Tuesday, June 9, 2009

Sehangat cinta 3

Telefon bimbit Lin menjerit nyaring.Lin bangun melihat jam di tepi katilnya.Jam dua pagi.Dia mendengus kasar.Siapa pula yang menelefonnya pagi-pagi buta begini.Dia tidak suka lenanya diganggu.Dengan hati yang sebal dia menjawab juga panggilan telefon tersebut.

“Hello..”Lemah suaranya.Rasa mengantuk masih menebal saat itu.

“Hai sweety..”

Lin terpinga.Siapakah lelaki yang menelefonnya saat itu? Dia tidak mengenali suara itu.

“Awak siapa?”Dia bertanya terus.

“Saya bakal suami awak.”Ikhmal tertawa di hujung kata-katanya.

Lin membuka luas matanya.Ikhmal? Apa lagi yang lelaki itu mahu?

“Awak nak apa?”Lin bertanya garang.

“Saya tak boleh tidur.I miss you.”Romantik suara Ikhmal.

“Awak dah buang tabiat ke? Awak tahu tak sekarang pukul berapa? Awak dah ganggu saya tidur tau.”Rasa mengantuknya tiba-tiba hilang mendengar suara Ikhmal.

“Oppss saya ganggu ya.Sori..Tapi saya tak tahan rindu kat awak.Saya nak dengar suara awak.”Memang Ikhmal tidak boleh tidur malam itu.Dia asyik teringatkan Lin.

“Awak dah dengar suara saya kan.Boleh bagi saya tidur tak?”

“Nantilah dulu awak..”Dia tidak puas lagi mendengar suara gadis pujaannya itu.

“Apa lagi ni awak? Kalau isteri awak tahu macam mana?Tak kasihan kat dia?”Lin meninggikan suaranya.Dia harus bertegas dengan Ikhmal.

“Sssyyhhh..jangan kuat sangat.Dia ada sebelah saya ni.Tengah tidur.Awak jangan cakap kuat sangat,nanti dia tersedar.”Ikhmal menahan tawanya.

“Awak tahu tak,saya rasa macam nak cekik-cekik awak.Isteri ada kat sebelah pun boleh lagi nak telefon perempuan lain.”Lin menepuk-nepuk dadanya perlahan,mengawal kesabaran.

“Alahh..saya telefon bakal madunya juga.Bukannya orang lain.”Ikhmal senyum dengan kata-katanya.Dia suka mengusik Lin.

“Awak jangan nak merepek.Sekarang boleh tak saya sambung tidur?”Sinis pertanyaan Lin kepada Ikhmal.

“Boleh.Tapi dengan satu syarat.”

“Apa dia?”

“Saya nak awak mimpikan saya.Boleh?”Tutur Ikhmal perlahan.

“Hah?Daripada saya mimpikan awak,baik saya mimpi hantu.”

“Maksud awak hantu lebih baik dari sayalah?”Ikhmal senyum sendiri.

“Memang hantu lebih baik dari awak.Hantu tak kacau saya pagi-pagi buta ni.Awak aje yang menjadi pengacau.”Tegas suara Lin.Dia tidak boleh berlembut dengan lelaki itu.Dia takut Ikhmal akan naik minyak nanti.

“Aucchh..tajamnya kata-kata awak.Okey,awak tidurlah.Sweet dreams dear..”Ikhmal terus memutuskan talian.Bibirnya tersenyum manis.Kerinduannya terubat kini.Dia membaringkan diri di atas katil lalu matanya dipejam rapat.Dia berharap mimpi indah akan menghiasi tidurnya.

Lin mendengus untuk kesekian kali.Nombor Ikhmal disimpan dalam memori telefon bimbitnya.Kemudian dia merebahkan dirinya semula ke katil.Rasa mengantuknya sudah hilang.Ini semua gara-gara Ikhmal.Menyesal pula dia memberikan namecardnya kepada Ikhmal tempoh hari.Lelaki itu tidak jemu mengganggunya atau lebih tepat lagi menggodanya.Tergodakah dia? Ya,hatinya sedikit tercuit dengan tingkah Ikhmal.Sedaya upaya dia menahan perasaan.Dia tidak mahu jatuh hati kepada suami orang.Sebolehnya perkara itu akan dielaknya.Bukan dia tidak tahu menjalinkan hubungan dengan suami orang tidak akan mempunyai kesudahan yang baik.Dan dia juga tidak rela memusnahkan kebahagiaan rumah tangga Ikhmal.Bahagiakah Ikhmal? Kalau bahagia kenapa Ikhmal tidak jemu mengejarnya? Atau Ikhmal sengaja mahu mempermainkan perasaannya? Tapi Ikhmal tidak menipu dirinya.Ikhmal sendiri mengaku yang dia sudah berkahwin. Ya tuhan..apakah yang terlindung di sebalik semua ini? Akhirnya Lin terlena bersama persoalan yang tiada jawapan.

