Tuesday, July 12, 2011

Melepas Rindu~~

Assalamualaikum..

Dah berhari aku tak exercise jari jemari aku ni.Hari Rabu lepas aku ke Johor Bharu.Pagi semalam baru selamat tiba di Kota Bharu yang indah ini (promot negeri sendiri hiks).Kenapa ke JB? Sebab dua pupu aku kawin dan sebab yang paling utama adalah mau ketemu sama encik Afif yang teramat dirindui ngee..Bak kata orang sambil menyelam minum air.Aku bukan setakat minum air je tapi dah terlemas dengan kasih sayang Afif.Wuahua sangat gediklah.

Hari Rabu malam Khamis aku bertolak dari KB.Aku pergi dengan atok,sepupu dan mak long.Kitaorang nak train dan amik yang ada katil.Aku ni jakun sket sebab first time naik train yang ada katil ni.Aku siap bawak panadol,gula-gula dengan minyak cap kapak lagi sebagai persediaan kot-kot rasa pening,loya,nak muntah ke.Tapi benda-benda tu semua semata-mata jadi hiasan je dalam beg aku.Syok wooo naik train yang berkatil ni.Aku siap baca novel lagi.Tak pening pun.Cheese berlagak pulakkan.Tapi siyes memang selesalah.Cuma part toilet je kureng sket sebab sempit.Aku pulak kompius kemana sisa-sisa buangan disalurkan.Err salur terus ke landasan ke? Entah tatau tatau..

Sesampai di KTM JB Afif dengan senyumannya menyambut kami.Dia hantar kitaorang ke rumah makcik aku yang anak dia nak kahwin tu (erkk paham tak ayat ku ni??).Lepas zohor dia datang balik ambik kitaorang bawak gi jalan-jalan.Tak pergi mana pun just pergi Jusco dengan Danga Bay je.Danga Bay pun aku tengok dah tak macam dulu kot.Dalam kul 10 malam baru balik rumah makcik aku.Amatlah penat tapi bahagiaaaa..

Esoknya pula pergi acara akad nikah dua pupu aku.Afif ikut sekali sebab dia jadi driver tak bergaji kitaorang.Selesai akad nikah tu aku,Afif dan sorang sepupu aku pergi U Mall tengok wayang.Tengok movie Tolong!!Awek aku pontianak.Not badlah cerita dia.Ada part yang betul-betul kelakar.Tapi yang tak tahan ada 12 orang je kot tengok movie ni skali dengan kitaorang huhu..Lepas tengok movie pergi Hutan Bandar.Tempat ni macam taman la.Lepas makan kat Jusco kitaorang balik.Sempatlah menyambar satu handbag kat Jusco.Terima kasih abang ngee.

Hari Sabtu lak majlis bersanding.Ops lupa nak cakap aku di belah pengantin lelaki.Selesai majlis bersanding kitaorang ke rumah Afif.Dah lama tak jumpa dengan umi Afif membuatkan aku tersipu malu.Wekk.Umi dia sangat ramah tamah.Ni yang buat aku sayang lebih.Balik rumah Afif singgah Jusco jap sebab maklong aku nak beli beg.Jeleslah tu tengok beg aku weeee..

Hari Ahad hari terakhir aku kat JB.Hari Ahad pulak majlis sambut menantu kat dewan UTM.Time majlis ni aku curi-curi masa jap keluar dengan Afif.Bukan berdua,dua orang sedara aku pun sekali.Selesai majlis,dalam pukul 6 Afif hantar kitaorang ke KTM.Nak balik KB dah..Selamat tinggal sayangku..ahaksss berat hati nak naik train.Dalam train aku tidur dengan nyenyaknya sampai ke pagi.

Ni katil aku dalam train..selesakan.Dia ada tirai.So jangan risau takde sape boleh tengok korang tidur.

Ni katil atas.Aku tak amik katil atas sebab leceh nak panjat.Nampak tak tirai yang aku cakap tadi?

Terbaeklah wok!!

Dengan sepupu kat Hutan Bandar..

Yeaaa..aku da gemoks..

P/s: Sori tak besarkan gambar..

