapannya.Gadis yang sering menganggu lenanya.Gadis yang selalu membuatkan hatinya gelisah.
“Ye,saya tahu..”Mira serba salah.
“Dah tu kenapa awak tak boleh terima saya?”Ikhmal resah.Resah kerana Mira menolak cintanya.
“Awak,cinta tidak boleh dipaksa..”
“Tak boleh ke awak bagi saya peluang? Saya akan buat awak jatuh cinta pada saya..”Ikhmal merayu.Dia benar-benar sukakan Mira.
“Saya minta maaf..”Mira memandang tasik dihadapannya.Wajah kecewa Ikhmal tidak sanggup dilihatnya.
“Please wak..”
“Saya memang tak boleh.”
“Tapi kenapa?” Ikhmal menggengam tangannya sendiri.Mengumpul kekuatan yang masih bersisa.
“Sebab saya dah ada pilihan hati.”Mira berkata lambat-lambat.Berat hatinya untuk berterus terang dengan Ikhmal.
Ikhmal diam.Hatinya terasa seperti diragut kuat.Jantungnya seakan berhenti berdenyut.Kecewanya semakin menggunung.Ternyata dia tidak mempunyai peluang untuk berdamping dengan Mira walau sedikit pun.
“Siapa dia?”Gugup Ikhmal bertanya.
“Kamal..”
“Nampaknya saya memang tiada peluang langsung.”Ikhmal mengeluh keras.
“Mungkin awak akan berjumpa dengan gadis yang lagi terbaik untuk awak selain daripada saya.”Simpatinya tumpah buat Ikhmal.
“Harap-harap.Saya minta maaf.Saya tak tahu pasal awak dengan Kamal.Saya takkan ganggu awak lagi.”Ikhmal bersuara perlahan.Dia lemah,dia tewas dengan perasaannya sendiri.
“Kita tetap kawan macam dulukan?”Mira menduga.
“Ya,kita tetap kawan..”Ikhmal senyum hambar.Dia tidak akan mengorbankan persahabatannya dengan Mira semata-mata kerana cintanya ditolak oleh gadis itu.Ikhmal melontarkan pandangan kea rah tasik.Air tasik yang tenang tidak dapat menenangkan hatinya.Hanya tuhan saja yang tahu betapa hancur hatinya.Hanya tuhan saja yang tahu betapa sakit hatinya.
Ikhmal meraup mukanya perlahan.Kenangan lalu masih mampu membuatkan hatinya tersentuh.Kenangan itu tidak mungkin akan dilupakannya.Dia berjalan menghampiri katil lalu merebahkan tubuhnya ke atas katil.Mindanya berkecamuk.Fikirannya berserabut tiba-tiba.Bagaimanakah dia akan menghadapi hari-harinya bersama Mira.Akan kembali semulakah cintanya terhadap Mira? Akan berubahkan hatinya? Atau dia tetap akan tetap setia dengan Lin?
------------------------------------
“Bertunang?”Lin menyoal sedikit terkejut.
“Ya..”Ikhmal senyum manis.Wajah terkejut Lin mencuit hatinya.
“Kenapa tiba-tiba je?”
“Tak boleh? Saya nak ikat awak.Saya tak nak awak lari daripada saya.”Ikhmal mencuit manja hidung Lin.
“Awak tak ikat saya pun,saya tetap tak lari dari awak.”Lin turut tersenyum.
“Saya tahu..sebab saya dah ikat hati awak kan?”
“Ya,hati saya dah terikat dengan awak.Saya takkan lari dari awak melainkan bila awak lepaskan saya.”
“Syhh..jangan cakap macam tu.Saya takkan sesekali melepaskan awak.Saya janji..”Ikhmal meletakkan jari telunjuknya di bibir Lin.
“Jangan berjanji wak..saya takut awak tak dapat pegang pada janji tu.”Lin mengalihkan tangan Ikhmal dari bibirnya.
“Insyaallah sayang..saya akan cuba pegang pada janji saya.Saya tak nak kehilangan awak.”Ikhmal senyum.Bolehkah dia? Mampukah dia?
“Sekarang ni memanglah kan awak tak nak kehilangan saya.Tapi masa akan datang tak siapa yang tahu.”Lin membalas.Raut lelaki kesayangannya direnung manja.
“Kenapa awak cakap macam tu? Tak percaya pada saya?”
“Saya percayakan awak.Sangat percaya.Saya cakap macam tu sebab hati dan perasaan seorang boleh berubah.”
