Tuesday, June 16, 2009

Sehangat cinta 6

Ikhmal duduk bersila di sebelah Haji Husin.Matanya memandang satu persatu tetamu yang datang.Matanya terhenti pada satu wajah.Rizal? Lelaki itukah yang akan meminang Lin?

“Macam mana Pak Haji,dah tanya tuan punya badan?” Tanya seorang lelaki yang berkopiah.

Haji Husin dan Hajah Murni berbalas pandang.Apa yang harus mereka katakan pada En.Mustafa? Perlukah mereka berterus-terang bahawa Lin sudah mempunyai pilihan hati sendiri?

“Saya harap Lin setujulah.Lagipun Rizal ni memang berkenan sangat pada Lin.”Kata Pn.Muna.

“Maafkan saya..sebenarnya Lin tu teman wanita saya.”Sampuk Ikhmal selamba.Dia terpaksa berbohong buat kesekian kali.

Rizal ternganga mendengar kata-kata Ikhmal.Dia tidak tahu pula Lin sudah mempunyai teman lelaki.

“Macam ni En.Mustafa.Sewaktu En.Mustafa bagitau kami hendak datang merisik,kami tidak tahu yang Lin tu dah ada pilihan hatinya sendiri.Tiga hari lepas dia balik sekali dengan Ikhmal ni.Barulah kami tahu dia dah ada pilihan sendiri.”Jelas Haji Husin panjang lebar.Dia berasa bersalah terhadap keluarga En.Mustafa.

“Maafkan kami.Kami tidak tahu pula begini jadinya.”Dengan penuh rendah hati Hajah Murni meminta maaf.

“Makcik..saya pergi tolong Lin kat dapur ya.”Bisik Ikhmal di telinga Hajah Murni.Ikhmal berlalu ke dapur apabila Hajah Murni hanya mengangguk.

………

Ikhmal berdiri memerhatikan Lin yang sedang leka memotong kek.Kehadirannya di dapur tidak disedari oleh Lin.Matanya memandang seteko teh di atas meja.Dia tahu teh itu akan dihidangkan untuk tetamu.

“Lin,awak dah masukkan gula ke dalam air teh ni?”Tanya Ikhmal.Air teh di dalam teko ditiliknya lama.

“Belum.Awak tolong masukkan gula boleh? Saya tengah potong kek ni.”Lin meminta bantuan Ikhmal.Kek buah yang dipotong disusun ke dalam pinggan satu persatu.

“Boleh..untuk awak semua saya sanggup lakukan.”Ikhmal tersengih.Kalau Lin tidak meminta bantuannya pun dia tetap akan merajinkan dirinya.Dia bersiul-siul riang.

“Kenapa awak gembira sangat ni?”Lin pelik melihat Ikhmal yang asyik tersengih.

“Saja..tiap kali ada dekat dengan awak saya gembira.”Ikhmal mengusik.Tangannya lincah mengacau-ngacau air teh di dalam teko.

“Merepek aje..”

“Betullah saya cakap ni.Awak,saya angkat air ni ke depan ya.Atau awak nak pergi hidangkan?”Ikhmal menanti jawapan Lin.

“Tak naklah saya.Awak hidangkan ye.”Lin meletakkan pinggan yang berisi kek buah ke atas dulang.

“Okey..”Ikhmal mula menatang dulang.Dia mengorak langkah.Seketika kemudian dia berhenti melangkah.

“Lin..”Panggilnya lembut.

Ada apa?”Lin mengangkat kening.

“Jangan harap lelaki tu dapat pinang awak.”Dia tersenyum-senyum.Dia menyambung langkahnya.

Lin tergamam dengan kata-kata Ikhmal sebentar tadi.Apakah maksud lelaki itu?Ikhmal..tolonglah jangan buat hal.Dia tahu tingkah Ikhmal sukar diduga.

……

“Jemput minum ya semua..”Ikhmal menghidangkan air di hadapan tetamu.Senyuman tak lekang dari bibirnya.

“Betul ke dia teman lelaki Lin?”Rizal bertanya kepada Haji Husin.Hatinya sedikit curiga.

“Betul Rizal.Pakcik dan makcik pun baru tahu.Kalau pakcik tahu awal-awal Lin dah ada si Ikhmal ni,memang pakcik bagitau kamu semasa kamu cakap nak datang meminang Lin hari tu.Tak sangka pula jadi macam ni..Haji Husin meluahkan rasa kesalnya.

“Tak apalah..nak buat macam manakan.Dah tak ada rezeki kita nak berbesan.”En.Mustafa mencapai secawan teh lalu dihirupnya perlahan.Dahinya berkerut.Hampir tersembur air teh dari mulutnya.Dipandang isterinya yang meneguk air teh di sebelah.Isterinya terbatuk kecil.

