Sunday, June 21, 2009

Sehangat cinta 9

“Hai Lin..”Ika menyapa lalu mengambil tempat di sebelah Lin

Lin mendongak.Sapaan Ika seolah mata panah yang tepat menembusi jantungnya.Hatinya kembali berirama tidak menentu.Dia hanya mengangguk bersama senyuman yang cuba diukir semanis mungkin.

“Nama penuh Lin apa ya? Nak juga akak tahu.”Ika bertanya lembut.

“Noorul Hazlin.”Jawabnya ringkas.Dia menyorot wajah Ika sekilas.Dia akui wanita itu memang cantik.Tidak bersyukurkah Ikhmal mempunyai seorang isteri seperti wanita di sebelahnya itu?

“Nice name.Akak nak tanya sikit boleh?”

Lin berasa peluhnya memercik keluar.Apakah yang ingin ditanya oleh wanita itu? Tentang hubungannya dengan Ikhmal atau apa?

“Tanyalah kak.”Lirih suaranya menahan getar yang hebat berkocak di dada.

“Apa pendapat Lin tentang Ikhmal?”Lancar Ika bertanya

Lin terkedu.Wanita itu bertanya tentang pendapatnya tentang Ikhmal.Tapi untuk apa? Dia resah.Dia takut wanita itu mengetahui hubungannya dengan Ikhmal sebelum ini.

“Ikhmal okey je.Dia baik.”Dia menjawab ikhlas.

“Lin suka dia?”

“Maksud akak?”Jantungnya semakin berlari rancak.

“Akak nak tahu Lin suka dia?”Ika mengulangi soalannya buat kali kedua.

Soalan apakah itu? Haruskah dia menjawab soalan itu? Gelisah semakin hebat memalit dirinya.

“Err..”Kata-katanya mati disitu.

Ika tergelak kecil.Wajah serba salah Lin menerbitkan rasa lucu di hatinya.Dia tahu soalannya itu terlalu berterus terang.

“Akak nak sampaikan hajat Ikhmal.Dia nak Lin jadi teman wanita dia.Lin setuju tak?”Ika sudah malas mahu berkias-kias.

Mata Lin terbeliak besar mendengar kata-kata Ika.Dia seakan tidak percaya dengan apa yang didengari oleh telinganya.Yang lebih dia tidak percaya apa yang didengarinya adalah dari mulut isteri Ikhmal sendiri.Waraskah wanita itu kerana rela berkongsi suami dengannya? Waraskah wanita itu kerana sanggup menyuntingnya untuk dijadikan teman wanita suaminya?

“Haa kan saya dah cakap isteri saya sporting.Sekarang awak percaya?”Ikhmal datang mencelah.Dia duduk di atas sofa berhadapan dengan Lin.Dari tadi dia menjadi pemerhati perbualan antara Lin dengan kakak iparnya.

“Mal..”Ika menekankan suaranya.Dia tahu adik iparnya itu masih mahu main-main.

Ikhmal mengenyitkan matanya kepada Ika memohon kerjasama daripada kakak iparnya itu.Dia belum puas lagi menyakat Lin.

“Saya tak sangka…”Lin kehilangan kata-kata.Sungguh dia tidak menyangka isteri Ikhmal begitu sporting.

“Sayang,Daniel merengek nak mama dia ni.”Abang Ikhwan tiba-tiba muncul.Dia menyerahkan Daniel dalam rangkulannya kepada Ika.

Lin terlopong.Adegan apa pula yang dilihatnya kali ini? Lelaki yang mendukung anak kecil itu memanggil isteri Ikhmal sayang? Fikirannya benar-benar buntu.

Ikhmal tepuk dahi.Abang Ikhwan telah membantutkan sandiwaranya.Pembohongannya sudah terbongkar kini.Dia meghalakan pandangannya kepada Lin di hadapannya.Dia tahu Lin bingung saat itu.

“Okeylah Lin.Saya tak boleh nak tipu awak dah.Biar saya terangkan semuanya ya.Sebenarnya awak dah salah faham terhadap saya.Saya bukan suami orang.Yang awak sangka isteri saya ni sebenarnya kakak ipar saya,isteri abang Ikhwan.”Ikhmal menerangkan semuanya.Dia tidak mahu ada lagi salah faham antara dia dengan Lin.

Lin terpinga mendengar penjelasan Ikhmal.Malunya dia hanya tuhan saja yang tahu.Rupanya selama ini dia telah salah faham.Perasannya bercampur baur.Gembirakah dia? Marahkah dia? Lelaki yang semakin mendapat tempat di hatinya itu ternyata bukan milik siapa-siapa.

