Saturday, January 16, 2010

Pengasuh cinta 2

Akil tenang memandu.Wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang riak.Namun hanya tuhan saja yang tahu gelodak di hatinya.Dia masih ragu-ragu dengan keputusannya.Keputusan yang diambilnya bukanlah sesuatu yang mudah.Bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main.
“Kenapa kamu diam je dari tadi Kil?” Suara Mak Ngah Lijah menerjah ruang pendengarannya.
“Tak ada apa Mak Ngah.Just thinking..”Dia menjawab perlahan.
“Akil pasti ke dengan apa yang Akil buat ni?”
“Saya rasa ini keputusan terbaik bagi saya dengan budak-budak tu.”Akil menjawab lambat-lambat.Sebenarnya dia sendiri masih tidak pasti dengan keputusannya.Masih samar-samar.
“Ikut kata hati kamu Akil.Ini soal masa depan kamu juga.”Mak Ngah Lijah memandang wajah anak saudaranya itu.
“Saya dah tak kisah dengan masa depan saya Mak Ngah..Apa yang penting sekarang ialah budak-budak tu.Saya akan buat yang terbaik untuk mereka.Saya akan jaga mereka seperti anak saya sendiri.”Dia sebak saat menururkan ayat-ayat itu.Terbayang wajah sayu ketiga-tiga anak saudaranya.
“Baguslah Kil..Untung Imran dapat adik macam kamu.Mak Ngah akan selalu doakan yang terbaik untuk kamu.Semoga roh abang Imram dan Kak Ana kamu ditempatkan di kalangan orang-orang yang bertaqwa.”Mak Ngah Lijah mengusap-usap lembut bahu Akil.Dia tahu anak saudaranya itu masih lagi bersedih.Wajah mendung Akil seolah bercerita akan kesedihan yang dialami anak muda itu.
“Terima kasih Mak Ngah..”Ada genangan air mata di kelopak matanya.Dia menarik nafas panjang cuba mengusir rasa sedih yang mula hinggap di tangkai hatinya.
“Akil jangan risau.Budak perempuan tu baik.Mak Ngah yakin dia dapat jaga Akil dengan anak-anak abang kamu dengan baik.”
“Terima kasih Mak Ngah..Kalau Mak Ngah tak tolong saya,tak tahulah macam mana jadinya.”Akil mengeluh untuk kesekian kali.Seperti sebelumnya keluhan itu terasa berat untuk dilepaskan,seberat beban yang kuat mencengkam bahunya.Kalau dia tidak kuat,sudah lama dia rebah,sudah lama dia tewas.
“Kamu berterima kasihlah pada Allah,bukan pada Mak Ngah.Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya Kil..Cuma terpulang pada kita untuk memilih jalannya.Dan Mak Ngah yakin Akil memilih jalan yang betul.”Mak Ngah Lijah bertutur lembut.
Akil mengangguk lemah.Kata-kata Mak Ngahnya sebentar tadi perlahan-lahan menyerap masuk ke sanubarinya.Dia akur dengan takdir Allah untuknya.Malah dia tidak pernah menyalahkan takdir yang sudah tertulis buatnya.
“Mak Ngah..”Panggil Akil perlahan.
Mak Ngah Lijah berpaling kea rah Akil.Ada kerutan di wajah itu.
“Ada apa Kil?”
“Kalau..kalau saya tak kahwin dengan budak perempuan tu boleh tak?”Akil bertanya lambat-lambat.Dia berdebar menunggu jawapan Mak Ngahnya.
“Tak eloklah Kil..nanti kamu akan tinggal sebumbung dengan dia.Apa pula kata orang nanti.”
“Saya tak cintakan dia Mak Ngah..Saya takut saya akan kecewakan dia nanti.”Akil membalas.Dia tidak mencintai wanita yang bakal menjadi isterinya.Apatah lagi dia langsung tidak mengenali wanita itu.
“Cinta akan datang sendiri lepas kahwin Kil..Mak Ngah yakin kamu akan bahagia.”Mak Ngah Lijah senyum.
Akil diam.Cinta akan datang sendiri? Benarkah? Sedangkan cintanya hanya untuk Sofea seorang.Sudah lama Sofea menjadi penghuni tetap di hatinya.Sepenuh sayang dan cintanya hanya buat Sofea seorang.Dan langsung tidak terlintas walau sedikit untuk menggantikan tempat Sofea dengan orang lain.