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Monday, July 4, 2011

Ku Merindu Part 2..

Assalamualaikum..

Fuyoohh punyala dah beberapa hari baru nak update pasal tajuk ni yang part 2.Dalam entry part 1 aku (nak guna aku lah pulak,lagi mesra kot ngeee) cakap pasal rindu kolej dan kawan-kawan.Part 2 ni nak bagitau pasal rindu Afif pulak (blushhhingg).Sori kepada yang tak suka entry geli-geli macam ni.Sekadar luahan perasaan sahaja tau.

Aku dengan Afif kenal dekat kolej tempat kitaorang belajar.Kami bermula dari kawan.Aku ada cerita serba sedikit pasal macam mana kitaorang boleh berkapel kat entry ni.Hurm dah dekat sebulan aku dah abes belajar jadi dah dekat sebulan jugaklah aku dah tak jumpa dia.Sangat rinduuu.Nak jerit kuat-kuat boleh tak?Agak-agak dia kat JB boleh dengar tak aku jerit dari KB ni?See JB dan KB punyalah jauh.Pantai Timur ke Selatan memanglah jauhkan.So start dari kitaorang habes belajar kitaorang startlah bercinta jarak jauh ni.Ceewahh.Dulu pergi mana-mana pun bersama.Pergi kolej,sarapan,lunch,dinner,study.Tidur je tak sama.Melampaulah kan kalau tidur pun sama.Mati aku kena bedal dengan umi abah.Tak kawen lagi ok.Sampai member kitaorang cakap dimana ada Aimie disitu ada Afif.Ahh tak kisahla orang nak cakap apa pun.Yang penting kitaorang tak buat benda salah.

Sebenarnya aku bertuah jadi insan yang menghuni dihatinya(skemanya ayat).Dia tak pernah cuba untuk mengubah diri aku.Maknanya dia terima aku seadanya.Tak pernahlah dia cakap macam ni kat aku:

Kenapa pakai baju tu? Tak sesuailah,nampak gemok.

Kenapa tak makeup? Pucat je muka.

Taknak lah pergi tempat tu.Buang masa je.

Pergi sendirilah.Abang nak tidur je kat bilik.

Haa kalau dia cakap macam tu memang hati ni rasa ditoreh-torehlah.Dia tak pernah hampakan permintaan aku.Aku nak pergi mana je dia turutkan.Tak kiralah time tu dia penat ke ngantuk ke.Aku ni ada satu tabiat mula-mula ajak gi makan je tapi lepas makan mulalah nak ajak gi berjalan pulak.Nasib baik dia ikutkan je.Biasalah awek dia ni kuat berjalan.

Aku: Abang,tetiba rasa nak minum coolblog la..
Afif: Jom kita gi Times Square..(kat area aku belajar kat ts dan sg.wang je tempat terdekat yang ada coolblog)

Aku: Abang,bosanlah.Jom pergi karaoke.
Afif: Okey.Nak karaoke kat mana?

Aku: Nak makan MCD hari ni boleh?
Afif: Lunch nanti kita pergi ye.

Aku: Weekend ni nak pergi mana?
Afif: Abang ikut ayang je.Saya kan driver awak

Aku: Jom tengok wayang nak?
Afif: Jom.Ayang nak tengok cite apa?


Waaaaa i mish that moment.Dialog di atas tak tipu tau.Kalaulah masa boleh diputar kembali.Taknak rasanya saat itu berlalu.Serius ku merindu~~

Time ni panas..patutlah muka macam tu ngee..




Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Sunday, July 3, 2011

Dah nak kerja?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah pagi tadi saya dah dapat surat tawaran bekerja tetap daripada suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA).Mula-mula cuak jugak sebab kawan-kawan yang lain dah dapat surat dari 3 hari lepas lagi.Pagi tadi tengok dalam peti surat ada surat tu.Time kaseh abang posmen.Surat tu just suruh terima perlantikan,buat medical check up dan buat sumpah je.Bab medical check up ni tak berapa gemar sangat sebab saya ni penakut sikit hehe.Nak x-ray semua tu ahhhh susahnya.Tapi nak buat macam mana kena buat jugak sebab tu syarat lantikan.