“Tapi kenapa awak tak bagitau saya awal-awal?”Lin membalas renungan Ikhmal.

“Saya cuma main-main.Saya nak selami hati awak dulu.Dan ternyata awak bukan orang yang pentingkan diri sendiri.Awak rela korbankan cinta awak demi kebahagiaan orang lain.”Wajah Lin ditatap penuh kasih.

Main-main? Sedarkah Ikhmal yang lelaki itu sedang bermain dengan perasannya? Sedarkah Ikhmal betapa pedih hatinya mengusir cinta yang sedang bersemi di hati? Sedarkah Ikhmal betapa pilu jiwanya menahan rindu yang tidak jemu bertenggek di tangkai hatinya? Sedarkah Ikhmal betapa sukar dirinya mengikis sayang yang semakin rakus menodai hatinya? Sedarlah Ikhmal tentang semua itu? Perlukah dia marah dengan lelaki itu sedangkan dia ingin sekali Ikhmal menjadi pemilik mutlak hatinya.

“Lin..maafkan Ikhmal ya.Akak tahu dia sangat cintakan Lin.Bagi Ikhmal peluang ye?”Ika menyampuk.

“Dia tak patut tipu saya kak..”Lin bersuara perlahan.

“Saya tak sengaja Lin.Bukan niat saya nak tipu awak.Please..maafkan saya.”Ikhmal merayu.Dia tidak mahu kehilangan Lin.

“Bagilah Ikhmal peluang Lin.”Giliran Ikhwan menyampuk walaupun dia tidak tahu sangat apa yang terjadi sebenarnya.

Lin tunduk memandang kakinya sendiri.Perlukah dia memaafkan Ikhmal? Perlukah dia memberi peluang kepada lelaki itu?

“Lin..please..awak pun tahu kan betapa banyak saya cintakan awak.”Ikhmal bangun mengatur langkah beberapa tapak.Kemudian dia duduk melutut di hadapan Lin.

Lin merenung jauh ke dalam mata Ikhmal.Mencari kejujuran dan keihlasan lelaki itu.Sinar mata Ikhmal tampak tulus.Wajah mengharap Ikhmal ditatap lama.Hatinya berirama perlahan.Kata-kata Ikhmal tadi seolah-olah membelai lembut hatinya.

“Saya boleh maafkan awak.Tapi ada satu syarat..”Sengaja Lin meleretkan kata-katanya.

“Apa dia wak?” Ikhmal bertanya tidak sabar.

“Awak kena jadi driver saya selama sebulan.”Bersahaja dia menuturkan kata-katanya.

“Seumur hidup pun saya sanggup jadi driver awak.”Ikhmal senyum.Ternyata syarat Lin itu mampu diturutinya dengan mudah.

“Dan..sudi ke awak terima saya jadi pasangan awak?” Ikhmal bertanya lagi.

Lin mengangguk perlahan.Egonya ditolak sejauh mungkin.Dia sudah malas mahu menahan perasaannya.Selama ini perit hatinya menahan rasa cinta yang berkumpul di dada.Dia ingin menjadi permaisuri hati lelaki itu.Ingin sekali.

Ikhmal menjerit gembira.Dia melompat kegembiraan.Ternyata cintanya bersambut.Ternyata penantiannya selama ini tidak sia-sia.

“Apa yang seronok sangat tu?” Pn.Ana muncul menatang dulang.Cawan diaturnya ke atas meja.Lalu air kopi di dalam teko dituangkan ke dalam cawan.

“Kalau mama nak tahu,Lin nilah orang yang Ikhmal duk angaukan.”Ika menjawab.

“Betul Mal?”Pn.Ana seperti tidak percaya.Matanya terus mencari wajah Ikhmal.

“Betul ma..dialah orang yang Mal cerita kat mama kat kolam renang hari tu.”Ikhmal menghampiri mamanya.Lengan mamanya dipeluk mesra.

“Jadi Lin lah bakal menantu mama ya?”Pn.Ana senyum.Gembira hatinya bukan kepalang.Ternyata hajatnya untuk bermenantukan Lin akan tercapai jua.

“Tak lama lagi makan nasi minyaklah kita ma..”Ikhwan mengusik.

“Ma pinangkan Lin cepat-cepat boleh? Kahwin terus je senang.”Ikhmal menyampuk.

Lin tersentak mendengar kata-kata Ikhmal.Dia perasan wajahnya memerah saat itu.Kahwin? Terasa bahagia menerobos masuk ke dalam hatinya.

“Isshh tak sabar pula budak ni.Dulu masa orang suruh kahwin tak nak pula.Sabarlah dulu.Kita buat satu-satu.Bertunang dulu.”Pn.Ana tergelak.Ikhmal sudah tidak sabar-sabar hendak kahwin.