“Tenang ya Kil..Ini takdir untuk kamu.”Mak Ngah Lijah menyambung kata.
Alik mengangguk cuma.Dia telah kehilangan kata-katanya.Dia terima takdir yang nyum.memasuki pagar sebuah rumah.Dia memberhentikan kereta di depan sebuah rumah kayu besar yang bercat kuning.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ “Assalamualaikum..”Mak Ngah Lijah memberi salam.Akil setia berdiri di sisi.
“Waalaikumussalam..masuklah.”Salam Mak Ngah Lijah disambut oleh seorang lelaki tua berkopiah.Dia muncul dari dalam rumah bersama seorang wanita berumur yang tidak lekang dengan senyuman.
Mak Ngah Lijah mengambil tempat di atas sofa.Akil pula masih setia di sisi Mak Ngahnya.
“Saya rasa Pak Mat dengan Mak Nab sudah tahu tujuan kedatangan kami kan.”Mak Ngah memulakan kata.
“Ye,kami tahu.Kami pun memang menunggu kedatangan Jah ke sini.”Mak Nab bersuara.
“Inilah anak saudara saya yang saya ceritakan tempoh hari.Mohamad Akil Iman..”Mak Ngah menepuk bahu Akil.
Mak Nab senyum.Entah mengapa dia berkenan terhadap Akil.Pemuda itu kelihatan sopan dan baik.Dia pasti Akil calon terbaik untuk anaknya.
“Ibu bapa Akil ni dah lama meninggal dunia.Jadi saya yang datang menjadi wakil untuk merisik.Lagipun abangnya baru je meninggal.”Mak Ngah Lijah bersuara lagi.
“Maafkan kami kalau kami tidak merancang dengan elok untuk datang merisik ni.Semuanya masih kelam kabut.Banyak benda yang perlu saya uruskan selepas kematian abang dan kakak ipar saya.”Akil mula bersuara.
“Tak apa..kami tidak mengharapkan apa-apa yang lebih.Akil dengan Jah datang ni pun dah memadai.”Pak Mat senyum menampakkan kedutan di pipinya.
“Eisya mana? Dari tadi tak nampak kelibat pun.”Mak Ngah Lijah bertanya.Matanya melilau ke sekeliling rumah.
Akil tiba-tiba berdebar.Eisha? Wanita itukah yang akan dipadankan dengannya? Nama itu pertama kali didengarinya.Selama ini Mak Ngah Lijah tidak pernah pula memberitahu nama bakal isterinya itu.
“Eisha ada dalam bilik.Nanti dia keluarla tu.”Mak Nab menjawab.
“Akil ni kerja apa ya?”Pak Mat menyoal.Bibirnya menguntum senyum.
“Saya kerja sendiri Pak Mat.Uruskan syarikat tinggalan abang Imran.”Sopan Akil menjawab.Dia senang dengan Pak Mat dan Mak Nab.Sejuk matanya memandang kedua-duanya.Terbayang wajah ayah dan ibunya yang telah lama meninggal dunia.
“Ooo..baguslah.Muda-muda dah pandai uruskan syarikat.”
“Syarikat abang Pat Mat.Sekarang dia dah tiada.Sayalah yang kena ambil alih tugas dia.”Akil merendah diri.Baginya tiada apa yang perlu dibanggakan.Syarikat itu bukanlah dari hasil titik peluhnya sendiri.Dia hanya menyambung usaha abangnya sahaja.
“Eisha..are you sure?”Ika bertanya inginkan kepastian.
“Sure about what dear?”Eisha bertanya.Tangannya lincah membetulkan selendang di kepalanya.
“Pasal kau nak kahwin ni lah.”Ika geram.Eisha seakan sengaja tidak memahami soalannya tadi.
“Seratus peratus pasti..”Eisha menjawab yakin.Dia masih menatap wajahnya di cermin.
“Kau gila ke? Kau dah la tak kenal mamat tu.Tiba-tiba je kau nak kahwin dengan dia macam tu?”Ika tidak puas hati.Dia merasakan sepupunya itu sudah hilang akal.
“Tak kenal maka tak cinta Ika..”Selamba Eisha menjawab.
“Sha..aku serius ni..”Ika memegang bahu Eisha.
