Sunday, May 15, 2011

Jalan-Jalan KL


Baca tajuk pon da tahu entry ni pasal apa kan.Ye,jalan-jalan di KL.Biasalah exam dah abes so habeskan masa dengan jalan-jalan.Sangat bosan kalau asyik terperap kat hostel.Minda tak berkembang hehe.Study kat kl ni banyak tempat sebenarnya boleh pergi.Tapi aku (tukar guna aku lah untuk entry ni) dah ketandusan idea nak gi jalan-jalan kat mane.Setelah tiga hari dua malam pikir dan pikir,nak tahu kitaorang gi mana? Kitaorang tu merujuk aku dengan incik Afif ya.Sebab dia driver setiaku hik..kitaorang gi Tugu Negara? Yea,Tugu Negara.Betul,siyes tak tipu.Dah tak tahu nak gi mana sangat kan.Sebelum ni pernah pergi Tugu Negara,tapi tu zaman duk tengah berpimpin tangan dengan umi abah lagi.Boleh bayang tak dah berapa belas tahun tak jenguk Tugu Negara sampai bentuk patung tu aku dah lupa berapa orang yang baring berapa orang yang berdiri.Yang aku masih ingat patung tu semua ada 7 orang.Tipulah kalau tak tahu patung tu ada 7 orang kan kan kan.

Jadi petang semalam aku ngan Afif ke Tugu Negara.Berdua je lah sebab member lain ramai yang balik kampung.Aku kampung kat Kelantan nun jauh disana rasa cam tak puas kalau balik cuti weekend dua hari je.Pagi tu kitaorang lepak kat Jalan Tar dulu.Usha-usha baju,shawl.TERbeli lah jugak beberapa helai shawl.Takkan nak balik tangan kosong je kan.Walaupun aku perasan muka tak puas hati Afif time aku duk tengah syok pilih shawl.Ahh do i care?? Hehe kejam betul.Then petang tu baru ke Tugu Negara.Kitaorang pilih gi Tugu Negara sebab boleh save bajet.Kira berjalan dengan bajet yang kurenglah ni.Yelah kan tengah bulan ni.Duit masuk hujung bulan.Jadi jadi jadi kenalah pandai reducekan penggunaan duet walaupon mood jalan-jalan tu memang amat berkobar-kobar.

Okey apa pergi sana.Barulah nampak macam ada jiwa patriotik sikit kan.Macam je ye sebab aku ni takdelah patriotik mana pon.Semangat amik gambar je lebih hihi.Tapi pergi sana memang rasa sayu.Terimbau pengorbanan parajurit-parajurit negara yang rebah ke bumi untuk mempertahankan negara.Jasa mereka amat dihargai dan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang disayangi oleh-Nya..Ok sila layan beberapa gambar.Sori sangat gambar tak berapa clear.



Ni aku tak tahu dipanggil apa.Kubu peringatan kot..Dekat dengan pintu masuk Tugu Negara.


Ce kira ce kira berapa orang yang berdiri berapa yang duduk hee..


May the blessing of Allah be upon them..



Muka kontrol tak berapa nak ayu..



Ok..tata..

Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..

7 org yg baik hati suda komen..anda? hee:

Izyan Masri said...

YAN PONNN TAK PERNAH SAMPAI LAGI TUGU NEGARA TU XD

ezy.fia said...

bestnye jln2..
=)

Aimie Lieyana said...

izyan: nati pergila sana ek hehe..

cik ezy: best..tp jap je sbb ari gelap,nak ujan..

NoorNazuha said...

kdg2 menetap di kl pun belum tentu dh pergi semua tempat..hehehe

super-1 said...

nice blog...simple...

InaNina said...
This comment has been removed by the author.
InaNina said...

wah seronoknya jalan-jalan :)

Post a Comment