“Hai adik manis..”
Lin mendongak.Dia tersenyum mesra.Tapi sebentar cuma.Kemudian dia meneruskan kerjanya.
“Banyak kerja ke Lin?” Aril bertanya.Dari tadi dia memerhatikan Lin yang sibuk dengan tugasnya.
“A’ah banyak kerja sangat.Tak menang tangan dibuatnya.”Lin menjawab.Matanya tidak berganjak dari skrin laptopnya.
“Nak aku tolong?”Aril menawarkan bantuan.
“No..thanks.”Lin memandang Aril sekilas.Sebuah senyuman diberikan.
“Dah waktu lunch ni.Jomlah makan.I’ll treat.”
“Kau pergi makan dulu ya.Aku nak habiskan kerja aku ni.En.Ahmad nak sebelum pukul 5.”Lin menolak lembut ajakan Aril.
“Sudah-sudahlah tu Aril.Tak putus asa kau mengurat si Lin tu ye.” Su yang entah datang dari mana mencelah.
Serentak Aril dan Lin berpaling kearah Su.
“Oit si mulut murai.Boleh berhenti bercakap tak? Kat rumah dengar suara sumbang kau,kat sini pun nak mencicit ke?” tempelak Lin.
Su tersengih mendengar sindiran .Selepas itu dia memuncungkan mulutnya.Sengaja ingin mengusik Lin.
“Kau jeleslah tu Su.Sebab aku mengurat Lin,tak mengurat kau
“Tak ada maknanya aku nak jeles.Aku dah ada jejaka idamanlah.Yang kau ni sampai bila nak give up?”Su bertanya sambil memandang wajah Aril.
“Selagi Lin tak kahwin.”Aril menjawab selamba.Matanya melirik kepada Lin.
“Hishh korang ni dahlah.Aku nak buat kerja ni.”Lin
Dia tidak senang duduk sebenarnya dengan topik yang dibincangkan antara Su dengan Aril.Aril pun satu.Dia telah pun membincangkan hal tersebut dengan Aril.Persahabatan tidak boleh bertukar menjadi cinta.Dia senang bersahabat dengan Aril.Lelaki itu banyak membantunya dalam urusan pejabat.Tetapi permintaan Aril untuk menjalinkan hubungan cinta tidak mampu dia turutkan.Dan Aril telah pun setuju perkara itu tidak akan diungkit lagi.Dia berharap agar Aril tidak lagi meluahkan perasaan terhadapnya kerana dia amat sayang dengan persahabatan yang terjalin antara dirinya dengan Aril.
“Janganlah marah Lin.Nak kacau sikit pun tak boleh ya.Kau sambunglah buat kerja kau.Jangan lupa makan.”Dia sempat mengenyit mata pada Lin sebelum menuju ke meja kerjanya.Dia sedar walau segunung cinta dia persembahkan kepada Lin,tidak mungkin Lin akan tunduk kepada cintanya.
“He loves you so much..”kata Su sambil melirik kepada Lin.
“I know.”Lin membalas.
“Tak terbuka hati?”
“Tak.Please Su.Aku dah tak nak cakap pasal ni.”Lin menjadi sedikit geram.
“Sebab dah ada Ikhmal hensem
“Haaah cakap pasal dia baru aku teringat.Petang ni aku balik dengan kau tau.Gara-gara si Ikhmal tu aku tak bawa kereta hari ni.”Lin berpesan.
“Okey bos.Aku naik atas dululah.Ingat nak ajak kau makan tapi macam sibuk sangat je kau ni.”
“Sorilah.Lain kali cakap awal-awal.Lagi satu jangan lupa kirim salam kat Syam.Dah lama tak borak dengan dia.”Lin berpesan lagi.
“Kaulah malas nak berjalan.Jabatan aku dengan kau bukan jauh pun.Naik setingkat aje.Ni tak,kaku je kat meja kau tu tak bergerak kemana-mana.Oklah see u later.”Su mula melangkah meninggalkan Lin.
