Tuesday, December 8, 2009

Kurelakan cinta ini pergi 2

Idzwan menapak masuk ke dalam rumah besarnya.Langkahnya longlai.Terasa jiwanya separuh hilang.Hatinya kosong tidak berisi.Dia meneruskan langkah ke sofa bercorak abstrak di ruang tamu rumah.Dihenyakkan perlahan punggungnya ke atas sofa.Dia mengeluh dan terus mengeluh.Tangan kanannya diletakkan ke dahi.Rumah yang sunyi dipandang hiba.Saat itu rindunya kepada Sarah menggunung.Tiada lagi wajah manis Sarah menyambutnya di pintu utama apabila dia pulang dari kerja.Tiada lagi senyuman Sarah ketika menghidangkan makan malam buatnya.Sungguh dia amat rindukan isterinya itu.Isteri yang banyak berkorban untuknya,isteri yang menumpahkan sepenuh kasih sayang hanya untuknya seorang.Kini wanita yang bernama Siti Maisarah tidak lagi menjadi peneman di disisinya,tidak lagi menjadi penghibur di kala sunyinya.Sekali lagi dia melepaskan keluhan berat,mengharap segala rindu yang bertamu di hatinya dapat dilepaskan bersama keluhannya.Namun keluhan itu sekadar satu keluhan biasa.Rindu yang hinggap di hatinya tetap kuat menggigit-gigit sanubari lelakinya.
Idwan menukar posisi.Dia baring di sofa.Tali leher dilonggarkan dan butang baju kemejanya dibuka satu persatu mendedahkan dadanya yang bidang.Dia memejamkan mata rapat-rapat.Wajah mulus Sarah berlegar-legar di ruang matanya.Dadanya sebak tiba-tiba.Rasa menyesal kembali menguasai hati,kembali menusuk-nusuk pedih tangkai hatinya.Dia benar-benar menyesal kerana menduakan Sarah.Akhirnya die terlelap bersama penyesalan yang masih berteleku di jiwanya.


“Ibu,tolonglah faham perasaan Sarah bu..Sarah tak nak.”Sarah memegang lembut tangan tua ibunya.
“Sarah masih isteri Idzwan.Sarah tak boleh buat macam ni” Hajah Siti memandang lembut wajah Sarah.
“Sarah tak nak tinggal dengan Idzwan lagi.Sarah dah tawar hati,Sarah dah tak boleh terima apa yang dia buat kat Sarah.”Air matanya mula bertakung di kelopak mata.Pedih hatinya mengingati semula perbuatan suaminya terhadap dirinya.
“Ibu tahu..tapi tak salah memaafkan Idzwankan?”
“Memang dah lama Sarah maafkan dia.Sarah cuma tak boleh tinggal bersama dia lagi.”Sarah tunduk memandang lantai.
“Sarah..anak yang Sarah kandung tu anak Idzwan juga.Bagilah Idzwan peluang jaga Sarah dengan anak yang dikandung Sarah tu.”Anak mata Hajah Siti mengerling sekilas ke arah perut Sarah yang jelas kelihatan memboyot.
“Sarah dah bagi peluang kat dia.Sarah hampir kehilangan anak Sarah sebab dia bu..”Sarah mula teresak.Diusap perutnya perlahan.
“Sabar sayang..bagi sekali lagi peluang kat Idzwan jaga Sarah.Nanti bila anak Sarah dah lahir,barulah Sarah fikir balik hubungan Sarah dengan Idzwan.Buat masa sekarang Sarah masih isteri Idzwan.Sarah kena ingat tu.”Hajah Siti memeluk bahu anaknya.Dia memujuk anaknya untuk tinggal bersama Idzwan atas permintaan Idzwan sendiri.Menantunya itu merayu-rayu supaya dia memujuk Sarah kembali tinggal bersama Idzwan.
“Sarah tahu bu...Tapi Sarah nak tinggal dengan ibu.”Hatinya gundah.Dia tidak mahu balik ke rumah suaminya.Dia takut sekali lagi dia akan tewas dengan perasaannya.Sayangnya pada Idzwan tidak pernah luput,tidak pernah padam.
“Sarah..jangan degil.Tinggallah dengan Idzwan sekurang-kurangnya sehingga anak Sarah lahir.”
“Tapi kenapa bu? Ibu tak suka Sarah tinggal dengan ibu?” Sarah mula berjauh hati.Ibunya beria-ia mahu dia kembali tinggal dengan Idzwan seolah-olah dia menjadi beban kepada ibunya.
“Bukan sayang..Ibu tak boleh nak jaga Sarah dengan sempurna.Kalau ada apa-apa jadi kat Sarah nanti taklah susah sangat kan kalau Sarah tinggal dengan Idzwan.Kalau ada apa-apa dia boleh hantar Sarah ke hospital.”Hajah Siti senyum,berharap Sarah setuju.
Sarah diam lama.Tiada kata walau sepatah pun keluar dari bibir mungilnya.Dia serba salah dengan permintaan ibunya.Kembali tinggal dengan Idzwan bermakna akan mengembalikan semula cintanya terhadap Idwan.Dia sudah cuba mengasuh hatinya supaya melupakan suaminya itu,tetapi dia tetap gagal.


