“Saya sayang awak..” Luah Hafiz ikhlas.
“Gila!” cepat Sya bersuara..
“Yes,I’m madly in love with you..”
“Whatever..” Pantas Sya melangkah mahu beredar dari situ.Jika dia berlama-lama di situ sudah pasti dia akan mengikut jejak lelaki itu.Sewel!
Terkocoh-kocoh Hafiz mengejar dari belakang.Dia belum puas meluahkan perasaan pada gadis itu.Sejak minggu lepas lagi dia
“Awak ikut saya,saya panggil Pakcik Musa.” Ugut Sya sambil mempercepatkan langkahnya.
“Panggillah,awak ingat saya takut? Pakcik Musa tu kamcing dengan saya tau.” Hafiz ketawa.Dia memang baik dengan pengawal keselamatan universiti tersebut..Malah Pakcik Musa telah dianggap seperti ayahnya sendiri.
Sya mendengus geram.Dia tidak tahu bagaimana cara untuk dia melarikan diri dari Hafiz.Kehadiran Hafiz membuatkan hidupnya tidak tenang.Ada sahaja agenda lelaki itu.
“Kenapa susah sangat awak nak berkawan dengan saya? Saya bukannya nak ajak awak kahwin pun.Ehemm kalau awak nak kahwin dengan saya pun,saya setuju je..” Hafiz tertawa kecil di hujung kata-katawa.
Sya berhenti melangkah dan berpaling ke arah Hafiz yang sedang tersengih.“Tak ingin saya nak kahwin dengan awak.Menyusahkan hidup saya saja.Boleh tak kalau awak jangan ganggu saya.” Sya manjawab geram.
“Betul ni tak nak kahwin dengan saya? Saya hensem tau.” Hafiz
“Hensem tapi perangai buruk buat apa.” Ye,memang Sya akui Hafiz hensem.Itu tidak dapat dinafikannya.Hensem bukan jaminan atau kayu ukur untuk dia memulakan persahabatan dengan seseorang.Dia lebih menilai sikap dari sifat luaran.
“Siapa cakap perangai saya buruk? Solat saya tak tinggal,Quran pun saya dah khatam tau.” Hafiz berkata-kata seolah mempromosikan dirinya.Menunggu Lin bersetuju ‘membeli’ dirinya.
“Sudahlah En.Mohd Hafiz.Saya dah bosan dengan kerenah awak ni.Apa yang awak nak dari saya sebenarnya?”
“Saya Cuma nak berkawan dengan awak.Itu aje.” Hafiz serius dalam menuturkan kata-katanya.
Sya menarik nafas panjang.Otaknya berhempas pulas berfikir mempertimbangkan permintaan Hafiz tersebut.Lambat-lambat dia bersuara.“Baik,kalau itu yang awak nak.”
Hafiz tersenyum puas.Ternyata usahanya selama ini berbaloi.Akhirnya gadis itu menjadi kawannnya.“Terima kasih.kan senang kalau dari dulu awak nak jadi kawan saya.”
“Itu yang awak nakkan.Sekarang boleh tak awak lepaskan saya? Saya ada kuliah kejap lagi.” Sya terus berjalan ke arah bloknya.Jika itu yang lelaki itu mahukan,dia turutkan.Jika itu yang boleh membuatkan dia bebas dari Hafiz dia rela walaupun di dalam hatinya dia tidak ingin berkawan dengan Hafiz.Bukan dia memilih kawan,tapi sikap Hafiz yang membuatkan dia lemas.
Hafiz tersenyum sambil memerhatikan langkah Sya yang teratur.
---------------------
“Aku berjaya Wan.”
“Betul ke? Wan mengangkat kening tidak percaya.
“Mestilah betul,takkan aku nak tipu kau pulak.” Hafiz menjeling Wan geram.
“Aku hairanla dengan kau ni.Terhegeh-hegeh sangat kat budak perempuan tu.Nak kata cantik sangat tak adalah.Cuma ayu je.”
“Hah,itu yang aku nak.Wajah nan ayu memikat kalbu..” Hafiz tersengih sambil mengangkat ibu jari kea rah Wan.
“Kau ni kalau dah angau memang tak dapat aku nak tolong.Naik geli geleman aku tau.” Wan mencebik.
“Kau tak tahu kau diam eh.Cuma aku je paham perasaan aku.”
“Kau ni ada rupa.Tapi aku hairan,macam mane tak ada awek yang sangkut kat kau.” Kata Wan sambil melurut-lurut janggutnya yang sejemput itu.
“Siapala nak kat aku ni,yela orang tak berduit.” Balas Hafiz merendah diri.