Lin cuma tersenyum.Dia turut mengakui kata-kata Su.Dia jarang naik ke atas jika tiada kerja yang memerlukan dia berbuat demikian.Su di jabatan kewangan manakala dia di jabatan pemasaran.Bukan dia malas,cuma masa yang tidak mengizinkan dia kesana kemari walaupun dalam bangunan syarikat yang sama.Kerjanya yang banyak memerlukan dia tetap kekal di mejanya.
----------------------------------
Lin berjalan perlahan keluar dari pintu pejabat.Penatnya tidak terkata.Akhirnya kertas kerja telah diserah kepada En.Ahmad.Lega hatinya.Selepas ini dia tidak perlu lagi berjaga malam untuk menyiapkan kerjanya.Bolehlah dia tidur lena dan bolehlah dia bermimpi indah.Lin menuruni anak tangga satu persatu.Tetapi sekejap cuma.Langkahnya terhenti.
“Ish apa lagi mamat tu buat kat sini..”Lin mengeluh perlahan.Dia penat nak berhadapan dengan Ikhmal saat ini.Dia takut hatinya tidak kuat.Dia takut hatinya menjadi rapuh nanti.Dan dia takut dia akan menjadi perampas.Itu yang paling ditakutinya.Dari jauh Lin dapat melihat Ikhmal sedang elok menyandar di kereta BMW hitam milik lelaki itu.Dia tahu Ikhmal tidak perasan yang dia baru keluar dari pejabat.Ikhmal sedang leka membelek telefon bimbitnya.Lin menoleh ke belakang.Harapannya agar Su cepat keluar dari pejabat.Dapatlah dia mengelak dari Ikhmal nanti.
“Eh Syam.Tunggu aku.Kita jalan sama-sama ye.”Panggil Lin.Bukan kelibat Su yang dilihatnya tetapi Hisyam,rakan yang dikenalinya sepanjang dia bekerja di syarikat itu.
“Apahal kau ni.Tetiba aje nak bertunggu-tunggu dengan aku.”Hisyam sedikit hairan namun dia tetap menuruni tangga bersama Lin.
“Saja.Dah lama tak borak dengan kau.Bolehkan?”Lin senyum menampakkan barisan giginya.
“Ye ye aje kau ni.Takkan rindu kot.”Syam mengusik.
Lin tersenyum cuma.Fikirannya lebih tertumpu kepada Ikhmal yang berada tidak jauh di hadapannya.Lelaki itu sedang tersenyum kepadanya.Dia tidak membalas sebaliknya dia pantas memaut kuat lengan Hisyam.Hisyam menoleh memandang Lin.Hairan dengan tingkah Lin yang tiba-tiba.
Ikhmal berjalan kearah Lin dan Hisyam.Dia memandang Lin lama.Kemudian matanya beralih kepada Hisyam.Ikhmal senyum.
“Lin,saya hantar balik ya.”Pandangan Ikhmal tertumpu pada wajah Lin.
“Tak perlu.Terima kasih ajelah.Kenalkan ni bakal suami saya.”Kata Lin seraya menunjuk kepada Hisyam disebelahnya.Pautan di lengan Hisyam dikemaskan.
“Lin..”Hisyam
“Bila nak kahwin?”Ikhmal menyoal.Wajahnya tenang sahaja.Tiada riak terkejut.
“Hujung tahun ni.”Lancar mulut Lin menjawab
“Nak pulak awak jadi isteri nombor dua dia ya?”Ikhmal mengangkat kening menunggu jawapan Lin.
“Isteri nombor dua? Nope..isteri pertama dan terakhir dia.”Tegas Lin memberi jawapan.
“So Hisyam ni kena ceraikan isteri dia dululah baru dia boleh kahwin dengan awak? Awak tak kasihan ke kat anak-anak dia?”Ikhmal terasa seperti hendak ketawa namun ditahan.
“Erk!” Lin terdiam.Sah helahnya tak menjadi.Terasa mukanya membahang.Dia tahu mukanya sudah bertukar menjadi merah saat ini.Macam mana pulak mamat ni boleh tahu Hisyam dah kahwin? Helah yang dicipta jelas telah memerangkap dirinya sendiri.