Idzwan menggosok-gosok matanya.Kantuknya masih terasa.Semalaman dia tidak tidur kerana menyiapkan kertas kerja projek terbarunya.Hajatnya hari ini dia ingin tidur sehingga tengahari,tapi ketukan bertalu-talu di pintu utama rumah mengganggu lenanya.Dengan lemah dia bangun perlahan-lahan menuju ke pintu utama.Terasa langkahnya tidak seimbang,terhoyong hayang seperti orang mabuk.
“Sarah..”Idzwan melopong.Matanya yang tadi mengantuk terus segar melihat wajah bersih isterinya.Isteri yang sangat dirinduinya.Ingin sahaja dia menarik Sarah ke dalam pelukannya.Tetapi dia batalkan niatnya itu kerana melihat wajah masam Sarah.Dia tahu Sarah masih marah kepadanya.Dia mengambil beg di sisi Sarah.
“Mari masuk sayang..”Idzwan memegang tangan kanan Sarah.Dia senyum mesra.
Sarah menepis lembut.Tanpa memandang wajah suaminya dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.
Idzwan terpana.Itulah kali pertama isterinya menolak sentuhannya.Hatinya berasa sakit tiba-tiba.Sebak di dada mula bertandang.Dia menarik nafas sebelum melangkah menuju ke dalam rumah.
“Terima kasih Sarah..”Idzwan duduk di atas sofa berhadapan dengan isterinya.Wajah Sarah tidak lepas dari pandangan matanya.Hanya tuhan saja yang tahu rindunya pada Sarah.
“Untuk apa?” Sarah menjeling Idzwan sekilas.
“Kerana sudi balik rumah kita.”Idzwan senyum.Terubat rindunya mendengar suara Sarah walaupun suara itu tidak semanja dulu,tidak semesra dulu.
“Abang jangan salah faham.Sarah balik rumah ni bukan sebab abang.Sarah balik sebab ibu yang suruh,ibu yang beria-ia nak Sarah tinggal dengan abang.Lepas anak kita lahir,Sarah nak abang lepaskan Sarah.”Tenang Sarah berkata-kata.Dia mencuba sebaik mungkin mengawal getaran suaranya.Sebak yang bertamu di hati diusir sejauh mungkin.Kali ini dia tidak mahu kalah dengan perasaannya.
Idzwan terdiam.Kata-kata Sarah menghiris hatinya.Dia menatap lama wajah Sarah.Cinta dan sayangnya masih tebal terhadap Sarah.Mampukah dia melepaskan Sarah? Dia meraup mukanya berkali-kali.
“Sarah..dah tiada peluang ke untuk abang? Sarah tak sayangkan perkahwinan kita?”
“Peluangnya ada,tapi abang dah sia-siakan peluang tu dulu.Memang Sarah sayangkan perkahwinan kita,tapi jodoh kita setakat ini saja bang..”
“Bagi abang peluang sekali lagi.Abang janji abang takkan sia-siakan Sarah lagi.”Janji Idzwan bersungguh-sungguh.
“Sarah dah serik nak bagi abang peluang lagi.Sudahlah bang,Sarah tak nak cakap pasal hal ni lagi.”
Idzwan kehilangan kata-kata.Kedegilan Sarah membuatkan dia membisu.Dia tahu hati isterinya telah menjadi sekeras batu.
“Abang..Sarah nak masuk bilik.Sarah penat.Sarah tidur dalam bilik tetamu.”Sarah mula bangun melangkah ke tangga menuju ke tingkat atas.
“Sampai macam tu sekali ke Sarah bencikan abang sehingga Sarah tak sanggup lagi nak berkongsi bilik dengan abang?” Idzwan merenung sayu langkah isterinya.Isteri yang kini jauh berubah.Isteri yang kini bersikap dingin dengannya.
Sarah berhenti melangkah.Kata-kata suaminya menyelinap perlahan menyentuh sanubarinya.Dia menarik nafas perlahan.Berhadapan dengan suaminya kini benar-benar menguji perasaannya.
“Sarah tak pernah bencikan abang.Tapi ini jalan yang abang pilih dulu,Sarah hanya mengikut.”Sarah bersuara membalas kata-kata Idzwan.Sarah meneruskan langkahnya.Air matanya mengalir perlahan.
Idzwan menggenggam kedua-dua tangannya untuk memberi kekuatan kepada diriya sendiri.Rasa sedih yang melingkar di jiwanya seakan berat untuk ditanggung.
“Abang masih sayangkan Sarah..Abang mengaku dulu abang salah..Tapi abang bukan sengaja..Abang masih mahukan Sarah jadi isteri abang..”Idzwan meratap sayu.Air mata lelakinya tumpah jua.Sungguh,dia tidak mahu kehilangan Sarah.
Sarah terduduk di lantai.Dari tingkat atas dia jelas mendengar ratapan Idzwan.Benarkah lelaki itu masih sayangkannya,masih mahukannya? Jika benar mengapa suaminya itu sanggup menduaknnya? Sanggup melukakan hatinya?


Sarah menyarung blause labuh berwarna merah muda ke tubuhnya.Kemudian dia meletakkan selendang ke atas kepala lalu di pin kemas.Kedua-dua belah hujung selendang disilangkan di bahu.Dia mencalitkan sedikit lipstick berwarna merah ke bibirnya agar tidak nampak pucat.Setelah puas dengan penampilannya dia mengambil beg di atas meja solek lalu melangkah ke luar bilik.
“Sarah nak pergi mana ni?” Idzwan menyoal sebaik saja bertembung dengan Sarah di tangga.Kebetulan dia mahu naik ke bilik tika itu.
“Sarah ada appointment dengan doctor.Medical check-up baby.”Sarah menjawab.Langkahnya terus menuruni anak tangga.
“Kenapa tak bagitahu abang?”Idzwan tidak jadi melangkah anak tangga.Dia menuruti Sarah dari belakang.
“Perlu ke Sarah bagitahu abang?” Lancar sahaja dia mengeluarkan ayat tersebut.Dia menyambung langkah ke jendela rumah.
Idzwan bungkam.Terasa hati dengan kata-kata Sarah.Namun ditahan hatinya.Dia tahu dia yang mula timbulkan masalah dalam rumahtangga mereka.
“Kalau Sarah bagitahu abang sekurang-kurangnya abang boleh hantarkan Sarah ke hospital.”
“Tak apalah bang.Sarah taknak susahkan abang.Abangkan sibuk.”
“Sesibuk mana pun,abang boleh hantar Sarah.Sarahkan isteri abang.”
“Baru sekarang ke abang sedar Sarah isteri abang? Dulu semasa abang bercinta dengan Edora abang tak sedar ye yang Sarah ni masih isteri abang?” Sarah geram.Kisah lalu diungkitnya dengan tidak sengaja.
“Sarah..abang tak tahu kenapa abang hanyut dengan Edora.Itu dulu sayang,sekarang abang dah tak ada apa-apa dengan dia.”Idzwan serba salah.
“Abang ada apa-apa ke tak ada apa-apa ke dengan dia Sarah dah tak nak ambil kisah.”Sarah membalas.Hatinya ditarik-tarik saat itu.Dia tahu kata-katanya akan menyakitan Idzwan.
“Sarah…”Kata-kata Idzwan terhenti apabila pintu rumah diketuk bertalu-talu.
Sarah melangkah laju ke arah pintu.Dia terus senyum sebaik sahaja pintu dibuka.
“Masuklah..”Sarah mempelawa mesra.
“Tak apa ke?”
“Tak apa..”Sarah menjawab.
Idzwan memandang tetamu yang datang.Lelaki itu langsung tidak dikenalinya.
“Siapa ni Sarah?” Laju bibirnya mengutarakan soalan.Hatinya berdegup kencang.
“Kenalkan ni Doktor Razif.”
Razif menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Idzwan.Idzwan menyambut perlahan.Matanya memandang Razif dari atas ke bawah.Dia sama sekali tidak senang dengan kehadiran lelaki itu.
“Zif,jom kita pergi..”Sarah mengajak mesra.Senyuman diberikan untuk Razif.
Idzwan beristighfar di dalam hati.Kemesraan Sarah dengan Razif ternyata menguji kesabarannya.Ingin sahaja dia menghalau Razif daripada rumahnya.
“Sarah pergi dulu bang.”Sarah berlalu keluar.Dia perasaan riak pada wajah suaminya.Cemburu!