“Alah mama ni.Dulu Mal tak jumpa Lin.Mal nak kahwin cepat sebab nak bagi cucu kat mama..Mama kan tak sabar nak tengok baby Mal.”Ikhmal tersengih.Dia mengenyitkan mata kepada Lin.

Lin merasakan wajahnya semakin membahang.Kata-kata nakal Ikhmal tadi membuatkannya tidak senang duduk.

“Mal ni banyak pula alasannya.Tengok Lin dah malu.Tapis la sikit mulut tu.”Pn.Ana melihat wajah bakal menantunya.Wajah merah Lin sudah cukup membuktikan gadis itu malu dengan kata-kata Ikhmal tadi.

“Mal nak cakap dengan Lin kat luar kejap.”Ikhmal terus menarik tangan Lin mengikut langkahnya.

--------------

Ikhmal dan Lin duduk di tepi kolam renang.Hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa mendamaikan hati mereka.Lama mereka diam melayan perasaan masing-masing.Lidah seakan kelu untuk berbicara.

“Awak..”Ikhmal memanggil lembut memecahkan ruang sunyi yang tercipta.

“Ye wak..”Lin menjawab lembut.

“Saya nak tanya boleh?”

“Tanyalah..apa dia?”

“Sejak bila awak jadi anak angkat mama saya ya?”Ikhmal meluahkan soalannya.Dari tadi soalan itu berlari-lari di benaknya.

“Baru saja.Minggu lepas.Masa tu saya tengah tengok-tengok baju kat butik D’Bayu.Lepas tu mama awak datang pada saya minta dia jadi anak angkat dia.Mama awak cakap dia tak ada anak perempuan.”Lin merungkai jawapan untuk persoalan Ikhmal.

“Kenapa tak bagitau saya?”

“Buat apa saya nak bagitau awak.Kalau awak nak tahu berat hati saya nak terima pelawaan mama awak untuk makan kat rumah awak tau.”

“Kenapa?”Ikhmal bertanya ingin tahu.

“Sebab saya takut terserempak dengan awak.”Ringkas jawapan Lin.

“Awak takut dengan perasaan awak sendirikan? Saya tak sangka awak betul-betul ingat saya ni suami orang.Awak ingat tak kat butik dulu masa saya tegur awak.Lepas tu mama datang menyampuk.Kalau awak fikir logic,takkan mama nak tolong pikat awak untuk saya kalau saya ni dah kahwin.”Ikhmal mengangkat keningnya.

Lin terdiam.Dia mengeluh.Mengapalah dia tidak teringatkan hal itu.Betul juga kata Ikhmal.Ternyata salah faham itu berpunca dari dia.

“Saya langsung tak terfikir pasal tu wak..”Lin tunduk.

“Tak apalah awak.Yang dah lepas tu lepaslah.Sekarang ni saya nak tahu awak masih nak buang cinta saya ke?”Ikhmal menyakat.

“Tak nak..”Lin tersipu malu.Wajah Ikhmal langsung tidak dipandangnya.

“So awak nak semai cinta kita ye?”Ikhmal masih mahu mengusik.Wajah memerah Lin mencuit hati lelakinya.

“Kalau itu yang awak nak.”Lin membalas.

“Memang itu yang saya nak.Dari dulu lagi.”Ikhmal bersuara pantas.Tangannya mendongakkan wajah Lin supaya memandangnya.Kasihnya tumpah pada wajah itu.Gadis yang dirinduinya saban hari itu telah menjadi miliknya kini.

“Maafkan saya atas salah faham yang berlaku.”Lin cuba melawan panahan mata Ikhmal.

“Bukan salah awak.Saya yang salah kerana tak berterus terang dari awal.Lupakan semua tu ya.Lagi satu saya nak tanya..”

“Tanyalah.”

“Awak nak lahirkan anak untuk saya tak?”Ikhmal masih mahu menyakat.Dia tersengih-sengih.

“Awak ni..”Pantas Lin mencubit lengan Ikhmal sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.

“Sakitlah sayang..”Ikhmal menggosok-gosok lembut lengannya.

“Haa tulah gatal lagi.Kahwin belum lagi dah fikir pasal anak.”Lin mengomel geram.

“Issh nak bergurau pun tak boleh.Nasib sayalah dapat bakal bini tangan ketam.Asyik kena cubit je.”Ikhmal tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri.

Lin tersenyum bahagia.Lelaki di hadapannya kini telah menjadi raja hatinya.Dan dia berharap semoga kebahagiannya bersama Ikhmal akan kekal.Dia tidak rela kehilangan lelaki itu.Ternyata cinta yang semakin bertambah dihatiya sukar untuk dicantas.

