Friday, June 12, 2009

Sehangat cinta 4

Lin memberi salam.Jam ditangannya sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam.Rumahnya masih cerah.Dia sedikit hairan.Pada waktu begini biasanya keluarganya sudah pun tidur.Dia menjeling Ikhmal sekilas.Lelaki itu berdiri tenang disebelahnya tidak menunjukkan sebarang riak.Lin tersenyum kecil.Wajah mengantuk Ikhmal menggeletek hatinya.Lama benar lelaki itu tidur di dalam bas tadi.

“Ai takkan mengantuk lagi kot.Bukan main lena tidur.Habis bahu saya ni basah dek air liur awak.”Sindir Lin.

“Saya minta maaf ye.Saya tak sedar tadi.Bahu awak empuk sangat tu yang tidur sampai tak ingat dunia.”Ikhmal membidas.

“Nasib baiklah saya baik hati tadi.Kalau tak dah lama saya tolak kepala awak tu.”

“Terima kasih sayang.Saya tahu awak sayangkan saya.”ujar Ikhmal membalas kata-kata Lin.

“Eww nak muntah tau dengar.Bukan sayang tapi kasihan.”

“Saya tahu awak sayangkan sa..”Ikhmal tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila dia melihat pintu dibuka dari dalam.

“Ibu..”Lin menerpa ke arah ibunya.Dia memeluk sambil mencium kedua-dua ibunya.Kemudian dia menyalami tangan ayahnya.Dikucup lembut tangan tua yang pernah berkerja keras untuknya suatu masa dahulu.

“Ayah dan ibu sihat” Mata Lin memandang wajah ibu dan ayahnya silih berganti.

“Kami sihat.Sebelah Lin tu siapa?”Haji Husin bertanya.Ikhmal di sebelah Lin dikerlingnya sepintas lalu.

Lin berdehem kecil.Dia lupa akan kehadiran Ikhmal seketika tadi.Sebagai siapakah dia harus memperkenalkan Ikhmal kepada ibu bapanya?

“Dia ni ka..”

“Saya ni bakal suami dia pakcik,makcik..”Pantas Ikhmal memotong kata-kata Lin.Ayat itu terlontar laju dari mulutnya.

Haji Husin dan Hajah Murni saling berpandangan sebaik sahaja mendengar kata-kata Ikhmal.Lin menoleh kepada Ikhmal.Matanya dibuntangkan.Dia seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi.Hatinya menjerit marah.Masakan dengan ayah dan ibunya juga Ikhmal mahu main-main?

“Bukan ibu,ayah..dia ni cuma kawan Lin..”Dia memperbetulkan keadaan.

“Tak pakcik,makcik.Saya ni bakal suami Lin.Nama saya Ikhmal.Dia malu nak mengaku tu.”Ikhmal cepat-cepat bersuara.Dia menghulurkan tangan kepada Haji Husin untuk bersalam.

“Kenapa Lin tak bagitahu awal-awal nak bawa Ikhmal balik.Bolehlah ibu sediakan apa yang patut.”Hajah Murni tersenyum kepada Ikhmal.

“Err tapi ibu..”

“Eh tak apalah makcik.Saya taknak susah-susahkan makcik.Saya datang ni pun nak kenal-kenal saja.”Buat kali kedua Ikhmal memotong kata-kata Lin.

“Marilah masuk.Lupa pula nak ajak masuk.Asyik berborak di pintu.”Ajak Haji Husin.Dia dan isterinya melangkah beriringan ke ruang tamu rumah.

Lin mencubit kuat lengan Ikhmal.Geramnya pada Ikhmal semakin merimbun.Kalau diikutkan hatinya mahu saja dia memarahi Ikhmal sepuas hati.Namun otaknya masih lagi mengawal perilaku hatinya.

“Taknak susah-susahkan orang konon.Tapi awak dah susahkan saya tau tak?”Lin mengetap bibir menahan amarahnya.

