Assalamualaikum..
Dah berhari aku tak exercise jari jemari aku ni.Hari Rabu lepas aku ke Johor Bharu.Pagi semalam baru selamat tiba di Kota Bharu yang indah ini (promot negeri sendiri hiks).Kenapa ke JB? Sebab dua pupu aku kawin dan sebab yang paling utama adalah mau ketemu sama encik Afif yang teramat dirindui ngee..Bak kata orang sambil menyelam minum air.Aku bukan setakat minum air je tapi dah terlemas dengan kasih sayang Afif.Wuahua sangat gediklah.
Hari Rabu malam Khamis aku bertolak dari KB.Aku pergi dengan atok,sepupu dan mak long.Kitaorang nak train dan amik yang ada katil.Aku ni jakun sket sebab first time naik train yang ada katil ni.Aku siap bawak panadol,gula-gula dengan minyak cap kapak lagi sebagai persediaan kot-kot rasa pening,loya,nak muntah ke.Tapi benda-benda tu semua semata-mata jadi hiasan je dalam beg aku.Syok wooo naik train yang berkatil ni.Aku siap baca novel lagi.Tak pening pun.Cheese berlagak pulakkan.Tapi siyes memang selesalah.Cuma part toilet je kureng sket sebab sempit.Aku pulak kompius kemana sisa-sisa buangan disalurkan.Err salur terus ke landasan ke? Entah tatau tatau..
Sesampai di KTM JB Afif dengan senyumannya menyambut kami.Dia hantar kitaorang ke rumah makcik aku yang anak dia nak kahwin tu (erkk paham tak ayat ku ni??).Lepas zohor dia datang balik ambik kitaorang bawak gi jalan-jalan.Tak pergi mana pun just pergi Jusco dengan Danga Bay je.Danga Bay pun aku tengok dah tak macam dulu kot.Dalam kul 10 malam baru balik rumah makcik aku.Amatlah penat tapi bahagiaaaa..
Esoknya pula pergi acara akad nikah dua pupu aku.Afif ikut sekali sebab dia jadi driver tak bergaji kitaorang.Selesai akad nikah tu aku,Afif dan sorang sepupu aku pergi U Mall tengok wayang.Tengok movie Tolong!!Awek aku pontianak.Not badlah cerita dia.Ada part yang betul-betul kelakar.Tapi yang tak tahan ada 12 orang je kot tengok movie ni skali dengan kitaorang huhu..Lepas tengok movie pergi Hutan Bandar.Tempat ni macam taman la.Lepas makan kat Jusco kitaorang balik.Sempatlah menyambar satu handbag kat Jusco.Terima kasih abang ngee.
Hari Sabtu lak majlis bersanding.Ops lupa nak cakap aku di belah pengantin lelaki.Selesai majlis bersanding kitaorang ke rumah Afif.Dah lama tak jumpa dengan umi Afif membuatkan aku tersipu malu.Wekk.Umi dia sangat ramah tamah.Ni yang buat aku sayang lebih.Balik rumah Afif singgah Jusco jap sebab maklong aku nak beli beg.Jeleslah tu tengok beg aku weeee..
Hari Ahad hari terakhir aku kat JB.Hari Ahad pulak majlis sambut menantu kat dewan UTM.Time majlis ni aku curi-curi masa jap keluar dengan Afif.Bukan berdua,dua orang sedara aku pun sekali.Selesai majlis,dalam pukul 6 Afif hantar kitaorang ke KTM.Nak balik KB dah..Selamat tinggal sayangku..ahaksss berat hati nak naik train.Dalam train aku tidur dengan nyenyaknya sampai ke pagi.
Ni katil aku dalam train..selesakan.Dia ada tirai.So jangan risau takde sape boleh tengok korang tidur.
Ni katil atas.Aku tak amik katil atas sebab leceh nak panjat.Nampak tak tirai yang aku cakap tadi?
Terbaeklah wok!!
Dengan sepupu kat Hutan Bandar..
Yeaaa..aku da gemoks..
P/s: Sori tak besarkan gambar..
Terima kasih sudi baca..Sila datang lagi hehe..