------------------------------

Ikhmal sibuk menyiapkan tugasannya di dalam bilik.Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi tetapi dia belum bersarapan lagi.Sudah beberapa kali mamanya datang ke bilik menyuruhnya turun bersarapan.Perutnya belum lagi meminta untuk diisi.Dia masih boleh bertahan.Ikhmal meneruskan kerjanya.Kalau boleh dia mahu menyiapkan kerjanya secepat mungkin.Bolehlah dia bermain dengan Daniel nanti.Sudah lama dia tidak berjumpa dengan anak saudaranya itu.Tangannya pantas menaip papan kekunci laptopnya.Tidak lama kemudian taipannya terhenti.Dia berjalan ke arah pintu biliknya.Bunyi riuh rendah di ruang bawah menarik perhatiaannya.Dia membuka pintu dan meneruskan langkah menuruni tangga.

“Wahh Abang Wan balik rupanya.Patutlah meriah.”Ikhmal bersuara sebaik sahaja tiba di ruang tamu.Kelihatan semua ahli keluarganya berkumpul di ruang tamu.

“Bukan pasal tu je Mal..Daniel nak dapat adik tak lama lagi.”Pn.Ana berkata dengan senyuman melebar dibibirnya.Hatinya sangat gembira.

“Betul ke Kak Ika?”Ikhmal menghampiri kakak iparnya.

Ika hanya mengangguk sambil tersenyum.Wajahnya berseri-seri.

“Bestnya.Abang Wan ni hebatlah.”Sengaja Ikhmal mengusik abangnya.

“Biasalah.Tapi kena kerja keras sedikit.”Ikhwan menjawab bersahaja.

“Abang…”Ika mencubit lengan suaminya.Dia malu dengan kata-kata suaminya tadi.

Ikhmal tergelak melihat reaksi kakak iparnya.“Alaahh Kak Ika relakslah,takkan tu pun dah malu.”

“Sudah-sudah.Ikhmal dengan Ikhwan ni tak habis-habis dengan perangai nakalnya.Yang si Wan ni,dah ada anak bini pun nakalnya tak hilang juga.”Pn.Ana sempat membebel.

“Sekali sekala apa salahnya Ana.Diaorang kan tengah gembira tu.”Dato;Shuib membela anak-anaknya.

“Awak ni pun satu.Kasihan saya tengok Ika ni.Dah merah muka dia.”Pn.Ana memegang bahu Ika lembut.

“Akak tak kisahkan?”Ikhmal mengangkat kening.

“Akak tak kisah.Tapi Mal kisah tak kalau akak bagitau mama yang Mal dah jatuh hati?”Ika berbisik perlahan di telinga Ikhmal.

Ikhmal terbatuk kecil.Kak Ika ni boleh tahan juga kalau mengugut.Habislah kalau mamanya tahu.Mesti mamanya meminta dia membawa Lin ke rumah.Sedangkan dia baru sahaja nak mengenali hati budi Lin.

“Okey,im surrender.Please my dear sis..”Ikhmal berbisik kembali di telinga kakak iparnya.

Ika tersenyum cuma.Tau pun takut.Tadi beria-ia mengenakan orang,

“Daniel..Daniel dah nak dapat adik.Suka tak?”Ikhmal mengambil Daniel dari pangkuan Ikhwan.Diciumnya Daniel bertalu-talu.

“Suka..Daniel nak adik perempuan.”Bijak Daniel menjawab.

“Nak baby girl ye.Lepas ni Daniel dah tak boleh nakal-nakal dah.Boleh?”Ikhmal mencuit dagu Daniel.

“Boleh.Tapi Ayah Cu kena selalu belikan Daniel coklat.”Daniel meletakkan syarat dengan permintaan Ikhmal.

“Coklat saja? Mestilah boleh.Ayah Cu beli banyak-banyak untuk Daniel nanti.”