“Itu tak penting,yang penting hati kau baik.” Bidas Wan sambil menepuk-nepuk dada Ikhmal.
“Itu je yang aku ada Wan..”Ikhmal ketawa kecil.
“Aku serius kau main-main pulak.”
“Kau nampak muka aku ni muka main-main ke?” Hafizl
“Itu muka badut Fiz.” Mereka sama-sama ketawa.
“Dahla,layan kau sampai esok pun tak habis.Aku nak tidur.” Hafiz mula menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya.
“Good night.” Wan turut merebahkan tubuhnya ke atas katil.
------------------
“Hai wak.” Hafiz menegur sebaik sahaja mengambil tempat di sebelah Lin.
“Awak lagi? Kenapa ikut saya?”Sya bertanya kasar.Hilang sopan-santunnya selama ini.Rasa geram menguasai hati.
“Hei,tenang la.Saya pun ada ambil subjek ni.Saya tak ikut awak tau.Dah saya rasa nak duduk kat tempat ni.” Hafiz membela dirinya.
“Ok,awak duduklah sini.Biar saya duduk kat tempat lain.” Sya mula bangun.Tetapi tidak lama.Selepas itu dia kembali duduk.
“Erm kenapa?” Tanya Hafiz berpura-pura tidak tahu.
“Awak tak nampak dewan kuliah ni dah penuh.Dah tak ada tempat kosong lagi.” Sya menjawab geram.Berlama-lama dengan lelaki ini akan menguji kesabarannya yang sememangnya sudah semakin menipis itu.
“Jadi..nak tak nak awak kenalah duduk kat sebelah saya jugak.” Hafiz tersenyum.
“Ye,saya dah terpaksa duduk sebelah orang macam awak ni.” Kata Sya tanpa memandang Hafiz.
“Eleh,terpaksa konon.Padahal dalam hati awak tu berbunga-bunga kan.Yela,dapat duduk dengan saya yang hensem ni.” Ikhmal sengaja menambahkan geram di hati Lin.
“Wekk,nak muntah saya dengar.Perasan hensem!” Tempelak Sya sambil menjeling tajam ke arah Hafiz..
“Tak baik tau awak cakap saya macam tu…” Nadanya dibuat-buat seperti merajuk.
Sya mencebik.Naik rimas dengan lelaki yang seorang ini.Akhirnya dia diam.Malas hendak melayan kerenah Hafiz yang semakin menjadi-jadi.
----------------
“Apa perkembangan kau dengan pakwe hensem tu sekarang?” Ina memandang wajah Sya yang serius.
“Haa ni sorang lagi nak panaskan hati aku.Tak ada benda lain ke kau nak Tanya aku?” Sya menjegil kearah Ina.
Ina ketawa kecil.Nampaknya dia salah bertanya.Dia kembali menaip kertas kerja untuk subjek Botani yang diambilnya untuk semester itu.
“Erm..sebenarnya aku taklah benci dia sangat.Cuma aku tak suka sikap dia yang nakal tu.” Lin membuka kata.Matanya masih terlekap pada novel di tangannya.Dia memang hantu novel.Pantang ada novel baru diterbitkan,dia akan memastikan yang dialah antara orang yang terawal memiliki novel tersebut.
Ina mengangkat kening.“Aku ingat kau tak nak dah cakap pasal mamat tu.”
Sya senyum.Dia meletakkan novel di sisinya.Dipandangnya Ina yang leka menaip.“Borak kosong apa salahnya…”
“Dah jatuh hati la tu…” Sengaja Ina meleretkan kata-katanya.
Sya ketawa.Ketawanya mati apabila telefon bimbitnya berdering alunan lagu jazz.
“Aku cakap kat luar ek.Taknak kacau kau.” Lin sempat berbisik di telinga Ina sebelum menuju ke pintu bilik.
“Hello abang..” Sya memulakan perbualan.
“Hai..Sya sihat?”
Sya diam.Lama.Sudah lama lelaki itu tidak menghubunginya.Dia berasa kurang selesa.Perlahan-lahan dia menarik nafas,mengusir resah yang bertandang di tangkai hatinya.
“Sihat..abang? Erm dah lama abang tak call Sya.Kenapa tiba-tiba je hari ni abang telefon?” Selepas menuturkan ayat tersebut,dia menepuk kepalanya.Tersedar yang dia tidak harus berkata begitu.Nampak sangat dia tidak menyenangi panggilan daripada lelaki itu.
“Abang pun sihat..Aii macam tak suka je abang telefon.Nak Tanya khabar Sya pun tak boleh ke?”