“Betulkan saya ni bakal suami awak? Sakit tau lengan saya ni kena cubit dengan awak.”Ikhmal menggosok-gosok lengannya.

“Awak tu dah jadi suami orang.Tak ada ‘bakal-bakal’ lagi dah.Lagi satu padan muka awak.Awak memang layak pun kena cubit.Menyusahkan orang saja.”Omel Lin.Dia menapak masuk ke dalam rumahnya.

Ikhmal tersengih lucu.Gadis ini kalau membebel terasa juga pedasnya.Dia mengikuti langkah Lin masuk ke dalam rumah.

“Ibu..Fir dengan Mila dah tidur?”Lin melabuhkan punggungnya ke atas kerusi disebelah ibunya.

“Fir dengan Mila tak balik minggu ni.Minggu depan baru diaorang cutiAda kelas tambahan kat asrama masing-masing.Kak Maria kau adalah tengah tidur tu.”Jawab Hajah Murni.

“Kak Maria ada kat sini?”Soalnya hairan.

“Lin lupa ke Kak Maria kan dalam pantang.Ibu yang jaga dia dalam pantang.Suaminya dah balik Kuala Lumpur,tak dapat cuti lama-lama sangat.”

Lin menepuk dahi.Dia terlupa padahal ibunya telah memberitahunya pasal itu dua hari lepas.

“Lupa la bu..”katanya perlahan.

“Hah Ikhmal.Duduklah kenapa berdiri lagi tu?”Haji Husin berkata apabila dia melihat Ikhmal masih lagi statik berdiri.

“Terima kasih pakcik.”Ikhmal mengambil tempat di sebelah Haji Husin.

“Ayah tak tahu pula Lin dah ada calon.Tak pernah bagitau pun sebelum ni.”

“Saya yang tak nak Lin bagitau pakcik dengan makcik dulu.Saya nak datang sendiri.”Ikhmal menjawab bagi pihak Lin.Tuhan,ampunkan aku sebab berbohong..desis Ikhmal di dalam hati.

Lin menjeling Ikhmal geram.Lelaki itu bijak sahaja menjawab bagi pihaknya.Kemudian dia mengalihkan pandangan kepada ibunya.Ibunya itu sedang leka memandang Ikhmal.

“Lawa juga bakal menantu kita ni kan bang.”Kata Hajah Murni.Tangan Lin di sebelah digenggam lembut.

Lawa? Kacaklah makcik.Anak makcik tu yang lawa..Ikhmal menyembunyikan senyumnya.Daripada reaksi Hajah Murni,dia dapat mengagak yang kehadirannya boleh diterima dalam keluarga itu.

“Orangnya pun baik..”balas Haji Husin.

Lin memerhatikan Ikhmal yang sedang tersengih menampakkna gigi.Sukalah tu bila kena puji.Dia mencebik apabila mata Ikhmal bertemu dengan matanya.

“Dah lewat ni.Kamu berdua pergilah berehat.Tentu sakit badan lama sangat duduk dalam bas kan.Ni..tunjuk bilik kat Ikhmal.”Arah Haji Husin kepada isterinya.

“Mari Ikhmal.Bilik tetamu rumah ni dah lama tak berpenghuni.”Ujar Hajah Murni.Dia bangun menuju ke ruang belakang rumah.

“Saya masuk bilik dulu ya pakcik.”Dia meminta izin sebelum membuntuti langkah Hajah Murni.

Lin hanya diam.Dia memandang langkah Ikhmal.Dia menghembus nafas perlahan.Nasib baik ibu dan ayahnya menyambut baik kedatangan Ikhmal.

--------------------------

Lin menggeliat kecil di atas katil.Dia bingkas bangun menuju ke jendela bilik.Usai solat subuh tadi dia menyambung kembali lenanya.Kedinginan pagi seolah menggodanya untuk menyambung tidur.Dia membuka jendela.Terasa panas terik matahari membahang diwajahnya.Dihalakan matanya keluar jendela.Dibiarkan matanya menjamah pemandangan menghijau di luar.Udara pagi yang segar disedut perlahan.Sudah lama dia tidak menghirup udara segar sebegini.Sedang dia menikmati keindahan alam,telefon bimbitnya berbunyi nyaring.