Razif memandu dengan tenang.Sesekali anak matanya menjeling Sarah di sebelah.Wajah Sarah amat menarik minatnya.Entah mengapa hatinya terpikat dengan Sarah walaupun dia tahu Sarah isteri orang.
“Suami awak tak marah ke awak pergi hospital dengan saya ni?” Razif menyoal.Dia perasan pandangan mata Idzwan yang tajam menikam wajahnya.
“Kenapa dia nak marah pula.Lagipun saya dengan dia dah tak macam dulu.Awak pun tahu kan.”Sarah mengeluh lemah.
“Hubungan awak dengan dia memang dah tak boleh diperbaiki ke?”
“Saya dah tawar hati dengan dia.Jodoh kami sampai di sini saja.”
Razif menarik nafas lega.Entah kenapa dia senang dengan kata-kata Sarah sebentar tadi.
“Awak jangan risau.Kalau ada apa-apa saya ada untuk bantu awak.”Kata Razif ikhlas.
Sarah mengangguk cuma.Dia senang dengan Razif.Lelaki itu telah banyak membantunya.Dia sendiri tidak menyangka perkenalannya dengan Razif sewaktu dia ditahan di wad kerana terjatuh akan berlanjutan sehingga hari ini.Razif merupakan doktor yang merawatnya semasa itu.Lelaki itu banyak mendengart mendengar luahan hatinya.Sekurang-kurangnya dia mempunyai tempat untuk mengadu,untuk meluahkan rasa.
Idzwan melangkah masuk ke dalam rumah.Penatnya tidak terkata.Seharian berkerja membuatkan badannya betul-betul lesu.Dia ingin melangkah naik ke bilik,namun dibatalkan niatnya itu apabila melihat Sarah yang sedang leka menonton televisyen.Dia melangkah ke arah Sarah.
“Sarah..”Dia memanggil perlahan.
Sarah mendongak memandang Idzwan.Dia perasan suaminya pulang tetapi dia sengaja tidak membuka pintu kerana dia tahu Idzwan akan membawa kunci rumah jika lelaki itu keluar kemana-mana.
“Sarah dah siapkan makan malam.Sarah dah hidangkan atas meja.Abang makanlah.Kalau lauk dah sejuk,abang panaskanlah.”Matanya kembali menonton televisyen.
“Sarah tak nak makan sekali?” Wajah isterinya direnung sayang.
“Tak apalah.Sarah dah makan kat luar dengan Razif tadi.”Sarah menjawab selamba.
Berdesing telinga Idzwan mendengar nama Razif.Dia tertanya-tanya apa hubungan isterinya dengan Razif.Bibirnya ingin sekali melontarkan soalan itu kepada Sarah namun ditahan hatinya.
“Kenapa Sarah tak bagitahu abang Sarah nak keluar dengan Razif tadi?” Idzwan tidak puas hati.
“Untuk apa Sarah bagitahu abang?”
“Abang suami Sarah.Abang ada hak untuk tahu.”
“Hak? Apa abang tahu tentang hak sedangkan dulu abang pertikaikan hak Sarah sebagai isteri abang.”Sarah menahan suaranya.Kalau boleh dia tidak mahu menengking Idzwan.Dia sedar lelaki itu masih suaminya.
“Itu dulu Sarah.Abang dah menyesal sekarang.”
“Sudahlah bang.Sarah nak masuk tidur dulu.”Dia malas mahu mendengar kata-kata Idzwan seterusnya.Dia tahu kata-kata suaminya akan melembutkan hatinya.
“Sarah tak nak temankan abang makan?”
“Sarah mengantuk..”Dia terus melangkah ke bilik.
Idzwan menggigit bibir.Sikap Sarah mengundang sedih di jiwanya.Isterinya itu sudah banyak berubah.Dan dia sedar semuanya berpunca daripada dirinya.
Deringan telefon bimbitnya menganggu lamunannya.Pantas dia menyeluk poket seluar lalu telefon bimbitnya dikeluarkan.
“Hello..”Dia bersuara lemah.
“Hai Idz..”
Idzwan mengamati suara itu.Suara manja itu seakan dikenalinya.
“Siapa ni?” Dia bertanya inginkan kepastian.
“Takkan you dah tak kenal I..Edora.”
Edora! Ya,suara itu memang milik Edora.Idzwan mendengus kasar.Apa lagi yang perempuan itu mahukan darinya?
“Mana you dapat nombor I?” Idzwan hairan.Dia sudah menukar no telefonnya sejak dia berpisah dengan Edora.
“Hendak seribu daya sayang..Memang I berusaha dapatkan nombor you ni.I rindukan you…”Edora merengek manja mengharap Idzwan akan tewas kepadanya sekali lagi.
“Tolong jangan ganggu I lagi!” Idzwan terus manamatkan panggilan.Dia meluat mendengar suara Edora kini.
Telefon bimbitnya kembali berdering.Apabila melihat nombor yang sama dia terus membiarkan deringan telefonnya lalu berlalu ke meja makan.