“Lepas ni kita tunggu baby Ayah Cu pula ya Daniel.”Pn.Ana menyampuk tiba-tiba.

Ikhmal melirik kepada mamanya.Mamanya tersengih.Dia tahu maksud mamanya.Sabarlah mama,anak mama ni baru nak mengurat.Tu pun tak lepas lagi.Macam mana nak dapat baby.Ikhmal mengeluh perlahan.
Ikhwan,Ika dan Dato’Shuib bergabung ketawa mendengar sindirin sinis Pn.Ana kepada Ikhmal.Melihatkan wajah Ikhmal yang serba salah,mereka semakin galak ketawa.

----------------------------------

Lin memeriksa beg bajunya untuk memastikan tiada benda penting yang tertinggal.Setelah berpuas hati dia menapak ke cermin bilik.Ditilik dirinya berkali-kali di hadapan cermin.Tudung yang sedikit senget dibetulkan kembali.Penampilannya amat ringkas petang itu.Dia hanya memakai t-shirt lengan panjang berwarna coklat dan dipadankan dengan seluar jeans.Sedang asyik dia menilik di cermin, telefon bimbitnya berbunyi nyaring.Dia melihat skrin telefon bimbitnya untuk mengetahui siapa yang menelefonnya.Tentera tulisan ‘suami orang’ di skrin telefon bimbitnya.Dia menarik nafas berkali-kali sebelum panggilan itu dijawab.

“Hello..”Perlahan suaranya menjawab panggilan tersebut.

“Hello awak..”Suara Ikhmal ceria di hujung talian.

Ada apa awak telefon ni?”Lin kurang senang.

“Jom keluar makan.”Ikhmal mengajak.

Keluar makan?Ikhmal ni dah tak betul agaknya.Tidak sedarkah lelaki itu?Lelaki itu sudah berkahwin tetapi kenapa lagaknya seperti orang bujang sahaja.

“Apa kata awak keluar makan dengan isteri awak.”Dengan malas Lin berkata.

“Hari-hari saya makan dengan isteri saya.Kali ni saya nak makan dengan awak.Boleh?”Ikhmal menunggu jawapan Lin.

“Tak boleh.”Pantas Lin menjawab.

“Awak ni tak sporting..”Ikhmal seakan merajuk.

“Memang saya tak sporting.Okeylah saya ada hal ni.”Lin terus mematikan talian.

Lin melihat jam di tangannya.Sudah pukul 3 petang.Kemudian dia membelek tiket bas di tangannya.Dia hanya mempunyai masa sejam sahaja.Bas akan bertolak pada pukul 4 petang.Pantas dia mengangkat beg bajunya.Tas tangannya pula disangkut ke bahu.Dia menuju ke luar bilik.Setelah memastikan suis ditutup,dia terus melangkah ke pintu utama.Pintu itu kemudiannya dikunci dari luar.

“Hai Lin..”

Lin terkejut.Hampir terlepas kunci dari pegangannya.Dia berpaling ke belakang.Kelihatan Ikhmal sedang melambai ke arahnya.Hatinya tiba-tiba berdegup deras.Dia menuju ke pintu pagar rumahnya.Pintu pagar itu juga dikuncinya.

“Awak buat apa kat sini?Tak reti bagi salam ke?”Lin menyindir.

“Nak ajak awak makanlah.Masa saya telefon awak tadi saya dah ada kat depan rumah awak ni.Awak nak pergi mana dengan beg baju tu?Nak lari dari saya ya?”Ikhmal menyakat.

“Kalau boleh memang saya nak lari dari awak pun.Ermm saya nak balik kampung.”Lin memandang wajah kacak Ikhmal.Hatinya sedikit tergugat.

“Naik bas?Kenapa tak drive?”Ikhmal bertanya lagi.

“Penatlah nak drive.Jauh.Kelantan bukannya dekat dengan KL ni.”

“Orang Kelantan rupanya.Patutlah manis sangat..”Ikhmal sengih.Masih banyak lagi yang dia tidak tahu tentang Lin.

“Jangan nak merepek.”Marah Lin.

“Orang puji pun marah.Su tak hantarkan ke?”

“Awak ni banyak soal betullah.Penat nak jawab tau.Su pun balik kampung semalam di Perak.”

“Marilah saya hantarkan.”Pelawa Ikhmal ikhlas.