“You are blushing my dear.Why? Panas sangat?”Ikhmal masih mahu mengusik.
Hisyam ketawa melihat teletah Lin.“Lin,aku nak cakap kat kau yang Ikhmal dan aku saling mengenali.Tapi kau tak bagi peluang kat aku.Siap cengkam aku lagi.Kan dah malu.”
“Saya kenal Hisyam ni.Isteri dia pun saya kenal.Dulu Hisyam kerja di syarikat saya.Lepas habis kontrak,dia tukar kerja dengan syarikat tempat awak kerja sekarang.”Ikhmal menerangkan kepada Lin.Kasihan pula dia melihat Lin menahan malu.
Lin menjeling Ikhmal geram.Hisyam disebelahnya dipandang sekilas.Hanya tuhan saja yang tahu betapa malunya dia saat itu.Tadi beria dia memperkenalkan Hisyam sebagai bakal suaminya.Tidak disangka pula Hisyam dan Ikhmal saling mengenali.Ya tuhan,tolonglah hambaMu ini..Dia merintih di dalam hati.
“Mal,aku rasa baik aku pergi dulu.Macam ada gunung berapi nak meletup je.”Hisyam berkata sambil matanya melirik kepada Lin.
“Okey Syam.Kau pergilah.Biar aku tunggu gunung berapi ni meletus.Aku sanggup tahan.Panas tapi manis.”Ikhmal tersengih.
“Hati-hati Mal.”Syam bersalaman dengan Ikhmal.Dia senyum kepada Lin dan terus berlalu.
“Tak ada apa-apa nak cakap?”Tanya Ikhmal.Dia tidak betah.Lin hanya diam seribu bahasa.
“Ada.Boleh tak awak pergi sekarang?”Lin menjengilkan matanya.
“Boleh.Jomlah.”Ikhmal menarik lengan Lin.
“Hello! Awak tarik saya kenapa?” Sikap Ikhmal menambahkan kepenatannya.
“Nak hantar awak balik.”Pendek sahaja jawapan Ikhmal.
“Tak payah susah-susah.Saya tunggu kawan saya,Su.”
“Su ya nama dia.Tadi saya terserempak dengan dia.Dia tunggu awak tapi awak lambat keluar.Saya dah janji dengan dia nak hantar awak balik.”
Lin membeliakkan matanya.Bibirnya diketap.Su!!!!!!!! Sampai hati kau…
“Awak baliklah.Saya naik bas je.”Lin mula berjalan meninggalkan Ikhmal.
Ikhmal membuntuti Lin.Dia
“Saudara Ikhmal,kereta awak kat sana.Awak silap jalan ni.”Lin menahan sabar.
“Saudari Lin,suka hati sayalah nak ikut jalan mana pun.”
Jawapan Ikhmal membuatkan Lin geram.“Baliklah.Dah petang sangat ni.Tentu isteri dan anak awak tengah tunggu kat rumah.”
“Biarlah mereka tunggu.Sekarang ni saya tengah pujuk bakal madu isteri saya.Degil sangat.”Ikhmal semakin galak menyaingi langkah Lin.
“Eeeiiiii!!Geramnya saya.”Lin menghentak kakinya.
“So sweet.Please buat lagi..”Ikhmal menggayakan semula cara Lin menghentak kaki.
“Arrgggghh..”Lin menyambung langkahnya.Dia sudah malas bertekak dengan Ikhmal.
“Saya nak bagitau ni.Kereta saya tu tak kunci.Kunci kereta pulak ada kat dalam kereta.Kalau kereta saya tu hilang,awak bayar ganti rugi ya.”
Hah?Gila ke apa?Suka hati aje nak suruh orang bayar ganti rugi.Salah sendiri siapa suruh tinggalkan kereta macam tu aje kat tepi jalan.“Salah awak sendiri.Kenapa saya kena bayar pulak.”