“Masuk..”Idzwan sedikit menjerit.Ketukan di pintu menganggu tumpuannya.
“Hai sayang..”
Idzwan pantas mendongak.Taipannya terhenti.Matanya terarah pada susuk tubuh langsing yang berdiri di hadapannya kini.
“Apa you buat kat sini?”Idzwan bertanya garang.Dia tidak senang dengan kehadiran Edora di pejabatnya.
“Nak jumpa you,lepaskan rindu..”Edora bersuara manja.
“Nonsense!! Keluar dari pejabat I.”Idzwan menengking.
“Hey sayang..kenapa garang sangat ni?” Edora semakin mendekati Idzwan.
“I dah tak ada kena mengena dengan you.Baik you keluar sekarang.”Idzwan menahan sabar.
“Tunggulah kejap.I tak puas lagi cakap dengan you..”Edora melentokkan tubuhnya.
Idzwan bangun.Lengan Edora dicekam kuat.Dia ingin mengheret Edora keluar dari bilik pejabatnya.
“Sayang…”Ternyata Edora lagi pantas.Dia menolak tubuh Idzwan membuatkan lelaki itu kembali terduduk di kerusi.Dia duduk di riba Idzwan.
“Edora..you jangan buat I hilang sabar.”Idzwan mencuba untuk bangun tapi dihalang oleh Edora.
“Abang..ni fail yang abang suruh Sarah hantarkan.”Sarah meluru masuk ke dalam pejabat.Langkahnya terhenti melihat adegan di hadapan matanya.
“Sarah..”Idzwan bingkas bangun.Ditolaknya tubuh Edora ke tepi.
“Ni failnya bang..”Sarah meletakkan fail di atas meja.Pagi tadi suaminya menelefonnya supaya menghantarkan fail yang tertinggal di rumah itu ke pejabat.
“Sayang,apa yang Sarah nampak tu bukan sebenarnya yang berlaku.”Idzwan menjelaskan.Dia tidak mahu Sarah salah faham.
Edora senyum puas.Dia tidak sesekali akan membenarkan Sarah bersama Idzwan.
“Abang tak perlu jelaskan.Sarah tak kisah dan tak nak ambil kisah langsung.Abang bebas nak buat apa saja.”Tenang dia berkata.
“Sarah..abang memang dah tak ada apa-apa dengan Edora.Percayalah..Apa yang Sarah nampak tadi memang tak disengajakan.”
“Apa yang Sarah nampak tadi sudah tidak menjadi kudis di hati Sarah bang.”Bohongnya.Padahal hatinya hancur berkecai melihat adegan mesra suaminya dengan Edora sebentar tadi.Ternyata dia amat cemburu.
“Sarah..dengar dulu apa abang nak cakap..”Idzwan merayu.
“Sarah tak nak dengar apa-apa dari abang.Cukuplah bang.”
“Idz,buat apa you nak merayu-rayu dengan perempuan ni? Buang masa you je.Dia dah tak nak you.”Edora mencelah.Tangannya disilangkan.
“You diam boleh tak? I nak you keluar dari pejabat I!” Idzwan semakin hilang sabar dengan kerenah Edora.
“You jangan risau Idz.I kan ada..I boleh jaga you.”Edora tidak menghiraukan kata-kata Idzwan sebentar tadi.
“Abang dengarkan.Abang dah tak perlukan Sarah lagi.Edora boleh jaga abang.”Sarah memandang wajah Idzwan yang tegang.
“Abang perlukan Sarah,bukan Edora.Abang sayangkan Sarah seorang.”Idzwan merapati Sarah.Tangan Sarah cuba diraih namun Sarah pantas menepis.
“You tak perlu merayu lagi Idz..Isteri you tu bukannya baik sangat sampai you nak merayu macam tu.”Edora mengusap lengan Idzwan manja.
“You jangan nak cakap bukan-bukan pasal isteri I.Dia jauh lebih baik dari you.I sangat cintakan dia dan you tak boleh ganti tempat dia.I tak tahu kenapa I boleh jatuh cinta pada you dulu.Entah-entah you bagi I ubat guna-guna.”Idzwan meninggikan suaranya.Lengan Edora dicengkan kemas.
“Pandai pun you.Memang I bagi you ubat guna-guna.I tak sangka lelaki bijak,berkarisma macam you boleh tewas dengan I dalam sekelip mata je dulu.Dan ternyata ubat guna-guna yang I bagi you tu tak tahan lama.”Edora mengilai ketawa.Dia memecahkan tembelangnya sendiri.Dia teringat bagaimana dia memasukkan ubat guna-guna atau ubat pengasih ke dalam kopi yang dibancuhnya.Dan Idzwan meminum kopi itu tanpa ragu.Malangnya kesan ubat itu tidak lama.
Sarah yang berpaling untuk melangkah ke luar bilik terpaku.Benarkah apa yang diberitahu Edora sebentar tadi?
Pangg!! Satu tamparan hinggap di pipi kanan Edora.Wajah gebu Edora memerah.Edora menyentuh pipinya.Terasa perit sekali.
“Tergamak you buat I macam tu!” Idzwan geram.Ingin sekali lagi dia menampar pipi Edora untuk melepaskan amarahnya.
“Sampai hati you tampar I Idz..I buat macam tu sebab I cintakan you.I tahu you sangat cintakan isteri you,sebab tu I gunakan ubat pengasih untuk tundukkan you.Maafkan I..I buat semua ni sebab I nak dapatkan you Idz..”Edora teresak.
“You hancurkan rumahtangga I.You yang membuatkan I mengkhianati Sarah.I takkan maafkan you.”
“Please Idz..”Edora merayu lagi.Tangan Idzwan disentuhnya lembut namun lelaki itu mencengkam lengannya lalu dia diheret ke luar bilik.
“You jangan pernah ganggu hidup I lagi.Kalau you muncul sekali lagi,I takkan lepaskan you macam tu saja.”Idzwan menutup pintu bilik dengan kuat.Dia mendekati Sarah yang kaku di sudut biliknya.
“Sayang..”Idzwan memanggil lembut.
“Sarah nak balik dulu.”Sarah bersuara.
“Balik dengan abang ya?”
“Tak apalah bang.”
“Sarah dah dengar semua tadi kan..”
“Sarah tak nak cakap pasal hal tu..”Sarah cuba mengelak.
“Tapi Sarah..”
“Sarah balik dulu.”Sarah memintas kata-kata Idzwan.
“Okay.Jom abang hantarkan.”Idzwan mengambil kunci kereta di atas meja.
“Tak perlu bang.Sarah datang dengan Razif,dia tunggu Sarah kat bawah.” Sarah terus keluar bilik.Tangan kanannya melekap di dadanya.Ya Allah..berdosakah aku?
Idzwan termangu.Sekali lagi hatinya seperti dihimpit-himpit.Razif..Adakah lelaki itu adalah pengganti dirinya? Dia meraup muka berkali-kali.