“Err boleh..” Hanya itu yang terbit dari bibirnya.
“Esok abang datang jumpa Sya.Dah lama kita tak jumpa.Tunggu abang esok tau.Oklah,bye.”Lelaki itu terus meletak telefon tanpa menanti persetujuan daripada Sya.
Sya mendengus geram.Lelaki itu selalu begitu.Membuat keputusan tanpa bertanya pendapatnya.Nak tak hendak terpaksalah dia bersemuka dengan lelaki itu keesokkan hari.Dia mengeluh dalam hati,melepaskan beban yang ditanggung sedikit demi sedikit.
------------------------------
Suasana Café Indah amat lenggang petang tersebut.Hanya kelihatan beberapa orang pelajar sahaja yang memenuhi beberapa meja di kafe tersebut.Sya duduk di satu sudut kafe.Air milo aisnya telah tingal separuh namun kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan.
“Sya,maaf abang lambat..ada hal kat pejabat tadi.”
“Sampai pun abang.Sya ingat abang tak jadi datang.”
“Abang cakap nak datangkan,jadi abang mesti datang.” Balas Hisyam sambil menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Sya.
“Abang ada hal ke nak bincang dengan Sya?” Sya bertanya ingin tahu.
“Ye..Pasal perkahwinan kita.” Tenang sahaja bicara Hisyam.
Sya terkedu.Sebolehnya dia mahu mengelak daripada membincangkan hal itu.Ternyata hari ini dia tidak mampu mengelak lagi.
“Nak bincang pasal apa?” Sya menahan getar suaranya.
“Abang nak cepatkan tarikh perkahwinan kita boleh?”
“Tapi kenapa bang? Abang tahukan sekarang ni Sya sibuk dengan final exam.”
“Sebab abang kena tukar kerja ke
“Nantilah Sya fikir balik.Keputusan pasal ni tak boleh buat tergesa-gesa bang.”Lembut tutur Sya.
“Okey,Sya fikirkanlah.Abang tak paksa Sya.Lagipun kita dah bertunang selama dua tahun.Dah lama tu.Tak salah kalau kita cepatkan tarikh perkahwinan.”Hisyam amat berharap Sya akan setuju dengan permintaannya ini.
“Insyaallah bang.Abang dah makan? Nak Sya orderkan?” Sya bertanya.
“Tak apalah.Abang dah makan lunch tadi.Kenyang lagi.Kalau Sya nak makan,makanlah.Abang temankan.”
“Sya pun kenyang lagi ni.”Sya tidak tahu apa lagi yang hendak dibicarakan dengan lelaki ini.Dia kekok.
“Sya tak rindu abang?” Hisyam sengaja ingin menduga hati Sya.
SYa tersentap.Mengapakah soalan itu yang Hisyam ajukan kepadanya.Perlukah dia menjawab dengan jujur?Sungguh,tiada sekelumit pun rindunya untuk lelaki itu.
“Sya…”Kata-katanya mati disitu.
“Tak apa Sya.Abang faham.Sya sibuk dengan kuliah sampai Sya tak ingat kat abangkan.”Hisyam memujuk dirinya sendiri.
Sya senyum cuma.Mengapa lelaki ini terlalu baik dengannya? Mengapa lelaki ini terlalu berlembut dengannya?
“Abang balik dululah ya.Dah lewat ni.”Kata Hisyam sambil mengeluarkan dua keping not
“Eh abang.Tak payah susah-susah.Duit Sya masih cukup lagi.”Sya
“Ambil je buat belanja.Abang ikhlas.”Hisyam meletakkan wang tersebut kedalam genggaman tangan Sya.
“Terima kasih abang.”Wang itu digenggam erat.Dia tidak mampu untuk menolak lagi.
----------------------------
“Novel apa awak baca tu?”Tanya Hafiz.Dari tadi dia lihat Sya tekun membaca sebuah novel.
“Novel Aisya Sofea.Tajuk dia Jendela Hati.”Sya menjawab tanpa melihat wajah Hafiz.
Hafiz tersenyum.Dia memandang lama wajah putih bersih Sya.Gadis itu sudah mahu berbaik-baik dengannya.Gadis itu sudah tidak marah-marah apabila bersamanya.
“Awak senyum sorang-sorang ni kenapa?” Sya pelik melihat Hafiz yang dari tadi asyik tersenyum.Dia memerhatikan sekeliling.Tiada apa perkara yang melucukan berlaku di taman itu.Malah hanya terdapat beberapa orang pelajar sahaja yang mengulangkaji pelajaran di taman tersebut.