“Kenapa? Air teh tu manis sangat ke?” Hajah Murni bertanya.Dia perasan riak kerutan di muka En.Mustafa.

“Err..bukan manis kak..tapi masin..”Pn.Muna menjawab bagi pihak suaminya.

Air teh masin? Hajah Murni memandang Ikhmal meminta pengertian.

“Saya tak tahu.Lin yang buat air tu.”Ikhmal berkata serius.

“Minta maaf ya..nanti saya suruh Lin buat lain.”Hajah Murni bangkit tapi ditahan oleh Pn.Muna.

“Tak apa..kami pun dah nak balik ni.”Pn.Muna cuma tersenyum.

Ikhmal menyembunyikan senyumnya.Dia harap helahnya menjadi.

“Rizal..kamu nak ke kahwin dengan Lin tu? Buat air pun tak reti.Mak rasa baik kamu cari orang lain.”Bisik Pn.Muna pada Rizal.Dia tak nak bermenantukan Lin.Kalau air pun tak reti buat apatah lagi memasak?

“Mak..Rizal suka sangat kat dia..”Rizal merayu.

“Kamu cari orang lainlah.Lagipun dia dah ada Ikhmal.”Pn.Muna memujuk anaknya.

“Pakcik..boleh tak saya nak bercakap dengan Lin sekejap?” Kata-kata Pn.Muna tidak diendahkan.

“Saya rasa tak perlu kot.Sebagai bakal suaminya saya tak izinkan.”Ikhmal buat muka selamba.Dia tidak kisah jika kata-katanya itu kedengaran agak keterlaluan.

Rizal menjeling Ikhmal geram.Ditiliknya Ikhmal lama.Dia akui lelaki itu tampan.Ikhmal mempunyai gaya dan karektor yang mempesona.Tapi dia? Hanyalah lelaki biasa yang sering kecewa dalam cinta.

“Rizal..sabarlah.Lin bukan untuk kamu..”En.Mustafa memeluk bahu Rizal.Dia tahu anaknya itu patah hati.

“Kami minta maaf sangat-sangat..”Ikhlas kata-kata Haji Husin.

“Saya harap,jangan pendam dalam hati ya.”Hajah Murni mengukir senyum.Dia tidak mahu keluarga Rizal berdendam dengan keluarganya.

“Tak apa..Dah tak ada jodoh Rizal dengan Lin.Jodoh tak boleh nak paksa.”Sahut Pn.Muna.Sekarang dia sudah tidak kisah jika Lin tidak menjadi menantunya.Atau lebih tepat lagi dia tidak rela bermenantukan Lin.

“Kami balik dululah.”En.Mustafa bangkit diikuti isterinya.

Ikhmal menarik nafas lega.Hampir-hampir gadis kesayangannya dipinang orang.Kalaulah dia tidak ikut Lin balik kampung sudah pasti Lin akan menjadi tunangan Rizal.Di dalam hatinya,dia mengucap syukur..

…………

“Ibu..kenapa tak bagitau Lin pasal peminangan tu?”Soal Lin.Dia menerpa ke arah ibunya sebaik sahaja tetamu sudah pulang.

“Kalau ibu bagitau mesti Lin tak nak balik kampung kan? Yang Lin pula kenapa tak bagitau awal-awal dah ada pasangan? Kalau Lin bagitau ibu dan ayah memang akan tolak lamaran Rizal dulu.”Hajah Murni memandang wajah anaknya.

Ibu..macam mana Lin nak bagitau.Ikhmal tak ada apa-apa hubungan dengan anak ibu ni.Hendak sahaja kata-kata itu diluahkan,namun ditahan dalam hatinya.

“Lin,kenapa air teh tadi masin? Tertukar garam dengan gula ke?”Haji Husin bertanya inginkan kepastian.

“Masin?” Lin sedikit terjerit.Spontan matanya mencari wajah Ikhmal.Lelaki itu sedang tersengih-sengih.Patutlah Ikhmal ke dapur tadi,ada agenda rupanya.Dia menjegilkan matanya saat mata Ikhmal bertembung dengan matanya.

“Ye,masin.Berkerut-kerut muka diaorang minum”Sampuk Hajah Murni.

“Err..tertukar gula dengan garamlah tu kot.”Tergagap-gagap Lin bersuara.

“Ya Allah..gula dengan garam pun tertukar.Macam manalah nak jadi isteri Ikhmal nanti.”Balas Hajah Murni.