“Saya sukakan awak..”
Hampir tersedak Sarah mendengar bicara Razif.Dia melopong seketika.
“Betul..saya tak tipu.”Razif meyakinkan.Dia sudah tidak tahan menanggung perasaannya.
“Apa awak cakap ni? Awak sedar tak saya isteri orang?” Sarah merenung mata lelaki di hadapannya itu.
“Saya tahu.Awak akan berpisah dengan Idzwan kan? Saya masih ada peluang.
“Memang,tapi buat masa ni saya masih isteri dia.”
“Saya akan tunggu sehingga dia lepaskan awak.Kemudian saya akan melamar awak.Saya akan jaga awak dengan anak awak sebaik mungkin.”Tegas kata-kata Razif.
“Awak jangan meletakkan harapan terlalu tinggi Razif..”Sarah sedikit terkejut mendengar kata-kata Razif.
“Saya akan tunggu awak Sarah..”Kata-kata Sarah tadi tidak dihiraukannya.
“Saya taknak berjanji apa-apa pada awak.Saya cuma anggap awak sebagai kawan.”
“Saya tak suruh pun awak berjanji pada saya.Kawan boleh bertukar menjadi sayangkan?”Razif tersenyum sendiri.
“Razif..”Sarah kehilangan kata-kata.Lelaki itu kelihatan bersungguh-sungguh.Dia dapat melihat sinar keikhlasan dalam mata lelaki itu.
“Sarah,awak masih sayangkan Idzwan? Masih cintakan dia?”
Sarah tunduk mendengar kata-kata Razif.Masih sayang dan cintakah dia kepada Idzwan? Kalau tidak sayang kenapa hatinya selalu rindukan belaian suaminya itu? Kalau tidak cinta kenapa nama Idzwan tidak pernah pudar dalam hatinya?
“Itu hak peribadi saya.Tak perlulah awak tahu.”Sarah menyembunyikan perasaannya.Biarlah dia seorang sahaja yang tahu perasaannya terhadap Idzwan.
“Saya tahu awak masih sayangkan dia.Tak salah pun awak sayangkan dia.”Razif sakit hati dengan kata-katanya sendiri.Dia tahu Sarah masih sayangkan Idzwan.
“Sudahlah Zif..Jom balik.”Sarah memandang sekeliling restoran.
“Awak ingat tu,saya akan tunggu awak…”Razif mengulangi kata-katanya berkali-kali.
Sarah lebih senang berdiam diri.Kata-kata Razif hanya sekadar angin lalu di telinganya.Ternyata Razif sudah salah anggap dengan persahabatannya.

“Sarahh..”Idzwan memanggil isterinya berkali-kali tapi tiada sahutan.
Idzwan menuju ke meja makan.Tudung saji diangkatnya.Terhidang beberapa lauk kegemarannyaa.Dia senyum sendirian.Ternyata Sarah masih ingat lauk kegemarannya.Dia meletakkan beg kerjanya di atas lantai.Matanya mencari-cari kelibat Sarah.Kemudian dia mengatur langkah menuju ke tingkat atas.Dia berhenti betul-betul di hadapan bilik tetamu.Tangannya memegang tombol.Otaknya berfikir-fikir samada mahu masuk atau tidak.Tanpa ragu dia memulas tombol pintu.Dia menjenguk sedikit ke dalam bilik.Apabila melihat isterinya lena tidur,dia senyum.Dia melangkah masuk ke dalam bilik.Dia melutut di sisi Sarah.Ditenung lama wajah isterinya.Tangannya mengusap lembut pipi Sarah.Usapannya terhenti apabila dia melihat dahi Sarah berkerut.Dia senyum.Sungguh dia rindukan Sarah.Sarah yang berada di depannya kini seperti bukan lagi miliknya.
“Sayang..abang rindukan Sarah..Abang rindukan senyuman Sarah,gelak tawa Sarah..Abang rindukan semuanya pasal Sarah.Sarah kini bukan lagi Sarah abang yang dulu…”Idzwan berkata perlahan seolah berbisik.Dia tidak mahu mengganggu lena Sarah.
“Abang sayangkan Sarah..Abang cintakan Sarah sangat-sangat.Abang tahu dulu abang salah.Abang mahu tebus kesalahan abang dulu,tapi Sarah dah tak nak bersama abang lagi..”Idzwan menyambung kata.Dia menarik nafas perlahan menahan sebak di dada.
“Abang dah tak akan paksa Sarah terima abang lagi.Sarah berhak pilih jalan hidup Sarah sendiri.Cuma abang nak Sarah tahu tiada siapa akan dapat gantikan tempat Sarah di hati abang..”Idzwan sedikit teresak.Dia tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa Sarah.Air mata dipipinya diseka.Matanya masih melekat di wajah isterinya.
Idzwan bangun.Dia tak nak berlama-lama disitu.Dia sedih,dia pedih melihat wajah polos Sarah.Terasa banyak dosanya pada Sarah.Dia tidak jadi melangkah keluar apabila terpandang perut Sarah yang tengah sarat.Dia kembali melutut di sisi Sarah.Kali ini dia melutut hampir dengan perut Sarah.
“Anak papa jangan nakal-nakal ya.Jangan susahkan mama.Papa dah banyak susahkan mama.Kasihan mama sedih sebab papa.”Dia mendekatkan bibirnya ke perut Sarah.Tangannya pula dilekapkan ke perut isterinya.
“Anak papa jangan risau.Walaupun papa dah tak bersama dengan mama nanti,papa akan tetap sayangkan mama dengan anak papa ni.”Idzwan mengucup lembut perut Sarah.Sebu hatinya.Dia terus bangun dan menghayunkan kaki keluar dari bilik.