“Memang..tapi saya akan pastikan hati saya hanya untuk awak Lin..”Ikhmal menggenggam erat tangan Lin.Cintanya terhadap Lin semakin mekar berbunga.
Lin mengangguk perlahan.Tenang hatinya mendengar kata-kata Ikhmal.Kalau boleh dia pun tidak mahu kehilangan Ikhmal.Lelaki itu telah menjadi pemilik seluruh hatinya.
“Dan saya pun nak cinta awak hanya untuk saya je.”Ikhmal kembali menyambung katanya.
“Cinta saya memang untuk awak seorang..”Lin meleretkan kata-katanya.Dia bahagia saat itu.
“Thanks sayang..so macam mana?”
“Macam mana apa?” Lin bertanya tidak mengerti.
“Pasal tunangla sayang..setuju tak?”
“Terpulang pada awaklah.Saya ikut je.”
“Okey..kalau macam tu saya akan bincang dengan mama nanti.Kalau tak tunang pun,kita kahwin terus jelah ya?”Ikhmal sengih.Dia sudah tidak sabar untuk hidup bersama Lin.
Kahwin? Lin membuntangkan matanya.Sungguh dia tidak bersedia lagi untuk menjadi isteri Ikhmal.Masih banyak yang perlu dipelajarinya lagi untuk menjadi seorang isteri yang baik.
“Awak janglah main-main..”Lin mula merengek.
“Lahh..main-main apa pulak.Saya serius ni.”Ikhmal menongkat dagu.
“Kita tunang dulu.Lepas tu baru kahwin boleh?”
“Awak ni macam nak tak nak je kahwin dengan saya.”Nadanya dibuat seperti merajuk.Bibirnya sengaja dimuncungkan.
Lin tergelak kecil melihat reaksi Ikhmal.Lelaki itu cepat benar merajuk.
“Saya nak kahwin dengan awak.Tapi kita buat satu-satu dulu.Kalau terus nak kahwin kelam kabut jadinya.Kita kena rancang elok-elok dulu.”Lin menarik hidung Ikhmal mesra.
“Yelah-yelah.Janji dapat kahwin dengan awak.”Ikhmal kembali tersenyum.Wajah Lin ditatapnya tidak puas.
-----------------------------------
Ikhmal termenung di mejanya.Dia sendiri tidak tahu apa yang difikirkannya.Kerja-kerjanya yang bertambun di atas meja dibiarkannya.Matanya terarah ke luar bilik.Dinding kaca yang memisahkan biliknya dengan ruang luar bilik membolehkan dia dapat melihat dengan jelas keadaan ruang pejabat di luar bilik.Matanya terhenti di satu sudut.Kelihatan Mira tekun menaip sesuatu di computer.Dia terus memerhati dan memerhati.Gadis itu masih tidak berubah.Wajah itu masih mampu membuatkan matanya terpaku.Dia mengeluh lemah.Mengapa Mira hadir sekali lagi dalam hidupnya? Mengapa Mira hadir di saat hatinya telah dicuri oleh orang lain? Dia berharap perasaannya terhadap Mira tidak akan berulang kembali.Dia berharap cintanya terhadap Mira tidak akan tumbuh lagi.Dia mahu tetapkan hatinya hanya untuk Lin.
“Masuk..”Ikhmal tahu Mira yang mengetuk pintu biliknya.Dia leka memerhatikan Mira sehinggalah gadis itu bangun menuju ke biliknya.
“Maaf ganggu.”Mira berkata perlahan.
“Tak apa.Duduklah.”Ikhmal mempelawa ikhlas.
“Ni kertas kerja yang En.Ikhmal minta semalam.”Mira menyerahkan sebuah file di tangannya kepada Ikhmal.
Ikhmal menyambut.Dibeleknya helaian kertas di dalam file tersebut.Matanya meniti pada barisan perkataan yang tertaip elok.Sesekali dahinya berkerut.
Mira memandang lama Ikhmal yang leka meneliti kertas kerja yang diserahkannya tadi.Entah kenapa hatinya bergetar hebat.Lelaki itu berjaya menggugat hatinya.Tidak seperti tiga tahun lalu,cinta Ikhmal begitu sukar sekali hinggap di tangkai hatinya.Tapi kini? Kini mengapa hatinya begitu mudah terusik dengan Ikhmal? Kini mengapa matanya ingin terus menatap wajah Ikhmal? Kini mengapa dia mendambakan Ikhmal?