“Saya senyum tengok awak.Saya suka tengok awak.”Hafiz berterus terang.
“Awak ni..Jangan buat saya malu boleh tak?”Wajahnya memerah.
“Cute..”Hafiz mengusik.
Satu cubitan singgah di lengan Hafiz.Hafiz menjerit kecil.Tangannya menggosok-gosok lengannya yang pedih.
“Padan muka awak.Suka sangat mengusik.”Kini giliran Sya pula tersenyum.
“Sampai hati awak.Awak tak sayang saya ya.”Hafiz menduga.
Sayang? Ya,dia amat sayangkan lelaki itu.Malah bukan setakat sayang,dia juga mencintai lelaki itu.Amat cinta.Tetapi hanya hatinya yang tahu perasaan itu.Perasaan itu tidak pernah diluahkan kepada Hafiz.Dia tahu ada benteng yang besar antara dirinya dengan Hafiz.
“Awak,saya cintakan awak..”Hafiz melihat kedalam mata Sya.Ada sinar di dalam mata itu.Sinar yang amat bercahaya saat dia mengungkapkan cinta kepada Sya.Dan Hafiz juga tahu Sya juga mencintai dirinya.Sudah berkali-kali dia meluahkan cintanya,namun Sya hanya tersenyum.Tidak pula Sya menolak seperti di awal perkenalan mereka.
“Terima kasih Fiz..”hanya itu yang diucapkan oleh Sya.
“
“Tanpa saya ungkapkan pun,awak tahu apa perasaan sayakan?”Sya melihat wajah insan yang dicintainya.
“Saya tahu awak mempunyai perasaan yang sama terhadap saya.Saya cuma nak dengar sendiri dari mulut awak.”
“Saya tak boleh awak..”
“Kenapa tak boleh?”Hafiz meninggikan suaranya.Dia sudah mula hilang sabar.Susah sangatkah untuk Sya mengatakan yang gadis itu mencintai dirinya?
“Kalau awak nak sangat tahu,saya ni tunang orang.”Terdengar esak tangis di hujung kata Sya.
Hafiz terpempan?Tunang orang?Benarkah apa yang didengarnya kini?Terasa lemah seluruh tubuhnya.
“Saya dah dua tahun bertunang dengan dia.Pertunangan tersebut aturan keluarga kami.Saya tidak pernah mencintainya.”Tangisannya semakin kuat.
Hafiz menggenggam erat tangan Sya.Meminjamkan kekuatan kepada gadis yang disayanginya itu.Melihat air mata Sya,membuatkan hatinya resah.
“Awak berterus teranglah dengan dia.Putuskan ikatan pertunangan awak dengan dia.”
“Dah banyak kali saya fikir macam tu.Tapi saya tak sanggup.Dia terlalu baik dengan saya.Dia juga banyak membantu keluarga saya.”Sya membiarkan tangannya di dalam genggaman Hafiz.Hatinya terasa damai sekali.
“Awak,ini soal hidup awak.Awak kena tegas dalam membuat keputusan.Awak jangan risau,saya akan tetap di sisi awak.Susah senang kita tempuh bersama-sama ya?” Hafiz memujuk.Dia nekad dia tidak akan sesekali melepaskan Sya.Dia benar-benar tulus mencintai gadis itu.
Sya tersenyum dan mengangguk.Dia tenang bersama Hafiz saat itu walaupun dia sendiri tidak pasti apa akan berlaku pada keesokkan hari.
---------------------------
Hisyam memandang lama telefon bimbitnya.Otaknya ligat berfikir.Haruskah dia menelefon Sya? Dia amat rindu pada tunangnya itu.Dengan perlahan dia mendail nombor Sya yang sememangnya disimpan kemas dalam memori ingatannya.
“Hello..”
“Hai sayang.Buat apa tu?”Hisyam menyoal.Bibirnya tersenyum mendengar suara Sya.
“Sya tengah buat assignment.”Hatinya tiba-tiba berdebar.
“Abang ganggu ya?”
“Tak adalah.Dah nak siap pun assignment ni.Kenapa abang telefon?” Sya bertanya tidak senang.
“Abang rindu kat Sya..”Hisyam berkata perlahan.
Sya terkedu.Ungkapan rindu Hisyam seakan menjerut lehernya.
“Senyap tu tandanya Sya rindu kat abang juga
“Abang ni memandai aje.Abang sihat?”Sya mengalihkan tajuk perbualan.
“Sihat..Sya?” Hisyam bertanya kembali.
“Sya pun sihat…”
“Sya,macam mana? Dah fikir?”