Sarah mencelikkan mata.Air matanya mengalir perlahan-lahan.Kata-kata suaminya sebentar tadi betul-betul menyentuh hatinya.Dia dengar dengan jelas apa yang diperkatakan oleh Idzwan tadi.Benarkah apa yang keluar dari mulut suaminya? Hatinya kuat ingin mempercayai Idzwan tetapi dia masih ragu-ragu.Kejadian petang tadi juga masih terngiang-ngiang di benaknya.Jika betul Edora menggunakan cara kotor untuk mendapatkan cinta suaminya,terbukti yang suaminya tidak bersalah.Kecurangan suaminya bukanlah disengajakan.Tetapi jika difikirkan balik,kalau suaminya tidak merapatkan diri dengan Edora mesti semua ini tidak akan berlaku.Sarah melepaskan keluahan yang berat.Semuanya sukar untuk ditafsirkan oleh hatinya.Dia kembali memejamkan matanya.Terbayang kenangan indahnya bersama Idzwan.Sayangnya pada Idzwan belum sirna.Kasihnya pada suaminya itu belum terhakis.
“Maafkan Sarah bang..Sarah tak berniat nak sakitkan hati abang tapi Sarah terpaksa.Sarah nak jauhkan perasaan cinta Sarah pada abang..Sarah mengaku Sarah masih sayangkan abang.Susah untuk Sarah lupakan abang..”Sarah menggonggoi bersama tangisannya.

Sarah berhenti melipat pakaian.Ketukan di pintu dari tadi menganggunya.Dia sengaja tidak membuka pintu kerana dia tahu suaminya sudah pulang.Dan dia juga tahu suaminya membawa kunci rumah.Tetapi bunyi ketukan bertalu-talu masih tidak berhenti.Akhirnya dia bingkas bangun.
“Edora?” Dia terkejut apabila wajah Edora muncul sbaik sahaja dia membuka pintu.
“Why? Terkejut tengok I?” Edora terus menapak masuk ke dalam rumah tanpa dipelawa.
Sarah menuruti langkah Edora.Dia cemas menunggu reaksi Edora seterusnya.
“Idzwan belum balik kerja lagi.” Sarah berkata perlahan.
“I tahu.I cari you,bukan cari Idz..”Edora mengambil tempat di atas sofa.Kakinya disilangkan menyerlahkan betisnya yang putih gebu.
“Kenapa cari saya?” Sarah hairan.Dia duduk di sofa bersebelahan dengan Edora.
“Tinggalkan Idzwan..”
Sarah senyum.Waraskah Edora? Dia teringat bagaimana dia merayu kepada Edora supaya meninggalkan suaminya dahulu.
“Apa hak awak berkata begitu?” Sarah memperli.
Edora diam.Sarah bercakap tentang hak dan dia mengakui dia tiada langsung hak itu.Dia merengus marah.
“I cuma nak you tinggalkan Idzwan dan I tak peduli pasal hak.” Tegas dia bersuara.
“Idzwan masih suami saya dan maksudnya saya masih berhak ke atas dia.” Sengaja dia mencabar perasaan Edora.
“You jangan cari nahas dengan I!” Kata Sarah tadi betul-betul membakar jiwanya.
“Saya tak ingin pun cari nahas dengan awak.Untuk pengetahuan awak,memang saya akan berpisah dengan Idzwan.”
“I nak you jauhkan diri daripada Idz selepas you berpisah dengan dia nanti.I tahu dia masih sayangkan you.”
“Untuk apa saya jauhkan diri daripada dia? Dia masih ayah kepada anak saya.”
“I tak kira!” Edora membentak.
“Edora,saya rasa awak dah betul-betul terdesak.Sudah tiada lelaki lain ke yang inginkan awak sampai awak kejar Idzwan macam ni sekali?”
“You jangan nak hina I.”Edora bangun.Hatinya sakit mendengar ayat-ayat Sarah sebentar tadi.
“Saya bukan nak hina awak.Awak rampas suami saya dan sekarang awak beria-ia nak pisahkan kami.Awak tak ada rasa malu ke?” Sarah tenang dengan kata-katanya.Dia turut bangun.
“Memang I tak ada rasa malu.I akan pastikan I akan dapat apa yang I nak.”
“Walaupun guna cara yang kotor? Sampai you sanggup musnahkan rumahtangga kami? Itu yang akan buat awak puas hati?”
“Memang I guna cara kotor.Memang I bomohkan Idzwan.I tak kisah dengan apa cara sekalipun asal I dapat Idzwan.”Edora menengking nyaring.
“Awak rasa awak akan bahagia ke Edora setelah awak curi kebahagiaan saya? Setiap perbuatan ada balasannya.”
“You tak payah nak bersyarah dengan I! Tinggalkan Idzwan!” Edora menolak Sarah sehingga Sarah terduduk kembali di sofa.
“Edora!!” Idzwan menerpa kearah Sarah.Dia dapat melihat jelas tindakan Edora dari muka pintu rumahnya.
“Sayang..sayang tak apa-apa? Anak kita okey?” Idzwan cemas melihat wajah pucat isterinya.Pipi Sarah diusapnya lembut.
Sarah hanya mengangguk.Dia ternyata masih terkejut dengan tindakan Edora tadi.Dia memegang perutnya.
“Apa you buat ni? Keluar dari rumah I sekarang!”Idzwan menolak kasar tubuh Edora.
“Idz..sampai hati you buat I macam ni..I sayangkan you..” Edora merengek di sisi Idzwan.
“Pleaselah Edora.Tolong jangan ganggu I lagi.” Suara Idzwan mulai kendur,cuba berdiplomasi dengan Edora.
“I takkan tinggalkan you.I need you..”Kali ini Edora memegang jemari Idzwan pula.
“I tak cintakan you.I love my wife,I need her..”
“Sebab perempuan ni you tolak I kan? I akan bunuh dia,jadi you akan kembali pada I kan.”Edora meluru ke dapur.Kabinet dapur dibukanya satu persatu.
“Edora you nak buat apa ni?” Idzwan turut ke dapur.Dia dapat menghidu niat buruk Edora.
Sarah tergamam.Dia kaku di sofa.Situasi sekarang membuatkannya takut sehingga tidak mampu berbuat apa-apa.
“I nak bunuh isteri you!” Sarah memegang erat pisau di tangannya.
“You jangan nak buat kerja gila Edora!”Idzwan cuba mencapai pisau di tangan Edora.
“I akan hapuskan dia.I benci dia!”Edora menjerit seperti orang hilang akal.Pisau di tangannya dihayun-hayunkan.Dia cuba melangkah ke ruang tamu tetapi dihalang oleh Idzwan.
“You sedar tak sekarang ni? Please stop..”Idzwan memegang kuat pergelangan tangan Edora.Pisau di tangan Edora hampir mengenai mukanya.
“I waras lagi Idz.I Cuma mahu hapuskan penghalang kebahagiaan kita.”Edora memberontak.
Idzwan merentap kuat tangan Edora sehinggakan wanita itu jatuh terduduk ke lantai.Edora menjerit lantang.Tangan kirinya menumbuk-numbuk kuat cabinet dapur.Cerek masih berasap yang berada di atas cabinet terletak benar-benar di sipi bucu cabinet hampir terjatuh ke bawah.
“Arrgghhh!!” Edora sekali lagi menjerit.Kali ini jeritannya panjang.Dia menekup muka dengan kedua-dua tangannya.Mukanya terasa pedih.Terasa seperti kulit mukanya disiat-siat dengan benda tajam.
Idzwan terpaku.Tidak percaya dengan apa yang berlaku.Di depannya kini Edora sedang bergelupuran di lantai
“Abang..”Lemah longlai lututnya.Air panas yang baru menggelegak tadi mengenai muka Edora.Sarah menghampiri suaminya.
________________________________________________________________________