“Sebab saya tinggalkan kereta tu kerana awak.Saya nak lindungi awak.Sekarang dah pukul 6.30 petang,tak elok gadis manis macam awak jalan sorang-sorang.”
“Awak ni
Ikhmal tersenyum melihat kerenah Lin.Gadis itu mula mencuri hatinya sejak pertama kali mereka bertemu di butik.Mama..terima kasih.Pilihan mama memang tepat.Mal da jatuh cinta ma..Ikhmal senyum bahagia bersama kuntuman cinta yang semakin mekar dihatinya.
---------------------------------
“Kak.Macam mana abang pikat akak dulu ye?”Ikhmal bertanya tiba-tiba.
Kak Ika senyum.“Kenapa ni Mal? Dah jatuh hati ke?”
“Ermm lebih kuranglah kak.Mal suka sangat dengan dia.”Jujur jawapan Ikhmal.Sungguh.dia memang menyukai Lin.Saat itu hanya Lin yang mengisi kekosongan hatinya.
“Kalau dah suka,pinanglah cepat-cepat,nanti terlepas.”
“Tapi kak dia ingat Mal dah kahwin.Dan dia fikir akak isteri Mal dan Daniel anak Mal.”
“Hah? Kenapa pulak macam tu?” Ika sedikit terkejut.
Ikhmal tersenyum.Dia menceritakan peristiwa di majlis makan malam pada kakak iparnya.
“Laaa kenapa tak terus terang dengan dia? Cakap ajelah yang Ikhmal ni bujang lagi.”
“Bukan tak nak cakap.Mal nak uji hati dia dulu.Nak tengok
“Mal ni.Kalau melepas macam mana?” Ika tidak setuju dengan tindakan Ikhmal.
“Dia takkan terlepas dari Mal.Kalau dia lari Mal akan kejar sampai dapat.Dan bila dah dapat Mal tak akan sia-siakan dia.”Ikhmal membayangkan wajah Lin.Hatinya tiba-tiba menjadi rindu.
“Wah dashyat juga bila Mal ni dah jatuh cinta ya.” Ika tersengih melihat keazaman Ikhmal.
“I loves her so much.So much..”
“Ambil tindakan cepat-cepat.Jangan lambat sangat.”Ika berpesan.
“Haa itulah sebab Mal tanya akak macam mana abang pikat akak dulu.”
“Abang dengan akak cinta biasa-biasa je.Tak macam sekarang.”
“Macam biasa tapi bahagia sampai sekarang
“Kejujuran yang penting.Dan dalam kes Ikhmal ni,Mal tak jujur dengan dia.Mal tipu dia.Macam mana kalau dia tak dapat terima nanti?”Sengaja Ika menduga hati Ikhmal.
Errr?? Macam mana ya.Dia tak nak kehilangan Lin walaupun gadis itu belum sah menjadi miliknya.Kejujuran?Benarlah kata Kak Ika,dia tidak jujur pada Lin.Bukan sengaja dia menipu Lin.Dia benar-benar ikhlas terhadap Lin.Dia bukanlah seorang lelaki yang mudah jatuh cinta dan sekali dia jatuh cinta,cinta itu akan terpahat kukuh di hatinya untuk selamanya.Kali ini dia betul-betul jatuh cinta.Dia pun tidak menyangka dalam masa sesingkat itu hatinya tunduk kepada cinta.Dia cuma mahu menduga hati gadis kesayangannya itu.Dia nekad,suatu hari nanti dia akan berterus terang dengan Lin.Dan dia berharap pada saat itu Lin akan menerima dirinya.Menerima cintanya yang membunga dari hari ke hari.Kalaulah Lin tahu perasaannya saat ini..Kalaulah Lin mengerti kerinduannya saat ini..Lin,saya cinta awak!! Cinta sangat-sangat..Jeritan Ikhmal bergema kuat dalam hatinya.
1 org yg baik hati suda komen..anda? hee:
Pakcik said:
Sapa nama sebenar Su tu dik?
pape pun, pkcik sokong..pieces of mine.. :)
chayo!chayo!
Post a Comment