“Hello..awak nak apa?” Terus sahaja dia bertanya sebaik sahaja menjawab panggilan.

“Keluarlah bilik kejap.Ada hal saya nak cakap ni.”Ikhmal bersuara perlahan.

“Cakaplah sekarang.” Lelaki itu ada-ada sahaja.Dalam satu rumah pun nak bertelefon-telefon juga.

“Tak nak.Awak keluar dulu.”Ikhmal berkeras.Selepas menghabiskan kata-katanya dia terus mematikan talian.

Eiiii!! Mengada-ngada betul mamat ni.Aku juga yang kena mengalah.Dia ingat ni rumah dia agaknya..Selendang yang tersangkut di belakang pintu bilik diambil lalu diletakkan ke atas kepala. Dengan hati yang sebal,dia melangkah jua ke luar bilik

Ada apa?” Tanya Lin kepada Ikhmal.Dilihatnya lelaki itu sedang enak menyandar di kerusi.

“Saya tak bawa baju.Macam mana ni?”Ikhmal bangun mendekati Lin.

Lin memandang Ikhmal dari atas ke bawah.Lelaki itu masih memakai pakaian semalam.Jeans dan t-shirt berkolar.

“Itulah mengada-ngada lagi nak ikut orang balik kampung.Kan dah susah.”Tempelak Lin.

“Awak ni nak membebel pula.Tolonglah saya..”rayu Ikhmal.

“Kejap.Saya ambil pakaian ayah saya.”Dia terus berpaling untuk melangkah.

“Eh kejap-kejap.Pakaian ayah awak?”Ikhmal meminta kepastian.Dia terasa segan tiba-tiba.

“Yalah.Tak kan awak nak pakai baju saya pula.Baju kurung.Nak ke?”Lin menyindir.

“Agak-agaklah awak.Tak kan nak bagi saya pakai baju kurung.”Ikhmal memuncungkan bibirnya.

“Tau pun.Tunggu jap saya ambil pakaian untuk awak.”

Ikhmal mengangguk.Dia kembali duduk di atas kerusi.Dipandangnya sekeliling rumah Lin.Rumah papan itu agak besar juga.Dan yang paling dia suka tentang rumah itu adalah susun aturnya.Walaupun hanya rumah papan,susun atur di dalam rumah itu sangat teratur.Matanya terarah pada bingkai gambar yang banyak tersusun di atas almari kecil di sudut ruang tamu.Bingkai gambar tersebut amat menarik perhatiannya.Dia bingkas bangun.Diambilnya salah satu bingkai gambar tersebut.Gambar kanak-kanak perempuan ditenungnya lama.

“Itu gambar saya masa umur 5 tahun.”Lin menyusul di belakang Ikhmal.

“Patutlah comel..”Ikhmal meleretkan kata-katanya.Bingkai gambar itu diletakkan kembali ke tempat asalnya.

Lin cuma tersenyum.Pakaian ditangannya dihulurkan kepada Ikhmal.“Ini saja yang ada.Nasib baik ayah saya tak banyak tanya tau.”

“Thanks..”gumam Ikhmal.

“Erm awak dah bagitau isteri awak ke awak kat sini?’ Serba salah dia bertanyakan soalan itu.

“Belum.Nanti saya bagitau dia.”

“Belum?”Lin menyoal tidak percaya.

“Isteri saya dah biasa kalau saya tak balik rumah.Dia tahu saya banyak kerja kat pejabat.”Tenang sahaja Ikhmal menuturkan ayatnya.