“Saya suka kerja awak.Kemas dan teliti.Namlaknya ayah saya tidak silap pilih pekerja.”Ikhmal menutup kembali fail di tangannya.
“Biasa saja.Itu saja yang mampu saya buat.”Mira merendah diri.
“Kerja awak bagus.”Ikhmal terus memuji.Dia sangat berpuas hati dengan hasil kerja Mira.
“Terima kasih..”Mira senyum gembira.
“Sekarang dah lunch hour.Awak tak keluar makan ke?”Ikhmal bertanya tiba-tiba.
“Entahlah..”Mira berkata perlahan.Sebenarnya dia tidak biasa dengan kawasan pejabat tersebut.Dia sendiri tidak tahu hendak makan di mana.
“Entah? Mana boleh macam tu.Jom saya belanja awak.”Ikhmal berkata laju.
“Err tapi En.Ikhmal..”Mira serba salah.Bolehkah dia keluar makan berdua dengan Ikhmal.Nanti apa pula kata pekerja lain?
“Tak ada tapi-tapi.Nanti kita boleh borak panjang.”Ikhmal bingkas bangun.
Mira terpaksa akur.Perlahan-lahan dia berjalan membuntuti langkah Ikhmal yang semakin jauh di hadapannya.
…..
Mira memandang lama nasi goreng kampung di pinggannya.Tiba-tiba seleranya mati.Dan dia sendiri tidak tahu mengapa.Dia memandang Ikhmal di hadapannya sekilas.Lelaki itu sedang enak menyuap mee goreng ke dalam mulut.
“Kenapa tak makan?”Ikhmal bertanya setelah dia perasan nasi goreng di pinggan Mira langsung tidak terusik.
“Saya kenyang..”Dia berbohong.
“Makanlah sedikit.Nanti lapar.”
“Tak apa.En.Ikhmal makanlah..”
“Mira,di luar pejabat awak panggil saya Ikhmal je.Kita kan kawan.Saya tak nak nanti percakapan kita terbatas.Di luar pejabat,saya kawan awak bukan bos awak.Boleh?”Ikhmal kurang selesa Mira ber encik-encik dengannya.
“En.Ikhmal tak kisah?”
“Saya tak kisah.”Ikhmal membalas pendek.
“Baiklah Ikhmal..Mira senyum mengusik.
“Haa macam tu lah..”Ikhmal turut senyum.
“Boleh saya nak tanya sesuatu?”Mira meminta izin.
“Apa dia?”
“Ermm awak dah kahwin?”Lacar sahaja soalan itu terpacul dari bibirnya.
“Belum..”Ikhmal memandang Mira sekilas kemudian dia meneruskan suapan ke mulutnya.
“Takkan tak kahwin lagi.”Mira tidak percaya.Masakan lelaki sekacak Ikhmal mesih hidup bersendiri.Masakan lelaki berkerjaya hebat seperti Ikhmal tidak mempunyai suri hati.
“Kenapa? Tak percaya? Saya memang belum kahwin.Tapi akan kahwin tak lama lagi.”Ikhmal berterus terang.Dia tidak mahu menyembunyikan statusnya.
Hati Mira bagai ditoreh mendengar jawapan Ikhmal.Akan kahwin tak lama lagi? Maknanya lelaki itu sudah mempunyai pilihan hatinya.Dia berasa kecewa tiba-tiba.
“Baguslah macam tu..”Mendatar sahaja suara Mira.
“Nanti saya jemput awak datang ke majlis saya ya.”Ikhmal senyum.Wajahnya berseri-seri.
“Jangan lupa jemput saya tau.”Mira senyum kelat.Ikhlaskah kata-katanya sebentar tadi?
“Insyaallah saya tak lupa.Makanlah sikit Mira.”Ikhmal mendesak.
“Saya kenyang..”
“Sampai hati awak kan.Saya bayar awak tak nak makan pula.”Ikhmal buat-buat kecewa.
“Awak ni..yelah-yelah saya makan sikit.”Nak tak nak Mira terpaksa juga menyuakan sesudu nasi goreng ke mulutnya.Dikunyahnya perlahan-lahan.Sungguh dia tiada selera saat itu.
Ikhmal tersengih melihat reaksi Mira.Dia memerhati Mira lama.Matanya tidak puas meratah setiap lekuk penjuru wajah Mira.Rambut Mira yang mengerbang lembut ditiup angin sedikit menyentap hatinya.
-------------------------
Lin dan Ikhmal melangkah beriringan masuk ke dalam rumah.Pn.Ana sedia tersenyum di pintu.Pantas Lin menyalami tangan bakal ibu mentuanya.
“Lin sihat?”Pn.Ana tersenyum gembira.Sudah lama dia tidak bertemu mata dengan Lin.