“Aku pun serius ni.Lelaki tu pilihan mak dan ayah aku.Bagi aku pilihan mereka adalah yang terbaik.Lagipun aku malas la nak bercinta-cinta ni.Bercinta lepas kahwin lagi manis.”Eisha senyum membayangkan kemanisan sebuah perkahwinan.
“Tapi kau tak kenal dia.Kau tak tahu dia baik ke tak.”Ika masih tidak puas hati.
“Kan aku dah cakap tadi.Pilihan mak dan ayah aku mestila yang terbaik.Kau tak payah risau ek.”Eisha senyum.Matanya beralih memandang wajah tegang Ika.
“Mestilah aku risau.Kita kan rapat dari kecil.Aku tak nak kau kecewa.Lagipun kau baru je graduate.Tup-tup dah nak kahwin.Kerja pun belum lagi.”
“Dah ini jodoh aku Ika..”
“Kau ni kan..Suka sangat mengalah.Kau ikut je cakap orang tua kau.”
“Aku tak nak derhakalah.Dahlah aku nak keluar ni.Tetamu tu dah lama sampai.Kau pun jomlah tengok bakal suami aku.”Eisha mengajak.Hatinya berbunga ceria.
“Tak naklah aku.Aku tunggu kat bilik je.”Ika menolak.Dia hairan dengan sepupunya itu.Bukan main beria.Kalau gadis lain mesti dah tolak pilihan orang tua.Tapi Eisha tidak.
“Suka hati kaulah.Aku keluar dulu.”Eisha bangun.Ditilik dirinya di cermin beberapa kali sebelum keluar bilik.
“Silalah minum..”Eisha meletakkan satu persatu cawan ke atas meja.Sopan sahaja tingkahnya.
“Susah-susah je kamu ni Sya..”Mak Ngah Lijah senyum.
Akil menatap raut Eisha tidak berkelip.Wanita itu hanya berbaju kurung dengan kain batik.Selendang pula melitupi seluruh rambutnya.Jauh benar bezanya Eisha dengan Sofea.Namun hati lelakinya langsung tidak tergugat dengan keayuan Eisha.Baginya Sofea jauh lebih cantik,jauh lebih menawan daripada wanita di depannya kini.
“Cantik budaknya kan Kil..”Mak Ngah berbisik perlahan di telinga Akil.
Cantik? Matanya kembali memandang Eisha.Susah baginya untuk mengakui bahawa wanita itu cantik.Baginya Sofea adalah wanita yang paling cantik di matanya.Mungkin juga dia telah jauh hanyut dengan cinta Sofea sehinggakan wajah itu sahaja yang terpapar di ruang mindanya.
“Macam mana Sha? Kira jadilah ye?”Mak Ngah Lijah memandang Eisha.
“Terpulanglah kat mak dan ayah.Sha ikut je.”Dia tunduk.Malu diperhatikan oleh Akil.Dia sedar mata Akil tepat menikam wajahnya dari tadi.
“Mak tak kisah.Kalau Sha setuju kami pun setuju.”Mak Nab tersenyum.
“Kalau macam tu kira jadilah ni ye.Tak payahlah bertunang.kahwin terus je.”Mak Ngah Lijah menepuk paha Akil.Dari tadi Akil hanya diam membisu.
“Saya ikut je Mak Ngah.”Akil sekadar menjawab ringkas walaupun hatinya berat.
Eisha senyum mendengar kata-kata Akil.Sekali pandang sahaja dia sudah jatuh kasih terhadap Akil.Raut tampan Akil menggegarkan jiwa wanitanya.Tingkah Akil juga sopan,mencuit nalurinya.
Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

8 org yg baik hati suda komen..anda? hee:

syah said...

wah skian lame..
akhrnye...ketemu jua..
smbg2..

Hana_aniz said...

huhuhu... lamanye tggu...
lepas ni da tggu kn??
pliz...
bez2!!
sambung cepat2 ye??

aqilah said...

akhirnya, ada gak sambungannya. apapun, akak follow..................

Anonymous said...

cepat sambung2x...
bestnyer cite nih....

bidadari cinta said...

mmm..x sabar nak tau next n3.
cpt sambung yer!

IVORYGINGER said...

hallo cik writer.
kenapa xde samb. ceta ni???
Lama dah tggu. Cepat la samb.
Best ja story ni.;D

ezz an said...

best 3x...lama dah tunggu....at last....

Fardiah Juhari said...

ada yg baru x?

Post a Comment