Sarah sibuk mengemas rumah.Surat khabar yang berselerak di atas meja di susunnya.Kemudian dia menyapu seluruh rumah.
“Sarah buat apa ni?”Idzwan datang menyapa.
“Abang tak nampak ke Sarah tengah menyapu ni?” Sarah mnjawab soalan Idzwan dengan pertanyaan juga.
“Abang tahu.Tapi Sarah kan tengan sarat tu,tunggu masa je nak bersalin tu.Janganlah buat kerja sangat.”Idzwan mengambil penyapu di tangan Sarah.
“Sarah larat lagilah bang.Abang tu tak kerja hari ni?”
“Hari ni kan hari ahad.”Idzwan membalas.
“Laaa Sarah lupa.”Sarah memegang kepalanya.
“Dahlah Sarah pergi duduk.Biar abang sambung menyapu.”
Sarah diam.Kata Idzwan diturutinya.Dia duduk di sofa.Matanya tidak lepas melihat gelagat Idzwan.Dia tersenyum sendirian melihat Idzwan terkial-kial menyapu rumah.Mana taknya,suaminya itu jarang membuat kerja di rumah.Dia kemudian bangun menuju ke dapur.
“Abang..minum.”Sarah meletakkan secawan kopi ke atas meja.
Idzwan mendekati Sarah lalu duduk di hadapan isterinya.
“Terima kasih..”Kopi panas itu dihirupnya perlahan.Aroma kopi pekat itu menusuk-nusuk hidungnya.
Sarah angguk cuma.Tiada kata-kata yang terkeluar dari bibirnya.Entah mengapa dia berasa kekok bila berdua dengan Idzwan.
“Sarah tak selesa dengan abang ya.”Idzwan dapat menangkap isi hati isterinya.
Sarah tersentak.Masakan Idzwan boleh meneka hatinya?
“Sarah tak usah bimbang.Tak lama lagi Sarah dah tak tinggal bersama abang.”Lambat-lambat Idzwan bersuara.
Sarah tunduk.Kakinya menguis-nguis karpet.Kata-kata Idzwan tadi bagaikan menghantar pilu ke hatinya.
“Sarah minta maaf bang..”
“Sarah tak perlu minta maaf.Sarah tak ada salah dengan abang pun.Abang yang banyak buat salah dengan Sarah.Abang gagal kawal hati abang.”Idzwan meluahkan kata.
“Abang..Sarah sakitt..”Sarah memegang perutnya.
“Abang tahu Sarah sakit hati dengan abang..” Idzwan leka memandang potret perkahwinan di dinding.
“Abang..Sarah sakit peruttt..”Suaranya tersekat-sekat.
Pantas mata Idzwan beralih ke wajah Sarah.Dahi isterinya itu berkerut-kerut menahan sakit.
“Sabar sayang..Abang bawa pergi hospital ya.”Idzwan bergegas mengambil kunci kereta di sudut rumah lalu kembali kepada Sarah.Dia mengangkat tubuh Sarah dan terus berlalu ke kereta.