“Sihat mama..”Lin menjawab sambil tangannya memegang erat lengan Pn.Ana.Mulutnya sudah biasa memanggil Pn.Ana dengan panggilan ‘mama’.
“Rindunya mama pada Lin.Ikhmal ni pun satu,bukan nak bawa Lin datang rumah selalu.”Pn.Ana membebel perlahan.
“Alah mama ni..ni kan Mal dah bawa bakal menantu kesayangan mama ni..”Ikhmal memaut bahu mamanya.
“Dah puas mama desak baru nak bawa.”Pn.Ana meneruskan bebelannya.
“Maaflah mama..Lin banyak kerja.Lain kali Lin akan selalu datang jenguk mama ya.”Lin memujuk lembut.
“Tak apalah Lin.Mama faham..Jom kita duduk di ruang tamu.”Pn.Ana menarik lembut tangan Lin.
“Lin dah sampai ya..”Ika bersuara apabila melihat Lin muncul bersama Ikhmal dan ibu mentuanya.
“Kak Ika pun ada ya..”Lin senyum.Dia menghampiri Ika lalu duduk di sebelah Ika yang sarat mengandung.
“Kak Ika duduk dengan mama.Abang takut nak tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah.Dah sarat benar tu..”Ikhwan menyampuk.
“Sayang betul abang Wan dengan Kak Ika ye..”Lin mengusik.Bibirnya menguntum senyum.
“Macam saya sayang kat awaklah..”Ikhmal mencelah.Senyuman nakal terukir di bibirnya.
“Yeke..”Lin mencebik.
“Yelah..saya sayangkan awak tau.Sayang sangat-sangat..”Ikhmal duduk santai di atas lantai berhadapan dengan Lin.
Muka Lin memerah.Tiba-tiba dia berasa malu dengan kata-kata Ikhmal sebentar tadi.Yang membuatkannya lebih malu apabila Pn.Ana,Ikhwan dan Ika tergelak mendengar kata-kata Ikhmal tadi.
“Apa yang gembira sangat ni?”Dato’Shuib muncul dari tingkat atas.Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa di sebelah isterinya.
“Tak ada apa-apa.Budak-budak ni haa..”Pn.Ana menjawab.
“Mal kata nak bincang pasal pertunangan Mal dengan Lin.Macam mana?”Dato’Shuib menyoal.
“Ha’ah pa..Minggu depan boleh? Agak-agak sempat tak?”Ikhmal memandang papanya.
“Sempat tu memanglah sempat.Tapi kelam kabut sikitlah.”Dato’Shuib menjawab.
“Lin okey ke kalau bertunang minggu depan?”Pn.Ana bertanya.Dia takut Lin tidak bersetuju dengan cadangan Ikhmal.
“Saya ikut Ikhmal je..”Lin bersuara perlahan.
“Kalau ikut saya..kita kahwin terus jelah.Tak payah tunang-tunang.”Ikhmal mengusik nakal.
“Mal jangan nak ngada-ngada.”Pn.Ana menyampuk.
“Alahh nak kahwin cepat pun tak boleh..”Ikhmal merengek.
“Sabarlah..dah tak sabar nak kahwin ye.”Ika tersengih melihat telatah Ikhmal.
“Memanglah tak sabar.Abang Wan dah nak dapat dua orang anak dah.Mal ni belum kahwin-kahwin.”Ikhmal membalas.
“Mal ni..entah-entah anak dia yang ramai daripada abang nanti.”Ikhwan bersuara.
“Tengoklah nanti.Mal lawan abang Wan.Lin,nanti awak lahirkan anak ramai-ramai untuk saya ye..”Ikhmal senyum memandng Lin.
“Awak ni..”Lin malu tiba-tiba.
“Dah-dah.Betul ke Mal nak bertunang minggu depan?”Pn.Ana mengangkat kening.
“Betullah ma..”Ikhmal menganguk-angguk.
“Kalau macam tu nanti mama cakap dengan ibu Lin ya..”Mata Pn.Ana mengarah pada Lin.
Lin mengangguk cuma.Dia tahu pasti ibunya akan gembira.Dia memandang Ikhmal yang sedang tersengih.Lelaki itu kelihatan amat gembira.Ternyata dia tidak salah memilih Ikhmal sebagai teman hidupnya.
Ikhmal berbalas pandang dengan Lin.Gadis itu hampir menjadi milik mutlaknya.Rasa bahagia menyelinap ke seluruh hatinya.Dia akan memastikan Lin bahagis bersamanya.Dia akan memastikan Lin akan terus menikmati haruman cintanya.DIa juga akan memastikan Lin akan terus kekal di hatinya.
---------------------(11)