“Tak apalah makcik.Saya tak kisah kalau minum air teh masin pun.Asalkan Lin yang buat,air tangan Lin.”Ikhmal tergelak kecil.Wajah Lin yang memerah dikerling sekilas.Dia tahu Lin tengah marah.

Ikhmal!! Lelaki itu memang sengaja hendak menguji kesabarannya.Lin melepaskan nafasnya perlahan-lahan cuba mengawal kesabaran yang semakin menipis.Nasib baik ibu dan ayahnya ada bersama kalau tidak sudah lama mulut Ikhmal ditenyehnya.

“Ikhmal,jangan tunggu lama-lama sangat.Cepat-cepatl pinang Lin ni.Kamu berdua bukannya muda lagi.Daripada kamu ke hulu ke hilir berdua baik kahwin je.”Haji Husin mengutarakan pendapatnya.

“Insyaallah pakcik.Nanti saya akan bincang dengan keluarga saya.Tak lama lagi sampailah rombongan meminang dari saya.”Ikhmal senyum,bahagia dengan kata-katanya sendiri.

“Baguslah kalau macam tu.Kahwin ni tak elok dilambat-lambatkan.Murni,marilah bersiap ke masjid.Dah nak masuk asar ni.”Haji Husin bangun menuju ke bilik.

“Yalah bang..Lin,kamu boraklah dengan Ikhmal dulu.”Hajah Murni menuruti langkah suaminya.

“Awak yang masukkan garam ke dalam air teh tu kan?”Pantas Lin menyoal apabila ibu dan ayahnya menghilang ke bilik.

“Dah tu siapa lagi..”Ikhmal menahan gelaknya.

“Eeeii awak ni memang melampau.”Lin mengetap bibirnya.

“Saya buat macam tu sebab tak nak awak dipinang oleh Rizal tu.”Ikhmal berterus terang.

“Biarlah dia nak pinang saya ke nak apa ke.Awak tak ada hak nak masuk campur dalam hidup saya tau tak?”Amarahnya diledakkan saat itu.

“Siapa cakap saya tak ada hak? Suatu hari nanti saya akan ada hak ke atas awak.”

“Hak apa Ikhmal? Awak jangan nak cakap tentang hak dengan saya sedangkan hak awak kat Kuala Lumpur tu awak abaikan.Isteri dan anak awak tinggalkan macam tu saja.Macam tu ke awak jaga hak awak?”Lin bertanya garang.

“You look very beautiful when you are mad dear..”Ikhmal menatap wajah marah Lin.

“Please Ikhmal..ni bukan masanya nak bergurau.”

“Saya tak bergurau.Saya akan pastikan awak menjadi hak saya suatu hari nanti.”Ikhmal nekad.

“Dan saya akan pastikan saya tak akan menjadi hak awak.”Lin berkata tegas.

Ikhmal meratah setiap penjuru wajah Lin.Kata Lin tidak dipedulikan.Mengapa Lin sukar faham akan perasaannya.Tak nampakkah Lin bahawa hatinya hanya untuk Lin?

“Awak tengok apa?”Lin bertanya tidak senang.Mata Ikhmal merayau di wajahnya.

“Tengok tahi lalat atas bibir awak.Tengah marah pun nampak sweet..”Ikhmal berseloroh.Cuba mengusir amarah Lin terhadap dirinya.

“Geramnya saya.Awak ni kan memang suka main-main.Malaslah saya cakap dengan awak.”Lin terus bangun menuju kebiliknya.Berlama-lama dengan Ikhmal cukup menguji kesabarannya.Entah kenapa kata-kata Ikhmal tadi meresap masuk ke dalam jiwanya.Ikhmal akan menjadikan dia sebagai haknya?Benarkah?

---------------------------------

Lin memandang Ikhmal yang leka bercakap melalui telefon bimbitnya.Dia mengangkat beg bajunya lalu diletakkan di depan muka pintu.Kemudian dia menghampiri Ikhmal.Lelaki itu sudah usai berborak melalui telefonnya.

“Isteri saya call tadi.Rindu katanya..”

“Saya tak tanya pun.Ada saya kisah?”Balas Lin geram.Hatinya tiba-tiba berdetik cemburu.Tapi untuk apakah cemburu itu? Dia sendiri keliru dengan perasaannya.

“Saja nak bagitau awak yang saya ambil kisah dengan hak saya.”Ikhmal memperli.

“Dahlah.Jomlah,nanti terlepas bas.”Ujar Lin.Dia malas mahu berbalas kata dengan Ikhmal.

“Mana ayah dan ibu awak?”

Ada kat halaman rumah.”Lin sudah mula menuruni anak tangga rumah.