Hati Sya berdegup kencang.Apakah jawapan yang patut diberikan kepada Hisyam? Sebenarnya dia belum lagi memikirkan permintaan Syam tempoh hari.Permintaan Hisyam untuk mempercepatkan perkahwinan mereka.
“Sya tak tahu bang.”Jujur jawapannya.
“Abang dah minta pandangan ibu abang dengan mak Sya.Diaorang pun dah setuju.Tunggu keputusan Sya saja.”
“Kalau macam tu,Sya ikut je..”Lancar saja Sya menuturkan kata-kata itu walaupan hatinya meronta tidak mahu.Cintanya hanya pada Hafiz,bukan untuk Hisyam.
“Terima kasih sayang.Abang akan uruskan persiapan perkahwinan kita.Sya jangan bimbang.”Hisyam gembira.Teramat gembira sebenarnya.
Hisyam tersenyum meleret.Impiannya semakin hampir kini.Impiannya untuk berkahwin dengan gadis pujaannya.Ternyata penantiannya selama ini tidak sia-sia.
------------------------------
“Saya dah setuju nak cepatkan tarikh perkahwinan.” Teragak-agak Sya berkata.
“What?” Hafiz tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Saya pun tidak tahu macam mana saya boleh setuju.Saya setuju dalam keadaan luar sedar.”Dia berasa serba salah melihat wajah terkejut Hafiz.
“Tenang sayang..Saya tak marah.Saya tahu awak dalam keadaan tertekan.”Hafiz menenangkan gadis idamannya.
“Apa patut saya buat sekarang wak?”Air matanya mula bergenang.
“Kita jumpa dia.Kita terus terang dengan dia yang kita sedang bercinta.”Mudah sahaja cadangan yang diutarakan oleh Hafiz.
“Boleh ke macam tu? Saya tak sanggup..”Tangisannya sudah tidak dapat ditahan.
“Sssyyhhh..jangan menangis.Saya tak suka tengok air mata awak..”Hafiz menyapu air mata Sya yang mengalir ke pipi.
“Kalau awak tak sanggup,awak nak hidup dengan dia?”
“Saya sayangkan awak.”Sya berkata jujur.
“Saya tahu.Dan saya pun sangat sayangkan awak.Kita sama-sama jumpa dia ya?Kita berbincang secara elok dengan dia.”Hafiz mencuit mesra hidung Sya.
“Saya tak nak dia terluka..”Sya menjadi semakin serba salah.
“Dan saya juga tak nak awak terluka sayang..Itu saja penyelesaian yang kita ada.Awak kena kuat.”Hafiz memandang wajah Sya yang basah dengan air mata.Sungguh,kasihnya hanya tertumpah pada gadis itu.
“Tak apalah awak.Biar saya saja yang berterus terang dengan dia.Saya tak nak susahkan awak.Hal ini antara dia dengan saya saja.Saya tahu dia akan faham dengan keadaan saya ini.”Sya yakin dengan kata-katanya.
“Kalau itu keputusan awak,saya ikut saja.Dan please,beritahu saya kalau ada apa-apa yang berlaku.I’ll be there for you dear.”Hafiz tersenyum.
“Thanks..”Sya juga tersenyum.Semakin hari cintanya terhadap Hafiz semakin mekar.Lelaki itu begitu tulus mencintainya.Lelaki itu begitu ikhlas menyayanginya.Dan dia bahagia berada disamping Hafiz.
“Apa sahaja saya sanggup buat untuk awak.Awak penting buat saya.Cinta dan sayang saya hanya untuk awak.”
Mendengarkan kata-kata Hafiz,air mata Sya mengalir lagi.Hatinya cukup tersentuh dengan kasih sayang Hafiz terhadapnya.
“Sayang please..jangan bazirkan air mata awak.Air mata awak terlalu berharga untuk dibazirkan.”Hafiz menggenggam erat tangan Sya.Kemudian tangan Sya dibawa ke bibirnya.
Sya hanya mengangguk.Tuhan,kuatkanlah hati ini.Tabahkanlah jiwa ini.Aku sangat mencintai lelaki ini.Benarkah dia tercipta untukku? Benarkah dia pelindungku kelak?Benarkah dia akan membahagiakanku sehingga akhir hayatku? Sya sendiri tidak pasti dengan jawapannya.
-----------------------------------
Sya melihat katalog di tangannya.Hatinya kosong.Perasaannya sayu.Dia sedaya upaya menahan sebak didada.
“Dah pilih baju pengantin?”Hisyam bertanya.Matanya terarah kepada katalog ditangan Sya.