3 tahun belajar akhirnya berbaloi juga walaupun jawatan saya ni taklah segah mana pun.Tapi saya bersyukur dengan rezeki dariNya dan yang penting kerja ni halal dan membantu orang lain.Rasa gementar pun ada untuk melangah setapak ke hadapan.Rasa tak puas lagi menikmati kehidupan sebagai seorang pelajar.Dan yang paling tak besh dah tak boleh gunakan kad matriks pelajar lagi.Yelah dengan kad matriks kan pelajar banyak dapat kemudahan ye tak? Terutama diskaun hehe..

Sekarang ni tengah tunggu satu lagi surat.Surat posting kot.Saya tak tahu lagi bila tarikh lapor diri dan kat mana saya akan bekerja nanti.Alahaiii memang cuak takut dicampak jauh di pedalaman.Tak caya pulak da nak kerja.Rasa macam budak-budak lagi hehe.Padahal umur dah tuakan.Saya kerja apa? Nantilah saya cerita kemudian.Tunggu surat satu lagi sampai dulu.


Siyes rindu time belajar dulu ngan kawan-kawan.

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Cinta dari hati~~

Aku cinta dia..
Aku sayang dia..
Aku perlukan dia..
Kenapa?
Entah..sukar untuk menterjemahkan jawapannya..
Mencintainya tanpa sebab adalah terbaik..
Kerana tiada alasan untuk aku meninggalkannya jika sebab itu sirna..
Ya Allah peliharalah hubungan kami jika benar dia untukku..
Tetapkanlah setia dihati kami jika terbentang luas jalan bahagia di hadapan kami..
Satukanlah jiwa kami sehingga kepuncak bahagia..
Cantumkan cebisan cinta kami di jalan redhaMu..
Restui cinta kami beralaskan cintaMU..
Amin..


Cinta selamanya? Insyaallah..

Psstt sorilah kalau nak termuntah hijau biru kuning ke baca nukilan saya di atas.Entahlah malam ni tetiba je mood jiwang datang..Mungkin sebab tengah rindukan si dia kot..Pada yang tak suka entry jiwang ni sila abaikan ye..Ampunnnnn mbakk ehee..


Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Tahajjud Cinta~~



Assalamualaikum..

Dah beberapa hari tak update blog sebab pergi Perak dan KL selama beberapa hari.Semalam baru sampai rumah.Fuyooh amat penat.Beberapa hari lepas saya tengah tonton tv dan ada satu iklan drama ni membuatkan hati saya tertarik dan ditarik waahh.Tajuk drama tu Tahajjud Cinta.So dengan rasa keterujaannya saya pun mencari la Tahajjud Cinta ni kat youtube.Dah ada trailer.Dalam iklan tu trailer pendek je dan tak bagitau bila drama tu kuar kat tv dan juga tak dedahkan sape pelakon drama tersebut.Coming soon je..Bila dah tengok trailer ni lagilah membuatkan hati saya kuat ditarik-tarik.Tak sabar rasanya nak tengok drama ni.Hasil carian saya drama ni arahan Erma Fatima dan bergenre islamik.Macam yang kita tahu kalau Erma Fatima buat drama memang kebaboom kan.Besh sangat.Lagi satu pelakon drama ni pun memang hebat dan mantop habesla.Korang tengok trailer kat atas ni memang akan terujaDiharap drama ni pun dapat cetuskan satu lagi fenomena macam drama Nur Kasih.Drama ni akan start 8 Julai ni dalam slot Zehra,setiap Jumaat,jam 9 malam.Memang jumaat ni saya akan tercongak depan tv la tunggu drama ni hehe..Oh ya kalau korang nak tau sinopis drama ni sila terjah blog Pn.Bee..

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Monday, June 27, 2011

Jatuh Cinta dan Curang~~


Hai..