“Nanti bagitau dia.Kasihan pula dia tunggu-tunggu awak balik.”Lin melahirkan rasa simpatinya.Dia tidak sangka isteri Ikhmal se’sporting’ itu.Sehinggakan Ikhmal tidak balik rumah pun isterinya tidak kisah.Patutlah perangai gatal Ikhmal semakin menjadi-jadi.

“Baiklah cik adik.Saya nak pergi mandi dulu.Cik adik dah mandi ke?”

“Lepas subuh tadi saya dah mandi.Kalau awak nak mandi air perigi,ada kat luar belakang rumah.Kalau awak nak mandi air paip,mandi dalam bilik air je.”Lin sempat memberitahu Ikhmal.

“Saya mandi air paip je lah.Air perigi sejuk..”Ikhmal terus menuju ke bilik air.

---------------------------------------

Lin masuk ke dalam bilik kakaknya.Dia ingin menjenguk anak saudara barunya.Sejak kakaknya melahirkan,dia belum lagi menatap wajah anak saudaranya itu.Dia hanya tahu bahawa kakaknya melahirkan seorang bayi lelaki.Itu pun dia tahu melalui ibunya.

“Alolo comelnya..muka dia macam kakaklah.Tapi hidung dia macam abang Azlan.”Lama Lin menatap wajah comel anak saudaranya.

“Ramai yang cakap macam tu.Lin bila nak dapat anak? Calon dah ada kat luar tu.”Maria mengusik adiknya.

“Akak ni.Kahwin pun belum lagi.”

“Akak nampak baik budaknya Ikhmal tu.Ibu dan ayah pun macam suka je dengan Ikhmal.”Maria semakin giat mengusik Lin.

Dia dah kahwin akak..ingin sahaja dia mengeluarkan kata-kata itu namun ditahan.Hatinya semakin suka kepada Ikhmal.Tetapi dipendamnya jauh di sudut hati.Status Ikhmal menjadi benteng yang kuat antara dirinya dengan Ikhmal.

“Apa nama baby ni kak?”Lin cepat-cepat mengalihkan tajuk perbualan.

“Mohd Ashraff.”

“Mohd Ashraff..”Panggil Lin perlahan.Tangan bayi itu dielusnya lembut.Mata bayi itu bulat melihatnya.

“Lin,tengokkan Ashraff kejap ya.Akak nak pergi mandi.Bawalah dia ke luar.”Pinta Maria.

“Boleh aje akak.Ashraff duduk dengan Mak Ngah kejap ya..”Dengan perlahan Mia mengangkat tubuh kecil Ashraff ke dalam rangkulannya.Dia bangun dengan berhati-hati.Langkahnya diatur ke ruang tamu.Dilihatnya Ikhmal sedang berdiri ditepi jendela.Tawanya meletus tiba-tiba.

Ikhmal berpaling mendengar tawa Lin.Matanya tertumpu pada bayi dalam rangkulan Lin.Perlahan-lahan dia mendekati Lin yang sedang berdiri tidak jauh darinya.

“Kenapa awak ketawa?”Ikhmal bertanya hairan.

“Tengoklah diri awak tu.Baju senteng.Pakai kain pelekat pun tak betul.”Lin menahan ketawanya bimbang jika Ashraff akan menangis.

Ikhmal tersengih.Dia memandang dirinya sendiri.Baju itu cukup kecil untuk dimuatkan di tubuhnya yang tinggi lampai itu.Kain pelekat? Dia memang jarang memakai kain pelekat.Dia hanya memakai kain pelekat untuk solat.

“Nak buat macam mana.Baju ini yang awak bagi kat saya.”

“Awak tu tinggi sangat sampai baju ayah saya tak padan dengan awak.”Lin menghabiskan sisa ketawanya.Kemudian dia duduk di atas kerusi panjang di hadapannya.