“Belum.Semua cantik-cantik.Tak tahu nak pilih yang mana.”Sya berbohong.
“Kita pilih sama-sama ya.”Hisyam mengambil tempat di sebelah Sya.Katalog di tangan Sya dibelek.
“Yang ni cantik.Simple tapi sweet.Tak berkenan?”Mata Hisyam tekun melihat katalog.
“Cantik.Ambil yang ni jelah ye.”Sya sudah malas mahu memilih.
“Okey sayang.”Dagu Sya dicuit manja.
Sya memandang wajah Hisyam.Sungguh berseri-seri wajah itu.Dia akui Hisyam seorang lelaki yang menjadi idaman wanita.Tapi entah kenapa hatinya sedikit pun tidak terpaut.Wajah tampan Hisyam ditilik lama.Tegarkah dia melukai hati lelaki itu?Lelaki yang banyak berjasa kepadanya.Lelaki yang menumpahkan sepenuh kasih sayang hanya untuk dirinya.
“Sya ragu dengan perkahwinan kita?”Hisyam bertanya tiba-tiba.
Sya hanya diam.Dia bukan setakat meragui malah dia tak inginkan perkahwinan itu terjadi.Kejamkah dirinya?
“Sya jangan bimbang.Abang akan jaga Sya sampai akhir hayat abang.Abang betul-betul ikhlas sayangkan Sya.”Tenang Hisyam berkata.Dia tahu Sya tidak sepenuhnya menerima dirinya.
Sya menatap ke dalam anak mata Hisyam.Mata itu jelas tidak menipu.Terpamer kejujuran pada raut wajah bersih Hisyam.Tadi Hisyam mengajaknya membeli kelengkapan perkahwinan.Dan dia bersetuju.Dia bercadang hendak berterus terang dengan Hisyam.Dia juga bercadang supaya Hisyam melepaskannya.Tapi saat dia berhadapan dengan Hisyam ketika itu,dia tidak sanggup.Walaupun tiada sekelumit cinta untuk lelaki itu,dia masih hormatkan lelaki itu.Sayangnya pada lelaki itu tetap ada.Ya,dia sayangkan Hisyam sebagai seorang abang.
“Baju pengantin dah pilih.Kita pergi beli cincin pula.Boleh?”Hisyam meminta persetujuan Sya.
Sya mengangguk.Dia tiada pilihan lagi.Dia terpaksa menurut sahaja.
“Okey.Abang nak pergi cakap dengan tauke butik ni kejap.Abang nak dia sediakan baju yang kita pilih tadi secepat mungkin.”Hisyam terus menuju ke satu sudut butik.
Sya memandang Hisyam dari jauh.Bibir Hisyam tidak lekang dengan senyuman.Dia tahu Hisyam sedang bahagia.Dan dia tidak sampai hati hendak memusnahkan kebahagiaan Hisyam.Tapi bukankah kebahagiaan Hisyam akan menyebabkan dia menderita?
------------------------
Hafiz melihat jam di tangannya.Kemudian matanya melilau kesekeliling kafe.Mencari kelibat Sya.Dia rindukan gadis itu.
“Sori lambat.Kelas habis lambat tadi.”Sya mengambil tempat disebelah Hafiz. “Its okey dear.Nak minum apa?”Hafiz menyoal.
“Macam biasa.”Sya menjawab pendek.
“Jus oren satu bang.”Tempik Hafiz pada salah seorang pelayan kafe.
Hafiz memandang lama wajah Sya.Gadis itu kelihatan lesu.Pandangannya jatuh ke bibir Sya.Bibir itu sedang tersenyum kepadanya.Kerinduannya terubat kini.
“Sayang penat?” Tanya Hafiz.Wajah Sya tidak ceria.
“Sikit je.Semalam tido lewat siapkan assignment.”Jawab Sya.Dia tersentuh dengan keprihatinan Hafiz.
“Kasihan sayang saya ni.Lain kali jangan tido lewat sangat.”
“Nak buat macam mana,assignment kena hantar hari ni.”
“Yelah,tapi kesihatan kena jaga juga.Kalau awak sakit,saya yang susah hati tau.”
Sya tergelak mendengar kata Hafiz.Dia berasa bahagia saat itu.
“Macam mana? Dah bagitau dia?”
“Belum.Susah saya nak bagitau dia.”Wajah Sya berubah menjadi muram.
“Tak apa.Take our time.Saya tak paksa awak.Saya tahu perkara ni susah untuk awak.”Hafiz seakan memahami.