“Ibu..ayah..Lin balik dulu.”Lin memeluk erat ibunya.Kemudian dia menyalami tangan ayahnya.Berat hatinya hendak pulang semula ke Kuala Lumpur.

“Hati-hati ya.Ikhmal,tolong tengok-tengokkan si Lin ni.”Pinta Hajah Murni.

“Jangan risau makcik.Saya akan jaga Lin sebaik mungkin.”Ikhmal berjanji.

“Jaga tingkah laku.Jangan selalu sangat keluar berdua.”Haji Husin berpesan.

“Baiklah pakcik.”Ikhmal menyalami tangan Haji Husin.Kemudian lelaki tua itu dipeluk erat.

Lin tersentuh melihat perlakuan Ikhmal.Lelaki itu tampak ikhlas.Dia tersenyum tanpa sedar.

“Ibu,ayah..kami pergi dulu..”Lin melambai mesra orang tuanya.Sebak di dada di tahan seboleh mungkin.

“Jangan menangis..”Ikhmal berkata setelah mereka sudah jauh dari rumah Lin.

“Siapa yang menangis? Saya tak menangis pun.”Lin membela dirinya.

“Yelah tu..Awak,jauh lagi ke bus stop?”Kakinya sudah penat melangkah.

“Depan tu je..”

“Kalau naik teksi kan senang.”

“Membazir duit je naik teksi.Bukannya jauh pun.Jalan kaki tak sampai 10 minit.”

“Penatlah.Awak,agak-agak kereta saya selamat lagi tak kat Hentian Putra tu?”Ikhmal tiba-tiba teringat akan keretanya yang ditinggalkan di Hentian Putra.Risau juga kalau-kalau keretanya itu hilang.

“Aii baru teringat kereta ke? Kalau hilang padanlah muka awak.”

“Sampai hati awak..”Ikhmal mencebik.

Lin tersenyum.Siapa suruh Ikhmal tinggalkan keretanya macam tu je? Hari tu cakap tak kisah kalau keretanya hilang.Tapi hari ni tiba-tiba nak risau pula.Dipandangnya wajah Ikhmal sekilas.Wajah cuak Ikhmal menggeletek hatinya.

-----------------

Lin leka dengan tugasannya.Tangannya lincah menari-nari di atas papan kekunci laptopnya.Banyak kerjanya yang perlu dia selesaikan.Sesekali tangannya memicit tengkuk,melegakan lenguh yang terasa.

“Rajinnya orang tu..”Su menyakat.

“Aku banyak kerjalah.Aku cuti balik kampung kejap je kerja dah berlambak atas meja.Eh.Ahmad nak dera aku ke apa ni.”Lin merungut.Dia sampai je di pejabat pagi tadi,terus En.Ahmad menyerahkan 3 buah fail kepadanya.Dan dia harus siapkan kerjanya itu dalam masa seminggu.

“Nasib kaulah Lin.Aku datang ni nak bergosip dengan kau.”

“Gosip apa?”Lin bertanya hendak tahu.

“Pasal kaulah.Ceritalah sikit pengalaman balik kampung dengan Ikhmal.Semalam kau tak habis lagi cerita kat aku.”

“Tak ada apa yang menarik.Menyakitkan hati adalah.”Lin berkata tanpa memandang wajah Su.Matanya tetap melekat di skrin laptopnya.

“Menyakitkan hati ke..atau kau dah jatuh hati?”Su tersengih-sengih.Hati sahabatnya itu mahu dikorek sedalam mungkin.

“Menyakitkan hatilah.Nasib baik aku ada kesabaran yang tinggi.Kalau tidak tak tahulah macam mana aku nak brdepan dengan Ikhmal tu.”Lin mendengus.

“Kau dah mula sukakan Ikhmal kan?”Su menduga.

“Ikhmal..teman lelaki kau ke Lin?”Aril datang menyampuk.Dari tadi dia mencuri dengar perbualan antara Su dan Lin.Dan hatinya meronta-ronta ingin mengetahui siapakah Ikhmal yang dimaksudkan oleh Su tadi.

“Ye..bakal teman lelaki Lin.Kenapa? Kau cemburu?”Su mengangkat-angkat keningnya menanti reaksi Aril.

“Mestilah aku cemburu.”Bersahaja Aril berkata.Memang dia cemburu dengan insan yang bernama Ikhmal.Lelaki itu berjaya mencuri hati Lin tapi dia?

“Kau cari orang lainlah Aril.Hati Lin ni dah nak jadi milik orang lain.”Su sengaja membakar perasaan Aril.