----------------------

Ikhmal tersenyum-senyum seorang diri.Hatinya berbunga-bunga.Ingatannya tidak pernah putus terhadap Lin.Dia selalu angaukan gadis itu.Saban hari dia merindu.

“Oiitt..”

“Ya Allah terkejut aku.Kenapa tak ketuk bilik dulu?”Ikhmal melurut dadanya.Sergahan Haris tadi menyedarkan dia dari lamunan.

“Naik kebas tangan aku ni ketuk tau.Kau tengah mengelamun ya? Senyum sorang-sorang ni kenapa?”Haris bertanya.Sebaik sahaja dia melangkah ke dalam bilik Ikhmal,dia lihat lelaki itu sedang tersenyum-senyum.Entah apa yang difikirkan oleh Ikhmal dia tidak tahu.

“Biasalah orang angau..”Ikhmal meleretkan kata-kata.Bibirnya masih mengukir senyum.

“Tengah tangkap cintan lah ni..”Haris menduga.

“Lebih kurang macam tu lah.Eh kau masuk bilik aku ni kenapa?”Ikhmal bertanya serius.

“Kau dah tahu ke Kak Mah,setiausaha kau tu nak pindah tempat lain?”Haris mengetuk-ngetuk meja Ikhmal perlahan.

“Hah? Aku tak tahu pun.”Ikhmal tersentak.

“Haa tu lah kau angau lagi sampai setiausaha nak pindah pun tak tahu.”Haris mengeleng-gelengkan kepala.

“Dah tu siapa yang gantikan dia?”Ikhmal tidak mempedulikan kata-kata Haris tadi.

“Aku dengar-dengar gadis muda yang gantikan tempat dia.”

“Alahh ni yang aku tak suka.Aku nak orang yang berpengalaman.”Ikhmal mengeluh.

“Apa salahnya bagi peluang dekat orang muda.Lama-lama akan ada pengalamanlah.”Haris meyakinkan.

“Lecehlah kalau macam tu.Kena terangkan dulu nak buat apa.Malas tahu tak.”Ikhmal membidas.

“Leceh tak leceh dah terpaksa Mal.Manalah tahu kot-kot nanti kau tangkap cintan dengan dia pula.”Haris berseloroh.

“Tak ada maknanya.Aku sayangkan awek aku sorang je.”Ikhmal senyum.Wajah Lin menari-nari di tubir matanya.

“Kita tengik jelah nanti.Okeylah aku pun banyak kerja ni.Jumpa lagi.”Haris bingkas bangun.

Ikhmal hanya mengangguk.Dia menghantar langkah Haris dengan pandangan matanya.Dia mengeluh lemah.Dia sudah biasa dengan Kak Mah.Wanita separuh usia itu sudah terlebih memahami akan kehendaknya.Tapi sekarang tiba-tiba orang baru akan menggantikan setiausaha lamanya itu.Tentu kerjanya nanti tidak akan berjalan dengan lancar.Akhirnya dia terus mengeluh dan mengeluh.


Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

8 org yg baik hati suda komen..anda? hee:

.:: Suhaidah Tan ::. said...

bez nya N3 ni lawak pun ada..
ada2 jelah c ikhmal ni...
wink2 jgn setiausaha ikhmal yg baru ni mesti jahat kan??
ish tak suka2 tak suka...
msti dia jadi duri dalam relantnship ikhmal n lin...

hana said...

bestttttt..nk lggg

syah said...

akhrnye ikhml brtrs trg gk..
hehe..suke2..
nakal pn ye eyh ikhml nih..huuu
ala stiausaha bru 2 t msty gdix je..
ntah2 de ati nk tackle c ikhml nih..
ish xmo la..
smbg2...

keSENGALan teserlah.. said...

haha...
ske2..
spe ek setiausaha bru??
jgn la pompuan tuh jenis gedik2..
yg menggatal ngn ikhmal..
smbung2,.

azzakiah said...

hahaha.. lawak la mereka nih...
ala... jangan la setiausaha tu menggedik sangat..
sian kat lin nnt...

lieza said...

alamak... macam ade konflik je?? huhuhu... tetapkan hati ikhmal tau??

Si Kure-kuree said...

sape setiausaha bru ikmal tu??
skali lin yg jdi..hehehe..ske ati je...sbb rasenye aku tataw lin keje ape..ke aku yg ta prasan ntahlah..tpi, kalu lin best gak.mesti cam sweet..hehehe...

♥corcraze♥ said...

korg pk minah yg gedik2 jadi..
ntah2 lin tak yg jadi..
kena tuka keja..
hahaha..

Post a Comment