“Terima kasih sebab memahami saya.”Sya senyum hambar.
“Dahlah sayang.Jangan muram-muram macam ni.Tak elok.Dah hilang seri wajah awak.Senyum sikit.”Hafiz mengusik.
Sya senyum.Hafiz memang memahami dirinya.Lelaki itu tidak pernah melukakan hatinya.
“I love you..”Ungkap Sya tiba-tiba.
“I love you too sayang..forever and ever..”Perlahan suara hafiz megeluarkan ayat tersebut.
Hisyam terpana seketika.Tiba-tiba hatinya pedih.Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya saat itu.Sya menjalin hubungan cinta dengan lelaki lain? Dia sedar Sya tidak mencintai dirinya selama ini tetapi dia langsung tidak menyangka yang Sya akan curang kepadanya.Dia lihat Sya bahagia berada dengan lelaki itu.Tetapi dengannya Sya banyak berdiam diri.Dalam kecewa,dia sempat berterima kasih kepada tuhan kerana menunjukkan kebenaran yang terlindung.Dia datang ke universiti Sya untuk memberikan kad perkahwinan mereka yang telah siap dicetak.Dia mahu Sya mengagihkan kad itu kepada rakan-rakan sekelas gadis itu.Dia terus ke kafe.Ketika itulah dia melihat adegan antara Hafiz dan Sya.Mujur Sya tidak perasan akan kehadirannya yang hanya duduk selang dua buah meja dari tempat Sya dan Hafiz.Namun dia tidak menyalahkan Sya sepenuhnya.Salah dirinya juga kerana tidak menitikberatkan perasaan Sya.Maafkan abang Sya…
---------------------------------
“
“Abang nak kita hentikan perkahwinan kita.”Tenang bicara Hisyam.
Sya tersentak.Benarkah apa yang didengarnya kini? Gembirakah dia?
“Kenapa bang?”Sya inginkan kepastian.
“Abang tahu,abang bukan pilihan Sya.Sya tidak cintakan abang.Sya cintakan orang lain
“Abang…”Sya tidak sempat menghabiskan kata-katanya.
“Sya sangat cintakan dia kan.Abang dah lihat dan dengar semuanya.Abang akan batalkan perkahwinan ini.Abang cuma nak Sya bahagia.”Hisyam mengawal getar suaranya.
“Maafkan Sya abang.Cinta untuk dia terbit tanpa Sya menyedarinya.Sya berlaku tidak adil pada abang.”Air matanya gugur ke pipi.
“Sya tak perlu menangis.Sepatutnya Sya bahagia.Tentang abang,Sya jangan risau.Kebahagiaan Sya adalah kebahagiaan abang juga.”Sebak dada Hisyam menahan sedih di hati.
Tangisan Sya semakin kuat.Betapa baiknya Hisyam terhadap dirinya.Kenapa dia begitu kejam kepada Hisyam? Dia menyesali perbuatannya sendiri.
“Sya..abang memang sayang dan cintakan Sya sepenuh hati abang.Tapi abang tak akan sesekali paksa Sya.Sya berhak pilih kebahagiaan Sya sendiri.Maafkan abang kerana dulu abang tidak pernah bertanya tentang perasaan Sya terhadap abang.”Tuhan,kuatkanlah hatiku..rintih Hisyam di dalam hati.
“Abang..kenapa abang terlalu baik dengan Sya?”Sya
“Macam abang cakap tadi.Sebab abang sayang dan cinta Sya.Semoga Sya gembira dengan dia.Abang pergi dulu.”Hisyam bangun dan meninggalkan Sya.Dia tidak boleh berlama-lama di situ.Dia takut dia akan kalah dengan perasaannya sendiri.Air mata yang terbit di tubir matanya di seka pantas.Semoga bahagia pujaanku..
Sya melihat sampul berwarna pink di atas meja.Dia mengambil dan mengeluarkan kad dari dalamnya.Tangisannya semakin kuat apabila dia membaca kad itu.Kad perkahwinannya dengan Hisyam telah dicetak indah.Dibawanya kad itu ke dadanya.
--------------------------
“Apa ni?”Hafiz bertanya.Sampul yang dihulurkan oleh Sya disambut.
“Bukalah.”Kata Sya tenang.
“Apa maksud awak?”Kad undangan perkahwinan dilempar ke tanah.Hatinya berdegup deras.
“Saya jemput awak datang ke majlis perkahwinan saya.”Sya
“Awak betul-betul nak kahwin dengan dia?”Hafiz benar-benar terkejut dengan keputusan Sya yang tiba-tiba.
Sya mengangguk pantas.