“Kenapa pulak nak cari orang lain? Lin belum jadi milik mutlak sesiapa lagi.Kalau dia dah kahwin sekali pun,tak semestinya aku tak boleh memiliki dia.”Dalam maksud kata-kata Aril.Jiwanya berasa terbakar dengan kata-kata Su sebentar tadi.Memang sekarang hati Lin bukan untuknya,tapi pada masa akan datang tak siapa yang tahu.Dan entah mengapa hatinya berasa kurang senang mendengar nama Ikhmal.

“Sudahlah korang.Jangan nak membebel depan aku boleh tak?”Lin yang diam dari tadi bersuara.Dia berasa rimas tiba-tiba.

“Lin,boleh aku tahu siapa Ikhmal?”Aril bertanya.Hatinya benar-benar ingin mengetahui siapakah Ikhmal.

“Ikhmal tu manager syarikat Berjaya Holding.Kau pun mesti kenal kan.”Su menjawab bagi pihak Lin.

“Ooo..”Ail berfikir sejenak.Dia pernah berurusan dengan Ikhmal sebelum ni.Ikhmal..nama itu bagaikan menjerit-jerit di telinganya.

“Excuse me..boleh tak kau orang berdua pergi ke tempat masing-masing.Bagi aku buat kerja dengan aman boleh?”Lin memandang Aril dan Su silih berganti.

“Yelah aku pergi ni.Lin,cinta aku tak pernah berubah.”Aril sempat meluahkan apa yang dirasanya.Kemudian dia melangkah ke mejanya.Ikhmal..mindanya mencongak-congak sesuatu.

“Su,silakan balik ke jabatan anda di tingkat atas..”Ayatnya sengaja diskemakan.

“Before that..”Su tersenyum-senyum.

“Apa? Macam orang tak betul dah aku tengok kau.”

“Kau dah mula jatuh cinta pada Ikhmal kan kan?”

“Merepeklah kau.Berapa kali nak cakap aku takkan jatuh cinta dengan suami orang.”Kata-katanya itu tidak ikhlas lahir dari hatinya.Tapi mengapa?

“Jatuh cinta lagi..lagi-lagi ku jatuh cinta..”Su bernyanyi kecil sambil melangkah ke arah lif.Dia sengaja mahu mengusik Lin,tahu hati sahabatnya itu telah dicuit oleh Ikhmal.

Lin tersenyum mendengar nyanyian Su.Sudah jatuh cintakah dia? Kotak ingatannya dipenuhi oleh wajah tampan Ikhmal.Mengapa lelaki itu yang singgah di hatinya? Berat baginya untuk mengakui yang dia sudah jatuh sayang kepada Ikhmal.Ikhmal bijak mencuri hatinya.Ikhmal pandai mewujudkan cinta di hatinya.Lelaki itu juga cerdik menjemput bahagia di jiwanya.Tetapi mengapa saat itu hatinya pedih? Terasa hatinya dicucuk-cucuk dengan duri cinta sedangkan keindahan bunga cinta belum dikecapinya.Ikhmal..dia cuba mengusir wajah Ikhmal yang sering bertandang di mindanya.Dia mengeluh perlahan membuang segala rasa yang bercampur yang bertamu di hatinya.Bunyi sms mematikan lamunannya.Dicapainya telefon bimbit di atas meja.

‘Saya rindukan awak..rindu sangat-sangat..’

Lin mengeluh untuk kesekian kali.Sms dari Ikhmal menggetarkan perasaannya.Mengapa lelaki itu hadir dalam hidupnya? Mengapa lelaki itu tidak jemu mengejarnya?


Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

8 org yg baik hati suda komen..anda? hee:

..tinis.. said...

best2!!

syah said...

besh...
bl la ikhmal nih nk btrs trg??
smbg cpt2 pliz..hehe

Anonymous said...

hi..
ermm Aril tu mcm ade agenda je..
huhu jgnla dia spoil hbgn Lin dgn Ikhmal..

Aimie Lieyana said...

huhu yeke aril ada agenda?
hehe wait n see ya!

mijamon said...

huhu....
can't wait for the next chapter...
cpt2 la smbg ek...
heee...
gud job...

.:: Suhaidah Tan ::. said...

tahniah2 bez gila novel ni...
harap next en3 btambah bez...
lawak btul ikhmal ni...
saya suka sangat...

♥corcraze♥ said...

wahahah..nakal tol si ikhmal tuh..
si lin ni plak pndai2 la bela diri,aduyai..

bestnye,nak lagi,lagi dan lagi..
hehehe..

Farrez Hakim said...

elop gurlz_88..
saje dtg jenguk
cte ni pasal pe?
malas nak baca..
wakakaka..

Post a Comment