“Tahniah.Isteri awak melahirkan bayi perempuan.” Seorang doctor bersalaman dengan Idzwan.
Idzwan senyum.Dia mengucap syukur di dalam hati.
“Isteri saya selamat doctor?”
“Alhamdulillah..dia selamat.Awak boleh masuk tengok dia.” Kata doctor tersebut seraya berlau pergi.
Idzwan memulas tombol pintu.Kelihatan Sarah memangku bayi.
“Sayang okey?”Idzwan bertanya lembut.Dia duduk di sisi Sarah.
Sarah senyum.Matanya tidak lepas menatap wajah bayi di pangkuannya.
“Anak kita comel macam Sarah.Hidung mancung..”Idzwan turut menatap wajah bayi kecilnya.
“Mata dia bulat macam abang..”Giliran Sarah bersuara.
“Terima kasih ye sayang sebab lahirkan anak kita.”
“Sama-sama bang..”
“Abang rasa dah tiba masanya abang tunaikan permintaan Sarah.Abang dah tak boleh tunggu sebab nanti hati abang akan terseksa.”Idzwan meraup mukanya.Tidak sanggup rasanya dia menjatuhkan talak ke atas isterinya.
Sarah memandang wajah suaminya.Hatinya bagai dipukul ombak deras.Bersediakah dia?
“Abang tahu Sarah akan bahagia dengan kehidupan baru Sarah nanti.Abang akan sentiasakan doakan kebahagiaan Sarah.”Air mata mula bergenang di bibir matanya.Tidak pernah terfikir di hati dia akan kehilangan Sarah.
Sarah diam.Gemuruh di dadanya hanya tuhan saja yang tahu.Ya Allah..
“Abang minta maaf atas kelakuan abang selama ini.Abang banyak sakitkan hati Sarah,susahkan Sarah.Sarah jangan risau pasal anak kita.Abang akan bagi hak penjagaan kepada Sarah dan abang juga tak akan abaikan anak kita…”
“Abang halalkan segala makan minum Sarah selama bersama abang..Abang maafkan semua salah silap Sarah walaupun abang tahu Sarah jarang buat silap dengan abang.”Idzwan tersedu.Sedih yang menghempas hatinya bagaikan tidak tertanggung olehnya.
Sarah menyeka air mata.Air matanya terus-terusan menodai pipi mulusnya.Dia melihat bayi di pangkuannya.Tegarkah dia membiarkan anaknya tidak berbapa? Sanggupkah dia memisahkan kasih sayang seorang bapa daripada anaknya? Relakah dia membiarkan cintanya pergi sekali lagi?
Idzwan menarik nafas panjang.Berat mulutnya untuk melafazkan cerai.
“Abanggg akan..”
“Syyhh bang..”Sarah meletakkan jari jemariya di bibir Idzwan.
Idzwan terlopong dengan tindakan isterinya.
“Sarah nak abang jaga Sarah..jaga anak kita..”Sarah nekad dengan keputusannya.Berhari-hari dia memikirkan hubungannya dengan Idzwan dan dia pasti dia tidak boleh mengusir cintanya terhadap Idzwan.
“Betul ke ni Sarah?” Idzwan tidak percaya apa yang didengari telinganya.
“Betul bang.Sarah mengaku Sarah masih sayangkan abang.Sarah masih perlukan abang.”
“Terima kasih sayang..”Hatinya disinggah rasa gembira serta merta.
“Sarah minta maaf atas kedinginan Sarah dengan abang.”
“Tak apa sayang..Abang sayang Sarah sangat-sangat.Abang janji akan membahagiakan Sarah dan abang akan pastikan Sarah tak akan menyesal terima abang semula.”Idzwan senyum.Dia mengucup pipi Sarah
“Sarah pun janji Sarah akan jadi isteri yang baik untuk abang.”Sarah mencuit dagu suaminya.
“Eh Sarah dah namakan anak kita?” Idzwan mengambil bayi di pangkuan Sarah.
“Belum.Tapi sarah dah ada nama.Itupun kalau abang setuju.Nur Emilia.”
“Cantik nama tu.Abang suka.Emilia jangan susahkan mama tau.”Idzwan mengucup dahi anaknya.
Sarah tersenyum gembira.Ternyata cintanya telah kembali.Tak salah dia memberikan peluang kepada suaminya kerana dia tahu suaminya menjadi mangsa keadaan.Suaminya telah dibomohkan Edora dan kini Edora telah menerima balasannya.Ya tuhan..aku bersyukur dengan rahmatMu…

Doktor Razif senyum.Ada duka dalam senyumannya.Dari sebalik daun pintu dia melihat kemesraan Idzwan dan Edora.Dia gagal memiliki cintanya kali ini.Namun dia pasrah.Pasrah dengan ketentuan takdir buatnya.Aku akan doakan kau bahagia Sarah walaupun kau bukan milikku..Dia melangkah pergi membawa kepingan hatinya yang retak.

P/S: Sori kpd sesape yg x puas hati dgn ending cerpen ni.Entahlah saya rasa saya nak Idzwan dengan Sarah kembali…Thanks kerana sudi membaca.~
Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

9 org yg baik hati suda komen..anda? hee:

Anonymous said...

salam...
wa bestlah ending die...
ok ape ending mcm nie...
kalau saya setuju ending mcm nie..
huhuhuhu...:D

niktaufik said...

suka2....
lama benar duk diam deh...
tggu cuti ko???
xpo2...

mmmm, sdg tggu smbungn Shgt cinta nie...
bilo nk smbung???

~ Anna ~ said...

wa..best3...
mmg harap ending mcm ni pon coz idwan xbersalah..
edora tu yg bomohkan die..
so xadilla klu sarah tinggalkan die..
nway best bangat deh...

gurl_88 said...

salamm..
thanks 4 da komenn..
yup nik taufikk tggu cuti heee..
shgt cinta dgn pgsuh cinta in progresss huhuu

aqilah said...

best part 2. camne dgn PC???? bila nak sambung????

farah nur athirah said...

okk...hepi ending...bez2...hah..puas hati..edora terkena dgn msalah yg dicarinya sndri..

Anonymous said...

hmmm okei..
saye sbnanye xsetuju kalo idzwan dimaafkan..tp since die jd mangse keadaan, so it's acceptable...

ape2 pon, it's a wonderful story..
congrats!

anaklaut said...

salam....

anda berbakat besar dalam bidang penulisan. sybas..

seronok membaca cerpen anda.

mohon izin folllow ur blog..

seindahhiasan said...

Anda minat menulis dan membaca?

Jom singgah:
http://www.seindahhiasan.com :)

Post a Comment