Bukan jatuh cinta dengan sesaper.Saya tak curang tau,tetap setia ngan Afif (Wekkk,sila muntah).Tapi betul tak curang k.Sebenarnya jatuh cinta dengan lagu kat video atas nih.Dah dengar belum.Dengarlah,best tau.LAgu dia sangat menenangkan jiwa.Tau-taulah saya kan minat bab-bab hindustan ni.Kepada yang tak suka hindustan jangan ngada-ngada nak dengar nanti bernanah pulak telinga korang hee.Ok gurau jek.Lagu ni daripada filem Thank You lakonan mantopp Akshay Kumar,Bobby Deol,Sonan Kapoor dan ramai lagilah.

Sedihkan video klip lagu ni.Punya lah wife dia sayang sangat kat dia tapi boleh pulak dia curang kan.Kadang-kadang pelik jugak apa yang seorang lelaki ni mahukan.Tapi tak semua lelaki macam tu.Bercakap pasal curang ni perempuan pun tak terkecualikan.Entahlah harap-harap kes curang ni tak terjadi pada saya dan korangkan.Saya pun nak tetapkan hati TAK NAK curang!!

Berbalik pada movie Thank You ni cerita dia pun pasal curang.Si suami curang dengan si isteri.Memang tersentuhlah tengok movie ni.Rasa macam 'eeii kalolah benda ni jadi kat aku macam mana ek'.Yelah kita dah sepenuhnya caya kat suami dan tup-tup dapat tau suami curang.Bukan sorang,bukan dua,bukan tiga tapi rraamaaii..Movie ni takdelah sepanjang masa je sedih.Jangan risau korang tak perlu setiap masa duk pegang tisu kot-kot air mata keluar.Movie ni semua elemen ada sedih+komedi+serius.Keseluruhannya movie ni okey.Dan yang penting lagu dalam video diatas buatkan saya jatuh cinta beberapa kali.Tak puas dengar.(Bagi sayalah,tak paksa korang suka jugak lagu tu huhuu..).



Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

Ku Merindu Part 1~~


Assalamualaikum..

Hai..dah lama sangat tak update blog..Tetiba rasa gian nak menaip.Banyak sebenarnya nak cite dalam blog ni tapi satu-satulah.Takkan nak sumbat semua cerita dalam satu entrykan.Nanti jadi novel bersiri pulak.KU MERINDU..haaa kali ni nak cakap pasal tajuk tu dulu.

Alhamdulillah..saya dah pun tamat belajar dengan jayanya di Kolej Teknologi Makmal Perubatan.Serius masa hari terakhir di kolej memang sangat sedih.Bercucuran air mata ni masa bersalam-salamna dengan kawan-kawan dan pengajar.Kalau ditadah boleh dapat seploh baldi kot.Overkan.Banyak memori indah sepanjang tiga tahun saya menumpang di kolej tersebut.Dah habis belajar ni tetiba rasa rindu kat zaman kolej.Padahal masa belajar dulu memang berharap nak cepat abes.Dah jemu dah nak study.Dah muak tengok nota-nota yang bertambun.Tapi sekarang rasa rindu.Mana lagi nak dapat kenangan pada masa lalu? Saya ingat lagi sebelum saya daftar di kolej tu saya sedang belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) then dapat tawaran kolej tu.Kolej tu bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Kira tamat belajar tunggu posting jelah,tak payah nak susah-susah pergi cari kerja,interview semua.Jadi dengan separuh hati saya pilih kolej tu (bila dah kena kaunseling dengan famili).Mula-mula memang tak suka lah belajar kat situ.Tapi betullah orang cakap tak kenal maka tak cinta.Lama-lama memang suka sangat belajar kat situ.Sekarang semua tinggal kenangan...


Tudung biru ni masa kitaorang sem 3..

Ni masa minggu orientasi..Kejapnya mase berlalu..

Rumates terbaik dalam hidupku..


Sahabat selamanya..

Sem 1..

Tudung maroon ni sem 6..last sem..

Huwaaaa ntah bila pulak nak jumpa dengan dorang semua ni..Pasni bila masing-masing dah kerja lagi susah kot nak jumpa.Semoga semua kenangan yang tercipta ditanam rapat di sudut hati.Suka duka sepanjang kita lalui 3 tahun ni tak boleh di'rewind' kembali..Ku merindu..

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..