“Tapi kenapa awak? Kita dah bincangkan hal ini
“Saya tak sanggup lukakan dia.Dia lelaki yang terbaik untuk saya.”
“Habis saya ni macam mana?” Hafiz menyoal tidak puas hati.
“Saya cintakan awak.Sangat cinta.Tapi kita tak ditakdirkan untuk bersama.”
“Awak janganlah macam ni.Saya cintakan awak.Biar saya bagitau dia ya.Saya akan minta dia lepaskan awak.”Hafiz memegang kedua-dua bahu Sya.
“Tidak awak.Saya dah nekad.Awak lelaki yang terbaik yang pernah saya cintai.Redhalah dengan perpisahan kita.”Sya memang nekad.Dia telah memikirkan baik buruknya.Dan dia memilih Hisyam walaupun lelaki itu tidak dicintainya.
“Sampai hati awak..”Hafiz melutut ke tanah.Dia tidak mampu berdiri lagi.
“Awak perlu kuat dari saya.Saya pun terluka.Kita terpaksa korbankan cinta kita.”Sya mengusap perlahan tangan Hafiz.
“Tapi awak tak cintakan dia..”Air mata bergenang di kolam mata Hafiz.Sungguh,dia amat sedih saat itu.Terasa seperti hatinya digores dengan benda tajam.
“Memang..saya akan
“Sya…”Hafiz merintih.Dia sudah kehilangan kata-kata.
“Terima kasih atas segalanya.Kenangan cinta kita akan saya simpan.Ia sungguh manis walaupun singkat.Dan satu saya pinta,doakan saya bahagia..”Sya berpaling untuk melangkah meninggalkan Hafiz.Air matanya menitis jua.Selamat tinggal kesayanganku..
------------------------
Hisyam dan Sya duduk di atas pelamin.Kedua-duanya tersenyum.Tiada riak duka pada wajah Sya.Dia telah menyerahkan segalanya kepada takdir dan ternyata hatinya tenang ketika dia dinikahkan dengan Hisyam.Sya memandang tetamu yang datang.Dari jauh dia melihat Hafiz memandangnya.Sayu wajah Hafiz ketika itu.Sya senyum kepada Hafiz dan Hafiz membalasnya.Sya menarik nafas panjang.Sebak yang bertandang dihatinya diusir jauh.Dia tidak lagi mahu mengenangkan cintanya kepada Hafiz.Sekarang dia telah sah menjadi milik Hisyam sepenuhnya.
Hafiz melanglah meninggalkan majlis perkahwinan Sya.Hatinya cukup sayu.Kesedihan membaluti dirinya.Namun dikuatkan hatinya.
“Aku akan doakan kau bahagia Sya…”Hafiz berkata pada dirinya sendiri.Dia meneruskan langkahnya.
“Terima kasih kerana memilih abang.”Hisyam memeluk erat pinggang Sya.
“Tak perlu berterima kasih pada Sya.Sya yang patut berterima kasih pada abang.”Sya senyum.Dia berasa damai bersama Hisyam ketika itu.
“Abang akan bahagiakan Sya sampai bila-bila.Abang akan menjadi suami yang terbaik untuk Sya.”Hisyam berjanji dengan Sya dan juga pada dirinya sendiri.
“Sya pun akan
Hisyam mengucup dahi Sya lembut.Gadis itu telah menjadi miliknya.Dia sangat bersyukur.Terima kasih tuhan.Aku akur dengan takdirMu…
Cinta..tidak semestinya bersama dan cinta tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan.Sesungguhnya pengorbanan cinta adalah manis walaupun ianya pahit untuk diterima.Cinta itu bukan cinta jika tiada yang terluka,jika tiada yang menderita.Cinta bukan selalunya indah.Cinta juga membawa derita.Kepada sesiapa yang bercinta,hargailah orang yang mencintai anda.Sekali kita kehilangan dia,susah untuk kita mndapatkan dia kembali.Apa yang penting,cinta kepadaNya adalah cinta yang abadi..Terima kasih kerana sudi membaca.
5 org yg baik hati suda komen..anda? hee:
terharunya saya baca....huhu
hwaaaa..
ksian hafiz..
tp ksian gak kat hisyam..
nice story..
truskan berkrya!
sedih nya...
nak ngs...
hepi ending...
teruskn karya anda...
cerita yang menyentuh perasaan..
huhu.. best la.. :)
sya telah mmbuat keputusan yg terbaik dgn memilik hisyam...
harap hafiz terime dgn rela hati...
cinta xsemesti nyer bersama...
nice story....
Post a Comment