Ikhmal turut duduk bersebelahan Lin.Matanya leka memerhatikan Lin yang sedang mengagah Ashraff dalam rangkulan gadis itu.Selepas itu Lin mencium lembut pipi Ashraff.Naluri lelakinya berkocak.Alangkah bagus jika Lin menjadi ibu kepada anak-anaknya kelak.Dia memandang Lin tidak berkelip.Seri keibuan jelas terpancar di wajah Lin ketika itu.

“Awak..”Panggil Ikhmal lembut.

Ada apa?” Lin mendongak mencari wajah Ikhmal.Saat dia melihat mata Ikhmal kaku di wajahnya,dia kembali tunduk.Satu perasaan aneh mula mencuri masuk ke celah-celah hatinya.

“Bila awak nak lahirkan baby untuk saya?” Bersahaja Ikhmal bertanya.

“Awak jangan nak merepek.Awak kan dah ada nak.”Lin berkata menutup rasa terkejutnya.

“Saya nak anak dengan awak..”Ikhmal senyum melihat wajah Lin yang memerah.Malukah gadis itu?

“Boleh tak awak sedar diri tu sikit? Jangan main cakap je.”Marah Lin.

“Saya cakap ikhlaslah.Saya nak awak jadi ibu kepada anak-anak saya boleh?”

“Tak boleh.”Pantas Lin menjawab.Tangannya membelai lembut pipi Ashraff.Bayi itu lebih menarik perhatiannya daripada Ikhmal.

“Kenapa?”soal Ikhmal pendek.

“Sebab awak dah kahwin.dah ada isteri,ada anak.”

“Kalau saya belum kahwin?”duga Ikhmal.

“Kalau belum kahwin pun belum tentu saya suka awak.”Lin berkata acuh tak acuh.Dia sendiri tidak mempercayai kata-katanya itu.

“Baby..makcik baby ni garanglah.”Ikhmal mencubit lembut pipi Ashraff.Kemudian bibirnya menyentuh pipi mulus Ashraff.

Lin sedikit tercuit dengan kata-kata Ikhmal.Tingkah lelaki itu kadang-kadang memberi damai di hatinya.

--------------------------

“Minumlah Ikhmal jangan malu-malu.”Hajah Murni meletakkan satu persatu cawan daripada dulang ke atas meja.

“Ibu tak payah pelawa dia.Nanti dia minumlah.Dia jenis yang tak tahu malu sikit.”Lin mengambil secawan teh yang dihidangkan oleh ibunya.Dihulurkan cawan itu kepada ayahnya.

“Tak baik cakap macam tu Lin.Pergi hulur air tu kepada Ikhmal juga.”Perintah Haji Husin.Kata-kata Lin tadi tidak enak didengarinya.

Lin mencebik.Nak tak nak dia mengambil lagi secawan teh lalu diberikan kepada Ikhmal.

“Terima kasih.”Ikhmal mengeyitkan matanya.

“Dah lama ke kamu berdua kenal?” Mata Haji Husin tepat memandang Ikhmal.

“Tak lah lama sangat pakcik.”Jawab Ikhmal sopan.

Lin semakin rimas.Dia tahu ibu dan ayahnya kan bertanya tentangnya dengan Ikhmal.Dan dia juga tahu Ikhmal yang akan menjawab setiap soalan yang diutarakan oleh orang tuanya.Apa yang merisaukannya,jawapan Ikhmal nanti pasti akan mengundang resahnya.

“Kamu betul-betul serius ke dengan Lin?”Giliran Haji Murni pula bertanya.

“Serius makcik.Kalau diizinkan tuhan,memang saya nak kahwin dengan anak makcik ni.”Serius kata-kata Ikhmal.

Argghh.Lelaki ni memang gila.Lin membutangkan matanya ke arah Ikhmal.Tetapi Ikhmal buat-buat tidak nampak.Sudahnya,dia menggenggam tangannya sendiri menahan geram.

“Pakcik tak halang kamu berkawan dengan Lin asalkan kamu ikhlas.”

“Saya memang ikhlas pakcik.Pakcik jangan risau.Saya tak akan permainkan Lin.”Ikhmal tulus berkata.