“Tak apalah.Saya dah telefon teksi.”Lin menolak sopan.

“Awak ingat teksi tu boleh percaya sangat ke? Kot-kot tak datang.Ataupun datang lambat.Nanti awak terlepas bas.”Ikhmal cuba mempengaruhi Lin.

“Mulut awak tak ada insurans ye? Kalau masin mulut awak macam mana? Kalau saya betul-betul terlepas bas siaplah awak.”Lin geram dengan kata-kata Ikhmal tadi.

“I’m joking dear.Jom..”Ikhmal mengambil beg baju di tangan Lin lalu diletakkan ke dalam bonet keretanya.

Lin cuma melihat.Jam ditangannya dikerling seketika.Sudah 3.15 petang.Nak tak nak dia terpaksa menerima pelawaan Ikhmal.Dia takut teksi lambat sampai.Dan dia tak nak terlepas bas.

Suasana di Hentian Putra lenggang sahaja.Tidak ramai orang ketika itu.Kelihatan beberapa buah bas sahaja di hadapan stesen.Lin leka memerhatikan Ikhmal mengeluarkan begnya dari bonet kereta.Entah kenapa matanya sukar melarikan pandangan dari wajah Ikhmal.

“Jangan pandang saya lama sangat.nanti awak jatuh hati.”Ikhmal perasan dengan pandangan Lin.

Lin terkedu.Dia tidak sangka Ikhmal tahu dia sedang memerhatikan lelaki itu.Perasaan malu terus menyelubungi dirinya tapi dikawal sebaik mungkin.Dia tak nak lagi dimalukan di hadapan Ikhmal.

“Awak jangan nak perasan!”Lin sedikit menjerit untuk menutup malunya.

“Kalau perasan pun apa salahnya.Tengok tiket bas kejap.”Pinta Ikhmal.

Lin mengeluarkan tiket basnya dari poket dan diserahkan kepada Ikhmal.

“Pukul 4 ya.Awak pergilah naik dulu.Nanti saya bawa beg awak.”Ikhmal menyerahkan kembali tiket bas tersebut kepada Ikhmal.

Lin hanya mengangguk dan melangkah untuk mencari bas yang akan dinaikinya.

Lin mengambil tempat di dalam bas.Lagi 15 minit bas akan bertolak.Hatinya meronta-ronta tidak sabar pulang ke kampung.Sudah dua bulan dia tidak berjumpa dengan keluarganya.Rindunya pada keluarganya semakin sarat.Lin melontarkan pandangan ke luar tingkap mencari kelibat Ikhmal.

“Hai.Sorry lambat.”Ikhmal duduk disebelah Lin.

Lin berpaling.“Beg saya mana?”

“Ada.Saya simpan di tempat letak beg kat bawah bas.”Ikhmal menyandar enak di tempat duduknya.

“Awak tak nak turun ke?Bas dah nak jalan.”Lin mengingatkan Ikhmal.

“Tak.Saya nak temankan awak balik kampung.”Tutur Ikhmal bersahaja.Nasib dia baik kerana bas yang dinaiki oleh Lin masih banyak tempat kosong.Dan dia lagi bernasib baik kerana tempat duduk di sebelah Lin juga masih tiada yang berpunya.Dia mengambil keputusan untuk menemani Lin balik kampung.Dia tidak betah membiarkan Lin keseorangan balik kampung.Dia takut ada sesuatu yang tak elok terjadi kepada gadis kesayangannya itu.Dan dia lagi takut jika ada jejaka lain yang cuba mencuri hati Lin daripadanya.Dia tak nak ada lelaki lain mengurat Lin sepanjang perjalanan nanti.Lin hanyalah untuknya.Dia tidak rela melepaskan Lin kepada lelaki lain.Sebab itulah dia nekad untuk menemani Lin balik kampung walaupun dia tahu Lin pasti akan tidak setuju.

“Awak jangan nak bergurau kat sini.Cepat turun.”Lin mengarah.

“Tak percaya tengoklah ni.”Ikhmal menghulurkan tiket bas miliknya kepada Lin.

Lin menjerit kuat di dalam hati.Rasa menyesal menyerbu hatinya kerana memberi Ikhmal melihat tiket basnya tadi.Kalau dia tahu agenda lelaki itu,sumpah dia tidak akan menerima pelawaan Ikhmal untuk menghantarnya tadi.

