Satu hari tu waktu kelas Parasitologi Perubatan,lecturer saya bagi lecture pasal ameba hidup bebas..Kitaorang belajar dua jenis iaitu Acanthamoeba sp dan Naegleria sp.Mula-mula bukan main lagi mengantuk pastu dengar lecturer tu bagitau Acanthamoeba sp tu boleh menjangkiti mata terutamanya kepada PEMAKAI CONTACT LENS terus segar je mata..kenapa?? kerana saya adalah salah seorang pemakai lens..terus datang takut..Acanthamoeba ni boleh menyebabkan keratitis iaitu inflamasi pada mata,jadi merah-merah.Bahaya tuuu..Selain tu cara transmisi amoeba ni melalui inhalasi,ingesi dan luka..Parasit ni boleh ade dalam air,tanah dan persekitaran sebab dia hidup bebas hehe..
Antara faktor yang boleh menyebabkan jangkitan Acanthamoeba ni adalah mandi,berenang tanpa menanggalkan lens dulu..manalah tahu kan air yang korang guna tu terkontaminasi ke,tak bersih ke..manalah tahu kan kan..so kalau boleh elakkan mandi dengan lens ni..even saya sendiri malas nak tanggal lens time nak mandi =P..Lens yang kotor pun boleh menyebabkan jangkitan ni..
Ni ada beberapa cara nak kurangkan risiko jangkitan Acanthamoeba.Yang penting adalah tingkatkan kebersihan dan penjagaan lens korang..lepas tanggal lens tu cuci lens dengan solution..rub pas tu bilas dengan solution juga.. dan INGAT!! jangan cuci lens dengan saline sebab saline bukan disinfectant ok,cuma salt solution je..rendam lens pun dengan solution macam renu,BUKAN saline..tukar solution dalam bekas lens setiap kali korang mahu simpan lens dan bukan re-use solution..lagi satu kalo nak basuh bekas lens tu jangan guna air paip,kalau guna air paip pun bilas balik dengan solution sebab takut air tu terkontaminasi.Selain tu yang basic semua mesti dah tahu kan,macam cuci tangan sebelum 'handle' lens..

Renu-salah satu solution disinfectant untuk lens..
Kesimpulannya,tingkatkanlah kebersihan penjagaan lens korang (peringatan untuk diri sendiri jugak)..Mencegah lebih elok kan..Jangan takut pulak nak pakai lens pasni tau tau..Harap entri ni memberikan info yang berguna untuk korang..
Nak tahu lebih lanjut klik SINI..

Inilah dia Acanthamoeba..pseudopodia dia bentuk spiky..kalau tengok bawah mikroskop biasa kena main fine adjustment baru boleh nampak spiky-spiky tuh..
