Monday, June 27, 2011

Jatuh Cinta dan Curang~~


Hai..

Bukan jatuh cinta dengan sesaper.Saya tak curang tau,tetap setia ngan Afif (Wekkk,sila muntah).Tapi betul tak curang k.Sebenarnya jatuh cinta dengan lagu kat video atas nih.Dah dengar belum.Dengarlah,best tau.LAgu dia sangat menenangkan jiwa.Tau-taulah saya kan minat bab-bab hindustan ni.Kepada yang tak suka hindustan jangan ngada-ngada nak dengar nanti bernanah pulak telinga korang hee.Ok gurau jek.Lagu ni daripada filem Thank You lakonan mantopp Akshay Kumar,Bobby Deol,Sonan Kapoor dan ramai lagilah.

Sedihkan video klip lagu ni.Punya lah wife dia sayang sangat kat dia tapi boleh pulak dia curang kan.Kadang-kadang pelik jugak apa yang seorang lelaki ni mahukan.Tapi tak semua lelaki macam tu.Bercakap pasal curang ni perempuan pun tak terkecualikan.Entahlah harap-harap kes curang ni tak terjadi pada saya dan korangkan.Saya pun nak tetapkan hati TAK NAK curang!!

Berbalik pada movie Thank You ni cerita dia pun pasal curang.Si suami curang dengan si isteri.Memang tersentuhlah tengok movie ni.Rasa macam 'eeii kalolah benda ni jadi kat aku macam mana ek'.Yelah kita dah sepenuhnya caya kat suami dan tup-tup dapat tau suami curang.Bukan sorang,bukan dua,bukan tiga tapi rraamaaii..Movie ni takdelah sepanjang masa je sedih.Jangan risau korang tak perlu setiap masa duk pegang tisu kot-kot air mata keluar.Movie ni semua elemen ada sedih+komedi+serius.Keseluruhannya movie ni okey.Dan yang penting lagu dalam video diatas buatkan saya jatuh cinta beberapa kali.Tak puas dengar.(Bagi sayalah,tak paksa korang suka jugak lagu tu huhuu..).



Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

5 org yg baik hati suda komen..anda? hee:

Mun said...

tak suka curang2..sobs. kiter pun minat hindustan, tapi dah lama tak tengok :P

Aimie Lieyana said...

Mun: kan tak suke curangkan..minat nustan eaa..gimme five! hiks..

Aimie Lieyana said...

teyn~~sila usha laju2 tau..tgk on9 dr tenet pon bole..

themalin said...

aimie sentiasa setia dgn hindustan!! wahaaa.. hee ^_^ jgn curang2.. kesian pakcik afif tu.. ^_^

Aimie Lieyana said...

Andrik~~i will..

Amal~~Insyaallah x curang hek2..

Post a Comment