“Jangan buat kerja gila boleh tak? Kalau isteri awak tahu macam mana? Sedarlah awak dah ada isteri.”Lin cuba berdiplomasi dengan Ikhmal.

“Saya tahu isteri saya tak kisah.Saya cuma nak temankan awak balik kampung.”Kata Ikhmal lembut.

“Kalau saya jadi isteri awak saya dah belasah awak tahu tak.”Lin berkata geram.

“Awak nak jadi isteri saya? Saya sanggup kena belasah hari-hari.”Ikhmal mengusik.Dia suka melihat wajah geram Lin.Manis sekali pada pandangannya.

“Eeeii awak ni! Saya tak ingin.Turunlah awak.Kereta kesayangan awak tu macam mana?Takkan nak biarkan je kat situ? Kalau hilang macam mana?”Lin harap kali ini Ikhmal akan turun juga.

“Tak apa.Kali ni saya dah kunci elok-elok kereta tu.Kalau hilang pun saya tak kisah asalkan saya tak hilang awak.”Jujur kata Ikhmal.matanya memandang ke dalam anak mata Lin.Lama pandangan mereka bertaut.

Lin tunduk.Dia tidak boleh melawan pandangan mata Ikhmal.Pandangan Ikhmal seakan terus menusuk tangkai hatinya.Dia tidak boleh kalah dengan perasaannya.Ikhmal suami orang,dia mengingatkan dirinya sendiri.

“Suka hati awaklah.”Lin akur.Dia tahu tak guna lagi dia menyuruh Ikhmal turun kerana bas sudah pun mula bergerak.

“Jangan risau.Saya tak akan buat apa-apa kat awak.”Ikhmal berjanji kepada Lin.

Lin cuma memandang Ikhmal sekilas.Dia sudah malas hendak berkata-kata.Hatinya sedikit risau.Apakah reaksi kedua ibu bapanya nanti jika dia membawa Ikhmal pulang ke rumahnya.Dia takut memikirkan hal itu.Sebelum ini dia tidak pernah membawa mana-mana lelaki ke rumahnya.Lin cuma mampu berdoa agar kedatangan Ikhmal disambut baik oleh keluarganya.Dan dia juga bedoa agar Ikhmal tidak buat hal di kampungnya nanti.Dia juga berharap keluarganya tidak akan tahu yang Ikhmal adalah suami orang.Dia tak nak keluarganya memikirkan tanggapan negatif terhadapnya.Dia menoleh ke arah Ikhmal disebelah.Lelaki itu sudah tidur.Cepat sungguh lelaki itu terlelap.Lin senyum sendiri.Kacak..bisik hati Lin.Dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap.Tiba-tiba Lin terasa bahu sebelah kirinya berat.Dia berpaling.Ikhmal sudah lentok di bahunya.Tangan kanannya menyentuh lengan Ikhmal.Dia hendak mengejutkan Ikhmal.Tetapi dialihkan semula tangannya.Dia tidak sampai hati hendak mengejutkan Ikhmal yang enak tidur.Dibiarkan sahaja Ikhmal lena di bahunya.Tangannya dilekapkan ke dada.‘Tuhan..tahanlah hati ini.Kawallah hati ini.Jangan mudah jatuh cinta kepada lelaki ini.Dia bukan milikku.Perasaan..lawanlah cinta yang singgah di hati ini.Usirlah sayang yang hinggap di sudut jiwa ini.Semoga ada lelaki lain yang lebih terbaik untukku.’Lin berkata kepada dirinya sendiri.

(3)-----------------------------------------------------


Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

3 org yg baik hati suda komen..anda? hee:

azza said...

we...nie ko wat sendiri ker...ermmm aku nak bc sampai abess p nanty ar..coz skang ader class...huhu aku gune blog comelazza je la coz snang skit...ko ajar aku k yg berikut nyer..ko nyer blog cool dol!!~wish me the best k...he3

gurl_88 said...

erkk..
hi azza..
yup wat sndiri..
err kita knl ke ekk?
heee pe2 pun..
i wish u oll da beshh!

Anonymous said...

Pakcik bermadah:

cinta bagaikan matahari dikala siang ia datang dan dikala malam ia terbenam karena cinta tidak pernah tahu apa sebenarnya cinta itu sendiri..
jika marah dia hilang jika suka dia akan berangsur datang..

Post a Comment