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

23 org yg baik hati suda komen..anda? hee:

sepatu biru said...

ala.. nape si mira tu tibe2 muncul lak..
huhu.. ikhmal nak cpt2 kawen ngan lin sbb die takut die akan berubah hati..
bagus2..
hehe... jangan la biar mira tu jadi perosak kebahagiaan mal ngn lin..
huhuuu..

best!

niktaufik said...

mira pnh bertahta di hati ikhmal, tntu lps ni lebih sng tuk bertahta kembali...

orang kata, cinta pertama masih kuat w/p dh ad cinta kedua...

abislah si lin....

huhuhuhu....

::cHeeSeCaKe:: said...

bagus gak ikhmal nk tunang cpat2..
paham je..nk2 dulu ikhmal yg terkejar2 si mira tu..3tahun lak tu..
cinte pertama mmg susah nk dilupa..
hope ikhmal xberubah hati la..sean lin..

keSENGALan teserlah.. said...

alaaa..
jgnla ikhmal berubah hati..
huhu..
smbung2..

sya[E] said...
This comment has been removed by the author.
sya[E] said...

ala knp der mira nih plk..
org nga bhgia 2 de nk sbuk lk..
hope jgn la ikhmal berubah ati..
tau la mira 2 cnta prtme de...
p ati lin pn kne jge gk..
sian lin nti..

ape yg ptg: nk ikhmal ngn lin gk =)

Anonymous said...

ala... mesti mira ni jadi pengacau nih.. huhuhuh

baget said...

cehh..pompuan mcm mira tu nk jual mahal..amik ko nanti! f*ck gile ah pompuan jual mahal..patu terhengeh2 nk balik kat kita..kenapa la pompuan ni cepat berubah hati

mama idzareef said...

adess..tertingal jauh dah nie..jenuh nk khatamm.. ;p

jessie said...

hehe.. harap-harap si ikhmal tu ngan lin la... janganlah ngan mira.. mira yg tinggalkan dia tu dulu.. oh ya.. sila lawat www.cinta-menggamit-tubuhku.blogspot.com

ijad said...

seronoknya baca...

asmi' said...

yup....
jgn biar ikmal b'ubah hati...

sedih....
tpi klu x de konflik...
x bes lakkan???

zalia said...

bila nak sambung ek citer nie dah tak sabar rasanya nak bacanyer

my_za2l said...

ish, risau la ngan mira tu.
haha.
best sambung cpt2 yer.
(:

atiqah saffiyyah said...

please don't tell me mira tu pon bakal isteri kedua ikhmal?? :(( sedih aku kalau ikhmal tu tak tetap pendirian... uwaaa... jangan... jangan...

Anonymous said...

ika pegnant anak ke 3 ke yg ke 2? dlm epi 1 kt ikhwan dh anak 2.. hrp penulis berhati2 lain kali

misz nana said...

hailaaa..
tetiba lak si Mira tu muncul balik..

Anonymous said...

lama yer xder entry baru...
plz sambung...

hanna said...

ala..ble nk smbg lg ni?????????
nx n3 plezzz...

Anonymous said...

bezzzzzzzzz!!!!!!!!!!!!!!! bila nk smbung?????????xsabar tunggu nk bce.............

Anonymous said...

bestttt sesangatttttttttt....

Anonymous said...

cepat2 la sambung..x saba ni..

aleya melissa said...

msti nanti berubah hati jugek ni..

Post a Comment