“Baguslah macam tu.Senanglah sikit hati makcik ni.”Hajah Murni menarik nafas lega.Dia tahu dia boleh mempercayai Ikhmal.

“Ibu,ayah Lin masuk tidur dulu ya.Mengantuk..”Lin bangun lalu terus berlalu ke biliknya.Dia sudah malas mahu berlama-lama di situ.Dia malas mahu mendengar helah Ikhmal.

“Pakcik,makcik saya pun nak masuk tidur dulu.”Ikhmal meminta diri.Lin tiada membuatkan dirinya sedikit kekok untuk berbual dengan Haji Husin dan Hajah Murni.

Haji Husin dan Hajah Murni mengangguk serentak.Kemudian mereka saling berpandangan.

“Macam mana ni bang?’ soal Hajah Murni kepada suaminya.

“Kita batalkan jelah.Lin tak cakap nak bawa Ikhmal manalah kita nak tahu.”

“Mana boleh batalkan.Kita dah janji.Kita tengoklah nanti jadi macam mana.”Tenang haji Husin bersuara.

“Tak apa ke?”Hajah Murni masih ragu-ragu.

“Insyaallah tak apa.Jangan difikirkan sangat.Kita tawakal je.”Haji Husin menenangkan isterinya.

“Yelah bang.Marilah masuk tidur.”Hajah Murni mula bangun.Apabila suaminya turut bangun,mereka beriringan berjalan masuk ke bilik.

----------------------------------

Lin merengus marah.Dari tadi pintu biliknya diketuk bertalu-talu.Ketukan itu perlahan,tapi cukup kuat untuk menganggu lenanya.Dia melihat jam di skrin telefon bimbitnya.Pukul 2 pagi! Dia bingkas bangun.Tuala di penyidai diambil dan diletakkan ke atas kepala.Dia harus bersedia.Dia takut Ikhmal yang mengetuk pintu biliknya.Lelaki itu bukannya betul sangat.Pintu bilik dibuka kasar.

“Dah agak dah..ni masa aktif awak ya? Suka sangat kacau orang masa-masa macam ni.Saya nak tidur tau tak?”Lin memandang wajah segar Ikhmal.

“Saya tau awak nak tidur.Tapi saya lapar..”Ikhmal merengek bagaikan anak kecil.

“Lapar pun nak bagitau saya? Kat dapur tu ada roti,pergilah makan.”Lin menggosok-gosok matanya.Kantuknya masih terasa.

“Saya tak kenyang makan rotiAwak masakkan boleh?”Pinta Ikhmal.

“Hah? Masak pukul 2 pagi ni? Tak naklah saya.Saya nak tidur.”Permintaan Ikhmal ditolak mentah.

“Please Lin..tak kasihan ke kat saya? Perut saya ni dari tadi berbunyi.”Ikhmal memegang perutnya mengharap simpati Lin.

“Besar sangat ke perut awak tu? Malam tadi dah makan.Ni lapar lagi.”

“Janganlah salahkan saya.Salahkan perut saya ni.”Ikhmal menumbuk perutnya perlahan.Dia memang selalu lapar pada waktu-waktu begini.Jika dirumah,mamanya telah sediakan lauk untuknya.Dia cuma perlu panaskan lauk itu sahaja.Tapi sekarang?

Lin menggaru-garu kepala.Lelaki ni banyak betul kerenahnya.Dipandangnya muka Ikhmal.Lelaki itu seperti tidak main-main.Nak masak ke tak ni? Lin membiarkan otaknya memproses jawapan untuk seketika.


Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

2 org yg baik hati suda komen..anda? hee:

♥corcraze♥ said...

yeayyy..dah boleh komen..
pelik btol la si ikhmal nih lapa tgh2 mlm..
xelok taw mkn tgh malam mal oii..
best2..nak chap 6..!!

Anonymous said...

Pakcik bertinta:

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Post a Comment